Showing posts with label fall from d tree. Show all posts
Showing posts with label fall from d tree. Show all posts

Thursday, December 13, 2012

l.o.v.e

source : tumblr 
beginilah, bila kurang rajin mahu update, kita bagi je lah apa-apa gambar yang cantik mata memandang, hee..

p/s : misi mustahil semalam tidak berjaya (eh kurang berjaya sebenarnya)
mungkin after this kalau ada apa-apa misi kena namakan misi-pasti-berjaya,hee...
till then, good nite :)

p/p/s : tengok gambar and title kat atas, macam terdengar-dengar lagu nat king cole pula kat telinga, even adele yang sedang menyanyi sekarang
ok, now serius, good night, have a nice dream :)
 


Tuesday, May 29, 2012

have i told u?

have i told u? 
saya menjumpai seseorang yang wajahnya seakan kamu, wahai romeo 

have i told u? 
melihat dia itu, membuat saya kurang senang, kerana hanya akan mengingatkan diri pada kamu romeo

have i told u? 
wajahnya seakan kamu, cuma cara pandangnya berbeda, 
dan dia itu nampak lebih pendiam berbanding kamu. 
mahu saja saya bersoal "awak ni saudara 'si-romeo' ke?" 

have i told u?
selepas beberapa bulan berlalu
saya menjumpai dia, lagi 
di hari pendaftaran itu
ini mengingatkan saya pada kamu, lagi 
how i wish to meet u again, romeo

have i told u? 
walaupun kebanyakan masa saya amat menyampah dengan kehadiran kamu 
tetapi dalam diam kamu mewarnai hidup saya dengan satu warna yang sukar dilupakan 
kenakalan kamu, kedegilan kamu, juga ketekunan kamu 

have i told u? 
kamu adalah salah seorang random person(s) yang mula dirindui :)
hope to see u again, and hear the great moments u've been through..





** ada beberapa perkara ingin ditaipkan 
di ruang ini 
tapi entah mengapa masih belum tertaip
jadi ini dahulu buat masa ni 



Thursday, January 12, 2012

orang kata..

orang kata:
bila teringatkan seseorang tu,
dapat tengok bumbung rumahnya pun jadi la..

saya kata:
saya taktau mana bumbung rumah dia,
jadi bumbung tempat kerja dia pun boleh lah..

bumbung kat google maps pun kira bole la kot,kui3




p/s: saya miss kamu, sungguh..
habis taip ini, boleh melarikan diri kembali pada kerja menimbun

Wednesday, December 21, 2011

let's me-rant-ing

semua orang keluar post 'wordless wednesday', tapi saya tidak kisah 
saya in the mood of ranting, just wanna type, maybe anything.. 


cuti ini agak tidak seronok, kalau orang lain boleh kata cikgu dan budak-budak bercuti lama di hujung tahun, tapi tidak bagi saya. menjaga spm sudah ambil masa beberapa minggu (walaupun agak enjoy dapat jaga students yang baik, dapat makan pagi free, dapat view yang superb cantik subhanallah.. tapi sebagai manusia biasa saya tetap merasai kehilangan cuti berharga), kemudian mensettlekan buku teks di sekolah tempat mencari rezeki, dan pulang ke negeri kelahiran.. dan dan menanti masa kembali ke tanah mencari rezeki untuk menadah teling mendengar segala amanat dan tugas untuk tahun mendatang.
terlalu banyak perkara yang telah saya terpaksa lepaskan semasa cuti penuh berharga ini. entahlah, bila difikirkan mahu sahaja saya mengundurkan waktu dan melakukan segalanya. ada janji-janji yang dimungkiri, juga ada hati yang menanti. 


tahun ini menyaksikan saya menjadi seorang manusia yang kurang terurus. mentally i mean. ada masa saya rasa tersangat down, mahu sahaja pergi, terbang jauh-jauh ke satu tempat yang tidak seorang pun yang tahu di mana saya (teringat masa study dulu, saya pernah pergi jauh dari semua orang. walaupun hanya sehari but it just gave me my-me-time. and now felt that i wanna do it again, tetapi lebih jauh lagi) tapi mungkin tidak mungkin akan menjadi kenyataan.
dua ribu sebelas ialah tahun kedua saya mencari rezeki, tahun yang mungkin boleh saya katakan terlalu penat. diberi segala tugas yang kadangkala tidak mampu saya uruskan, tetapi terpaksa juga melaksanakannya. saya cuba menarik diri, dengan cara positif juga cara negatif. tetapi segala usaha seperti tidak mendatangkan hasil. dan kala itu seperti terdengar suara 'sabarlah, Tuhan tahu kamu mampu melakukannya, jadi kamu dipilih di posisi itu' dan kadang saya mahu mengeluh, dan terus berbisik pada hati 'sabarlah azie'


tahun hadapan? apakah yang telah direncanakan untuk saya? bila difikirkan, mahu saja tidak melangkah ke hadapan, terus berada di sini tanpa sebarang gerakan, saya kepenatan saya kira. 
dua ribu dua belas, walaupun saya belum tahu apa tugas yang bakal saya pegang, tetapi saya sudah merasakan sesuatu yang kurang enak. 
satu ternampak nama saya berada di kabinet fail akademik pelajar yang kelasnya adalah di sebelah bilik disiplin, mungkinkah saya yang akan menjadi guru kelas mereka? 
kedua guru partner untuk kelab badminton mengatakan tahun depan saya tidak lagi memegang kelab itu, mereka sudah letakkan nama saya untuk 1m1s. ok ini memang akan membuat saya penat. saya tahu dan saya pasti tentang ini, mengenangkan segala kenangan dua ribu sebelas bersama 1m1s. 
ketiga jawatan pengutip duit masih lagi pada saya, saya sudah cuba meminta untuk menarik diri, saya telah cuba untuk tidak menjalankan tanggungjawab, tetapi masih saya juga yang perlu memegangnya kerana kontrak adalah dua tahun. baiklah, untuk itu saya akan cuba melakukan yang terbaik untuk tahun kedua sebagai pengutip duit. azie, berusaha!


dan cerita hati.. 
masih lagi terlalu rahsia, rahsia Tuhan yang tidak mungkin dapat digapai oleh pemikiran saya. ada kisah yang perlu dilupakan, ada kisah tergantung, ada kisah menanti jawapan, juga ada kisah sebuah pengharapan. harapan penuh andai dialah rahsia yang disimpan Tuhan, mohon dipermudahkan segala urusan, mohon diperkenankan segala doa-doa kami, walau hanya dari kata-kata yang terlalu ringkas


dua kosong satu dua, saya mengharapkan kamu menjadi teman terbaik bagi kehidupan saya
dua kosong satu dua, berikan segala yang terbaik kepada saya.. 
dua kosong satu dua, harapan saya terlalu tinggi, jangan jatuhkan ia lalu meremukkan perasaan saya yang super-halus, ameen..
  








titisan air menemani di luar jendela
membasahi bumi tercinta
-tanah kelahiran, tanah jatuh dan bangun

Thursday, September 15, 2011

calon paklang

tiba-tiba, saya teringatkan si kenit kesayangan yang tersasul menyebut 'paklang'.. sungguh la comel bila dia terus membetulkan 'pak lang pula', bila dia sedar tersalah sebut :) 
entah, saya pun dah lupa macam mana dia bole tersasul.. mungkin sebab nak panggil saya (maklang), and in the same time nak mentioned abang saya (paklong)..

ok lah, si kenit kesayangan..
maklang kamu sedang berusaha mencari calon paklang yang sesuai (ouuhhh, segan ok keluar statement ni) 

jangan main-main, sayer ada pistol :P
*sudah rindu sama kamu-kamu, si kenit.. 
yang suka menyepahkan buku-buku dalam bilik 
melompat menyanyi atas katil 
dan tiba-tiba masuk bilik, hanya untuk melihat cermin
rindu kamu.. 
**sedang menunggu kamu 
yang telah membawa lari konsentrasi saya 
untuk bersoal jawab, bercerita 
ya kamu, yang tidak mungkin  membaca apa yang saya taipkan in

Tuesday, July 06, 2010

adding sugars in the vinegar..

ada banyak perkara-perkara penuh sugar berlaku dalam hidup lately ni..
vinegar masih ada, but those sugar buat saya senyum, buat saya mahu terus bangkit di pagi hari..

baru-baru ni, pulang ke negeri 33, sugar..
makan durian, rambutan, betik, pisang.. waah seronok, penuh sugar, hee..
jumpa pacik and macik, also jumpa tok and wan..
rindu mereka-mereka, even masa school holidays dulu baru je jumpa

but the vinegar is the word yang kondem my fb
hurm, i'm just using my right as the net-freak, but ini la..
bile ada family yang tau, apa kita nak taip pun da rasa macam tak best
tak bole ke kalau this virtual life just make it seperated with the real life, senang kan
and i do hope ruang ini takde yang baca
kalau nak baca pun, sila diam2 sahaja! jangan nak banyak mulut depan muka saya!

okey that's the vinegar..

then i'm adding another sugar
hopefully takde la dapat diabetes ni, banyak sangat sugar

it's about someone...
hurm, bila sampai cerita tentang someone ni, mesti nya saya jadi wordless
saya tak pasti kenapa, tapi saya seakan tak bole nak teruskan ayat bila ia mengenai someone
yang saya tahu, that someone adalah salah satu sugar dalam hidup saya buat masa ini..
(maaf, masih belum dapat diluah.. hanya memerlukan doa kalian)


dan sekarang saya sedang berdoa supaya masa dicepatkan
sehingga buah hati pengarang jantung dari pulau kecil itu dibawa ke sini
saya pasti mereka akan menjadi sugar paling besar







03/06, 07/06, 16/06, 24/06, 02/07,05/07

Tuesday, June 22, 2010

mood-swing


selepas dua hari kembali ke sekolah
belum dapat tersenyum dengan sempurna
badan masuk kelas, hati melayang-layang..
kepala saya entah ke mana, tak dapat dipastikan...
susah!
susah kalau terus macam ni..
langsung tak seronok..

student mula bertanya
'kenapa cikgu macam takde mood je?'
mereka mula berpesan
'cikgu kena senyum dengan saya'

hurm, bukan mudah sebenarnya
saya mengalami burn-out yang teramat, tapi cuba bertahan
insyaAllah




saya...
perlukah saya merobohkan benteng itu?
berteriak pada dia tentang sesuatu..
tapi kan mustahil, sepertinya bukan saya

saya...
tidak akan mampu untuk mengatakan apa yang saya mahu
loser! yes I AM!



tak ingat gamba ni kutip mana, huu




*** membuat keputusan untuk
berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah
dengan dia


Thursday, June 17, 2010

theres a couple word I want to say

oleh kerana saya tidak mampu untuk keluarkan apa yang saya rasa..
tapi terlalu ingin pula untuk berbicara..
hurm.. apa jadi dengan saya ni, heee :p

okey, ini copy-paste semula dari notes di FB saya..



´´´´´´´´´´¶¶*..**..*
´´´´´´´´´¶¶¶ .*.*.*.
¶¶¶´´´´´¶¶´¶*..**.*.
´¶¶¶¶¶¶¶¶´´¶*.*.**..**.
´´´¶¶´´´´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶*.*.*.
*.*.
´´´´´¶¶´¶¶´´´´¶¶¶¶*.*.**.
´´´´¶¶´´´´´¶¶¶.**.**.*.
´´´¶¶´¶¶¶¶´´¶*.*.*.**.
´´¶¶¶¶¶´´¶¶´¶´´´´´´´´¶*.**.*.*.*
´¶¶´´´´´´´´¶¶¶´´´´´´¶¶*..**.*.
´´´´´´´´´´´´¶¶´´´´´¶¶¶*.*.**.*
´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶¶¶¶*.*.**.*.*
´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶¶¶¶¶*.*.*.*.*
´´´¶¶¶¶¶´´´´´´´´¶¶¶´´¶¶ *.**.*.*
´´´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´¶¶*..**.**.*
´´´´´´¶¶¶¶´´¶¶¶¶¶´´´´¶¶¶*.**.*.* /
´´´´´´´´¶¶¶´´´´´´´´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶*.*.**…
´´´´´´´´´¶¶¶¶´´´¶¶¶¶´´´´´´´´¶¶¶¶¶¶¶¶*….
´´´´´´´´´´´¶¶¶¶´¶¶¶¶´´´´´¶¶¶¶¶¶*.**.*
´´´´´´´´´´´¶¶¶´´´´´¶´¶¶¶¶¶¶*.*.*.**.
´´´´´´´´´´¶¶´´´´´¶´´´´¶¶*.*.*.**.
´´´´´´´´´¶¶´´¶¶¶¶¶¶´´´¶¶¶*.*.*.*
´´´´´´´´¶¶¶¶¶¶¶¶´¶¶¶¶´¶¶¶ .**.*.
´´´´´´´¶¶¶¶¶´´´´´´´¶¶¶¶¶¶ *.**.*
´´´´´¶¶¶¶´´´´´´´´´´´¶¶¶¶¶ *.**.
´´´´´¶´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶¶*.*.*.
´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶¶*.*.**.
´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶*.*.**.*



¸.•'★¸.•'★*•~-.¸-★ i wanna pick the stars above★
and give them to you,
as i wish the glitters will brighten your life,
fill with smiles and laughter,
with no worries.. i wish
◕ ‿ ◕ -,.-~*¸.•'★¸.•'★

-azieshakespeare



p/s:
eh, macam mana u nak pick the stars?
da lupa ke their sizes? they're too enormous ok..
[huu astronomy dapat berapa la ni :p]



now i'm listening to this song, really soothing :D

Monday, May 31, 2010

saya bukan muda lagi..

*sigh*

azie, jangan mengeluh..
hurm..


kepala rasa berat sebenarnya, lately ni memang selalu je rasa macam pening2, tapi lebih kepada sakit.. taktau la kenapa.. migrain? entah, saya taktau migrain tu macam mana..
nak check, niat tu memang ada.. tapi tak juga pergi lagi.. hurm..

hari ni, isnin.. kat sekolah ada majlis persaraan GPK HEM
so far, ok la.. sayu gak rasa tadi, dengar cite2 die :)
jeling2 dengan encik gstt (siapa ni, hahha :p)
saya jeling dia masa dia pandang lain, dia pandang saya terus saya tengok lain, hahha funny
nak buat macam mana sekolah tu memang kurang stok lelaki, yang ada pun laki2 orang :p


and balik sekolah, baru je.. petang ni
kepala saya jadi ala2 lalok (lama tak guna this word :p)
saya need skuad tambahan, so i've to say thanx to cik puan afeera

saya memang agak blur bila dapat soalan2 agak luar alam
(definisi untuk soalan2 berkaitan relationship)
ye, saya bukan nya muda lagi.. walaupun baru je admit perasan muda dalam previous entry, hee..

terkejut..
actually sebelum ni pun akak tu ada tanya, tapi saya tak ambil port
sebab saya fikir dia saja je nak beramah mesra..
sampai la statement petang tadi, terus saya da tatau nak kata apa lagi

untuk cik puan afeera,
thanx.. sebab dengar aku
thanx sebab bagi cadangan yang agak boleh cairkan kepala aku :p


saya bukan nya muda lagi
dan bukan nya akan terus jadi muda..
memang saya kena fikirkan tentang ini


tengok cermin, cakap pada diri sendiri:
-aku tak cantik, aku sedar...
tapi aku bersyukur sebab Allah ciptakan semuanya dengan cantik
*senyum* terus rasa extra comel :p






*** dalam kepala ada benda lain
takut.. kalau dah terberjanji dengan yang sana
takut kalau yang sana menunggu dan berharap
takut dengan semuanya..

Saturday, May 29, 2010

outta skool :D

assalamualaikum...
(dalam mood mahu update blog, and ini bukan cerita di sekolah :D)

kalau banyak sangat cite kat sekolah, kang jangan bosan plak
gaya takde life je, huuu
memang la kalau nama cikgu, pasangan nye sekolah
but sometimes 'the-cikgu' also need a life
so outta skool, guys!~

senyum lebar2 dulu.. sebab tak mau fikir pasal budak2 dalam entry ni :D
(ouch gaya jahat je, kan?)


actually ni cerita semalam.. keluar mencari hadiah untuk GPK HEM
dari rumah lagi, da aim nak cari buku.. tapi tak decide buku yang jenis nya macam mana
so berpusing2 la saya dalam bookstore itu (bookexcess kat armcorp mall, pj)

sampai akhirnya saya decide ambil dua buku ni
i) How to Make the Rest of Your Life the Best of Your Life
ii) You've Got to Read this Book!
actually, saya pun tak tahu GPK saya ni baca buku jenis yang macam mana, but i do hope that she'll like and enjoy those :D

walaupun saya kenal sekejap je dengan dia, but i'll say that
she's a nice chinese lady, dia banyak tolong saya, dan saya rasa senang bila nak refer apa2 dengan dia
dan rasa kehilangan juga la bila tau dia da nak bersara, hurm...
(eh, saya cerita passal sekolah juga, heee :p)


ok2, outta skool ~
dari armcorp mall tu, saya ke PWTC, for youth festival
mahu bukti? see the pic below

atas sekali gambar pass masuk, got it free sebab da register online
tapi guna yang 1st day je, 2nd day tak pergi.. 3rd day, esok.. taktau lagi, huu
kiri bawah: boxes of chocolate, bole tahan sedap
kanan bawah: tangan yang da kena cop, dia cop sikit je sebab actually saya taknak
(eyy last year dia kasi je cop kat buku)


i've to say yang bagi saya youth'09 was better than this youth'10
untuk youth'10 memang semua nya nampak sangat organised, tersusun habis
tapi bila dia terlalu tersusun, da tak gaya remaja pula (my opinion la)
also all those partition macam buat dewan yang sesak tu, jadi makin sesak..
(p/s: sorry saya tak bawa kamera untuk letak gambar, this is unplanned one, tetibe je sampai situ.. bole ke camni :p)
(p/p/s: bateri nset pun da tunjuk kaler merah masa sampai sana, huu)

so ape yang saya buat kat sana?
> pusing2 saje, hahha :p
and sempat la tarik coklat, skirt (bunga biru nya sangat nice), and notebooks
(barang yang saya nak, takde pula)

and kalau tak silap, saya macam nampak someone yang saya rasa macam kenal..
tapi saya tak tegur, sebab.... er, saya memang tak suka tegur orang, kot hahha :p


so, da ada la cerita luar sekolah, kan? hee..

and actually, untuk hari ni, ada wedding invitation dari kawan lama
and sahabat saya pula baru ajak semalam, ouch.. memang tak sempat la saya nak decide..
kalau dia ajak hari khamis ke, bole la lagi buat pertimbangan, but it was yesterday, and i read the message on 11 p.m
btw, selamat pengantin baru untuk kawan lama ini
(waaah makin ramai yang da berumahtangga.. tapi saya masih perasan muda remaja :p)


see.. notebooks tu ada dua, kaler pink-and-yellow
saya tengah wonder, siapa yang akan dapat one piece of the notebooks
bile a piece da takde dalam tangan saya, meaning half of my heart pun saya bagi secara rela
ouh, saya masuk jiwang-mode pula, hee

btw, i'm waiting and watching :D
(this is exclusive, saya memang tak suka ambil gambar pakai spec.. duh~)

Monday, April 19, 2010

nak senyumm laa...

first, nak ngadu dulu..
actually taktau la apa perasaan ni, campur2 gak la..
terasa sangat2, ada ke main perli2, huu..
sakit.. makan dalam uwh, tapi sabau je la..

da perli aku, tak lama pastu bole pula bagi kerja
dengan ayat mandatori 'nak esok ye'
wahahha seronok nye la aku dengar
da la esok ada cikgu yang nak observe kelas fizik aku
then cuak dengar kata nazir nak tengok2 juga cikgu2 sains and math
uh susah hati betul la..

sabar la azie, buat je konon2 ko tak dengar pun ayat perli tu
konon time tu telinga tengah sumbat dengan butterfingers kesayangan tuh, huu..
wonder gak, nape time tu aku tak on mp3 aku eh?
biar dentum kat telinga, takyah dengar bunyi2 dari alam luar

malam ni, nak taknak ter'paksa' la aku menaip benda2 tu
benda yang sebenarnya adalah penipuan semata2, huh benci gile2 ni
okey, tamat la kot aduan rakyat :p


tukar mood... tak boleh fikir sangat benda2 yang buat bengang ni
kang makin biol kapla, hahha :p


sebelum balik tadi, sempat main jeling dengan somenone, uh suka ke?
(tapi tak boleh tunjuk sangat la the feelings)
kang tak pasal2 jadi gosip, da la my students ramai betul nak jadi matchmaker
yang gila nye bole nak match aku dengan 'laki-orang'
uh tak mau la saya ;p
dan bila mereka tanya 'soalan itu'
jawapan saya senang je, 'belum berlaku sebarang inelastic collision' hahha tu la tanya lagi kat cikgu fizik
kalau inertia dia tengah tinggi, memang dan je nak stay kan keadaan diri pada asalnya :p

ah sudah, azie da masuk mode cikgu cemerlang fizik.. semua benda nak guna terms dalam fizik, hoho :D

er tadi sebenarnya nak cite ape eh?
macam da melalut merapu je, sabau je la...

saya nak senyum sebenarnya, tapi saya segan
kalau nanti senyum tu disalah tafsirkan?
kalau nanti senyum tu tidak berbalas?
kalau nanti senyum tu hanya dari satu pihak?

admit it, memang jarang nampak dia senyum (seems like me, suatu masa)
but selalu nampak dia jeling (heh, kantoi aku pun jeling sama)







er.. da la, bila masuk bab2 camni aku mula susah nak karang ayat
rasa cam pelik je nak ekspresikan perasaan unik ni
sebab ianya bukan semudah menyebut semula prefixes :p



till then, see ya
azieshakespeare
6.45 pm

Thursday, February 18, 2010

rasa nak pengsan and keluar muntah hijau

early morning, yesterday...
tukar2 :p
awal pagi, semalam, lebih kurang jam 5.30 pagi

pintu dibuka and 'azie...'
'arr...'

lewat petang, lebih kurang 5.30 petang
mak cakap macam ni 'mengingau pagi tadi' sambil ketawa
aku jawab 'nasib baik orang tak ngingau gi sekolah sorang2'



mak lupa, aku cuti sampai seminggu.. ye la, adik dah balik hostel pun, aku pula tak gi sekolah...
pagi2 memang selalu macam tu, kalau dalam 5.30 lampu bilik aku tak menyala lagi, mak akan panggil dari luar (berani la bangun lambat, kalau nak kena tinggal dengan abang, huuu)
ini lah antara kelebihan duduk kat rumah sendiri, heee...


dan sekarang, entah...

cuti tu memang la best, tapi lama2 ni takde la best sangat
bosan tahap gaban dan menambahkan rasa malas, huu
(minta dijauhkan dari semua sifat mazmumah ni)

so dalam pada cuti2 ni
nak berjalan merayau, duit tak mengizinkan
bila nak masuk pun taktau la, la ni da bulan kedua pun
member2 kat tempat lain, dah mula merasa that first salary
tapi aku? still berjimat cermat dengan penuh rasa hematnye :p
(must say thanx to abang aku coz bagi duit belanja, hee taktau la nanti kot dia claim balik)

aktiviti kat rumah, macam biasa la

'sleep with the books'
novel2 yang pinjam dari library, dah habis baca.. tengok la esok or lusa gi return and pinjam buku lain kot

semalam rasa nak pengsan baca buku sains, form 3 je pun
tapi sebab bab yang bukan minat dan kepakaran aku, aku jadi lemah longlai
kalau tanya basic2 tu, aku tau la
tapi ni, nak kena bagi budak faham, kena fikir the easiest w
ords to talk to them
explanation yang tak memungkinkan mereka misunderstood
kena juga cari words yang mana nanti mereka akan 'appreciate God's creation'
kena ajar mereka how to be human being yang berguna (tinggi betul cita2 ni, huu)

even the chapter memang satu dilema untuk aku, aku tetap akan cuba yang terbaik
untuk mereka yang sangat nakal
untuk mereka yang tak pernah duduk diam dalam kelas
untuk mereka yang suka menjerit
untuk mereka yang akan berlari keluar masuk kelas
(huu memang bermasalah budak2 ni :p)


tambah lagi, kat dalam buku rujukan tu kelua nama satu binatang ni
under regeneration, dia bagi contoh planarian (nak tau, sile klik nama itu, huu)
comey pulak aku tengok binatanng ni, huu



whatever lah......................


yang pasti sekarang ni, da mula rasa macam nak pengsan
nak keluar muntah hijau semua
sebab kena mengaja benda2 luar alam ni, huuu

dan juga sekarang ni, ada satu lagi perkara yang masih belum dapat aku fikirkan betul-betul
tentang satu perkara, cerita dari dalam hati
cerita yang sangat sukar untuk aku terjemahkan
hurm.......... entah.. but that dream makes me thinking, all day long
mimpi yang mungkin hanya sekadar mainan tidur...
mimpi yang mungkin boleh buat aku senyum, tapi dalam masa yang sama buat aku takut....

hey kenapa tetiba kat playlist ni kelua lagu L.O.V.E (nat king cole) pula? uhhhh
kasi tempek la kat sini, hee :D
tapi yang nyata, rasa ni masih belum untuk aku... nanti la :)








Sunday, January 24, 2010

sekolah punye cerita

bile fikir pasal sekolah, memang terasa agak penat...
entah la, macam2 benda serabut jadi...
yang pasti, paling pening dengan
kerenah students..

sometimes i wished that i just teach the best
student, pelajar2 yang baik, dengar kata...
tapi nak buat mcam mana, ni la namanya tanggu
ngjawab.. kena terima diorang punya diversity..
biarla kalau diorang tak su
ke aku pun, aku tetap kena ajar mereka...
biar serabut macam mana pun kep
ala aku, aku tetap kena curahkan ilmu pada mereka...
responsibility... janji yang perlu ditunaikan


aku boleh tahan dengan students tak pandai, tapi terus terang kata, aku agak tak berkenan dengan yang 'kurang-ajar
yang tak pandai, insyaAllah boleh diajar.. sa
tu-persatu, akan saya lakukan...
tapi yang ajar-nya-kurang, pusing belakang, dah hilang dari kelas..
kita menerang di depan, dia menjerit di
belakang...
apa lagi yang perlu aku bu
at?
dalam hati akan terus berbisik, 'azie, sabar....'

tapi sampai bila aku mampu bersabar, aku sendiri tak pasti...


itu cebisan perasaan hampa yang ada dalam hati aku sekarang...
cebis-cebis yang aku harap tidak akan menjadi sekumpulan sel yang akan memakan dan mematikan segala semangat untuk aku bertahan....

noktahkan perasaan itu di sini....
masih ada cerita yang buat aku tersenyum..

cerita yang buat aku ingin terus bersama
mereka :D

sekarang, aku kena ajar tiga subjek.. fizik (untuk 2 kelas form4), math (1 kelas form 4) and sains (untuk 2 kelas form 3)...
alhamdulillah, baru posting, terus dapat opsyen sendiri...

kelas2 fizik tu kira buah-hati-pengarang-jantung ham
ba la, hahha...
having so much fun with them, tapi the girls agak pasif...


in the same time, jadi guru kelas untuk kelas 4 sains 2..
rasa ok je, even sangat la ba
nyak nye kerja nak kena buat...
macam last week, ada yang dapat tawaran masuk teknik,so segala benda nak kena uruskan

fail prestasi, rekod kesihatan, borang ko-ko, buku-buku teks, sijil berhenti...


sampai ada yang buat ayat macam ni
'cikgu, kesian tengok cikgu.. baru masuk, dah kena jadi guru kelas, dah la banyak kerja...'
glad la juga, diorang faham dengan situasi cikgu baru ni...

dengan diorang je la pun aku banyak
bercerita tentang aku...
kalau kelas lain, memang tak tahu nye pasal aku..
kot tan
ya nama aku pun tak tahu, huuu biarlah...

tak susah pun nak menjaga students macam ni...

setakat ni takde la masalah lagi dengan diorang, just ada la yang minta tukar kelas...
dan awal2 lagi aku kata, kalau rasa nak tukar kel
as, baik tukar dari awal ni...
ada juga yang dah tukar kelas, then masuk semula kela
s ni...
hurm budak sorang ni la... kesian juga dengar cite nye, tapi aku terima je...
dia akan jadi penyeri kelas tu.. 'seni, cikgu'.. h
ahha semua ayat pada dia, ada seni :)

sekarang memang boleh je gelak ketawa de
ngan diorang, seronok...
tapi bile belajar, tetap akan ada side serius aku, huuu can't hide it ;p


kat bawah ni, aktiviti kelas yang pertama... tak
semua pun datang, tapi ok la..
kalau ramai2 pun, tak buat kerja.. tak jadi apa juga...


ni semua kerja last week, gotong-royong kelas

diorang nak cat, so on je la, cari cat.. glad la juga, ada yang baik de
ngan cikgu KH, so dapat cat dari bengkel, jimat duit...


tutup noticeboard dengan kain biru (syarat dari admin), buat segala carta, jadual yang diperlukan...





dan hasilnya, buat aku tersenyum... hasil yang boleh membuat aku mengisytiharkan
'ini kelas pelajar2 saya, ini hasil tangan mereka...'


dan semalam kelas sebelah (4 sains 1) pula mengecat... lepas merentas desa

so apa lagi, mengusik diorang pun best juga...

'u all tak yah la cat, dah cantik dah kelas ni...'

'u all mesti penat kan, tadi dah berlari.. balik rumah la'
jawapan diorang plak 'tau la kelas cikgu cantik'
'cikgu2.. kami cat kelas cikgu sekali la'
'takpe2, terima kasih je la' hahha

aku memang jarang nak naik kelas2 ni, sebab biasa diorang masuk lab je...
lab tu besar, diorang pula ramai (satu kelas dalam 40+ students)..
kadang2 aku bercakap, yang belakang tak dengar..
kadang2 ke
na bagi sign dulu 'saya nak terangkan ni, u all diam kejap eh'..

dengan kelas sains 1 pun ada cerita, yang juga buat aku senyum bila ingat semula...
'cikgu, kami panggil cikgu akak la'
'sains 2 kata diorang panggil akak, kakak azie' (auta punye budak2 :p)

'akak nampak lagi muda'

'cikgu, nanti cikgu masuk minang saya eh' (ape ke punye request la budak ni :p)
'lagi 4 taun, cikgu baru 28 kan? ke 29, cikgu?' (confirm diorang bergosip dengan kelas aku, hahha)

sabar je la aku nak melayan kerenah diorang ni.. ni belum cerita kelas lain lagi, huuu...
baru dua kelas ni, tapi ni lah yang membuat aku akan bertahan, insyaAllah....




**ini lah hari di mana aku dikenalkan dengan seseorang...
hari yang mana budak2 tak habis mengusik
'oh bulan.. enggan melayan diriku lagi...'
hahha tolong jangan sama kan saya dengan Yuna
terlalu jauh panggang dari apinya ;p

nanti lah... kalau rajin + ada masa, ada lagi cerita

Saturday, January 09, 2010

shoulder to lean on...


it's always nice to have someone...
to hear every single word you said
to dry up your tears
be with you through ups and downs
to make you feel calm
to lean on their shoulders...



saya jealous dengan mereka ini, hahha :p



ada words yang tak dapat saya suarakan
ada rasa yang tak dapat saya luahkan
kadang saya tersenyum, ada masa saya cemburu
saya tak faham...
but i really hope, through times
the messages will come...
dan akan saya lagukan sebagai lirik terindah :)


They don't know much about us
When we're exchanging glances
We'll figure out one day,
what happened on your 24th birthday
(random awesome -Yuna)