Showing posts with label creed. Show all posts
Showing posts with label creed. Show all posts

Friday, February 19, 2010

nak join SWAT team


arini dah jumaat, meaning lagi dua hari kena gi sekolah semula
(dah gaya macam budak2 nakal pula rasa nye, takmau gi sekolah :p)
aci ponteng tak? lepak kat mall ke? takk pun gi PNM ke.. hee

kadang2 imaginasi memang boleh jadi luar kawal, hahha

bile duk bayang kan muka2 yang kena aku hadapkan ni
mula la rasa macam nak join the SWAT team
buat gerak gempur dekat diorang
tapi tu la, special weapon apa la yang aku ada

la ni membayangkan muka2 yang form 3, lagi la buat aku agak2 cuak
first test ritu, dari dua kelas yang aku ajar, dua orang je yang lulus (ni pun memang lulus cukup makan je) -kelas aku adalah kelas ke-8 and ke-12
tapi test tu soalan untuk topik2 yang diorang blaja last 2 years, so belum kira apa yang duk pulun lagi la..

nak tengok test bulan mac ni pula macam mana, hopefully ok la
(terpaksa guna tatktik 'rasuah' untuk yang ini, huu...)
entah la, kekadang terbayang muka2 tu, rasa macam2.. serba tak kena
tapi yang best bile ada yang cakap macam ni 'cikgu,saya dah mula faham'
tapi tak lama lepas tu, dia sambung 'cikgu nanti tengok band saya gig minggu ni eh'
waaa apa la budak2 ni, nak bagi aku pengsan kot, hahha :p

yang best lagi kelas lagi satu
aku baru nak mula kelas time tu, ada suara dari belakang tengah sebut pasal breathing mechanism
nostril - trachea - etc,etc
then dia sambung 'cikgu, saya dah ready nak pmr'
alhamdulillah la kan, glad to hear that... ye la aku pun agak cuak kena pegang kelas2 exam ni
tapi nak buat macam mana, sesi pagi ada form 3 to 6, mana nak dapat kelas form 1 or 2 pula

memang kena join SWAT team la dengan budak2 ni, then go for LAPD, uh ape aku merepak kan ini :p



oh ye, ada lagi satu cite, cite yang buat aku senyum, sengih dan seangkatan dengannya :D
ni semua kerja member kat fb
sorang ni kelua kan gamba2 zaman kuno, zaman muda remaja a.k.a zaman kegemilangan sekolah
zaman mula nak kenal dunia, mula bercampur dengan orang, menimba/membaldi segala pengalaman


kasi letak satu je la, ni kira paling kuno la, semua muka masih kanak2, belum tinggalkan jejak sekolah rendah... zaman form one, meaning eleven years back :D
bile dah besar, dah mula nak tinggalkan sekolah, gambar nya ada kat entry ni


tu baru keluar gamba, kalau kelua s
egala cerita2, haha lagi la.. bukan takat sengih da rasa nya, maybe akan guling2 terus, pecah sagala urat saraf, terus sengih memanjang je :D

and sembang2 dengan member lama, cerita segala macam hal, ramai yang dah bertunang la
yang dah mula sibuk dengan dunia kerja tu takyah cakap la, memang semua pun pulun
duk mengumpul duit nak kawen, huu :p
aku juga yang sempoi, slumber.. pk duit2 tu nak buat untuk menggapai impian (dream on.. keep it.. make it real..) :D
impian yang mana? i'll say all the dreams :)


ada gak kelua soalan pasal students, bile aku jawab 'students aku ada gaya hantu'
jawapan nye semula 'ko dulu pun gaya hantu gak'
ceit tak memberangsangkan betul ayat nya, hahha
but ye la la admit it, dulu memang la ada gaya antu, but the good one la, the-angelic-evil, maybe :p


semua ni, just remind me satu lagu ni, dari creed juga (sorry la, memang tengah kemaruk dengan creed skang ni :p)
here goes ~my sacrifice :D


Friday, February 12, 2010

lontarkan pada gumpalan awan biru..

:vv30.gif:ada words yang memang tak dapat aku nak luahkan...
pada siapa pun...
ada perasaan yang mungkin orang lain takkan faham, takkan pernah mereka faham...
entah... :vv51.gif:kadang2 aku sendiri pun pelik
kenapa macam ni?
is it advantage or disadvantage?
:small_boy_7.gif:when madness turned to tears...
tak faham kenapa jadi macam ni
bila nak marah je, mesti bergenang air mata
then, tak boleh marah...

tak dapat nak keluarkan apa yang patut di throw away
apa yang dapat saya buat... lontarkan pada gumpalan awan biru
berharap ada yang dapat mengerti
__________________________________________________________________

..............dan aku dengar lagu ini..................... selingan :p


tadi kat sekolah, sangat tension dengan kelas2 ni
yang 1st, kelas sendiri, minta hantar nota, latihan and report, sampai dua minggu still ada juga yang tak berhantar... nak key-in markah, jadi tergendala
:vv56.gif:
then kelas (satu-satunya kelas yang aku ajar math), ada je kes masalah disiplin diorang ni
kalau bukan guru disiplin yang masuk, timbalan HEM masuk, penat la gak, terpaksa tunggu, then p&p pun jadi tergendala...
da la bile mengaja sibuk bersembang, bile tanya geleng kepala, then aku ulang balik dia terus bersembang, rase nak je naik segala anggota
:vv15.gif:yang ponteng kelas takyah kira la, setiap masa ada je nama yang hilang, keluar masuk toilet..
duduk berkumpul kat belakang tak buat kerja
melawan pun ada, harap muka je la ok, otak and perangai langsung takde
kalau tanya tu, confirm takkan tahu apa2 pun... ada sorang tu cakap kat aku macam ni 'cikgu ajar yang nak belajar je'
kesian pada yang nak belajar ni...

:vv5.gif:yang form 3 pun masalah jugak...
menyalin nombor 1, bile aku nak terangkan die pun sibuk bercakap
biarkan kang, tngok result belaka buat buku rekod aku tu warna merah, huuu
tension sangat tadi, aku tulis nota, tulis meaning, then blah je....
bukan diorang faham pun cikgu nye marah




tapi dalam tension2 ni, ada la juga yang buat aku senyum, macam biasa la... that's life, ait :)
:vv10.gif:
sebelum ni, balik sekolah aku naik bus (tunggu tak jauh dari sekolah tu la)
sampai la satu insiden di mana aku dah tak larat lagi nak menunggu bus (sangat lama)
so aku tukar cara, gi naik lrt, tapi menapak jauh sikit la...
first day naik tu, ada sorang indian prefect form 5, tegur 'cikgu....'
macam tu, sebab lepas tu aku buat bodo, tgah sangat eager nak nak tau cite dlm novel yg aku bc
then esok nye kat sekolah, die tegur 'cikgu, semalam kembar cikgu eh?' huuu senyum je la '
:vv39.gif:
then come a day, yang mana kelas budak2 form5 ni tunggu nak masuk lab kimia
aku pula nak masuk lab fizik dengan budak2 form 4 la for sure
die tanya 'cikgu ajar apa?'
'fizik...'
'impossible' tak tau la apa maksud nye di sini
then 'form four cikgu?'
angguk
'kenapa la cikgu tak ajar sini dari tahun lepas...'
juga tak faham apa yang dimaksudkan, huuu :p

tadi pula, keluar lagi ayat2 yang aku tak faham dari this prefect
'ahad ni cikgu free?'
angguk je la, sebab memang aku takde plan ape pun
then jumpa lagi, dia tanya lagi
'cikgu, betul ke ahad ni cikgu free?'
jawapan aku 'betul la, kenapa?'
die sengih, dalam kepala aku ingat budak ni nak minta ajar ape2 ke

tapi sampai la kat dalam bus on the way back tadi, baru aku dapat faham apa maksud sebenar nya....
tu pun sebab teringat budak2 form four yang bising
'cikgu, ahad ni kita keluar cikgu'
'kita keluar dua je, cikgu'
'cikgu belanja saya, bigmac pun ok la'
'cikgu tgok wayang'
'mines cikgu, mines'
and so on... boys yang bising, tapi ok la ni students yang ada otak
:vv16.gif:
kelakar pun ada, but they make me smile.... bile ingat semula, buat aku tersenyum
alhamdulillah, aku masih boleh tersenyum :)

Wednesday, January 20, 2010

saturday the 16th


life sekarang memang agak hectic..
kadang2 tu rasa macam tak cukup tanah je nak berjalan..
nak rehat apatah lagi...

nak menaip kat blog pun, ntah berapa kali aku save as drafts je, sebab cerita tak bertaip habis...
nanti la... entah bila, huuu....

tapi tu la nama nye life...


dan dalam pada aku sangat busy dengan segala cerita kat sekolah, segala kerenah students,
ada cerita kat rumah yang buat aku tak tahu sama ada perlu tersenyum atau pun tidak...

mungkin dah sampai masa untuk aku fikirkan..
makin lama, bukan makin muda...

tapi bila jadi dalam masa terdekat ni, memang agak susah untuk aku berfikir...
mungkin juga sebab terlalu banyak benda kat kepala, entah la...


cerita hanya dengan satu ayat
'ada orang nak tengok kamu.....'

as a young lady yang memang tak terikat dengan sesiapa, memang statement tu buat aku agak cuak....

bila ingat balik, macam agak kelakar la juga...
it's all the family arrangement, klasik je rasa and kami main jeling2 dari jauh je, hahah memang rasa nak gelak bila ingat balik.... dah la tempat nye di hospital, huuu

petang tu pula, aku agak comot, pakai baju pergi mengecat kelas lagi, heee...
and buat habis maintain, macam takde ape2, terus je main dengan budak2 (all the cousin yang kecik2)..
and mamat tu pula, slumbe stare orang, huu nasib baik la aku ada immune yang bole buat 'ala-ala-tak-nampak' and 'tak-rasa-apa-apa'

kalau ikut dari cerita cousins, dia memang ada la ciri2 yang ada dalam list aku :p
tapi entah la, banyak kena fikir kalau benda jadi pun...
aku memang tak cakap apa2, tidak mengatakan 'ia' dan tidak mengatakan 'tidak'
bile cousin aku buat survey kat family, kakak kate 'ok je'
mak pula angguk kepala, abang kate 'ikut la' tapi bila tanya lagi, abang jawab 'belum lagi' hahaha
dan sekarang memang aku jadi mangsa usikan dengan cousin2 ini, huuu...

actually mamat tu kira sedara la juga
tapi relation nye sangat jauh...
entah aku pernah jumpa dia ke tak, aku pun tak tau


yang pasti sekarang ni, perasaan adalah undefined dan words adalah undecided
memang mulut boleh kata 'lantak dia la' or ape2 lagi yang berkaitan, tapi dalam hati memang aku betul2 taktau....






entah kenapa, petang ni duk layan lagu ni.... creed


**ya Allah, berikan aku petunjuk....