Showing posts with label blur blurp. Show all posts
Showing posts with label blur blurp. Show all posts

Thursday, May 09, 2013

konon nye..

tersenyum bila tengok last update, come back la konon..
taip pun tak habis.. tetiba je dah bersambung..
truth is masa tu menaip sebeum masuk kelas, la ni pun duk tunggu loceng masuk kelas again..
that is the life of a teacher :)

GE baru habis, entah la.. takmau komen sebab kepala penuh sesak mendengar semua orang nak beri pendapat, semua orang nak kata itu betul ini salah.. sakit kepala! eh, dah terkomen pula, hee..

so message yang mahu disampaikan hari ini ialah..
bersyukur kerana kita masih diberikan peluang untuk menghirup udara di bumi Allah ini
atau kalau nak spesifik kan di bumi malaysia.. ya teruskanlah bersyukur
kerana kita masih boleh menikmati enaknya makanan yang tersedia di mana sahaja kaki melangkah (makan je kau tau, kan :p)
sambil meneruskan pembacaan (ya industiri pembukuan di bumi ini kelihatan semakin ligat, ini insyaAllah akan saya taipkan di lain entry :)

ini gambar last monday, pergi melepak at my all-time-fav-lepak-spot :)
konon nya baru nak buka buku, tapi hujan turun membasahi bumi, buka payung dan berlalu mencari perteduhan (ain't it sweet,hee)

so.. alhamdulillah... fi kulli haal :)


~till the fingers meet the keyboard again 

Sunday, January 13, 2013

Of Monsters and Men - Little Talks

There's an old voice in my head 
that's holding me back
Well tell her that I miss our little talks.




 yes, i miss our little talks, much more than i can say..

Saturday, December 22, 2012

pilihan

life demand decision making.. 

(berhenti menaip beberapa ketika) 

yes, true enough! life and making choices sepertinya tidak dapat dipisahkan 
membuat timbang tara hampir setiap waktu, A or B?, black or white or the rainbow? 
kalau pilih A, then B won't give any negative effect, it'll be good, but what if sebaliknya? 

letting go kadangkala memang teramat sakit
tapi, bila tiada lagi pilihan, itulah yang terbaik, then let it go..
 :) 


p/s : this is another random thought  

Thursday, December 20, 2012

khamis

penat fikir title, letak je la nama hari ni, senang :)

khamis saya di ibu kota, dengan misi melunaskan hutang dan mencari kasut-kasut (eh kenapa guna plural ni?) yang comel, yang sekian lama telah pun di'eyeing'kan

misi nombor satu masih belum selesai, tapi bahagiannya sudah diketepikan
misi kedua pula, berjaya lah kiranya dengan gambar bukti di bawah :) 


ye, saya suka vincci, sebab senang nak kena dengan kaki la kot, hee
misi hari ni is flat shoes, since high heels tidak dipakai selalu, ye lah saya ini most of the time ke sekolah pakai sport shoes, kalau berjalan-jalan pun on sandal or sport shoes too.. sampai hampir worn out the sport shoes, (dah la nak pakai lagi, nak beli baru macam mahal je)

and sudah agak lama nak try ballet shoes itu even sangat tidak confident sebenarnya, takut tak selesa since dah biasa pakai yang bertutup penuh atas kaki. well, u'll never know until u try, ait? :)
dan ciri kedua yang dicari ialah shoes that can be use either u wear skirt, jeans or even tracksuit :)

oh ye, buat masa ni, kasut di atas terpaksa dimasukkan ke dalam kotak terlebih dahulu, sebab kasut-kasut saya sudah bersepah di luar sana (ya ampun puan emak, anakmu sangat mencintai kasut-kasut yang cantik, ehe) er,tu belum kira yang ditinggalkan di bawah meja di sekolah sana (ya ampun akak cleaner :p)



p/s : sudah banyak cerita tergantung, tapi broadband saya sedang slow sekarang
ini pun cuba je, dengan satu gambar yang took masa yang agak lama juga untuk upload
kisah penuh masih belum dapat disiarkan (oh like always, like anybody cared :p)

Friday, December 14, 2012

berikan saya masa

soalan diberi, jawapan diminta.. 

ada waktunya, jawapan akan terus diberi 
a concrete answer either it is 'yes' or 'not'
namun ada ketika, saya perlukan sedikit waktu
it is when i simply said 'entah' 

i just need the time.. 


Thursday, December 13, 2012

l.o.v.e

source : tumblr 
beginilah, bila kurang rajin mahu update, kita bagi je lah apa-apa gambar yang cantik mata memandang, hee..

p/s : misi mustahil semalam tidak berjaya (eh kurang berjaya sebenarnya)
mungkin after this kalau ada apa-apa misi kena namakan misi-pasti-berjaya,hee...
till then, good nite :)

p/p/s : tengok gambar and title kat atas, macam terdengar-dengar lagu nat king cole pula kat telinga, even adele yang sedang menyanyi sekarang
ok, now serius, good night, have a nice dream :)
 


Wednesday, December 12, 2012

:)


p/s : malam ini ada misi mustahil, cukup kuatkah saya mahu meneruskannya? we'll wait and see :)

Wednesday, December 05, 2012

gunting dan tampal

lately ni saya berada in a state of jiwa-kacau, ia akan menjadi-jadi bila midnight datang
sudahlah tak dapat nak lelap awal, then fikir macam-macam pula, entah lah..

so bagi mengatasi kepala bekerja terlalu berat ini malam, i'm planning for something to do :)
(malas nak terlalu memikirkannya)

jadi marilah kita melakukan aktiviti gunting-dan-tampal di tengah malam, hee..

printer sedang bekerja, 85 pages to cetak, hasilnya nanti tak tahu la lagi, sebab semuanya black and white


p/s: ini random..

Friday, November 30, 2012

good bye

bismillahirrahmanirrahim...

november will be leaving, very soon..
oh, how time flew..

there's so much to type here, but still.. dunno how to express
all the sweet moment(s) that i've been through
the up(s) and down(s),, the laughter(s) also the tear(s)

life's experience too, new and old
every single thing..

wish that, always wish and hope :)
that i'll type here, type and publish.. not saving them in the draft, hee :)

till then,
please december, be nice to me..

Wednesday, May 30, 2012

AJK kebajikan

gantungkan dahulu cerita yang mahu ditaip :)


pelik..
ya, masih pelik sehingga sekarang
tanpa salam, tanpa nama
seseorang bertanya lewat sms

pelik..
masih dirasakan pelik
hingga ke saat ini
kalau mahu dikatakan salah nombor
bagaimana mungkin nama saya diketahui?

pelik..

siapa pun kamu, yang pelik itu
saya namakan 'ajk kebajikan'
kerana bertanyakan perihal saya

terima kasih ajk kebajikan, yang tidak saya ketahui siapa :)

Tuesday, May 29, 2012

have i told u?

have i told u? 
saya menjumpai seseorang yang wajahnya seakan kamu, wahai romeo 

have i told u? 
melihat dia itu, membuat saya kurang senang, kerana hanya akan mengingatkan diri pada kamu romeo

have i told u? 
wajahnya seakan kamu, cuma cara pandangnya berbeda, 
dan dia itu nampak lebih pendiam berbanding kamu. 
mahu saja saya bersoal "awak ni saudara 'si-romeo' ke?" 

have i told u?
selepas beberapa bulan berlalu
saya menjumpai dia, lagi 
di hari pendaftaran itu
ini mengingatkan saya pada kamu, lagi 
how i wish to meet u again, romeo

have i told u? 
walaupun kebanyakan masa saya amat menyampah dengan kehadiran kamu 
tetapi dalam diam kamu mewarnai hidup saya dengan satu warna yang sukar dilupakan 
kenakalan kamu, kedegilan kamu, juga ketekunan kamu 

have i told u? 
kamu adalah salah seorang random person(s) yang mula dirindui :)
hope to see u again, and hear the great moments u've been through..





** ada beberapa perkara ingin ditaipkan 
di ruang ini 
tapi entah mengapa masih belum tertaip
jadi ini dahulu buat masa ni 



Monday, April 23, 2012

hari ini

bismillahirrahmanirrahim.. 

hari ini. terlalu amat penat. waktu mengajar di jadual hanya dua waktu, di tambah dua waktu relief. masih boleh pergi, sudah biasa.
dan di waktu senggang, mengisi markah-markah di dalam borang headcount. 

lalu dikejar pula untuk menbuat salinan headcount bagi tahun lepas, untuk dimasukkan ke dalam fail induk kata puan pengetua. berkejar di antara kerja fotostat dan masuk semula ke kelas tatkala loceng menyanyi-nyanyi. semak semula, hasil salinan itu ada yang tercicir-cicir, pedulik lah. harap-harap tidaklah mereka menyemak dengan terlalu detail, hee

ok, ini semua kerana jemaah nazir yang akan melawat sekolah. jadi cikgu-cikgu menjadi super-busy, dan saya buat-buat busy juga (eh?) 
pagi-pagi sudah berpesan kepada pelajar, 'make sure kelas bersih, meja tersusun, kalau ada orang masuk kelas minta semua bangun'

hari ini, penat saya bukanlah physically. tetapi mentally mungkin. makan juga terlupakan. 
sampai ada students yang menyuap roti, hee thanx darlims, sayang u all lebih-lebih, didoakan kejayaan anda dunia akhirat :)

dan sebelum pulang ke rumah, singgah jusco dengan adik.


tujuan asal ialah ke pejabat pos (walaupun dalam kepala memang dah set nak ice.cream sebenarnya) 
sampai situ, terliur pula dengan frozen yoghurt ni, ambil la. then nak donut, tapi taknak yang besar
lalu kami makan berdua di dalam kereta, hee kelakar la juga kot 
dah lama tak berjalan berdua dengan adik sendiri, masa dia kecil-kecil dulu ada la juga, bila dia naik remaja dia macam segan sikit sebab kakak nya kadang-kadang ada perangai mereng 

ni je dulu, sebab saya tak tahu taipan saya ini sudah menghala ke arah mana, hee.. 

till then, assalam 'alaikum :)


*** rajin la pula arini 
sampai dua entry keluar

orang dalam ke orang luar (?)

Bismillahirrahmanirrahim..

(berhenti menaip)

semalam *insert smiley*
(berhenti menaip beberapa minit lagi)

haisy, macam mana nak mula ni? seriously, saya kehilangan patah-patah perkataan
(berhenti, ke ruang lain..)

azie, berapa kali nak berhenti ni? taip saja lah..

semalam, di sekolah, majlis penutupan karnival PPDa
to be precise, masa tu di pejabat
di sebalik kesibukan semua menguruskan fail-fail, ada suara-suara mengusik
berkenaan soal hati (dialog tidak dimasukkan, sebab tak pandai membina ayat)

saya hanya mampu tersenyum, tidak tahu bagaimana lagi untuk respon
kerana usikan itu seakan tiada kaitan pun dengan kehidupan saya (kah3)
tapi sedikit terkesan dengan soalan 'orang dalam ke orang luar?'
hee.. senyum semula, kerana tiada jawapan pasti


baiklah, mari kita buka sedikit ruang cerita dari dalam hati

menjadi saya ini, bukanlah perkara mudah (mungkin)
dengan usia suku abad, dan memegang status cik, soalan-soalan itu akan dihadapkan kepada diri
lalu akan ada yang menghampiri sambil berbisik 'kalau akak kenalkan dengan.....'
statement keluar 'my cousin kata, dia nak cari cikgu..'
ada juga yang menjadi wakil, walau si tuan diri tidak ketahuan di mana (kisah ini terpaksa saya rahsiakan)
dan yang lebih haru 'cikgu tunggu saya je la' (:p)
macam-macam.. bukanlah saya ini mahu menjadi terlalu memilih, bukanlah saya menolak semuanya
tapi terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan

dan yang lebih pasti, saya yakin Allah telah pun menulis siapakah untuk saya, bila waktunya yang sesuai
saya perlu yakinkan diri sepenuhnya tentang ini, ya Rabb permudahkan..


*entry ni ditaip semalam, ahad.. tapi tidak di'post sebab, err saya tertidur sudah :P

Friday, March 16, 2012

senyum

Bismillahirrahmanirrahim..
*senyum, sambil memikirkan ayat paling sesuai untuk ditaip :) 

last night, i've browse through everything yang pernah saya taip di sini 
segala kenangan yang membuat saya tersenyum, betapa rajinnya saya menaip suatu waktu dulu, walau hanya pada perkara-perkara yang langsung tidak penting :) 

so, now i'm trying to get that momentum back 
saya tidak lah dapat menjanjikan yang saya akan selalu menaip lagi di sini, tapi cukuplah untuk mengingatkan saya jalinan huruf hari ini akan meninggalkan suatu cerita untuk saya kembali senyum suatu masa nanti *epik gila kot rasa taip ayat camni, kah3 
jadi marilah kita menaip segala yang terbaik, hee.. 


tiga tahun saya 'kembali-ke-sekolah', dan tiga tahun jugalah masih memegang title GURU KELAS, tetap dan masih belum dipencenkan :P

kalau mahu tahu kedudukan kelas mereka, tengok saja kuantiti pelajar perempuan
'semakin ramai pelajar perempuan, semakin depan kelas itu' ok pleaseeee no offense :P

ok itu saja untuk entry, kahkahkah apa ni?
azie, intro macam nak taip panjang je, (saya kehilangan kata-kata)


* berdebar menanti 21hb mac
(ini ukuran pertama saya, berjaya atau tidak)
hanya mampu mendoakan segala yang terbaik 
bagi semua pihak... 

Wednesday, December 21, 2011

let's me-rant-ing

semua orang keluar post 'wordless wednesday', tapi saya tidak kisah 
saya in the mood of ranting, just wanna type, maybe anything.. 


cuti ini agak tidak seronok, kalau orang lain boleh kata cikgu dan budak-budak bercuti lama di hujung tahun, tapi tidak bagi saya. menjaga spm sudah ambil masa beberapa minggu (walaupun agak enjoy dapat jaga students yang baik, dapat makan pagi free, dapat view yang superb cantik subhanallah.. tapi sebagai manusia biasa saya tetap merasai kehilangan cuti berharga), kemudian mensettlekan buku teks di sekolah tempat mencari rezeki, dan pulang ke negeri kelahiran.. dan dan menanti masa kembali ke tanah mencari rezeki untuk menadah teling mendengar segala amanat dan tugas untuk tahun mendatang.
terlalu banyak perkara yang telah saya terpaksa lepaskan semasa cuti penuh berharga ini. entahlah, bila difikirkan mahu sahaja saya mengundurkan waktu dan melakukan segalanya. ada janji-janji yang dimungkiri, juga ada hati yang menanti. 


tahun ini menyaksikan saya menjadi seorang manusia yang kurang terurus. mentally i mean. ada masa saya rasa tersangat down, mahu sahaja pergi, terbang jauh-jauh ke satu tempat yang tidak seorang pun yang tahu di mana saya (teringat masa study dulu, saya pernah pergi jauh dari semua orang. walaupun hanya sehari but it just gave me my-me-time. and now felt that i wanna do it again, tetapi lebih jauh lagi) tapi mungkin tidak mungkin akan menjadi kenyataan.
dua ribu sebelas ialah tahun kedua saya mencari rezeki, tahun yang mungkin boleh saya katakan terlalu penat. diberi segala tugas yang kadangkala tidak mampu saya uruskan, tetapi terpaksa juga melaksanakannya. saya cuba menarik diri, dengan cara positif juga cara negatif. tetapi segala usaha seperti tidak mendatangkan hasil. dan kala itu seperti terdengar suara 'sabarlah, Tuhan tahu kamu mampu melakukannya, jadi kamu dipilih di posisi itu' dan kadang saya mahu mengeluh, dan terus berbisik pada hati 'sabarlah azie'


tahun hadapan? apakah yang telah direncanakan untuk saya? bila difikirkan, mahu saja tidak melangkah ke hadapan, terus berada di sini tanpa sebarang gerakan, saya kepenatan saya kira. 
dua ribu dua belas, walaupun saya belum tahu apa tugas yang bakal saya pegang, tetapi saya sudah merasakan sesuatu yang kurang enak. 
satu ternampak nama saya berada di kabinet fail akademik pelajar yang kelasnya adalah di sebelah bilik disiplin, mungkinkah saya yang akan menjadi guru kelas mereka? 
kedua guru partner untuk kelab badminton mengatakan tahun depan saya tidak lagi memegang kelab itu, mereka sudah letakkan nama saya untuk 1m1s. ok ini memang akan membuat saya penat. saya tahu dan saya pasti tentang ini, mengenangkan segala kenangan dua ribu sebelas bersama 1m1s. 
ketiga jawatan pengutip duit masih lagi pada saya, saya sudah cuba meminta untuk menarik diri, saya telah cuba untuk tidak menjalankan tanggungjawab, tetapi masih saya juga yang perlu memegangnya kerana kontrak adalah dua tahun. baiklah, untuk itu saya akan cuba melakukan yang terbaik untuk tahun kedua sebagai pengutip duit. azie, berusaha!


dan cerita hati.. 
masih lagi terlalu rahsia, rahsia Tuhan yang tidak mungkin dapat digapai oleh pemikiran saya. ada kisah yang perlu dilupakan, ada kisah tergantung, ada kisah menanti jawapan, juga ada kisah sebuah pengharapan. harapan penuh andai dialah rahsia yang disimpan Tuhan, mohon dipermudahkan segala urusan, mohon diperkenankan segala doa-doa kami, walau hanya dari kata-kata yang terlalu ringkas


dua kosong satu dua, saya mengharapkan kamu menjadi teman terbaik bagi kehidupan saya
dua kosong satu dua, berikan segala yang terbaik kepada saya.. 
dua kosong satu dua, harapan saya terlalu tinggi, jangan jatuhkan ia lalu meremukkan perasaan saya yang super-halus, ameen..
  








titisan air menemani di luar jendela
membasahi bumi tercinta
-tanah kelahiran, tanah jatuh dan bangun

Wednesday, November 30, 2011

er..



adakah benar saya memegang rekod kehadiran penuh bagi tahun ini? i've lost track of time, already forgot..
bukan apa, bila sampai penghujung tahun, saya banyak kali keluar dari sekolah 
tapi yang pasti sepanjang dua tahun ni, belum pernah memohon CRK (cuti rehat khas), alhamdulillah :)

Tuesday, October 25, 2011

pandai rapping tak

malam sebelum majlis penutupan, i was sitting on a table (ok,jangan tiru..sila duduk atas kerusi ye :P) 


C: pandai rapping tak? 
(ape kes pula ni? nak kena ada persembahan pula ke untuk majlis esok?) 
A: tak 
(gile ape nak suruh perempuan ayu ni rapping bagai) 
C: ala simple-simple je 
(jangan buat kes la, tarian inang pun aku tak reti, ni lagi nak rapping.. nak kena combine dengan shuffling ke? ouch lama sudah tinggal benda karutan ni)
A: tak reti la 
C: barang semua  kitorang dah beli, tinggal nak rap je 
A: (buat muka blur, semakin tak faham sebenarnya) 




then, there came the stuffs..
when the stuffs arrived, memang rasa nak tergelak sebenarnya, bila mengenangkan kembali ayat-ayat yang duk bermain dalam kepala..
sebab barang-barang itu ialah satu plastik buah, bakul, riben, plastik, salotape.. 

macam mana la bole terbayang 'rapping' instead of 'wrapping', hee.. 
but then, tell you 'wrapping' pun tidak lah saya reti :P




ini cerita untuk kem 1M1S fasa 3, kami sebagai JU 
will be update later, insyaAllah.. another sweet memories to be remember :)   

Thursday, October 13, 2011

thanks for the memories :)

kem 1murid 1sukan (1malaysia)


3 days' memories that won't be forgotten easily..
akan menaip secara panjang bila mood menulis karangan tiba :) insyaAlalh,soon..

Thursday, September 15, 2011

calon paklang

tiba-tiba, saya teringatkan si kenit kesayangan yang tersasul menyebut 'paklang'.. sungguh la comel bila dia terus membetulkan 'pak lang pula', bila dia sedar tersalah sebut :) 
entah, saya pun dah lupa macam mana dia bole tersasul.. mungkin sebab nak panggil saya (maklang), and in the same time nak mentioned abang saya (paklong)..

ok lah, si kenit kesayangan..
maklang kamu sedang berusaha mencari calon paklang yang sesuai (ouuhhh, segan ok keluar statement ni) 

jangan main-main, sayer ada pistol :P
*sudah rindu sama kamu-kamu, si kenit.. 
yang suka menyepahkan buku-buku dalam bilik 
melompat menyanyi atas katil 
dan tiba-tiba masuk bilik, hanya untuk melihat cermin
rindu kamu.. 
**sedang menunggu kamu 
yang telah membawa lari konsentrasi saya 
untuk bersoal jawab, bercerita 
ya kamu, yang tidak mungkin  membaca apa yang saya taipkan in

Friday, September 02, 2011

bliss..

cuti memang membahagiakan (berilah cuti yang lebih lama lagi untuk saya, saya rela :p) 
pulang ke kampung, meet the relatives, makan-makan, rayau-rayau, senyum ketawa, and the cycles repeated.. 
a bliss.. 

but now, mode raya kena OFF
kena masuk masa untuk bekerja, have to settle the assignment 
urgh, assignment? memang tidak membahagiakan, lagi-lagi memikirkan *tidak melebihi 5000 patah perkataan 
ok 5thousands memang sangat banyak, apa saya nak taip pun saya sepertinya tidak mempunyai begitu banyak idea..