Showing posts with label forget me not. Show all posts
Showing posts with label forget me not. Show all posts

Sunday, September 01, 2013

semoga yang terbaik megiringi langkah kalian :) ..

masih terasa terlalu baru, sampai di situ,
memperkenalkan diri kepada mereka

ya, terlalu baru, membebel pada mereka, denda mereka,
menangis kerana mereka
juga senyum dan ketawa bersama mereka,
terlalu baru..

bagaikan baru semalam berlalu..

namun saya disedarkan apabila ada yang menghantar mesej di telefon juga mukabuku :
'cikgu, saya nak sambung degree dah'
'cikgu, saya dapat sambung..' sini..dan sana..
dan saya tersenyum, bahagia..

saya tahu dan sedar, saya tidak menyumbang apa-apa
bagi yang mengingati, itu buat saya gembira
yang tidak mahu mengenang, saya tetap gembira

masa hadapan kalian sedang terbentang, luas..
lakarkan dengan warna-warna yang cantik,
jangan dirosakkan waima oleh setitik debu kotor
itu harapan saya..

insyaAllah..
doa saya akan sentiasa mengiringi langkah kalian
walau di mana kalian berada..
semoga Allah berikan kalian kesihatan terbaik untuk melalui hari mendatang
semoga Allah cekalkan hati kalian dalam mengharungi cabaran
semoga Allah tetapkan iman dalam kalian melakukan segala amalan
dan semoga Allah redha atas apa jua yang kalian lakukan

semoga segala yang terbaik mengiringi langkah kalian.. saya rindu, sobs :'D ..







khas untuk bekas pelajar sesi 2010-2011
yang sedang bertebaran mengutip ilmu di bumi Allah ini, pra-U/diploma/ijazah, sekolah/poli/kolej/uni.. walau di mana anda berada, 'kalau melihat langit yang tinggi jangan dilupa bumi yang dipijak' :)

ikhlas, cik-A

Saturday, June 01, 2013

radiasi, mutasi, terbasi

hello june!
haish.. angin-angin kalut mula bertiup.. yup, aku dah mula dapat rasa kekalutan itu, tapi cuba sedaya upaya bertenang ni
rilex rilex.. cuti ada lagi seminggu ni, lepas ni akan bermulalah kehidupan huru-hara

lupakan sekejap..

ok, mahu cerita ni.. selama bekerja, saya selalu terlupa yang saya ini cikgu sains
sebab setiap hari pergi sekolah pakai tshirt, masuk lab sekali tak sekala, tak suka buat eksperimen, dan saya selalu keluar dari sekolah atas dasar sukan/bermain, heh
now tell me, how cant i forgot that imma science teacher :p

weeks before holiday tu lah yang membuat saya perasan yang saya ini ajar subjek sains, specifically physics :) dapat a letter untuk 'perkhemahan nuklear'
satu sekolah akan hantar 3 upper form students dan seorang guru sains, saya lah tu eceh :p

awal cuti tuari (26-28 mei), kami pun pergi, oh best!
kalau tahun sebelum ni, bila keluar bermalam mesti nak kena berlari-lari atau tengok orang berlari, then malam tidur ber'air-cond' dalam hotel
kali ni duduk dalam khemah berpanas, then bila pagi kesejukan :)

tapi part best bila jadi cikgu ni, kau tak perlulah nak sibuk-sibuk berkalut chase the time pun, rilex je observe the students
dan part yang agak best is i 'suspected' that imma the youngest teacher masa tu, so saya lah yang blur, saya lah yang clueless dan saya lah yang sering ditanya 'student ke cikgu?' heh

ok mari lah kita bergambar...

tempat camping was at hutan lipur, agensi nuklear malaysia, bangi (dekat je dengan rumah)
atas ni gambar blok 11 iaitu tempat pendaftaran, dan aktiviti-aktiviti yang melibatkan dewan dan diambil dari camp-site

ini camp-site kita, tapak khemah students adalah di atas hutan sana.. i'll say it's a good place for outdoor activities..


 aktiviti pertama petang itu ialah memasang khemah, the fasi tunjukkan demo on how to do it first
then students naik atas pasang khemah diorang, dan cikgu-cikgu pula pasang kat bawah

so, inilah tempat tidur saya, shared with akak from kuantan and terengganu. jiran sebelah pula dari kelantan and lagi sorang lupa pula saya.. so pantai timur lah i :p

 dan malamnya pula, adalah aktiviti di atas ini.. tapi sambung next entry lah.. sebab ak tunggu upload the gambars adalah sangat lama, i sudah mahu tidur lah, huu...

till then.. :)


Saturday, May 11, 2013

big blackie + ketidakadilan

1. ini kisah hari jumaat lepas, di awal pagi, dalam perjalanan saya ke sekolah..
saya berjalan seperti biasa (laju sedikit berbanding biasa la kot sebab nak kejar masa untuk singgah kat masjid solat subuh). sampai depan satu kedai ni, ada la seekor anjing hitam yang agak besar, jarak saya dan anjing tu tak sampai 1 meter pun.

tiba-tiba the dog pandang saya dan menyalak (err kita guna this word ke untuk anjing?) dan ia pusing badan seakan bersedia nak kejar saya. saya yang terkejut sungguh-sungguh ni terus jerit dan lari (sungguh la tidak ayu berlari dengan baju kurung di awal pagi macam tu,hee) masa tu memang dah terbayang macam-macam, macam mana kalau the dog kejar saya? macam mana kalau ia tarik saya? sempat tak saya sampai sekolah pagi tu? dan adakah pagi itu pagi terakhir untuk saya?
serius, memang macam-macam yang terlintas..

tapi, syukur alhamdulillah.. beberapa saat lepas tu saya toleh belakang dan takde apa-apa, mungkin anjing tu pun terkejut nampak saya pagi tu, dah la pakai black that day, tiba-tiba lalu depan ia,kan.. bila dah rasa confirm selamat (dah lalu depan gerai dengan orang tengah makan) terus saya jalan dengan steady even though dalam hati punya dupdap sangat la kuat, dan a question masa tu err orang kat gerai tu dengar tak saya jerit? maluu~  



2. ini pula kisah di petang hari,hari yang sama
ada separuh akhir dan akhir untuk satu game ni yang melibatkan rumah sukan. as a leader yang berwibawa (konon nya), saya pun turun padang tengok students saya main..
game start lambat, sebab ada team yang tak cukup pemain. untuk boys ada team A, B, C dan D. saya team A, bakal lawan dengan team B.

dan sepatutnya team C mula dulu dengan team D petang tu, tapi team D tak cukup orang. team A taknak start dulu sebab kami yang last masa quarter round sebelum ni, try pujuk the captain, baik korang main dulu sebab kalau lepas ke final at least korang ada masa untuk rehat sebelum next round, cakap-cakap sikit, then ok lah kami mula dulu sementara team D kumpul pemain bagi cukup. dan alhamdulillah kami menang dan lawan dengan team C pula (lepas diorang kalahkan team D).

then untuk girls pula, ada tiga team E, F, G. saya team E yang asalnya memang tak cukup pemain pun. tapi worry not sebab petang tu memang kami dah selamat untuk masuk final, cuma nak dapatkan nombor antara 1 dan 2 je. so kitorang import students yang tengah berkelas tambahan (mesti la saya minta permission the teacher first)

team F lawan G. masa ni lah ketidakpuasan hati berlaku. team F tak cukup orang, dan saya tak tahu la mereka berusaha atau tidak untuk mencukupkan kuota itu. dan mereka tetap mahu lawan dengan G walaupun dah tahu tak cukup, kalau ikutkan disqualified je la. tapi pengelola kata boleh go on mungkin juga sebab keistimewaan mereka (saya taknak taip di sini), berghhhh sungguh la tidak patut.
ada ke patut team D tadi kena bagi betul-betul cukup sampai ada yang hampir nak bergaduh sebab bertekak segala, dan bila sampai turn team F boleh go..

then team F menang, diorang akan lawan dengan team saya. dan masa tu team F cuba nak rekrut students team G dalam team diorang and i said no!. petang tu,team E memang tak kuat mana pun dan saya dah redha untuk nombor 2 dari awal lagi.

truth is memang sangat tidak puas hati, since team F dari awal game (masa first round lagi) dah tak ikut peraturan.. nak buat bantahan? kau nak bayar? huh! semua atas dasar 'budi bicara'
sungguh lah ketidakadilan berlaku..

dan petang tu, pasukan saya dapat johan untuk boys dan naib johan untuk girls..
ok lepas ni kita tunggu satu lagi game, untuk game yang tu girl dah kalah, minta-minta boys lepas.. game yang ni lagi best sebab memang takde dasar budi bicara langsung, tapi dari awal lagi seakan ada konspirasi untuk jatuhkan rumah saya,berggghhhh (cikgu dia dah teremo ni,heh :p)



lesson(s) for the day : 
1. always be careful when u're walking alone, do look at your surrounding. Allah is there to help, but we still need to be very very careful

2. rules are not to be broken!
(oh, maybe sometimes it's a yes.. maaayyybeee)







* pelik pula rasanya bila menaip sebegini,hee..
well i just miss the moment when i type every single thing in here :")


Sunday, January 13, 2013

Of Monsters and Men - Little Talks

There's an old voice in my head 
that's holding me back
Well tell her that I miss our little talks.




 yes, i miss our little talks, much more than i can say..

Sunday, December 23, 2012

newton's theory

source : tumblr

just another random pitcha :)
can i say it's a 'pre-reading' before the school is open, hahha (oh well i'm going to teach physics again next year, insyaAllah)

Friday, December 21, 2012

harapan..

orang kata :

teruskan berharap, kerana ia akan menjadi doa yang mungkin akan diperkenankan
tapi,
jangan terlalu tinggi meletakkan harapan itu, supaya nanti tidaklah terlalu kecewa andai ia tidak tertunaikan

:)

Thursday, December 13, 2012

l.o.v.e

source : tumblr 
beginilah, bila kurang rajin mahu update, kita bagi je lah apa-apa gambar yang cantik mata memandang, hee..

p/s : misi mustahil semalam tidak berjaya (eh kurang berjaya sebenarnya)
mungkin after this kalau ada apa-apa misi kena namakan misi-pasti-berjaya,hee...
till then, good nite :)

p/p/s : tengok gambar and title kat atas, macam terdengar-dengar lagu nat king cole pula kat telinga, even adele yang sedang menyanyi sekarang
ok, now serius, good night, have a nice dream :)
 


Tuesday, December 04, 2012

dream on..


good night and have a nice dream(s).. :)

Sunday, December 02, 2012

hye again :)

ok, sebenarnya mood mahu mentaip di sini adalah sangat high
jadi marilah kita menaip..

memandangkan sekarang ini musim percutian sekolah, jadi marilah kita berjalan-jalan
aktiviti hari ini ialah ke serdang, here we go

 

kasi satu je gambar dulu, full story esok je la, insyaAllah.. :) 
(mood high tadi telah menjadi low sebab try upload gamba kat fb tak lepas2, geram) 



*bercita-cita mahu menaip satu entry satu hari
azie, good luck for the cita-cita :)

Tuesday, September 11, 2012

rawak

dari riak wajahnya, K mungkin tidak sukakan saya, kerana saya ini cik-cerewet
S pula selalu buat saya melting, oh i'm having low specific heat capacity :P
dan Z pula always make me smile, can i say he's michael jackson in my eyes, hahha

anyway, i'm having fine and fun times with u guys, despite we've been through so much madness..

Tuesday, September 04, 2012

if only they could understand..

lately ni tengah hangat bout a post by 'an engineer' yang perlekehkan cikgu-cikgu..
worry not, entry saya ini bukanlah entry balas, saya pun tidak lah mahu menyiram petrol ke dalam api, membesarkan lagi cerita (siapa belum tau, boleh pandai-pandai google :P)
well, chillex sudah (sambil duduk goyang kaki makan kue raya -cikgu kan ada banyak masa, kah3)

ok, mari kita bermula,
sebenarnya saya baru terbaca satu entry dari aiman azlan, cikgu tak (dapat) buat kerja (click here)
dan ini membuatkan saya terfikir, dan merenung.. sesungguhnya itulah situasi yang sedang saya hadapi saat ini

menghabiskan syllabus:
- math form 5 (checked -done)
- physics form 4 (just entered chapter 4 -undone)
iye memang belum habis, but this is much better than years before when i just finished chapter 3

ok begini, subjek fizik ada lima bab setahun untuk di cover,
bab 2 adalah bab yang super panjang, dan ini ialah mechanics physics, yang mana kalau tak faham kira macam kau bukan students fizik (saya bukan mahu cover diri, bukan.. sila teruskan pembacaan :))

sebelum tu kita dengar dulu apa kata para pelajar :
'cikgu, exam nanti masuk sampai bab berapa?'
'cikgu, sempat ke kita nak habiskan semua bab ni?'
'cikgu, saya tak berapa faham bab 2'
'cikgu, takyah latihan, belajar je terus nanti tak habis'
'cikgu, kita taknak buat eksperimen dah ke?'
and the list goes...

dan sekarang mari lihat situasi cikgu pula :
1. kalau boleh (dalam usaha saya) saya mahu habiskan tahun ni dengan bab 1 form 5, so bila naik form 5 nanti tinggal tak banyak bab lagi dan mereka boleh lebih fokus kepada menjawab soalan (walaupun saya ini tidaklah suka pun mereka terfokus kepada peperiksaan semata-mata)
so, saya spent every evening on wednesday untuk stay for extra class, walaupun kadang-kadang saya teramat penat, kadang-kadang saya ada hal lain yang perlu diuruskan
- tapi apa yang saya dapat hanyalah 10 orang, or even worst 5 sahaja, dan saya juga pernah stay untuk seorang sahaja
2. saya lajukan pula momentum pengajaran dalam kelas, dan memang tak sempat mahu buat latihan,
jadi saya bekalkan mereka dengan latihan hujung minggu
- tapi mereka tidak appreciate, mungkin tidak sentuh pun kerja yang diberi itu. well i'm typing with evident which is kalau mereka buat kenapa bila mahu masuk lab baru kelam kabut mahu cari jawapan? dan bila disemak, jawapan adalah copy-paste antara satu sama lain
3. bukan saya tidak mahu buat eksperimen, saya tahu eksperimen itu penting. tapi saya sedang mengejar masa. bayangkan seminggu saya jumpa mereka dua hari sahaja, satu hari dua masa (lebih kurang 80 minit kalau tidak ditolak dengan segala kelewatan). satu minggu saya boleh pergi satu subbab, itu pun dah kira ekspress juga.
dan insyaAllah eksperimen2 akan dibuat, saya tidak mahu berjanji takut tidak dapat ditepati, tapi saya merancang untuk ini :)

itu baru situasi kelas berkenaan sahaja, belum saya keluarkan gangguan external, seperti:
1. mereka menolong guru lain untuk melicinkan sebarang acara
2. mereka keluar mewakili sekolah
3. mereka tidak hadir atas sebab-sebab tertentu (alhamdulillah tahun ini saya tiada rekod tidak hadir walaupun tidak sihat)
4. saya keluar atas urusan rasmi (mungkin akan ada selepas ini)
5. kelas ini bukanlah satu-satunya kelas yang perlu saya fikirkan

oh before i end this, just to let u know that i ain't complaining, please don't get me wrong
walaupun situasinya bukan mudah, perlu berdepan dengan remaja yang sedang membesar, sedang meneroka dunia baru mereka, belajar new things everyday,
cope dengan mereka yang berbual tentang kpop, parkour, updated with the gadgets and stuffs, talk about pavi (which are very-much-not-into-me)
even i'm all stressed out right now with this matters, but i'm coping with it wholeheartedly, insyaAllah :)

jadi sekarang, a new plan akan dibentang
hope that i can make it :)


* hari ni air mata gugur lagi 
memikirkan mereka yang tidak pernah serius 
merasakan diri yang tidak pernah layak berada di hadapan mereka
well if you are a teacher, u'll know those feelings 
dan kalau kamu selembut tisu, seperti saya 
mungkin nampak keras, namun mudah dicarik..
-if only u could understand

handsome young lad(s)
please keep your promises
i'm counting on it..

Monday, July 02, 2012

30th june 2012

bismillahirrahmanirrahim..

sabtu, 30 jun 2012 
seawal 6.30 pagi, sudah berkumpul 
untuk ke satu event tahunan sekolah, dan tahun ni buat jauh sikit dari sekolah. 

semalam, di sini 

kejohanan olahraga tahunan kali ke 22 / 2012
takde apa pun nak ditaipkan (kah3), dan masih menunggu gamba2 dari editorial board

oh ye, that day saya terpaksa-rela joined the aktiviti guru
tak tahu la siapa yang memberi nama, dan i was the only lady for red group, ouch..
be the first runner for the group, and we were the winner, oh yeah :)

dan selepas itu, i realized that 'saya masih boleh berlari, belum pancit lagi' sebab alhamdulillah saya tidak mengalami lenguh2 or sakit kaki pun
dan saya mula merasakan mahu berlari lebih jauh lagi, tapi ada ke larian kategori bawah 30, heee...
dan mula terasa rugi mengingatkan kembali saat saya menolak untuk berlari semasa di kampus dulu, hmm..


oh btw, hari ni cuti :)
dan esok (selasa) akan kembali ke sekolah dengan kerja2 menimbun
because rabu adalah hari bertemu waris (ambil report card) dan next week pula ada tetamu luar akan datang ke sekolah, juga ada senamrobik 1 malaysia..
juga bermulalah hari-hari untuk menyediakan pelajar-pelajar untuk ambil peperiksaan penting, SPM
(saya mula akan jadi super nervous semula seperti akan bersama ambil SPM, tapi tahun ni kurang sikit kot sebab takde kelas fizik, hee)

Friday, June 15, 2012

semalam..

bismillahirrahmanirrahim..

ok, penat sudah dengan entry panjang-panjang, jadi kali ini pergi secara pendek

semalam
" * ringgit cukup la dik, kamu tu belajar lagi "

er.. okay. buat bayaran, berlalu sambil senyum sepanjang jalan :)

Thursday, June 14, 2012

cabaran tahun ketiga

bismillahirrahmanirrahim...

first, saya sudah pun lupa andai saya pernah menaip berkenaan ini. kalau sudah, andaikan ianya ulang tayang ala-ala cerita p.ramlee. ini kerana ada kisah untuk minggu ini yang mahu dijadikan fokus taipan hari ini.

tahun bekerja saya bermula dengan saya memikul tugas sebagai guru kelas, dan jawatan ini masih lagi tetap untuk tiga tahun ini (menaip perkataan tiga tahun itu terasa bagai terlalu lama, tapi realitinya masih terlalu panjang untuk mengutip ilmu)

tahun pertama: saya diberi kelas kedua tingkatan empat, kelas sains, pelajar-pelajar kategori baik. tapi dengan perangai yang kadangkala agak sukar dijangka. yang aktif terlalu aktif, yang pasif teramat pasif. pencapaian akademik agak sederhana, sering menjadi buah mulut guru-guru, dan pastilah merisaukan saya kerana mereka adalah calon pertama subjek fizik saya :)

tahun kedua: bersama kelas kesepuluh tingkatan lima, iaitu kelas ketiga terakhir. pada awalnya agak kecewa kerana tidak dapat terus bersama kelas tahun sebelumnya. but hidup diteruskan, i've treasured all the moments with them. tahun inilah saya diserang pelajar semasa sedang mengajar di dalam kelas lain, pengalaman pertama membuat laporan polis, dikelilingi remaja-remaja yang tinggi ukur badannya juga tinggi suaranya. dan tahun itu juga membuka perniagaan dengan penuh ceria, menyambut hari guru di luar (kononnya mereka mahu buat suprise, tapi saya tahu je hahha), bergosip secara sakan bersama mereka, dan sekarang sedang menunggu waktu yang sesuai untuk berjamuan dengan kelas ini :)

tahun ketiga: kelas kesepuluh tingkatan lima (lagi ?) ya, lagi. tapi tahun ini kelas kesepuluh ialah kelas terakhir. sejujurnya memang perasaan bercampur baur, ada guru-guru yang mencadangkan supaya saya berjumpa pihak atasan untuk pertukaran kerana kasihan melihat saya, sudahlah masih dikategorikan baru, diberi kelas tingkatan lima again dan kelas belakang again and again. tapi saya tidak lakukan kerana saya yakin andai saya tidak mampu tidak mungkin Allah akan memberi tugasan ini kepada saya (yakinkan hati, baru dua tahun).
setengah tahun berlalu, mereka memang pelajar-pelajar nakal, suka membuat bising, melawan cakap guru, tiada minat untuk belajar (kepala saya pusing-pusing hahha) ada yang telah pun memegang rekod de-merit sebanyak 95 mata kerana nakalnya (rasa mahu pengsan). terlalu banyak kali saya menahan air mata dari mengalir, alhamdulillah masih belum jatuh :)  tapi positif mengenai mereka ialah mereka rajin ke sekolah walaupun selalunya lambat. dan mereka tidak ada rekod keluar sekolah awal berbanding kelas saya tahun lepas


dan sekarang (eh, baru nak masuk kisah yang mahu ditaipkan,hee)
tiga kelas kebelakang ini dilakukan sedikit perubahan. sebelum tu kita namakan kelas-kelas ini kelas8, kelas9 dan kelas10. pihak pengurusan telah pun mengumpulkan pelajar-pelajar bermasalah dari tiga kelas ini ke dalam satu kelas (bermasalah tidak mahu belajar / pengganggu utama kepada pelajar-pelajar lain). jadi mereka dimasukkan ke dalam kelas10. dan pelajar kelas10 yang masih mempunyai harapan dihantar ke kelas8 dan kelas9. sedih, ya memang sedih kerana terpaksa memisahkan mereka. dan saya cuba menjadi seadil mungkin dalam pemisahan ini, adil bagi pelajar juga adil bagi guru-guru yang akan mengajar mereka.

semalam ialah hari pertama mereka belajar di dalam kelas khas ini, kelas10. tapi semalam masih ada pelajar kelas8 dan kelas9 yang tidak mahu ke kelas10.
selepas rehat waktu saya, saya masuk dan memberi kerja kepada mereka. ajarkan mereka bagaimana mahu membuat graf fungsi. the very basic one, lukis paksi, masuk nombor, plot titik dan lukis, itu sahaja. memang mereka buat (tak cantik pun tak kisahlah), tapi bila habis sahaja masa pertama mula tidak mahu diam. mula keluar mengganggu kelas-kelas di sebelah. keadaan koridor aras itu menjadi sangat tunggang langgang, ditambah pula kelas8 tiada guru, kelas9 di tengah-tengah terganggu. dan apalah daya saya mahu menarik hero-hero ini, sekadar yang termampu sahaja.
balik rumah saya wish supaya jadual waktu diubah. saya tidak kisah andai perlu masuk kelas10 setiap hari pun, tapi saya tidak mampu untuk berada dua waktu bersama mereka, seperti semalam.

dan hari ini, waktu saya sama seperti semalam, selepas rehat. ada yang masuk lewat, entah ke mana, bukan tidak dipanggil namun buat tak endah, jadi biarkan saja. sampai masanya pandai lah mereka cari tempat masing-masing. dan hari ini masih dengan kerja yang sama, tapi saya up kan kepada 3 soalan (semalam hanya 2 soalan). beri mereka kertas dan pensil, dan katakan buat macam semalam. memang mereka buat, dan ada masanya kelas sangat diam (touched gila rasa time tu, hahha) tapi biasalah mana boleh diam sepanjang masa, akan ada lah yang terjerit 'cikgu!' 'cikgu, ni macam mana?!' here cikgu, there cikgu. dan saya yang seorang ini perlu memberi sebaik perhatian kepada mereka, andai tidak akan ada yang merajuk dan tidak mahu menyiapkan tugasan (seperti babysitter tau, tapi with big babies,kahkahkah).
surprisingly dua waktu hari ini seakan berlalu dengan sangat pantas. rasanya saya tak dengar pun loceng habis waktu pertama, bila tengok jam sudah 11.50. tanyakan mereka 'saya habis pukul berapa?' dalam hati, 12.30 ke, lamanya lagi. tapi bila mereka kata 12 saya memang terasa seperti tidak percaya.

selepas waktu saya, guru itu tidak naik, mereka kata guru itu merajuk. hurm ada lah tu yang mereka buat.
jadi kita ambil kesempatan ini untuk membersihkan kelas. lantai disapu, langsir dibetulkan, meja kerusi diluruskan, papan kenyataan juga cuba dicantikkan semula (kain pelapik papan itu telah dikoyak entah oleh siapa, mereka kata pelajar petang buat) yang banyak membantu pelajar kelas8, pelajar kelas10 lebih suka keluar merayau. sedang kami berkemas-kemas, puan pengetua lalu (sebelum tu dia dah masuk masa kami sedang membuat latihan). lalu puan pengetua duduk dan bersama mereka, saya pula minta diri la, hee (nak tulis resit lagi, nak sediakan bahan untuk extra class petang lagi, bukan saja-saja mahu minta diri)

ok sudah sangat panjang, mari membuat kesimpulan :P
perjalanan bersama kelas10 insyaAllah masih panjang, dan saya tidak mampu untuk melihat masa depan. mungkin hari ini mereka menerima saya, boleh jadi esok lusa mereka langsung tidak mahu melihat saya. ya saya tidak tahu tentang ini.
tetapi saya berharap supaya saya dapat menjadi sahabat mereka (walaupun mereka semua lelaki-lelaki kacak, kahkahkah :p), saya mahu menyentuh sedikit ruang di hati mereka.
ya Allah, permudahkan urusan hambaMu ini, ameen..


oh ye, sebelum berakhir, dialog semalam:
student: balik karang update status hari ni buat math (sedang tekun menunduk melukis graf)
saya: ok nanti saya like (berkata dari depan kelas) :P
[tapi saya tak check pun ada ke tak budak ni tulis itu, hahha]

 

Friday, June 01, 2012

sayonara may!

bismillahirrahmanirrahim..
(warning: kalau ada yang membaca, taipan ini mungkin sedikit panjang)


mei sentiasa akan ada tarikh yang tidak mungkin dapat dilupakan *insert smiley
2012 merupakan tahun ketiga, alhamdulillah.. 
pahit, manis, kelat, masam, masin, segala rasa bergaul sebati 
namun masih banyak yang perlu dipelajari.. 

1 (touched)
16 mei, to be exact :) 
pagi-pagi sudah buat saya senyum 
got a call dari satu nombor yang tidak dikenali 
berbasa-basi sedikit, bertanya siapa semua, then.. 

A : cikgu, hari ni hari apa?
S : hari rabu
A : serius la
S : betul la rabu, takkan da tak sekola lupa hari pula?
A : hahahah serius la, kalau taktau takyah jadi cikgu la, cikgu
(wah3 bukan main lagi ye kamu)

A : saya call nak ucap 'selamat hari guru'
S : terima kasih, kat mana sekarang?
A : [told a place], keje
S : jauh nya, macam kat kl takde keje je
A : bawa diri, nak jadi baik 
S : so, dah jadi budak baik ke ni
A : sikit la
S : hahhaha 
A : nak berubah kena sikit-sikit, nanti terkejut 

then teringat something, 
S : BM dulu lulus tak? 
A : tak 
(sebenarnya tanya sebab nak kenakan dia, tapi tak jadi bila dengar the answer) 
S : taknak ulang?
A : bukan taknak, tapi taktau nak belajar dengan sapa
S : adik ada kan, form 4 , belaja la dengan dia 

(dialog mungkin sudah tidak sama dengan situasi di hari sebenar, well mana lah saya nak ingat sejibik semua perkataan tu, count,, berapa minggu lepas da berlalu) 

A ialah taiko students nakal tahun lepas. muka ganas, perkataan tak pernah sopan, siapa pun dia berani lawan, kalau pagi masuk kelas lewat, kadangkala lepas rehat dia dah hilang. saya suspect dia punya masalah dari rumah, tapi boys mana lah nak bercerita dengan kita, dan saya sendiri tidak punya masa untuk bersoal jawab.
A pelajar berpotensi, saya ajarkan kira-kira cepat saja dia tangkap. tapi sayang dia lupa, kira-kira itu perlukan latihan berterusan. dan yang paling penting, dia lupa redha guru itu akan memberi kejayaan kepadanya. dia lupa tentang itu.
A memang terkenal, tanyakan saja guru disiplin mana yang tak kenal sama dia. namanya sering disebut di dalam bilik guru, saya pekakkan telinga. dan ada waktunya saya dipanggil PK HEM kerana pelajar ini.

Allah..
memang tak pernah sangka, 16 mei taiko ini membuat panggilan, for the wish (last year dia minta nombor atas urusan sekolah, kalau saja-saja memang saya takkan bagi).
the remembrance counted! bila diingati memang terasa dihargai :)

saya doakan semoga kamu akan betul-betul berubah, menjadi insan berguna dunia akhirat. :)

sambutan hari guru kami, sebelum cuti sekolah. biru itu saya :)

2 (tercabar)
kelas tambahan di musim cuti sekolah.
saya hadir awal, walaupun jadual saya ialah pada sesi kedua.

masuk kelas.
students are busy, busy with the phone! dan ada yang bermain with the big speaker dalam kelas
sabar. bila masih buat taktau, kutip semua phone masuk dalam satu beg

bagi the hand-out, and get ready untuk mengajar mereka
mereka pandang kertas, kemudian berbual, terjerit-jerit.
memang menyakitkan hati bila berhadapan dengan manusia berusia 17 tahun dan berperangai mengalahkan kanak-kanak 7 tahun. sabar.

mula mengajar (soalan dah pernah ajar pun, tapi... entahlah)

beberapa minit berlalu, masih naik turun keadaan mereka
hilang sabar!

'korang ni, dah habis sekolah nak jadi apa?'

ada yang menjawab
"eleh, cikgu.. nanti saya jadi (insert nama pekerjaan), [senarai bersambung dengan nama kawan-kawan dan senarai pekerjaan masing-masing].. cikgu? tetap juga cikgu"

fine, kalaupun cikgu tetap juga cikgu, alhamdulillah.. bi ma'nahu cikgu ini masih diperlukan
tapi yang perlu dirisaukan ialah 'layakkah anda-anda untuk bergelar itu semua? layakkah dengan perangai-perangai anda sekarang ini?'

saya diamkan diri masa dengar ayat itu, ayat yang penuh bernada cynical, biarlah

kenapa saya diamkan diri?
diam saya bukanlah kerana saya kalah, tidak..
tapi saya paling risau andainya kata-kata saya bakal menjadi doa yang akan menjerat anda suatu masa nanti
saya terlalu risau tentang itu, terdetik di dalam hati juga telah merisaukan saya


dan untuk kamu, terima kasih
kerana membuat saya seakan mahu menyahut satu cabaran
'cikgu? tetap juga cikgu'

think about it, semoga Allah mudahkan, ameen :)



Wednesday, May 30, 2012

AJK kebajikan

gantungkan dahulu cerita yang mahu ditaip :)


pelik..
ya, masih pelik sehingga sekarang
tanpa salam, tanpa nama
seseorang bertanya lewat sms

pelik..
masih dirasakan pelik
hingga ke saat ini
kalau mahu dikatakan salah nombor
bagaimana mungkin nama saya diketahui?

pelik..

siapa pun kamu, yang pelik itu
saya namakan 'ajk kebajikan'
kerana bertanyakan perihal saya

terima kasih ajk kebajikan, yang tidak saya ketahui siapa :)

Tuesday, May 29, 2012

have i told u?

have i told u? 
saya menjumpai seseorang yang wajahnya seakan kamu, wahai romeo 

have i told u? 
melihat dia itu, membuat saya kurang senang, kerana hanya akan mengingatkan diri pada kamu romeo

have i told u? 
wajahnya seakan kamu, cuma cara pandangnya berbeda, 
dan dia itu nampak lebih pendiam berbanding kamu. 
mahu saja saya bersoal "awak ni saudara 'si-romeo' ke?" 

have i told u?
selepas beberapa bulan berlalu
saya menjumpai dia, lagi 
di hari pendaftaran itu
ini mengingatkan saya pada kamu, lagi 
how i wish to meet u again, romeo

have i told u? 
walaupun kebanyakan masa saya amat menyampah dengan kehadiran kamu 
tetapi dalam diam kamu mewarnai hidup saya dengan satu warna yang sukar dilupakan 
kenakalan kamu, kedegilan kamu, juga ketekunan kamu 

have i told u? 
kamu adalah salah seorang random person(s) yang mula dirindui :)
hope to see u again, and hear the great moments u've been through..





** ada beberapa perkara ingin ditaipkan 
di ruang ini 
tapi entah mengapa masih belum tertaip
jadi ini dahulu buat masa ni 



Monday, April 23, 2012

orang dalam ke orang luar (?)

Bismillahirrahmanirrahim..

(berhenti menaip)

semalam *insert smiley*
(berhenti menaip beberapa minit lagi)

haisy, macam mana nak mula ni? seriously, saya kehilangan patah-patah perkataan
(berhenti, ke ruang lain..)

azie, berapa kali nak berhenti ni? taip saja lah..

semalam, di sekolah, majlis penutupan karnival PPDa
to be precise, masa tu di pejabat
di sebalik kesibukan semua menguruskan fail-fail, ada suara-suara mengusik
berkenaan soal hati (dialog tidak dimasukkan, sebab tak pandai membina ayat)

saya hanya mampu tersenyum, tidak tahu bagaimana lagi untuk respon
kerana usikan itu seakan tiada kaitan pun dengan kehidupan saya (kah3)
tapi sedikit terkesan dengan soalan 'orang dalam ke orang luar?'
hee.. senyum semula, kerana tiada jawapan pasti


baiklah, mari kita buka sedikit ruang cerita dari dalam hati

menjadi saya ini, bukanlah perkara mudah (mungkin)
dengan usia suku abad, dan memegang status cik, soalan-soalan itu akan dihadapkan kepada diri
lalu akan ada yang menghampiri sambil berbisik 'kalau akak kenalkan dengan.....'
statement keluar 'my cousin kata, dia nak cari cikgu..'
ada juga yang menjadi wakil, walau si tuan diri tidak ketahuan di mana (kisah ini terpaksa saya rahsiakan)
dan yang lebih haru 'cikgu tunggu saya je la' (:p)
macam-macam.. bukanlah saya ini mahu menjadi terlalu memilih, bukanlah saya menolak semuanya
tapi terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan

dan yang lebih pasti, saya yakin Allah telah pun menulis siapakah untuk saya, bila waktunya yang sesuai
saya perlu yakinkan diri sepenuhnya tentang ini, ya Rabb permudahkan..


*entry ni ditaip semalam, ahad.. tapi tidak di'post sebab, err saya tertidur sudah :P

Friday, April 06, 2012

senyum :)

bismillahirrahmanirrahim..

last week ada majlis anugerah cemerlang dan mesyuarat pibg
sebagai ajk sambutan yang penuh berdedikasi, perlulah saya membuat persiapan as prepare for the bunga telur and bunga manggar.
bahan dan peralatan semua dah ada kat bilik logistik, except for the telur. terpaksa-rela lah saya cari sampai ke semua house, kl.. huu rasa macam mau berkenduri pun ada :p

then kena la masukkan the telurs ke dalam bunga-bunganya
actually time ni memang taktau la nak minta tolong siapa, sebab tengok senarai nama ajk sambutan belaka-belaka ketua bidang, diorang nak ke bersila atas lantai bilik logistik tu? hee..
Allah mudahkan jalan, jumpalah saya dengan adik-adik teruna yang tengah merayau mengukur sekolah
'tolong saya jom'
'boleh-boleh.. tolong apa, cikgu?'
'biasa la, kerja orang perempuan'
kahkahkah memang la.. sebelum ni muka diorang juga yang bersabar tolong saya stapler kertas soalan ujian sampai habis. ni nak menyusun bunga telur dan bunga manggar pula, nasib korang la :D
dah la tu, siap kena kurung lagi dalam bilik logistik tu time saya ada kelas relief, hee.

ok, habis introduction (apa ke intro panjang berjela :p)
mari masuk kepada cerita yang buat saya senyum

actually saya cuba try test market saya, tinggi lagi or dah jatuh :P saya cakap macam ni
'bulan depan cikgu-cikgu boleh isi borang tukar'
borang tukar?'
'ye la, kalau nak tukar sekolah, kena isi borang dulu..'
terus kena cantas 'cikgu jangan mengada-ngada minta tukar.. ' (ewah bahasa dia)
'saya dah boring la tengok korang'
'takde-takde, kalau cikgu nak tukar, tunggu kitorang habis dulu'

and it reminds me of kelas fizik pula
tahun ni ajar satu kelas je, tingkatan 4. dan tahun ni dah terus mulakan extra class once a week lepas sekolah, taknak kesilapan lepas berulang lagi
time tu entah macam mana saya bole cakap 'tahun depan korang belajar dengan cikgu lain ye'
'ala kenapa pula cikgu?'
'ye la, saya ajar bukan best pun' *konon-konon merajuk 'lagi pun sekolah ni ramai cikgu fizik,tau'
'oh no, saya nak cikgu juga ajar'
'oh yes, saya nak minta pindah'

ok, cikgu ini memang cheeky, sedikit la.. sebelum ni pun memang dah berhajat nak bertukar angin, tapi selalu terikat macam ni la
memang nak isi borang tukar, sebab penat, jarak sekolah-rumah adalah jauh.. sewa? oh-no-tak-mahu :p

taip taip taip, terus teringat wall post dari adik comel ni:

ok, ini saja buat masa ni. pening kepala sudah, dengan hidung berair tak putus-putusnya..
takpelah selsema ni rahmat dari Allah :) dan buat saya rasa hidung semakin mancung, hee :)

p/s: sebarang dialog di atas mungkin tidaklah sama dengan hari sebenar
mana lah saya nak ingat segala perkataan satu persatu, kan? hee


till then, daaa... wassalam..

 

Wednesday, March 21, 2012

alhamdulillah.. SPM 2011

bismillahirrahmanirrahim..

hari ini hari paling tidak keruan buat saya, ya saya adalah super-nervous, mengalahkan pelajar..
mengajar pun banyak dengan 'sorry', sebab saya banyak tersalah kata, hee..
kemudian dengan sengajanya turun lewat ke dewan untuk jaga kaunter, hee cheeky me :p
masa kaunter saya kosong, pergilah ke kaunter kelas-kelas Fizik
berbisik "kak, Fizik ..... (nama pelajar) macam mana"
bisik semula "dia fail ...., ...... (nama subjek)"
"ya Allah.." senyum lebar sebab Fizik dia lulus, ya saya sangat risaukan pelajar yang sorang ini
"hey, Fizik awak 100% la"
ok, saya sebenarnya macam tak berapa nak percaya bila dengar nombor tu, tapi alhamdulillah (oh no, my eyes are tearing now :p azie, tak macho langsung, kahkahkah)

ye, saya sangat dan teramatlah risau ibarat makan tak kenyang, mandi tak basah
memikirkan mereka, membayangkan pelajar-pelajar istimewa saya itu, yang tidak pernah lulus subjek saya, yang kalaupun lulus hanya cukup-cukup markahnya.. teralu amat risaunya


alhamdulillah, syukur.. well, what more i can say
mereka batch pertama saya, batch yang sentiasa membuat saya tidak keruan
membuat saya kebimbangan hampir setiap masa, memikir hanya mengenai mereka

hari ini, segala doa berjawab, alhamdulillah..
segala penat dan lelah seakan dibayar olehNya pagi tadi
usaha mereka terbayar, dan doa-doa saya dijawab, thank you Allah, thank you soooo much


saya akan sentiasa berdoa supaya mereka akan memperoleh yang terbaik buat diri masing-masing, di dunia dan akhirat, ameeen..






*** biarlah mereka persoalkan kenapa dan mengapa saya melakukan ini dan itu
kerana manisnya sebuah kejayaan hanya dapat dirasai di penghujung sebuah perjuangan 
namun andai hujungnya tidak manis, kuatkan hati 
bangun dan terus berjuang untuk ke sekian kalinya :)

(mungkin akan ada update tentang ini, insyaAllah soon)