kadang2 memang blur, huuu
actually, dari semalam dah taip beberapa entry, tapi tak post2 gak... entah rasa macam tak best la, rasa macam taknak cite la, huu memang rasa macam2...

semalam, sabtu, kena gi sekolah, ganti...
biasa la kalau ganti2 ni, students pun ada la yang tak datang...
semalam pakai baju penuh labuci (baju mak, hahha :p) and also main warna kat muka (lama tak jadi kan muka sendiri kanvas lukisan, huuu)

pagi tu, assembly... and kira berapa students yang datang, sebab nak gabung kelas kalau tak ramai
semalam ikut jadual hari jumaat, so pagi tu kena masuk kelas 4 sc2, tapi 4 sc2 kena gabung with 4sc1 and ikut jadual 4sc1 (ayat agak berbelit di sini, hee)
so disebabkan tak gune jadual kelas, baru la cadang2 nak menanda segala buku yang dah penuh atas meja...
then datang two girls dari 4sc2
'cikgu, cikgu tak masuk kelas ke?'
'u all ikut 4sc1 kan?'
'ala.. cikgu masuk je la kelas...'
'saya memang cadang nak discuss test semalam'
'cikgu masuk kelas eh...'
'ye la, ye la' (tak sampai hati mengecewakan orang, hahha ;p)

dalam masa duk bagi penerangan bout soalan2 yang diorang banyak salah, datang la soorang boy ni, sambil sengih...
'awal nye sampai'
sengih lagi
sabar je la dengan sorang ni, memang selalu je aku dapat aduan dia datang lambat.. tau je sebelum ni dia pernah kena detention dengan kaunselor sebab lambat...
tapi nak marah2 pun buat apa kan, sebab pun takde la masalah pun dengan aku, dengan cikgu2 lain pun ok, kalau kira dalam kelas dia antara boy yang rapat dengan aku, sampai ada yang assigned dia adik aku, hahha...
cuma masalah dia, datang lambat ke sekolah je, lain2 masalah so far takde la...
cite nye, malam2 keje jual burger...
masa key-in diorang punye maklumat diri dalam SMM, dapat la tau sikit2 bout SES diorang ni...

kalau ikutkan, kelas aku tu ramai nye anak2 polis...
satu hari tu, ada sorang ni cakap ngan aku 'cikgu, jangan report polis' (masa ni boy ni taknak bayar duit untuk kad makmal komp)
jawapan aku pula 'ayah awak polis kan? awak bagitau sendiri la..'
baru nak sambung lagi ayat tu, kawan nye pula tanya
'eh mana cikgu tau?'
bagi senyum misteri je la kat diorang, hahha...

sambung cite semalam...
dah habis discuss, open-table la pula...
that boy tanya 'cikgu, cikgu nak pergi mana'
'pergi sekolah la' kadang2 jawapan cikgu sorang ni memang da ada dalam skema :p
'lepas ni?'
'balik rumah, tidur'
hahha dia pun da taktau nak tanya apa lagi, terus 'cikgu, yang cikgu tulis kat depan tu apa dia'
'prefixes'
'macam mana nak guna?'
'saya da cite tadi'
'saya sampai, cikgu da cite benda lain'
'tu la, datang lagi lambat2...'
actually, sebelum dia tanya soalan misteri tu, aku da nampak muka ala2 penggosip kat belakang
entah apa yang dia bisik dengan kawan sebelah, sambil pandang cikgu sorang ni kat depan...

ada lagi cite pasal this boy...
masa tu, aku tengah tunggu nak masuk kelas sebelah, ajar matematik
that boy, dengan slumbe nye duk kat lua kelas dengan pegang penyapu (padahal dalam kelas nye da ada cikgu)
aku 'masuk kelas la, cikgu awak da ada tu'
'takpe, saya menyapu jap'
'banyak la menyapu, dari tadi tak siap2'
'cikgu ajar apa kelas ni?'
'maths'
'cikgu aja la math kelas kami gak'
'ye la, kang boring korang tengok saye je.. fizik saya, math saya, bagi la cikgu lain'
'cikgu ajar la best'
dalam hati. ye la tu.. nak ambik ati la konon nye tu
'cikgu, buang masa je cikgu ajar kelas sebelah ni' (kelas sebelah tu memang kategori kelas istimewa, budak nakal, budak slow, tapi takkan nak buat bodo je kan kat diorang tu... kena la gak ngaja even kena go to the very basic one)
'tak baik cakap macam tu..'
cikgu yang kat dalam kelas sebelah tu keluar, 'dah gi masuk kelas'

aku memang agak brutal dengan kelas this boy, kelas sendiri pun...
skang nak ajak bersembang ke, bergelak ketawa ke, boleh je...
nama diorang pun dah berjaya aku hafal semua2... senang sikit bila nak cari masa assembly ke...

ketua kelas, yang baru (yang awal dulu, dah selamat jadi pengawas) agak serius, dalam kata lain tegas la...
penolong nye pula, ala2 kaki gosip.. ada sekali dia minta tuka ketua kelas
dia suruh sorang budak baru ganti.. bukan aku tak bagi, tapi budak baru tu kategori lembut, takut tak gerak kelas tu nanti..
jawapan aku 'senang la awak nak membuli eh, kalau budak tu yang jadi ketua'
dia pun sengih je la, huuu...
mereka la buah hati pengarang jantung aku kat situ



dah la... taktau nak cite ape lagi...
actually, memang banyak je cite nak taip, tapi entah...
bile fikir pasal sekolah, memang terasa agak penat...
entah la, macam2 benda serabut jadi...
yang pasti, paling pening dengan
kerenah students..

sometimes i wished that i just teach the best
student, pelajar2 yang baik, dengar kata...
tapi nak buat mcam mana, ni la namanya tanggu
ngjawab.. kena terima diorang punya diversity..
biarla kalau diorang tak su
ke aku pun, aku tetap kena ajar mereka...
biar serabut macam mana pun kep
ala aku, aku tetap kena curahkan ilmu pada mereka...
responsibility... janji yang perlu ditunaikan


aku boleh tahan dengan students tak pandai, tapi terus terang kata, aku agak tak berkenan dengan yang 'kurang-ajar
yang tak pandai, insyaAllah boleh diajar.. sa
tu-persatu, akan saya lakukan...
tapi yang ajar-nya-kurang, pusing belakang, dah hilang dari kelas..
kita menerang di depan, dia menjerit di
belakang...
apa lagi yang perlu aku bu
at?
dalam hati akan terus berbisik, 'azie, sabar....'

tapi sampai bila aku mampu bersabar, aku sendiri tak pasti...


itu cebisan perasaan hampa yang ada dalam hati aku sekarang...
cebis-cebis yang aku harap tidak akan menjadi sekumpulan sel yang akan memakan dan mematikan segala semangat untuk aku bertahan....

noktahkan perasaan itu di sini....
masih ada cerita yang buat aku tersenyum..

cerita yang buat aku ingin terus bersama
mereka :D

sekarang, aku kena ajar tiga subjek.. fizik (untuk 2 kelas form4), math (1 kelas form 4) and sains (untuk 2 kelas form 3)...
alhamdulillah, baru posting, terus dapat opsyen sendiri...

kelas2 fizik tu kira buah-hati-pengarang-jantung ham
ba la, hahha...
having so much fun with them, tapi the girls agak pasif...


in the same time, jadi guru kelas untuk kelas 4 sains 2..
rasa ok je, even sangat la ba
nyak nye kerja nak kena buat...
macam last week, ada yang dapat tawaran masuk teknik,so segala benda nak kena uruskan

fail prestasi, rekod kesihatan, borang ko-ko, buku-buku teks, sijil berhenti...


sampai ada yang buat ayat macam ni
'cikgu, kesian tengok cikgu.. baru masuk, dah kena jadi guru kelas, dah la banyak kerja...'
glad la juga, diorang faham dengan situasi cikgu baru ni...

dengan diorang je la pun aku banyak
bercerita tentang aku...
kalau kelas lain, memang tak tahu nye pasal aku..
kot tan
ya nama aku pun tak tahu, huuu biarlah...

tak susah pun nak menjaga students macam ni...

setakat ni takde la masalah lagi dengan diorang, just ada la yang minta tukar kelas...
dan awal2 lagi aku kata, kalau rasa nak tukar kel
as, baik tukar dari awal ni...
ada juga yang dah tukar kelas, then masuk semula kela
s ni...
hurm budak sorang ni la... kesian juga dengar cite nye, tapi aku terima je...
dia akan jadi penyeri kelas tu.. 'seni, cikgu'.. h
ahha semua ayat pada dia, ada seni :)

sekarang memang boleh je gelak ketawa de
ngan diorang, seronok...
tapi bile belajar, tetap akan ada side serius aku, huuu can't hide it ;p


kat bawah ni, aktiviti kelas yang pertama... tak
semua pun datang, tapi ok la..
kalau ramai2 pun, tak buat kerja.. tak jadi apa juga...


ni semua kerja last week, gotong-royong kelas

diorang nak cat, so on je la, cari cat.. glad la juga, ada yang baik de
ngan cikgu KH, so dapat cat dari bengkel, jimat duit...


tutup noticeboard dengan kain biru (syarat dari admin), buat segala carta, jadual yang diperlukan...





dan hasilnya, buat aku tersenyum... hasil yang boleh membuat aku mengisytiharkan
'ini kelas pelajar2 saya, ini hasil tangan mereka...'


dan semalam kelas sebelah (4 sains 1) pula mengecat... lepas merentas desa

so apa lagi, mengusik diorang pun best juga...

'u all tak yah la cat, dah cantik dah kelas ni...'

'u all mesti penat kan, tadi dah berlari.. balik rumah la'
jawapan diorang plak 'tau la kelas cikgu cantik'
'cikgu2.. kami cat kelas cikgu sekali la'
'takpe2, terima kasih je la' hahha

aku memang jarang nak naik kelas2 ni, sebab biasa diorang masuk lab je...
lab tu besar, diorang pula ramai (satu kelas dalam 40+ students)..
kadang2 aku bercakap, yang belakang tak dengar..
kadang2 ke
na bagi sign dulu 'saya nak terangkan ni, u all diam kejap eh'..

dengan kelas sains 1 pun ada cerita, yang juga buat aku senyum bila ingat semula...
'cikgu, kami panggil cikgu akak la'
'sains 2 kata diorang panggil akak, kakak azie' (auta punye budak2 :p)

'akak nampak lagi muda'

'cikgu, nanti cikgu masuk minang saya eh' (ape ke punye request la budak ni :p)
'lagi 4 taun, cikgu baru 28 kan? ke 29, cikgu?' (confirm diorang bergosip dengan kelas aku, hahha)

sabar je la aku nak melayan kerenah diorang ni.. ni belum cerita kelas lain lagi, huuu...
baru dua kelas ni, tapi ni lah yang membuat aku akan bertahan, insyaAllah....




**ini lah hari di mana aku dikenalkan dengan seseorang...
hari yang mana budak2 tak habis mengusik
'oh bulan.. enggan melayan diriku lagi...'
hahha tolong jangan sama kan saya dengan Yuna
terlalu jauh panggang dari apinya ;p

nanti lah... kalau rajin + ada masa, ada lagi cerita


life sekarang memang agak hectic..
kadang2 tu rasa macam tak cukup tanah je nak berjalan..
nak rehat apatah lagi...

nak menaip kat blog pun, ntah berapa kali aku save as drafts je, sebab cerita tak bertaip habis...
nanti la... entah bila, huuu....

tapi tu la nama nye life...


dan dalam pada aku sangat busy dengan segala cerita kat sekolah, segala kerenah students,
ada cerita kat rumah yang buat aku tak tahu sama ada perlu tersenyum atau pun tidak...

mungkin dah sampai masa untuk aku fikirkan..
makin lama, bukan makin muda...

tapi bila jadi dalam masa terdekat ni, memang agak susah untuk aku berfikir...
mungkin juga sebab terlalu banyak benda kat kepala, entah la...


cerita hanya dengan satu ayat
'ada orang nak tengok kamu.....'

as a young lady yang memang tak terikat dengan sesiapa, memang statement tu buat aku agak cuak....

bila ingat balik, macam agak kelakar la juga...
it's all the family arrangement, klasik je rasa and kami main jeling2 dari jauh je, hahah memang rasa nak gelak bila ingat balik.... dah la tempat nye di hospital, huuu

petang tu pula, aku agak comot, pakai baju pergi mengecat kelas lagi, heee...
and buat habis maintain, macam takde ape2, terus je main dengan budak2 (all the cousin yang kecik2)..
and mamat tu pula, slumbe stare orang, huu nasib baik la aku ada immune yang bole buat 'ala-ala-tak-nampak' and 'tak-rasa-apa-apa'

kalau ikut dari cerita cousins, dia memang ada la ciri2 yang ada dalam list aku :p
tapi entah la, banyak kena fikir kalau benda jadi pun...
aku memang tak cakap apa2, tidak mengatakan 'ia' dan tidak mengatakan 'tidak'
bile cousin aku buat survey kat family, kakak kate 'ok je'
mak pula angguk kepala, abang kate 'ikut la' tapi bila tanya lagi, abang jawab 'belum lagi' hahaha
dan sekarang memang aku jadi mangsa usikan dengan cousin2 ini, huuu...

actually mamat tu kira sedara la juga
tapi relation nye sangat jauh...
entah aku pernah jumpa dia ke tak, aku pun tak tau


yang pasti sekarang ni, perasaan adalah undefined dan words adalah undecided
memang mulut boleh kata 'lantak dia la' or ape2 lagi yang berkaitan, tapi dalam hati memang aku betul2 taktau....






entah kenapa, petang ni duk layan lagu ni.... creed


**ya Allah, berikan aku petunjuk....

it's always nice to have someone...
to hear every single word you said
to dry up your tears
be with you through ups and downs
to make you feel calm
to lean on their shoulders...



saya jealous dengan mereka ini, hahha :p



ada words yang tak dapat saya suarakan
ada rasa yang tak dapat saya luahkan
kadang saya tersenyum, ada masa saya cemburu
saya tak faham...
but i really hope, through times
the messages will come...
dan akan saya lagukan sebagai lirik terindah :)


They don't know much about us
When we're exchanging glances
We'll figure out one day,
what happened on your 24th birthday
(random awesome -Yuna)




mula dengan cerita kat sekolah sikit...
hari ni dah mula mengajar, ajar la sikit.. Physics for 4 science 1.. just nak bagi gambaran fizik tu macam mana.. actually satu cabaran la juga nak kena mengajar subjek ni sebab kat sekolah tu ada dua orang je guru fizik, saya (ting 4), dan lagi sorang cikgu untuk ting 5. actually cikgu ni kata takyah panggil akak, tapi rasa macam tak sedap pula, even beza setahun je :)
jadinya, pandai2 kami lah nak buat apa untuk subjek ni, hee...

untuk 4 sc 1 ni, tak susah la.. students baik, kita tak perlu pun nak jerit beria2, even diorang sangat ramai.. tadi pun ajar satu page je, nasib la juga ingat lagi, sebab memang takde masa pun nak study (alasan! update blog bole plak ;p)
4 sc 2 pula, taktau la lagi.. belum mengajar kelas ni, tapi setakat yang dah masuk untuk 2 hari ni (untuk pengurusan kelas), nampak macam ada groups.. ada yang nak belajar, ada yang separuh hati, macam tak pasti untuk berada di kelas sains, maybe..

tadi juga, masuk kelas form 3.. alamak ai, memang remind me of kelas form 2 masa practical dulu.. nasib la b
ila dapat kelas yang dah nak hujung2 ni, huu..
pengetua sekolah ni pula, sangat la rajinnya nak meronda, huu..
tadi da kantoi, heh.. masa kat kelas form 3, budak2 tu bising, tapi saya ada alasan di sini, pandai2 la nak hidup :D..
time kat 4 sc 1 tu la yang ok, siap mengajar lagi, macam tak percaya.. kalau ikutkan budak2, diorang ajak sembang2 je, tapi saya bagitau dulu 'kita belaja sikit la eh,kang pengetua round' hahha main aci tipu betul la cikgu ni :p ampun... jangan report eh




then on the way back, singgah ke POPULAR bookstore, cari buku rujukan...
nak ajar sains (form 3 & 4), mana la saya pandai.. lagi kalau tanya bab2 yang nak ke arah biologi tu, huuu lagi la tak berapa nak tau.. tapi apa pun, saya akan cuba :)

tadi juga, apply untuk dapatkan TPS (teacher's privilege service).. kira nya, buku rujukan yang kita beli, akan dapat diskaun 15%, untuk cikgu sekolah, cikgu tuisyen.. so dapat la nak berjimat sikit, mana tau lepas ni kot nak beli banyak buku lagi...
or sape nak diskaun ni, meh saya belikan.. saya tak dapat faedah apa pun, tapi kalau boleh tolong orang, apa salahnya...

masa dalam bookstore tu la, kena memupuk hati supaya bersabar...
bukan apa, bila tengok buku banyak2 ni, mula la rasa nak beli, tapi status kewangan tak berapa nak mengizinkan.. buat masa ni duit memang untuk tambang bas, makan kadang2, tu je la..
kalau ikutkan nak je ambil tadi, tapi tahankan juga, huu...

sebab terfikir satu agenda, yang buat saya tersenyum...

ini dia....



rasa macam can't wait anymore.. sebab masa ni la boleh cari buku sepuas hati, sesedap rasa..
time ni la kalau nak berjimat beli buku :D (hopefully masa ni dah ada duit la, hahha.. kalau tak kena buat loan dengan abang :p)
okeyh kena tanda tarikh ni, heee sabar azie..............







*** buku pinjam ritu tak habis baca lagi
due date minggu depan, huu..
kepala dah terbayang Kellerman's dari tadi
and nak try cari Grisham's too