Wednesday, December 30, 2009

mari kumpul wang :p


nak cerita pasal sekolah lagi tak?

heh... kenapa perlu tanya pula, kan saya yang akan taip..
biarlah takde orang nak baca pun, tapi saya tetap nak taip, saya sedang syok sendiri ;p

untuk hari ni, ada pendaftaran masuk pelajar tingkatan satu
actually, saya tak perlu ada pun sebab saya bukan cikgu sesi petang, hee...
tapi dah sampai pagi tu, then meeting pun tak mula lagi, tolong la sikit (oh ye, sangat la sikit nye saya tolong, hee...)

hari ni ada meeting panitia pula
and dapat la lagi satu tugas, setiausaha untuk panitia sains
sabau je la, coz cikgu2 tu kate nak bagi pengalaman kat semua cikgu...
ya, pengalaman... rasa macam tak pernah je s/u, ke pernah? tak ingat la...
sebab biasa tugas saya naib pengerusi or ajk je..
so ini akan jadi pengalaman baru

cadang2 nye nak taip minit mesyuarat terus malam ni, tapi lupa pula nak minta senarai nama tadi, insyaAllah akan disiapkan dalam minggu ni juga, apa jadi pun
sebab nanti bila sekolah dah mula buka, lagi banyak kerja timbun2 nak kena buat..

masa nak balik tu, akak sorang (tua setahun je) ni tunjuk jalan kat mana nak tunggu bus dari sekolah, ye la sementara takde transport sendiri ni..
dia pun baru posting, tapi dapat masa sebelum cuti aritu..
masa tu la dia cite macam2, pasal SPP yang saya tak berapa paham sebelum ni, pasal sekolah sikit2 and macam2 gak la..
saya kan kategori yang agak berat mulut, tapi bila orang cite, saya ringan telinga (ey.. ada ke perkataan macam ni, hee habis la saya kena marah dengan ciikgu BM nanti)

sebelum balik rumah, ke jalan raja laut dulu, naik LRT, turun stesen Bandaraya
bukan pergi shopping kat sogo :p tapi gi setelkan pasal KWSP
sampai kat kaunter, akak tu (sebab dia panggil saya adik) kata saya dah daftar
pelik juga, tapi ambil je la penyata yang dia bagi tu
and kat situ juga, dah ada sejumlah wang, sikit je la

pelik la juga, bila masa saya daftar?
masa kat dalam surau, baru perasan alamat kat kertas tu, alamat Melaka
tengok no ic betul dah, tapi kenapa sampai ke melaka, tak pernah pun duduk sana, sedara mara pun takde kat sana...

then, masuk semula... soalan saya masa tu
'nak tanya, kenapa alamat ni pelik eh?'
adakah soalan saya ini pelik, sebab akak tu pun macam suke je, hee
then dia bagi satu form untuk tukar maklumat, nasib la...

kata nye tu alamat company
eisy pelik2 je rasanya, tapi saya ia kan je la..

dah siap tu, ambil nombor and kaunter dengan orang laki pula
masa ni lah baru boleh recall semula, macam mana saya dah didaftarkan
'cik pernah ke sebelum ni?'
'tak'
'macam mana boleh ada duit ni?'
shrugged, hee
bile dia klik2, dia tanya lagi
'ada kerja kat pasaraya sebelum2 ni?'
'aah, promoter...'
baru la ingat, kerja masa saya tahun tiga study dulu, padan la payment masa tu tak cukup macam yang dia janji
tapi masa tu, saya buat taktau sebab saya kerja sekejap sangat
(every weekend, and tak sampai sebulan pun...)
then macam2 la orang kaunter tu cerita pasal duit tu.. and tanya kerja apa, kat mana semua
alang2 dah jumpa orang yang rajin nak bercakap, saya tanya la apa yang saya rasa blur

point kat sini, saya suka dengan cara mereka :D








** malam ni kena setelkan semua borang
esok boleh submit
tadi pun dah fotostat segala macam yang sekolah nak

bukan apa, biar buat cepat2 semua
nanti tak la pening2 dah nak fikir...
cuti 3 hari nanti, fikir untuk lesson plan je la kot
minggu depan dah nak tengok, huuu awal nya...



Tuesday, December 29, 2009

mengharapkan segala yang terbaik :)


hari ni, bermulalah tugas saya sebagai seorang guru...

dah lapor diri di sekolah, sebuah sekolah yang akan saya taburkan bakti dan memikul satu amanah yang besar..

pagi-pagi (saya sampai tersangat la pagi nya :p), ke bilik guru dulu (sebab pejabat belum buka),
cikgu pertama yang saya kenal di sana ialah pn.jamilah, guru bahasa inggeris.. dia yang suruh saya tanda meja dalam bilik guru, takut nanti takde tempat, thanx :D
then, masuk meeting (yang patutnya saya takyah ada pun, so cabut.. lepas dapat izin la, hee)

pukul 10 baru ada meeting yang semua guru kena ada..
kena kenalkan diri, biasa la prosedur nya..
then jumpa pengetua, GPK, and also dapat jadual kelas

hari ni juga, dah di assigned as 'guru kelas' untuk kelas 4sains2, huu
awal2 lagi sudah dapat tugas berat
tapi kak anis cakap 'takpe kelas budak baik'
hee risau je dengar nya

tadi akak ni ada la cite sikit2 pasal students kat sana
and ada juga bagi tips -simpan segala macam dokumen, surat2 or ape2 dalam satu fail, so nanti tak lah kalut bila nak guna...

masa jumpa dengan GPK, dia bagi jadual..
sangat la giler... saya kena ajar Fizik&Sains (form 5), Pendidikan Seni & Pend.Sivik (form 3)
pendidikan seni? hahha boleh ke? remind me of my school days je..
tapi kalau boleh, saya nak minta math tak kisah form, and sains for lower form (meaning form 3 la, sebab sekolah ni dua sesi)
tak berapa confident la nak ajar sains form 5, saya pun mana belajar sains dulu, lagi kalau masuk bab yang berkait dengan biologi lagi la kantoi, heee :p
malam ni je dah buat equation sendiri
Fizik + Sains + Seni + Sivik = (left side + right side) of your brain :D

tapi tengok la, buat sementara ni terima je dulu
kalau admin bagi tukar subjek2 tu, alhamdulillah...
kalau tak, go on je la...


oh.. actually sekolah tu ada 4 orang guru baru (seorang baru pindah, 3 lagi baru kelua IPT)
kami berempat ni (3 perempuan, 1 laki), semua nama berawalan 'az'
and lagi satu, quite tak best sikit la... diorang semua dah kahwin, then tak pasal2 my name pun jadi 'puan'.... waaa daulat besar la saya nak dapat title tu :p
tapi tadi dengar ada yang bertanya lebih kurang camni la
'sape?'
'cikgu baru'
'ingat kan student ke'
alamak ai, nasib la saya tak dengar sangat, coz masa tu saya duk kalut nak cari pengetua, heee
then mula la confuse dengan umur diri sendiri, hahha ;p
well to say, saya antara yang termuda kat sekolah tu (exlude the students la, for sure)

dah la tadi, saya yang paling blur...
huuu... memang la, nak kena buat exercise banyak2 ni, huuu...
(macam tak kena je statement)

esok, banyak lagi nak kena buat
banyak lagi yang still kosong and incomplete
huuu... bile fikir, memang boleh fenin
tapi kena kuatkan hati, baru boleh
enjoy the work :)






**actually, ada cite masa balik dari sekolah tadi...
tapi tengok la nanti... kalau rajin, saya taip la, heee

*** rasa macam comel je bile guna 'saya' hahha ;p

Monday, December 28, 2009

hati libang libu


pagi ke JPWPKL, kat Jalan Duta
dengar taklimat untuk orientasi 'Guru Sandaran Siswazah Terlatih'
kena nyanyi lagu negaraku, lagu wilayah persekutuan and lagu korporat JPWPKL
huu best gak lagu2 tu, first time dengar..
ye la sebelum ni 12 tahun dengan lagu negeri 33 tu, then lagu negeri perak yang tak pernah aku ingat, hee :p

actually....

tadi rasa macam hati berbelah bagi je
still bertanya pada diri, betul ke tindakan-berani-mati aku ni
betul ke aku dah ready nak berdepan dengan bermacam gaya student, budak2 KL
bersedia ke aku dengan kehidupan kat bandar besar ni?

apa pun, kena refresh diri sendiri, banyak kali...
berbisik pada hati 'this is the best choice u've ever make'
this big city promised you thousand of opprtunities for you to grab!
and yeah, i wanna grab it!

(be positive, azie :))


bila dah dapat tau sekolah mana tadi
takut la juga, sebab aku tak sure kat mana...
balik rumah terus google, jumpa la
tak jauh dari kem tentera darat, heh join tentera la lepas ni :p

tulis situ, dari rumah 8.3 km (about 14 mins)
tapi bile tengok route nye, aku rasa agak jauh la juga,
nak tolak tambah dengan jammed, and the traffic lights
and aku takde transport.. kalau guna public transport, memang akan ambil masa
Italic


and esok, nak ke sekolah pula

i'm back to school, for real :D
once again, abang akan jadi mangsa dulu sementara ni, macam pagi tadi, heee
tapi... awal2 ni bole la... penat la abang aku nak pusing2 dulu sebelum ke damansara sana
di buatnya out-station ke nanti, tak ke naya, huu....

sekarang ni, tempat dah tau, tapi rumah je tak sure lagi
(nak ulang dari rumah ni, memang susah la...)
one more thing, kena buat laporan orientasi ni nanti
tengok yang contoh tadi, punya la tebal, kalah tesis master :p
hurm... buat je la, macam mana lagi...







** aku tak cukup tidur...
semalam baru balik dari kampung, cousin kahwin
pagi tadi, pukul 5 mak dah panggil
huu awal gila mak aku ni, tapi aku postpone la dulu :p


*** pagi tadi, sempat baked pizza
prepare malam semalam
and tadi adik minta buat lagi..
'kakak, masak la pizza, orang tak sempat makan tadi'
hahha penipu punya budak, mentang2 aku takde kat umah :p
sorang ni keje mengusung buku untuk ambil lesen tu
sorang lagi pula, konon nak ajak aku gi cari beg sekolah
dia tengah kaya, berkat PMR straight A (aku kalah kat sini :p)
tapi aku dah pun kena pergi sekolah
nanti la, jumaat ke, sabtu ke, huuu...

Wednesday, December 23, 2009

nervous ..


cerita posting, still ada lagi...
dan yang paling nyata dan pasti, aku adalah sangat nervous
dalam hati 'tu la ngengade lagi gi minta KL' heh dah jadi cuak plak :p

last night, membe tanya 'bagi ko mana lagi better, matrik or school?'
(sebab bebudak fizik ramai gak yang dapat ke matrikulasi)
kalau nak jawab soalan ni, actually semua benda ada pro and con
it depends on how we deal it...

tapi yang pasti, HE knows well when we know nothing
dan DIA takkan bagi sesuatu yang tak mampu kita buat
like it or not, that's what for us... just do it the best u can :)
and aku sangat bersyukur untuk katakan 'i'll be back to school'

semalam juga cousin call, tanya confirm la ni kat key el
and dia usik 'tu la sebelum ni org kate kamu gi sabah la, ulu la, tengok2 jadi orang key el... azie guna kabel besar ni'
and jawapan aku 'orang kenyit mata je kat penemuduga ritu'
hahha ni jawapan paling sengal, nak buat cane, dah memang gini la aku punye skema jawapan :p

kabel? tak pernah fikir nak pakai2 kabel ni
even sebelum ada yang offer 'kalau kamu nak ngaja kat (nm tmpat), bagi tau la, boleh tolong'
aku nak bagitau? aku kan berat mulut, heh
senyum je la masa tu... dalam hati, takpe la

ada juga yang tanya 'memang ko minta KL ke?'
sebab sebelum ni, semua orang tau, aku minta negeri 33
tetibe masa nak gi interview, aku tukar fikiran, negeri 33 jadi 2nd choice... even masa tu hati memang berbelah bagi

sekarang ni bukan masa untuk pentingkan diri sendiri
banyak benda kena fikir sebelum buat satu-satu keputusan
and harap nya ni keputusan terbaik yang aku buat...

tetibe kelua plak gamba ni, riang raya di hari raya


dalam masa aku duduk rumah (yang sangat la lama itu),
aku jadi pemikir, bukanlah seorang pemikir agung pun, tapi boleh lah untuk diri sendiri :p
dah sampai masa nya untuk aku duduk dekat rumah
to hear her, laugh with her, talk to her...
sebelum ni, i don't have such opportunities
memang la adik2 tu ada, tapi lady bile bercerita dengan lady, kan lagi seronok :)

when u become the only daughter, u'll know...
ye la, kakak pun dah pindah, jauh...
tinggal aku dengan abang and adik2 yang kadang2 boleh masuk tahap kambeng2 gurun ni, heh
they are colors of my life, love them... (even i won't say this :p)

bile fikir duk KL ni, yang buat aku seronok
aku boleh teruskan aktiviti rayau2 aku, heh...
and still mahu ke library, banyak lagi buku2 kat sana yang belum aku baca :D

and one more thing, a reminder, perhaps
next year on february, ada appointment with specialist kat HKL
bukan penyakit kronik pun, tapi better get to know about it
doc yg check mula2 tu kata ok, tapi sebab aku kate agak risau, so dapat la the appointment, hee

that's it... next week baru boleh tau sekolah mana
membe kata kalau nak tau awal, call la JPN
tapi biar lah, baru la surprise
life kalau takde kejutan, boring gak




*** masih banyak yang perlu difikirkan
masih banyak agenda yang belum terlaksana...

dalam dunia ni
terlalu banyak lagu yang ingin aku nyanyikan
terlalu banyak puisi yang ingin aku lafazkan
terlalu banyak tempat yang ingin aku jejaki
terlalu banyak potret yang ingin aku lakarkan
terlalu banyak perkara yang ingin aku lakukan
tapi... banyak kah waktu untuk aku
-azieshakespeare


Monday, December 21, 2009

happy dan mahu terus happy :D


current mood : happy, dan hopefully akan terus happy...

petang ni, dah boleh buat confirmation bout my posting, alhamdulillah...
dah bole check online, ye la surat still belum sampai kat tangan... bukan belum dapat, tapi dah berpassing-passing, last sekali dengar, surat tu dah sampai kat putrajaya pula, huuu
bila la nak sampai kat tangan aku...

here goes the result....



which school, tak tau la lagi... mak dah mula mereka-reka sekolah yang dekat2 rumah ni, heee :D
hopefully, bukan sekolah budak nakal, hahha :p

kalau ikut kan, sebelum2 ni memang taknak minta KL
masa kat UKM dulu pun, memang aku minta negeri 33, masa online pun, aku minta negeri tu
tapi sampai masa interview, aku tulis KL first
(and know what, aku memang selalu dapat the first choice, heh)

kenapa aku tukar? i have my own reason
nanti la... sebab petang ni, nak taip entry pendek je :D


oh ye, tahniah juga untuk semua kawan-kawan, yang dapat mengajar kat negeri2 pilihan, yang dapat kat matrikulasi, congratulations to all of us, heee...
here goes, we'll rock the education world! yeah


and end with the song.... i kan happy :D

Sunday, December 20, 2009

Segala yang terbaik

Alhamdulillah, sekarang aku tersenyum, senang.. segala yang terbaik berlaku dalam hidup aku

Yang buruk, masih ada, tapi tidaklah memendungkan hari yang aku lalui.. walaupun cuaca di luar suram, tapi hari aku tidak sesuram itu.. tidak memungkinkan banjir berlaku :p

Macam dah mengarut je, heee..


Ok lah, ni cerita yang taidak mengikut urutan waktu, pakai ikut redah je, who cares pun kan :D (mungkin ni boleh masuk dalam kategori himpunan cerita-cerita penglipurlara, hee…)

tapi point yang paling best buat masa sekarang ni, point paling last.... it felt like hopping, bungee-jumping, flying, all in the same time :D


Mula dengan satu mesej ni.. dari my cousin,

« TQ assignment yang azie wat dapat A »

For sure it makes me smile, sape yang tak seronok dapat compliment macam tu, ait? Aku tolong je, dapat apa, bukan aku yang tentukan…



Ni pula cerita masa tunggu bas nak balik ke rumah..

Time tu, aku baru je duduk, nak minum air.. datang la sorang makcik ni dengan sorang budak kecik..

Dia tanya aku nak ke mana, jawab2 rupanya kami duduk taman yang sama.. dia cite lagi, dia pernah kerja kat satu tempat kat sini, aku cakap la mak aku pun kerja kat situ..

Siapa tak kenal mak aku, heh :D

Ayat makcik tu ‘mak awak yang putih2 tu?’

Ayat macam tak berapa nak percaya je, ye la anak nya yang ni tak berapa nak putih, haha.. tapi kalau aku berdiri sebelah mak aku, orang boleh je nampak the resembelance

Cite nye makcik tu bawa cucu nya gi jalan2 kat KL, bawa jalan naik bas..

Bila bas sampai, tetiba cucu nya nak duduk sebelah aku, puas la tokmak nye panggil ke sebelah dia.. haha aku pun tak tau kenapa, bukan aku bercakap pun dengan budak kecik tu..

Honestly say, aku bukan seorang yang peramah, orang boleh kata berat mulut.. satu orang tanya, satu la aku jawab, heee

Cerita tak habis lagi, sampai kat bus-stop kat perumahan, makcik tu minta tunggu kejap..

Dia bagi buah-buah yang dia shopping.. mula-mula tolak la juga, tapi dia tahan.. kalau dah masuk dalam kategori rezeki untuk aku, tetap la jadi bahagian aku J

Sampai rumah, mak aku depan tv terus je ‘mak, kawan mak kirim salam, dia bagi ni’



Cerita pasal raya haji pula… biar la dah lama lepas pun, nak taip juga ;p

Raya haji ritu, kembali ke negeri 33, rumah mak sedara aku, my second family..

cousin aku la ajak, mak pula kata gi je la, kat sini pun bukan gi mana nanti.. yup, kat KL ni, nak gi mana je, bukan aku ada kawan kat sini, huuu…

Balik sana, yang best nya, dapat kumpul ramai2, tapi ritu tak gi raya beria-ia pun..

Lepas sembahyang raya, pergi hospital.. then menunggu budak-budak kat rumah, jadi la babysitter untuk tiga orang budak ni..

Ayah diorang kat hospital tu, and mak nye menunggu ayah nya.. aku ? berkejar dengan anak-anak nya..

Hahha jadi lah saya calon ibu mithali, perasan giler :p

Jiran sebelah rumah a.k.a kawan masa kecik dulu kata camni ‘balik sini jadi pengasuh la kamu’

Bila nampak aku kat depan, dia tegur ‘hai pengasuh, macam mana hari ni’

Hahha dah la masa dia tanya tu, sorang dah hilang… membe ni, muda setahun dari aku, dah kahwin and ada anak da pun



Ni lah kerja aku, sebelum raya tu pun, menunggu budak gak..

Anak mak sedara kat Damansara, mak sedara aku tu jaga exam SPM, and time tu suami dia ada kerja, so aku tunggu la budak tu.. bagi game, diam la dia, tapi nak suruh makan punya la susah..

Yang dia makan coklat

Pagi tu aku tanya ‘nak makan tak ?’

Jawapan dia ‘taknak, adam tak lapar’

Tengahari tanya lagi ‘nak nasi tak?’

Geleng kepala..

‘adam nak french fries

Sabau je la, huu…

Nanti la sambung cite pasal anak-anak ni…

Banyak benda nak taip, heee :D



Lepas seminggu kat negeri 33... balik KL. tu pun sebab nak hantar buku pinjam kat library, and mak minta bawa adik ke Seremban, dia nak gi ujian untuk MRSM..

ada cerita kat Seremban ni, cerita yang buat aku senyum, cerita yang buat aku perasan muda, hahha jeles la adik aku yang baru habis form 3 tu, sebab nya pakcik yang bawa teksi tu samakan kitorang... pakciok tu tanya, aku pun nak ambil test gak ke, huu but I take it as pakcik tu saje nak melawak

'oh pakcik teksi, saya nak mengajar kat sekolah, bukan nak pakai uniform putih tu semula, huuu'



then, jaga semula budak french-fries tu, funny la juga dengan budak kecik ni... rasa macam ada sorang adik kecik, yang sangat la banyak cakap

soalan dia mesti kenapa, bila main game/tengok movie pula mula la tanya translation 'good night tu apa' 'morgue tu apa' sweet tu apa' great tu apa' ...and so on and on


nanti2 la, kalau rajin boleh cerita pasal budak2 @ cerita anak-anak, haha...



sebab sekarang nak taip, point yang palin best untuk aku masa ni, so grateful to hear that...


masa tu still kat Damansara, got a call from my cousin...

'azie, ada surat kat umah makton' (aku guna alamat mak sedara aku kat negeri 33 tu)

'surat? surat apa' dalam hati memang dah dubdabdubdab la

and jadi makin dubdab bila dia kata camni 'entah,surat interview kot 28hb'

baiar betul, nak interview apa lagi, aku dah tak larat nak kena interrogate lagi, huuu

'call la sana, ada ancik.. kakwa tak dengar sangat tadi'

memang cuak gila, dah la baru2 tu ada membe bagitau ada yan dah dapat surat kalau tak lepas the last interview... then call la ke sana

mak sedara aku angkat 'cakap dengan ancik, makton tak nampak dia tulis apa' huuu

'cik, surat apa?'

budak tu pula, bole gelak2 dulu, taktau ke aku punya nervous tahap tak hengat dah, tangan dah naik sejuk2 time tu...

sambil gelak2 dia baca, yang aku dapat tangkap

-orientasi

-guru sandaran terlatih siswazah

and that time, yeah rasa nak jerit, actually sampai sekaran nak jerit lagi :p

it'll be on 28th december, the venue? somewhere in KL (tak ingat apa nama tempat tu)

bila tanya kawan2 terdekat, dioran tak dapat lagi... time tu, tak boleh la aku confirm kan isi surat tu lagi.. but last night, dah ada yan bunyi, dah dapat juga, tapi tempat lain la...

my old-time-friend said 'rezeki tahun baru...' yarh aku dapat tau on 17th,




*** minggu ni nanti nak balik kampung pula

kalau ke perak ni, confirm pakcik2 akan tanya pasal posting

at least, aku dah ada jawapan, tak la macam sebelum ni

alhamdulillah :D