Wednesday, May 30, 2012

AJK kebajikan

gantungkan dahulu cerita yang mahu ditaip :)


pelik..
ya, masih pelik sehingga sekarang
tanpa salam, tanpa nama
seseorang bertanya lewat sms

pelik..
masih dirasakan pelik
hingga ke saat ini
kalau mahu dikatakan salah nombor
bagaimana mungkin nama saya diketahui?

pelik..

siapa pun kamu, yang pelik itu
saya namakan 'ajk kebajikan'
kerana bertanyakan perihal saya

terima kasih ajk kebajikan, yang tidak saya ketahui siapa :)

Tuesday, May 29, 2012

have i told u?

have i told u? 
saya menjumpai seseorang yang wajahnya seakan kamu, wahai romeo 

have i told u? 
melihat dia itu, membuat saya kurang senang, kerana hanya akan mengingatkan diri pada kamu romeo

have i told u? 
wajahnya seakan kamu, cuma cara pandangnya berbeda, 
dan dia itu nampak lebih pendiam berbanding kamu. 
mahu saja saya bersoal "awak ni saudara 'si-romeo' ke?" 

have i told u?
selepas beberapa bulan berlalu
saya menjumpai dia, lagi 
di hari pendaftaran itu
ini mengingatkan saya pada kamu, lagi 
how i wish to meet u again, romeo

have i told u? 
walaupun kebanyakan masa saya amat menyampah dengan kehadiran kamu 
tetapi dalam diam kamu mewarnai hidup saya dengan satu warna yang sukar dilupakan 
kenakalan kamu, kedegilan kamu, juga ketekunan kamu 

have i told u? 
kamu adalah salah seorang random person(s) yang mula dirindui :)
hope to see u again, and hear the great moments u've been through..





** ada beberapa perkara ingin ditaipkan 
di ruang ini 
tapi entah mengapa masih belum tertaip
jadi ini dahulu buat masa ni 



Monday, April 23, 2012

hari ini

bismillahirrahmanirrahim.. 

hari ini. terlalu amat penat. waktu mengajar di jadual hanya dua waktu, di tambah dua waktu relief. masih boleh pergi, sudah biasa.
dan di waktu senggang, mengisi markah-markah di dalam borang headcount. 

lalu dikejar pula untuk menbuat salinan headcount bagi tahun lepas, untuk dimasukkan ke dalam fail induk kata puan pengetua. berkejar di antara kerja fotostat dan masuk semula ke kelas tatkala loceng menyanyi-nyanyi. semak semula, hasil salinan itu ada yang tercicir-cicir, pedulik lah. harap-harap tidaklah mereka menyemak dengan terlalu detail, hee

ok, ini semua kerana jemaah nazir yang akan melawat sekolah. jadi cikgu-cikgu menjadi super-busy, dan saya buat-buat busy juga (eh?) 
pagi-pagi sudah berpesan kepada pelajar, 'make sure kelas bersih, meja tersusun, kalau ada orang masuk kelas minta semua bangun'

hari ini, penat saya bukanlah physically. tetapi mentally mungkin. makan juga terlupakan. 
sampai ada students yang menyuap roti, hee thanx darlims, sayang u all lebih-lebih, didoakan kejayaan anda dunia akhirat :)

dan sebelum pulang ke rumah, singgah jusco dengan adik.


tujuan asal ialah ke pejabat pos (walaupun dalam kepala memang dah set nak ice.cream sebenarnya) 
sampai situ, terliur pula dengan frozen yoghurt ni, ambil la. then nak donut, tapi taknak yang besar
lalu kami makan berdua di dalam kereta, hee kelakar la juga kot 
dah lama tak berjalan berdua dengan adik sendiri, masa dia kecil-kecil dulu ada la juga, bila dia naik remaja dia macam segan sikit sebab kakak nya kadang-kadang ada perangai mereng 

ni je dulu, sebab saya tak tahu taipan saya ini sudah menghala ke arah mana, hee.. 

till then, assalam 'alaikum :)


*** rajin la pula arini 
sampai dua entry keluar