Sunday, September 01, 2013

semoga yang terbaik megiringi langkah kalian :) ..

masih terasa terlalu baru, sampai di situ,
memperkenalkan diri kepada mereka

ya, terlalu baru, membebel pada mereka, denda mereka,
menangis kerana mereka
juga senyum dan ketawa bersama mereka,
terlalu baru..

bagaikan baru semalam berlalu..

namun saya disedarkan apabila ada yang menghantar mesej di telefon juga mukabuku :
'cikgu, saya nak sambung degree dah'
'cikgu, saya dapat sambung..' sini..dan sana..
dan saya tersenyum, bahagia..

saya tahu dan sedar, saya tidak menyumbang apa-apa
bagi yang mengingati, itu buat saya gembira
yang tidak mahu mengenang, saya tetap gembira

masa hadapan kalian sedang terbentang, luas..
lakarkan dengan warna-warna yang cantik,
jangan dirosakkan waima oleh setitik debu kotor
itu harapan saya..

insyaAllah..
doa saya akan sentiasa mengiringi langkah kalian
walau di mana kalian berada..
semoga Allah berikan kalian kesihatan terbaik untuk melalui hari mendatang
semoga Allah cekalkan hati kalian dalam mengharungi cabaran
semoga Allah tetapkan iman dalam kalian melakukan segala amalan
dan semoga Allah redha atas apa jua yang kalian lakukan

semoga segala yang terbaik mengiringi langkah kalian.. saya rindu, sobs :'D ..







khas untuk bekas pelajar sesi 2010-2011
yang sedang bertebaran mengutip ilmu di bumi Allah ini, pra-U/diploma/ijazah, sekolah/poli/kolej/uni.. walau di mana anda berada, 'kalau melihat langit yang tinggi jangan dilupa bumi yang dipijak' :)

ikhlas, cik-A

Saturday, August 17, 2013

Teh Ais, Teh O Panas (an introduction)

'Teh ais satu'
'Adik manis?'
'Teh O.. Panas'

'So, how's life?'
'As you can see'

Kata nak minta teh ais, ni banyak tanya apehal pulak?

I can see a beautiful young lady in front of me, hmmm...

'Bukan aku nampak ko tiap-tiap hari'
'Haha ye la.. My life? Jaded'
'Ko jual jed sekarang?'
'Apa pula? Aku takde tokoh jadi usahawan berjaya, nak menjual-jual ni'
'Tadi ko kata jed'
'It means bosan.. Boring weyh, bangun pagi, menung dalam bilik..keluar bilik, makan, tengok tv, tidur, macam tu je la'
'Dah ko yang rajin sangat nak memerap kat rumah tu ape hal?'
'Ko ingat senang-senang ke aku nak keluar? Ni pun nasib la adik aku ada ko-ko kat sekolah, aku hantar tadi'
'Haha ok ok.. So, bila nak start kerja?'
'Eh aku ada kata nak kerja ke? Takde kan?'

'Teh ais.. Teh O panas untuk adik manis'

'Apa hal mamak ni duk panggil aku adik manis eh?'

Ko memang manis, kalau aku ni semut dah lama kerja aku hurung ko je.

'Dia memang suka panggil perempuan macam tu'
'Oh macam tu eh?'

Teh O sangat panas. Eh, kan memang aku minta yang panas tadi, ehee.

'Ko buat apa kat sini?'
'Kutip hutang teh ais ni'
'Pasal ni je? Macam la kat pelabuhan sana takde teh ais'

Bukan pasal ni je, aku nak jumpa ko sebenarnya. Aku rindu kat ko. Aku nak tengok senyum manis ko tu.
Ah macam la dia tau pun.

'Ke ko datang jumpa awek?'
'A'ah. Awek aku depan mata ni, tengah tunggu teh dia sejuk kot'
'Mana? Mana? Minah meja belakang ni ke? Cun seyh.. Dia tak marah ke ko duduk dengan aku?'
'Entah.. Dia buat bodo je'
'Wait.. minah tu minum jus oren, ko tipu aku.. sengal'

Comel betul bila dia muncung macam ni. Sangat comel.

'Adik manis, awak belanja saya kan hari ni?
'Ye.. ' malas nak layan.
'Adik manis, kalau saya nak minta lagi boleh?'
'Don't underestimate me. Even aku tak kerja, aku ada duit simpanan'
'Ko jadi perempuan simpanan ke sekarang?'
'Gila. Lagi baik aku kawin dengan ko je dari buat kerja munguk tu'
'Haha ko nak tau tak'
'Nak bagitau, cakap je'
'Ko ni banyak mulut'

Bila masa pula aku dah bermutasi jadi makhluk banyak mulut? Eisy mamat ni

'Ko nak tau apa yang aku rasa?'
'What?'
'Aku rasa ko kena pakai spek, sebab aku tak pernah lagi jumpa manusia ada mulut lebih dari satu'
'Tapi yang banyak cakap, ada kan?'
'Sekarang ko nak tau apa lagi yang aku rasa?'
'Hmm?'
'Teh O ni still panas. Kalau aku simbah kat ko, memang sia-sia je'
'Haha mara la plak'
'Ek eleh nak mengena aku. Blah ar. Kang tak pasai-pasai ko bayar sendiri'

Dia ni la bahasa memang kasar. Tapi sebenarnya ayu. Aku tahu ko sebenarnya sangat ayu. Don't deny it. Dia bukan poser, tapi dia seakan melindungi diri dalam diam. Dengan cara dia yang tersendiri, being rough.




#truth is,
entry ni dah bertaip lama dah
dua atau tiga tahun lepas, saya pun dah lupa
i've lost track of time, tehee..

# ini cereka.. 
tengok lah, kalau rajin, maybe ada sambungan
mayyybeeeee............

yang benar,
azieshakespeare :)
(yang selalu meninggalkan blognya)

Thursday, August 15, 2013

saya taknak hilang awak
tapi.. 
saya tak cukup kuat, to take the risk

'..awatnye ni'
'tadepe pun'
ok saya tipu, truth is there's so much to say..