Showing posts with label traveller me. Show all posts
Showing posts with label traveller me. Show all posts

Saturday, June 01, 2013

radiasi, mutasi, terbasi

hello june!
haish.. angin-angin kalut mula bertiup.. yup, aku dah mula dapat rasa kekalutan itu, tapi cuba sedaya upaya bertenang ni
rilex rilex.. cuti ada lagi seminggu ni, lepas ni akan bermulalah kehidupan huru-hara

lupakan sekejap..

ok, mahu cerita ni.. selama bekerja, saya selalu terlupa yang saya ini cikgu sains
sebab setiap hari pergi sekolah pakai tshirt, masuk lab sekali tak sekala, tak suka buat eksperimen, dan saya selalu keluar dari sekolah atas dasar sukan/bermain, heh
now tell me, how cant i forgot that imma science teacher :p

weeks before holiday tu lah yang membuat saya perasan yang saya ini ajar subjek sains, specifically physics :) dapat a letter untuk 'perkhemahan nuklear'
satu sekolah akan hantar 3 upper form students dan seorang guru sains, saya lah tu eceh :p

awal cuti tuari (26-28 mei), kami pun pergi, oh best!
kalau tahun sebelum ni, bila keluar bermalam mesti nak kena berlari-lari atau tengok orang berlari, then malam tidur ber'air-cond' dalam hotel
kali ni duduk dalam khemah berpanas, then bila pagi kesejukan :)

tapi part best bila jadi cikgu ni, kau tak perlulah nak sibuk-sibuk berkalut chase the time pun, rilex je observe the students
dan part yang agak best is i 'suspected' that imma the youngest teacher masa tu, so saya lah yang blur, saya lah yang clueless dan saya lah yang sering ditanya 'student ke cikgu?' heh

ok mari lah kita bergambar...

tempat camping was at hutan lipur, agensi nuklear malaysia, bangi (dekat je dengan rumah)
atas ni gambar blok 11 iaitu tempat pendaftaran, dan aktiviti-aktiviti yang melibatkan dewan dan diambil dari camp-site

ini camp-site kita, tapak khemah students adalah di atas hutan sana.. i'll say it's a good place for outdoor activities..


 aktiviti pertama petang itu ialah memasang khemah, the fasi tunjukkan demo on how to do it first
then students naik atas pasang khemah diorang, dan cikgu-cikgu pula pasang kat bawah

so, inilah tempat tidur saya, shared with akak from kuantan and terengganu. jiran sebelah pula dari kelantan and lagi sorang lupa pula saya.. so pantai timur lah i :p

 dan malamnya pula, adalah aktiviti di atas ini.. tapi sambung next entry lah.. sebab ak tunggu upload the gambars adalah sangat lama, i sudah mahu tidur lah, huu...

till then.. :)


Tuesday, December 25, 2012

25th

our 25th is in melaka
just arrived home, about 11 tadi..

and tomorrow..
err, meeting(?)
so we'll see what awaits for 2013 (nervous :p)

Monday, December 10, 2012

shopping!

ok sambungan entry semalam (tapi ceritera hari sabtu la) 

lepas tukar uniform, masuk kereta then abang tanya, ke mana? 

lihat gambar bawah, kami menuju ke kota kuala lumpur, cheit macam tak biasa pergi je kau :p

view from the building 
 kami ke Kenanga Wholesale Centre, KWC. ye la kot ni nama dia.. dah orang duk sebut kenanga je,
kalau nik tren, boleh turun kat stesen hang tuah, kalau tak silap dari situ ada route pejalan kaki, tapi jangan tanya saya tak pernah lalu situ lagi :)

sampai situ, cari parking kosong, (tempat parking yang berpusing-pusing, rasa mahu muntah je naik ke atas,huu)
then cari lif, kita menuju ke surau lah terlebih dahulu, surau di tingkat atas, 16 ke? eh lupa lah

dalam lif yang sungguh sesak 
then sementara menunggu puan kakak siap (we take turns to look for the lil-baby), kita ambil la gambar dulu di hujung bangunan ini, siap bole nampak KLCC and KL Tower lagi kat belakang tu :) 

ok, gelap :) 
kemudian penjelajahan pun bermula :)
:) 
bukan main lagi korang ye..
sudah nya jadi babysitter la saya :p
menunggu puan emak dan puan kakak
so, apa mahu komen? 
- kalau nak gi KWC ni, elakkan weekend 
- kedai-kedai adalah sangat banyak, jadi sila lah buat pilihan bijak 
- sila datang dengan orang-orang yang tidak kisah berjalan dan memilih, elakkan bawa saya yang cerewet, kah3

ok, saya tak beli apa, sebab.. entah tak berminat kot
lagi pun people(s) tend to say that my fashion-sense adalah always tidak dapat dicerna akal fikiran,kah3

:) 

lepas pening-pening di situ, still tak balik rumah lagi, pergi jusco pula, sebab puan kakak nak cari baju sekolah untuk anak-anaknya
saya memang suka, sebab kat situ ada popular. beli dua novel + a comic yang semuanya sudah pun habis dibaca saat ini :)

sementara menunggu mem-mem besar memilih, saya bawa si kenit melepak makan fro.yo and baby donuts (bawa dia je lah dulu, sebab dia tak beli baju sekolah)
then baru call adik, kalau dah siapbawa lah mereka ke situ :)


ok, ini sahaja kisah di hari sabtu, 
hari ahad pula kami ke putrajaya, tapi tak perlu cerita kot, just datang makan-makan kat umah cousin je :) 

sekian, terima kasih :p

Sunday, December 09, 2012

jom main air :)

ok, sambung cerita semalam.. kisah semalam, 
bangun pagi, lepas subuh saya melepak online dalam bilik, entah pukul berapa keluar tengok anak sedara pegang towel sambil tengok tv
a : mu'az, dah pegang tuala, pergi mandi 
m : paklong kata mandi di sungai 
a : mandi di sungai? *heheh

jadi kami keluar bermandi-manda, lokasi di sungai tekala 
for info : nak masuk sini kena bayar rm1 (dewasa), rm0.50 (budak)
kami datang 5 dewasa and 3 budak + 1 baby dua bulan (kira juga ke? heh)

mari, bagi tugasan kepada gambar-gambar bercerita :)

sudah masuk :)
masuk air, eh masuk dalam air.. si kecik tu taknak turun dalam air, menggigil 

kita letakkan dia kat atas

tinggal lah kami bertiga, macam takde orang je kat situ, kan

pastu dia turun semula, tapi tetap lah sama.. taknak juga turun dalam air, menjerit-jerit,hahah

pemerhati dari atas, puan emak and puan kakak

:)
lepas dah menggigil-gigil semua, naik atas tukar baju semua
then headed to the next place :)


tapi lokasi seterusnya tu, kita jadikan modal untuk entry esok je la, kang takde idea pula nak taip apa, hee :)




***hate this feeling(s), much 
Allah, please.. permudahkan semuanya..

Saturday, December 08, 2012

berjalan-jalan di hari sabtu

ok sebenarnya entry ni suppose to have few photos, tapi oleh kerana uploading sangat lama, terpaksa la saya cut it off dulu, kira kita bagi teaser je la dulu.. 




full entry akan ditaip esok, insyaAllah..

p/s : cabaran satu hari satu entry untuk minggu pertama adalah berjaya, hoyeah! :D



**mata mengantuk, badan sedikit penat
tapi tetap mahu menunggu detik 12 malam :)

Thursday, December 06, 2012

MAHA 2012

ok, mari melunaskan hutang. cerita basi hari ahad (2 dis) yang lepas.. we went to MAHA @ MAEPS 
the night before tu dah pesan awal-awal kat budak-budak kena bangun awal pagi esoknya, sebab nak pergi jalan. diorang dengar je nak berjalan memang suka lah 

so esoknya, kami memang keluar awal, before 9 (exact time tidak dapat dipastikan, hee) 
sampai sana awal, trem pun tak bergerak lagi
sebab belum ada trem, bergerak la pakai kaki

sambil jalan-jalan, dah terjumpa playground pula, singgah kejap, sangat-sangat sekejap 
anyway benda ni ada merata kot, tapi tu la kena bayar

benda ni pun belum ada orang jaga, dapat la budak ni main free kejap :)
menuju ke tempat binatang, jabatan perkhidmatan veterinar.. macam-macam lah ada, lembu, kuda, rusa, ayam.. oh sempat juga tengok diorang mandikan kuda pagi tu :)

rindu kampung halaman, tu yang gi amek gamba ayam tu :)
adik and anak sedara pula buat cubaan bagi makan kat rusa  
then jalan-jalan lagi, sudah sampai ke tempat jentera-jentera pula..
seronok la budak-budak ni naik benda-benda tu, kalau ikutkan nak naik juga tapi... :P
sebelum tu sebelum sampai kawasan ni, ada pertandingan kucing, tapi tak dapat nengok kucing yang bertanding, lambat sangat..

tak tau la apa nama mereka-mereka ini :p
lepas tu tunggu trem, dan menuju ke destinasi seterusnya..

atas trem, kanak-kanak, puan emak dan yours truly :)
gambar kecil di bawah tu ialah pokok padi 
sini ialah kawasan ikan-ikan, ada pertandingan memancing. ada juga pertandingan tangkap udang kot, juga tangkap ikan kecil untuk budak-budak
main attraction ialah pameran rangka ikan paus, memang besar sangat-sangat


 kemudian kita naik jambatan dan pergi ke pavilion (rumah-rumah kecil) negeri
kat rumah sarawak ada tarian (tatauu nama), depan rumah perak ada maskot MAHA, dalam rumah johor ada buah-buah yang saya ingatkan tipu, tapi real sebenarnya :)

sarawak, perak, johor 
kami berpanas di bawah untuk ambil gambar :) sangat nice
ok, jangan tanya kenapa macam excited kat rumah kelantan ni
maybe sebab tak penah sampai sana kot, :p
terengganu, negeri sembilan, perlis 
singgah makan laksa dulu kat perlis (ceit bunyi macam sampai sana je), then teruskan berjalan..

gambar bawah da masuk dewan :) 
keluar dari kawasan dewan, pergi tunggu trem.. si kecik tu dah tertidur, sangat penat dukung dia yang tidur
time dalam trem tu akak yang duduk sebelah tegur, lebih kurang gini
K : diam je dia tidur
Az : *senyum
K : tak meragam ye?
Az : penat sangat kot
K : tak bawa kain gendung tu
Az : takde
K : sian kat ibu dia la nak kena dukung
Az : *err, senyum
K : tak bagi ayahnya? ayahnya mana?
Az : *errrr lagi... (kemudian buka lah cerita sebenarnya :))

kami turun kat kawasan fun-fair, tapi tak de la gi main kat mainan pusing-pusing tu
budak-budak bertiga tu je lah main atas air, main kapal yang kena pusing guna tangan, jenuh abangnya memusing :)

kalau dapat masuk dalam belon besar tu, macam best je 
selepas beberapa ketika (ceh penanda wacana kau!), memandangkan hari mula mendung, kami pun menuju jalan pulang..
lalu kawasan pokk padi, ambil gamba lagi :)


sebelum sampai kereta, puan emak singgah beli jagung, saya cari air sebab air yang dibawa dah habis

kesimpulannya, ok best :)
nak cari makan senang as long as kau ada duit, cari surau senang, cumanya bas + trem je ramai sangat orang
dan tangan saya lenguh untuk beberapa hari, sebab mendukung si kecik tu.

ok ini saja, cerita basi dari saya..
siri cerita basi akan bersiaran lagi selepas ini, insyaAllah..  :)



 ** aktiviti gunting tampal semalam masih belum selesai 
gunting pun tak habis-habis lagi, banyak sangat 

Sunday, December 02, 2012

hye again :)

ok, sebenarnya mood mahu mentaip di sini adalah sangat high
jadi marilah kita menaip..

memandangkan sekarang ini musim percutian sekolah, jadi marilah kita berjalan-jalan
aktiviti hari ini ialah ke serdang, here we go

 

kasi satu je gambar dulu, full story esok je la, insyaAllah.. :) 
(mood high tadi telah menjadi low sebab try upload gamba kat fb tak lepas2, geram) 



*bercita-cita mahu menaip satu entry satu hari
azie, good luck for the cita-cita :)

Sunday, September 23, 2012

smkra

A : smk raja abdullah
T : (angguk)
A : (have a seat, dalam hati cuak sebab dah lambat)

T : sekolah tu dah mixed ye?
A : mixed? maksudnya? (serius tak faham)
T : dulu students lelaki je situ
A : oh.. (angguk)
T : pelajar perempuan ada tingkatan berapa?
A : err.. yang saya nampak, semua form ada rasanya

(awkward silence)

T : u bukan study situ ke? [ok,sengaja bold kan the word,kah3]
A : tak, saya datang berkursus je

well, this is the story of being away from the school, for past three days (thursday-saturday)
will update about it later, insyaAllah :)

Friday, June 15, 2012

semalam..

bismillahirrahmanirrahim..

ok, penat sudah dengan entry panjang-panjang, jadi kali ini pergi secara pendek

semalam
" * ringgit cukup la dik, kamu tu belajar lagi "

er.. okay. buat bayaran, berlalu sambil senyum sepanjang jalan :)

Tuesday, October 25, 2011

pandai rapping tak

malam sebelum majlis penutupan, i was sitting on a table (ok,jangan tiru..sila duduk atas kerusi ye :P) 


C: pandai rapping tak? 
(ape kes pula ni? nak kena ada persembahan pula ke untuk majlis esok?) 
A: tak 
(gile ape nak suruh perempuan ayu ni rapping bagai) 
C: ala simple-simple je 
(jangan buat kes la, tarian inang pun aku tak reti, ni lagi nak rapping.. nak kena combine dengan shuffling ke? ouch lama sudah tinggal benda karutan ni)
A: tak reti la 
C: barang semua  kitorang dah beli, tinggal nak rap je 
A: (buat muka blur, semakin tak faham sebenarnya) 




then, there came the stuffs..
when the stuffs arrived, memang rasa nak tergelak sebenarnya, bila mengenangkan kembali ayat-ayat yang duk bermain dalam kepala..
sebab barang-barang itu ialah satu plastik buah, bakul, riben, plastik, salotape.. 

macam mana la bole terbayang 'rapping' instead of 'wrapping', hee.. 
but then, tell you 'wrapping' pun tidak lah saya reti :P




ini cerita untuk kem 1M1S fasa 3, kami sebagai JU 
will be update later, insyaAllah.. another sweet memories to be remember :)   

Monday, October 17, 2011

kem 1 murid 1 sukan

bismillahirrahmanirrahim.. (mari menaip secara panjang, dengan bantuan barisan gambar-gambar :))

kem 1 murid 1 sukan peringkat zon bangsar.. it was on 11-13th october 2011, at Permaisuri Hang Jebat Hotel, Melaka.. the students were having so much fun there, met new and old friends, also make new enemy, hahha (children were being children..) 

untuk program ni, sekolah menengah perlu bawa 8 orang pelajar (4 menengah atas, 4 menengah bawah) dan sekolah rendah bawa 4 orang.. sebagai guru sesi pagi, saya bawa pelajar menengah atas (2 lelaki, 2 perempuan). masa nak memilih pelajar ni, bukan perkara mudah sebab PK Ko-ku minta bawa pelajar kelas depan, saya tak kenal mereka (satu-satunya kelas tingkatan 4 yang saya ajar ialah kelas paling belakang).. tapi Tuhan permudahkan urusan saya bilamana suatu hari tu saya perlu relief kelas mereka.. terus saya buka offer tanya 'siapa nak ikut saya pergi kem? tapi ada banyak syarat'.. hee cheeky punya cikgu :P 
dan banyak la suara-suara yang bersorak nak ikut.. well siapa yang tak suka kalau dapat berjalan keluar dari sekolah 

at first, surat yang kami dapat venue nya di Klang, but then beberapa minggu lepas tu dapat notis tukar ke melaka.. ok,melaka again (dua minggu sebelumnya, saya sudah ke melaka untuk kursus induksi) 

ok,bermula dengan pagi selasa.. kami berkumpul di stesen lrt untuk ke stesen chan sow lin, dari sini ambil cab ke pusat sukan cochrane.. here goes, kami (sesi pagi) sampai agak awal, dan masa tu yang dah ada ramainya students sekolah rendah (yang comel-comel :D)

mengisi masa :) 
dah tengahari, baru la bas bertolak.. melaka, here we come.. being students yang sangat teruja berjalan-jalan, mereka bersembang sepanjang jalan.. 
saya pula busy dengan soalan trial (ok, jasad saya di situ tapi jiwa dan hati tertinggal di sekolah, bersama pelajar yang terpaksa saya tinggalkan)


hari first, takde aktiviti sangat pun.. ice-breaking, lebih kurang..


first or second day? suda lost track :P

second day, aktiviti beratur.. bermula dengan 'pengurusan kelab sukan' (oh please, siapa ada gambar time ni, beri kan saya)
lepak-lepak @ lobi hotel :P
tengahari tu, dengan 'penerangan asas permainan' mereka bermain dalam kumpulan kecil, mengikut tag yang diorang dapat.. kalau dapat tag badminton, pergi la ke stesen badminton


kemudian, masuk ke dewan. pelajar-pelajar tadi perlu terangkan kepada kawan-kawan satu kumpulan mengenai permainan yang mereka main..


petang pula, lepas lunch and rest sambung dengan 'asas pemakanan dan kecedaraan dalam sukan'
students saya yang jadi model 'kecederaan' :)
dan petang lagi, selepas asar.. acara yang ditunggu-tunggu.. they were given the opportunities to play all of the games (bola sepak, hoki, badminton, bola jaring, sepak takraw) time ni bateri kamera mula low, so tak dapat ambil banyak gambar..
hoki, tapi guna bola besar..
budak-budak comel :)
students naik lebih kurang 6.30 petang, then sampai la giliran cikgu-cikgu pula test power, heh ini memang best (tapi sayangnya, bateri kamera low, so takde gambar tengah kejar-kejar bola) 
kami bermula dengan bola jaring yang kena sentuh orang (i'm the last person to be touched,ok :D), sambung dengan hoki tangan and last terus jadi futsal (dah last-last, akhirnya dapat juga masuk gol)

malam pula, masuk slot 'permainan modifikasi' students kena modify any gamesand buat preparation untuk bentangkan hari esok.. 

pagi esoknya, dah dengar suara camp-comm menjerit kat bawah panggil budak-budak untuk jogging 
turun la, berjogging sama :)


then pembentangan kumpulan, kemas-kemas barang, majlis penutupan.. habis sudah.. jom balik KL 
sebelum balik, haruslah ambil gambar kelas dulu, hee
cikgu-cikgu dan pelajar-pelajar..
can u spot the differences? :)
the girls.. 
the girls, yang saya tidak tahu sekolah mana,
tapi gambar ada dalam kamera 
JU (official JU and JU secara lantikan dalaman :P)


saya sepertinya sudah terikat dengan modul 1M1S ini.. tengah tahun dulu pun, sudah pergi untuk pendedahan kepada guru-guru (we played 10 games that time) and IT IS FINE and FUN 
lepas ni, insyaAllah akan keluar lagi untuk ini.. mari-mari, keluar bermain, bersuka ria (ewah over kau :P)










*pagi tadi, lepas dapat surat kena keluar lagi, call mak
mak cakap 'kamu duduk sana je la terus, senang.. kalau orang panggil dah ada kat sana
hee.. sorry mak.. tau orang da agak-agak spoil  mood cuti-cuti 
tapi nak buat cemane .. 
** and petang pula, got a call.. maybe saya akan diserap untuk satu kumpulan menanda kertas PMR 
oh my .. kenapa lah saat-saat genting macam ni la, asyik nak kena keluar je, huu