Thursday, June 28, 2012

unfair betul

ok hari ni i was looking for a shoes, for running to be specify
and it must be a lightweight one (er not saying that i wanna be a runner pun :P)

so jalan-jalan-jalan, pusing-pusing, singgah kat satu kedai ni
memang dah eyeing one of the shoes, lightweight (checked), affordable (bole la), but... 

di sinilah berlakunya sebuah ketidakadilan (bukan main ayatnya, hahha)

dengan slumber saya bawa turun yang warna pink and purple dari rak dia 

ok, i was eyeing on the white one (combination on white + black + red pada tapak), memang rasa nak sangat-sangat la ni
then tanya the boy, 'kaler ni takde saiz kecik ke?'
the boy replied 'warna tu ada saiz laki je' 

ok kecewa!
huu, tengok semula warna for ladies: pink, purple, and green (not in the pic) 
sungguh la girly-geli punya kaler, oh please lah

keluar dari kedai tu, fikir cepat, nak ambil satu or leave sahaja? 

pusing lagi, fikir lagi, dan keputusan akhir, ambil juga
sebab i didn't found any running shoes lighter than that, plus breathable

dan pastinya saya tidak mengambil that pink!

sekian, 
ini sahaja laporan
untuk hari ini
-azie :P

* kalau rajin
nanti mungkin akan ditaip
'saya dan pink' :) 


Wednesday, June 20, 2012

biar kamu tahu..

sesungguhnya, saya ini penat
teramat..
setiap hari dihadapkan dengan perkara yang sama
setiap hari mendengar benda yang sama

tentang kalian

saya penat, ya teramat lelah
namun
saya cuba bertahan
untuk kelihatan kuat pada mata kalian

dan di sini, saya mahu kalian tahu
walau kalian tidak akan pernah membaca ini

biarlah kalian tahu
biar pun tiada sesiapa lagi yang mahu memandang kalian
percayalah
pada saya ini
saya ini yang akan terus berharap 
agar kalian menjadi yang terbaik
terbaik.. sekurang-kurangnya pada diri sendiri

saya ini tahu
dan sedar
siapalah saya untuk merubah kalian
tiada pun di dalam kemampuan saya

namun saya akan terus berharap

pada saat semua suara mencemuh kalian
dengarkanlah suara saya
suara kecil ini yang akan bersama kalian
andai kalian memberi peluang kepada saya


ada waktunya saya tidak mengendahkan kalian
namun bukan bermakna kalian saya sisihkan
tidak pernah terdetik untuk mengenepikan
namun kadang ada waktu hati saya juga terguris

biarlah kalian tahu,
saya ini akan terus berharap

Allah.. permudahkanlah urusan hambaMu ini..




*saya taip ini petang tadi 
dengan linangan air mata
berkurung di dalam bilik
sehingga malam 
dengan hidung sudah berhingus 

keluar dari kurungan untuk dinner
pastinya dengan keadaan mata yang sudah kering 
tiada lagi berair

urusan ini semakin meruntun jiwa 
mohon doa semoga Allah permudahkan segala
ameen..

Friday, June 15, 2012

semalam..

bismillahirrahmanirrahim..

ok, penat sudah dengan entry panjang-panjang, jadi kali ini pergi secara pendek

semalam
" * ringgit cukup la dik, kamu tu belajar lagi "

er.. okay. buat bayaran, berlalu sambil senyum sepanjang jalan :)