Wednesday, April 04, 2012

cahaya

while waiting for abah to take me home, i looked up the dark blue sky..
there's a luminous star, shine up above, and I prayed :
"ya Allah yang memberi petunjuk, yang memberi cahaya ke dalam hati yang penuh kegelapan, ku mohon semoga setitik cahaya diberi itu terus benderang ke dalam hati-hati yang Engkau ingini. dan jadikan hambaMu yang meminta ini salah satu darinya"

Allah.. malu rasanya nak meminta itu dan ini.
siapalah saya yang ingin meminta-minta, namun saya ini hambaMu.. meminta itu memang keperluanku
dan segala permintaan hanya dariMu ya Allah..

Thursday, March 29, 2012

subjek sukar

bismillahirrahmanirrahim...

just a thought.. daripada apa yang saya lalui..


Subjek: menjaga hubungan
Duhai adik-adik kesayangan hamba, ini merupakan subjek yang sukar, kerana saya juga masih puas dan jenuh mempelajarinya,

Jika mahu berjaya di hari kemudian, jagalah hubunganmu:
  1. Hubungan dengan penciptamu, Allah
  1. Hubungan dengan orang tuamu,penjagamu
  1. Hubungan dengan para pendidikmu
  1. Hubungan dengan saudara-maramu
  1. Hubungan dengan rakan taulanmu
  1. Hubungan dengan alam sekitarmu

Subjek 'menjaga hubungan' ini tidak ada di dalam syllabus di sekolah, ianya subjek yang penuh kesukaran
Namun andai kamu peroleh A+ untuk subjek ini, insyaAllah kamu akan beroleh A(with millions, trillions +) in your life, here and hereafter
p/s: tiada guru yang akan mengajarmu subjek ini, kecuali jalan hidupmu lah yang akan menjadi guru terbaik jika kamu mahu berjaya.



ini yang tertaip di ruang oneNotes saya, mulanya nak post kat Fb tapi macam segan pula (kah3 macam tak pasal-pasal je nak segan :P) nantilah bila masanya sudah sesuai..





**ada project dalam kepala sekarang ni 
suda buat brainstorming on the paper
tapi masih belum nampak jalannya
ya Allah, saya mohon.. permudahkan

Wednesday, March 21, 2012

alhamdulillah.. SPM 2011

bismillahirrahmanirrahim..

hari ini hari paling tidak keruan buat saya, ya saya adalah super-nervous, mengalahkan pelajar..
mengajar pun banyak dengan 'sorry', sebab saya banyak tersalah kata, hee..
kemudian dengan sengajanya turun lewat ke dewan untuk jaga kaunter, hee cheeky me :p
masa kaunter saya kosong, pergilah ke kaunter kelas-kelas Fizik
berbisik "kak, Fizik ..... (nama pelajar) macam mana"
bisik semula "dia fail ...., ...... (nama subjek)"
"ya Allah.." senyum lebar sebab Fizik dia lulus, ya saya sangat risaukan pelajar yang sorang ini
"hey, Fizik awak 100% la"
ok, saya sebenarnya macam tak berapa nak percaya bila dengar nombor tu, tapi alhamdulillah (oh no, my eyes are tearing now :p azie, tak macho langsung, kahkahkah)

ye, saya sangat dan teramatlah risau ibarat makan tak kenyang, mandi tak basah
memikirkan mereka, membayangkan pelajar-pelajar istimewa saya itu, yang tidak pernah lulus subjek saya, yang kalaupun lulus hanya cukup-cukup markahnya.. teralu amat risaunya


alhamdulillah, syukur.. well, what more i can say
mereka batch pertama saya, batch yang sentiasa membuat saya tidak keruan
membuat saya kebimbangan hampir setiap masa, memikir hanya mengenai mereka

hari ini, segala doa berjawab, alhamdulillah..
segala penat dan lelah seakan dibayar olehNya pagi tadi
usaha mereka terbayar, dan doa-doa saya dijawab, thank you Allah, thank you soooo much


saya akan sentiasa berdoa supaya mereka akan memperoleh yang terbaik buat diri masing-masing, di dunia dan akhirat, ameeen..






*** biarlah mereka persoalkan kenapa dan mengapa saya melakukan ini dan itu
kerana manisnya sebuah kejayaan hanya dapat dirasai di penghujung sebuah perjuangan 
namun andai hujungnya tidak manis, kuatkan hati 
bangun dan terus berjuang untuk ke sekian kalinya :)

(mungkin akan ada update tentang ini, insyaAllah soon)