Showing posts with label study study. Show all posts
Showing posts with label study study. Show all posts

Tuesday, September 18, 2012

study :)

esok perlu masuk kelas tingkatan 3, oh yeah the admin gave me one of the class for me to teach mathematics, since form 3 don't have PE anymore so i have so many free time (why u jealous with my time, hahha)
i never taught form 3 level (except for relief classes) actually, quite stressed out juga kot, but material dah ada so just let them know saja
surely i will try my best :) hopefully they can accept me

that's for tomorrow..

for the next day, i'll be learning the 'basic of softball'
err, don't ask me how to play the game, because i don't know, and never played it
but i've learnt about the glove, the ball, the bat, during PE time with kak R
kak R (guru cemerlang PJK) taught the students, and i myself be the student too :)

so this evening, i've spent my time to do some study bout this game (thank u google, wikipedia, youtube)
what can i say is this is one of the game for a rich one, because they used quiet expensive equipment

and asked myself : kenapa orang kaya suka main game yang bosan ye? hee no pun intended..
maksud saya di sini ialah: tengok golf sebagai contoh, mahal punya game, tapi main nya pukul bola je
sekarang tengok sofbol pula, equipment sangat mahal, glove sebelah tangan pun cecah ratus ringgit, main nya pukul and catch (oh yeah i'll learnt more later insyaAllah :)), tapi much more better la dari golf sebab sofbol ada juga lari-lari :)

* PE = Physical Education (pend. jasmani)



** thanx God that i'll be leaving the school for awhile 
since i'm very much frustrated with the physics' students
felt that i don't belong there, in front of them 
i am not being appreciated, and i'm restless.. 
i just need some time out from all of these, i need that space

Thursday, February 18, 2010

rasa nak pengsan and keluar muntah hijau

early morning, yesterday...
tukar2 :p
awal pagi, semalam, lebih kurang jam 5.30 pagi

pintu dibuka and 'azie...'
'arr...'

lewat petang, lebih kurang 5.30 petang
mak cakap macam ni 'mengingau pagi tadi' sambil ketawa
aku jawab 'nasib baik orang tak ngingau gi sekolah sorang2'



mak lupa, aku cuti sampai seminggu.. ye la, adik dah balik hostel pun, aku pula tak gi sekolah...
pagi2 memang selalu macam tu, kalau dalam 5.30 lampu bilik aku tak menyala lagi, mak akan panggil dari luar (berani la bangun lambat, kalau nak kena tinggal dengan abang, huuu)
ini lah antara kelebihan duduk kat rumah sendiri, heee...


dan sekarang, entah...

cuti tu memang la best, tapi lama2 ni takde la best sangat
bosan tahap gaban dan menambahkan rasa malas, huu
(minta dijauhkan dari semua sifat mazmumah ni)

so dalam pada cuti2 ni
nak berjalan merayau, duit tak mengizinkan
bila nak masuk pun taktau la, la ni da bulan kedua pun
member2 kat tempat lain, dah mula merasa that first salary
tapi aku? still berjimat cermat dengan penuh rasa hematnye :p
(must say thanx to abang aku coz bagi duit belanja, hee taktau la nanti kot dia claim balik)

aktiviti kat rumah, macam biasa la

'sleep with the books'
novel2 yang pinjam dari library, dah habis baca.. tengok la esok or lusa gi return and pinjam buku lain kot

semalam rasa nak pengsan baca buku sains, form 3 je pun
tapi sebab bab yang bukan minat dan kepakaran aku, aku jadi lemah longlai
kalau tanya basic2 tu, aku tau la
tapi ni, nak kena bagi budak faham, kena fikir the easiest w
ords to talk to them
explanation yang tak memungkinkan mereka misunderstood
kena juga cari words yang mana nanti mereka akan 'appreciate God's creation'
kena ajar mereka how to be human being yang berguna (tinggi betul cita2 ni, huu)

even the chapter memang satu dilema untuk aku, aku tetap akan cuba yang terbaik
untuk mereka yang sangat nakal
untuk mereka yang tak pernah duduk diam dalam kelas
untuk mereka yang suka menjerit
untuk mereka yang akan berlari keluar masuk kelas
(huu memang bermasalah budak2 ni :p)


tambah lagi, kat dalam buku rujukan tu kelua nama satu binatang ni
under regeneration, dia bagi contoh planarian (nak tau, sile klik nama itu, huu)
comey pulak aku tengok binatanng ni, huu



whatever lah......................


yang pasti sekarang ni, da mula rasa macam nak pengsan
nak keluar muntah hijau semua
sebab kena mengaja benda2 luar alam ni, huuu

dan juga sekarang ni, ada satu lagi perkara yang masih belum dapat aku fikirkan betul-betul
tentang satu perkara, cerita dari dalam hati
cerita yang sangat sukar untuk aku terjemahkan
hurm.......... entah.. but that dream makes me thinking, all day long
mimpi yang mungkin hanya sekadar mainan tidur...
mimpi yang mungkin boleh buat aku senyum, tapi dalam masa yang sama buat aku takut....

hey kenapa tetiba kat playlist ni kelua lagu L.O.V.E (nat king cole) pula? uhhhh
kasi tempek la kat sini, hee :D
tapi yang nyata, rasa ni masih belum untuk aku... nanti la :)








Thursday, November 05, 2009

boleh kot...

iv dah lepas, semalam... hari yang agak cuak kalau nak ingat balik, heee...

nama aku dalam senarai panel 1, dalam list tu kira yang tengah2 akan disoal jawab (interrogate? i'm not a prisoner-of-war, so this word is not suitable :p)

sebelum masuk tu, dengar2 la juga soalan untuk orang2 sebelum.. diorang kena tanya pasal dewan negara, dewan rakyat, parlimen... and that time, aku rasa macam nak mampus je, mana la aku nak ingat semua tu, haahaa :p

then bila sampai turn aku, masuk la dengan yakin (even nervous tak tentu pasal) dan muka semesra alam yang boleh, heh..

the interrogation begin...

panel tanya pasal PPSMI: kenapa dimansuhkan, MBMBI dan juga kalau dalam perlembagaan, bahasa kebangsaan adalah perkara yang ke berapa? (huu dulu belajar sejarah kuat tidur, tetiba dapat soalan macam ni, nasib la aku ingat...)
soalan lain tentang pedagodi, kalau nak buat soalan untuk pelajar, kita ikut aras macam mana? jawapannya ikut 6 aras dalam Bloom's Taxonomy (kalau ikutkan sebenarnya aku fokus kat multiple intelligence, tapi dapat yang ni.. ingat lagi la walaupun aku bagi the terms in english)
yang tak berapa ingat bila ditanya tentang sekolah kluster.. heh hentam je la, asal ada jawapan :p (kalau tanya sekolah wawasan, pro la rasanya ;p)

soalan yang aku target, tak ditanya... tapi boleh la nak auta yang sipi-sipi tu, heheh...
oh first sekali panel tanya tentang negeri-negeri dalam Malaysia (darul apa?)... lepas la ni, and siap aku betulkan panel tu lagi, bukan nak bangga la, tapi tu menunjukkan yang panel juga manusia biasa, tak perlu untuk takut dengan mereka :)
bout ko-kurikulum tak tanya, lepas tengok fail sebeban yang aku bawa tu, dia angguk je...
aku bawa semua sijil dari zaman sekolah rendah dulu lagi, sijil yang macam tak perlu letak pun, aku letak je... saja nak bagi banyak, psiko sikit, hehe...

that's it... nak cakap yakin sangat tu, tak la juga (don't be over confident about something happening until it really does happen) but hopefully, ok la kan :)

and not forgotten, met the friends... membe buat bising, hahha...
nak say thanx to cik jila and en.rizal, hantar kan aku semalam... kesian kat korang, aku tak tau jalan :p




** sekarang melepak kat sini lagi..
nasib anak rantau (tetibe :p)
tolong my cousin buat powerpoint
P&P berbantukan komputer, macam tu la
tapi boleh pula mengupdate blog, heee
*** mak call, ada surat dari UM
pasal diploma professional aritu kot..
bukan minta lagi, saja je nak tau macam mana
mak da kalut, ingat aku dah dapat, heeh
banyak kena fikir sebelum tu..
duit loan dulu pun tak start bayar lagi
so postpone je la dulu, lain masa, insyaAllah :)

Monday, November 02, 2009

through my windows



current mood : seram sejuk tak tentu hala :p
nak study, sudah taktau lagi apa yang nak di baca..
latest issues in education?
organisation?

apa lagi yang perlu diambil tahu eh?

untuk INSAK, boleh kot InsyaAllah... lepas tengok soalan2 yang ada kat website mana entah, and dah try sikit2.. jangan tersalah pilih je la, rasa nya
just pray for the best :)



bukan gambar baru :p

hari ni, abang aku tinggalkan laptop, so boleh la aku nak cari apa2 info yang aku rasa perlu tahu :) dan juga boleh la aku update sikit, heee....
actually, tadi adik aku nak guna, dia kata nak main, so kakak nya apa lagi kan? 'orang nak guna kang' sambil buat muka tak puas hati and malas layan... so dia pun blah la, tidur la tu kot...
kang aku bagi la, bukan nya tak bagi pun,huuu....


dalam entry sebelum ni, ada aku taip pasal masa dan keadaan yang akan berulang...
lepas aku baca, track back the history, aku ada rasa that sentence (dalam entry sebelum) ada relevan nya...
kalau baca paper sekarang ni ada cerita bout 'sekolah satu aliran', which is aku sokong, tapi ada la sedikit perkara yang perlu diambil perhatian..

kalau baca semula sejarah pendidikan negara, kita akan dapat tahu betapa pentingnya pendidikan dalam menyatupadukan kaum-kaum di Malaysia..
sebelum Tanah Melayu merdeka, sebenarnya dah ada cadangan untuk menyatukan sekolah-sekolah ni, dan mencadangkan supaya ditukarkan secara beransur-ansur (rujuk penyata Barnes)
tapi tak dilaksanakan kerana tidak mengambil perhatian tentang pandangan orang bukan Melayu

dari sini lah timbul pula laporan Fenn-Wu, untuk mengkaji pendidikan cina di Tanah Melayu dan mempertahankan kedudukan mereka... dan lepas tu bermacam-macam lagi penyata yang lain :)

dan harus diingat, itu kan zaman sebelum Malaysia merdeka lagi, pastinya mereka mempunyai kepentingan masing-masing...

untuk masa sekarang, aku rasa (pendapat aku la, tak perlu betul atau salah) dah tiba masanya kita buat satu perubahan, orang kata transformasi... kita dah lama hidup bersama dan tak salah rasanya bersatu, tanpa ada rasa prejudis antara satu sama lain. dan caranya yang mudah melalui sisitem pendidikan itu :)

dan aku setuju dengan satu pendapat (maaf dah lupa baca dari mana), kalau masih nak kekalkan dengan aliran mereka, biar di sekolah rendah sahaja.. sekolah rendah adalah asas pelajaran individu di Malaysia, jadi apa salahnya biar mereka mempunyai pegangan yang teguh pada bahasa dan budaya masing-masing (kelas peralihan biarlah tetap ada)... budak-budak kalau kita ajar dari usia muda, mereka susah nak lupa.. dalam masa yang sama tanamkan semangat 1Malaysia untuk semua

dan perkara lain yang perlu diambil perhatian ialah kesepakatan semua pihak, duduk bersama dan ambil keputusan bersama (jangan nanti laporan Barnes dan Fenn-Wu berulang lagi :))

ups, macam tak percaya aku yang taip ni, heee....
ok lah, kalau ada salah, betulkan la.. aku pun bukan nya selalu betul... i-am-imperfect

see ya....


oh sebelum tu nak kasi lagu ni....
yang dalam iklan TM, orang kertas yang sweet tuh, heee :p








*** test and iv di putrajaya ...
so esok aku akan ke sana, umah my cousin


pray for me, aku takut
bukan apa, aku ni dalam kategori orang cakap laju
bila nervous, boleh jadi lagi laju
bila dah laju, mula lah segala point yang nak dicakap hilang
hopefully, aku tak terlalu nervous
then aku tak la cakap laju sangat, heeee :P


Friday, August 14, 2009

Syair Ogos...

Ogos selalu menjadi bulan dalam setahun yang aku tunggu-tunggu. Kerana di dalam nya terdapat peristiwa yang mewujudkan aku hari ini. Peristiwa besar yang melahirkan seorang insan kerdil, heee :p

[Lama tak menaip kat sini. Bukan taknak, hasutan hati adalah terlalu, tapi tu la 'tidak berkesempatan'. Ada sekali tu, memang ada masa sangat la, tapi entah macam mana aku boleh lupa password. Berkali-kali try, tapi taknak juga. Huu dah nasib la kan, aku tak boleh nak update time tu...]

Ogos selalu berlalu dengan keadaan cuaca yang panas, sehangat sambutan di penghujung bulan.
Siapa yang taktau sambutan apa, memang la nak kena sekeh :p



Untuk Ogos tahun ni, seorang aku bermula dengan keadaan diri yang agak pening-pening lalat, bahana dari perjalanan jauh yang memerlukan aku menaiki semua jenis penangkutan (udara, darat, air, rel bawah tanah, huu :p). [ada cerita di sini, tapi tak tau la bila boleh nak cerita, tak boleh janji]

Dan aku diuji dengan sakit-sakit yang bersambung-sambung. Bermula dengan sakit tekak, demam, selsema. Semua datang satu-satu, ok la juga tak datang serentak, kan? Boleh kategorikan ni sebagai demam yang teruk gak la, but yeah deserved me la coz aku tak suka makan ubat, hee (rugi la doktor2 klinik swasta tu :p)

Untuk Ogos tahun ni juga, ada peristiwa lain dalam hidup aku. Penghargaan untuk tempoh masa empat tahun yang telah aku lalui, tempoh masa yang banyak mengajar, belajar untuk mengajar...
Jubah oren, yang telah pun aku kenal sejak tahun pertama dulu. (Oren pun oren la, cantik gak :D)

sorry, tak ready untuk ambil gamba pun sebenanya :p
Kalau ikutkan, banyak yang aku rasa rugi. Tapi tu la, nak menyesal pun, dah tak ada guna kan?
Cara nak sedapkan hati just 'i've did it, even it's not the real subject i wanted, but yeah i've did it, no turning back, no regretting...'
Kalau ikutkan, course memang aku nak sangat, tapi the subject i dun really want. Tapi tu la, dah lepas pun, tanpa ada sebarang ulangan, just on time, even ada times yang memang mengalir air mata tak boleh nak terima semua, but yeah tiada titisan darah :) i've been through the labyrinth (macam melampau je punya word, heee) and 'hard times come easy' like Richie Sambora said.

Kalau ada rezeki nanti, with God's will, aku akan lakukan yang lebih baik. Not repeating the same mistake, but creating a new success, InsyaAllah.....



Ok, stop bout the coming convocation days.
Ada lagi satu nak di taip, a book!

Buku yang aku tunggu-tunggu, (siapa yang prihatin, tahu la kot, dah beberapa kali aku taip pasal buku ni). but yeah siapa yang nak prihatin dengan aku, kan? Bukannya aku ni insan terkenal yang setiap kata akan diambil perhatian oleh semua orang, kan? Perasan sendiri je la, huuuu :p



At last dapat juga, 'Maryamah Karpov' by Andrea Hirata.
Buku keempat dan terakhir dalam siri tetralogi Laskar Pelangi.
Sebelum ni, memang tak pernah jumpa, sampai la hari aku balik dari uni ambil jubah oren tu, singgah kat Popular Bookstore, and there i found it :D

Kalau dapat diandalkan, masa tu keadaan aku adalah seperti seorang yang terlalu merindui kekasih hati, dan kekasih hati muncul depan mata, tanpa janji untuk bertemu. Rasa nak menjerit, tapi yang mampu dibuat hanya senyum tak lepas dan perasaan yang tak mahu melepaskannya sama sekali. And 'I could not ask for more', Edwin McCain jadi lagu latar dalam kepala
(Tiba-tiba masuk lovey-dovey mood plak, hahaa tiada kaitan antara aku atau kamu :p)

It's the masterpiece!
Siapa yang rasa macam nak baca, try la cari. And better cari dari Laskar Pelangi.
Nak tulis sinopsis pun, macam taktau nak mula dari mana, heee



Dan syair Ogos aku masih belum berakhir... Ada lagi separuh bulan untuk menghabiskannya. Akan ada bermacam cerita yang bakal terjadi (kalau usia masih panjang dan diberi peluang dariNya).

Yang pasti, masa yang telah pun berlalu dah bagi berbagai warna dalam hidup aku.
Aku telah menulis puisi tentang hati yang tersiat, perasaan yang tak dapat diluahkan, jalanan yang terlalu asyik, pertentangan, penghormatan, kemanisan yang meyeksakan... Namun yang belum ditulis, tetaplah puisi untuk belahan jiwa, walau semakin banyak suara yang bersoal...

Dan jawapan masih sama 'kalau memilih hati sama seperti berada di kedai kain, mungkin aku telah temui kain yang terbaik' tapi tu la, nak memilih kain pun bukanlah sesuatu yang aku suka.

Adakah ini bermakna dah sampai masanya untuk aku fikirkan tentang perkara penting itu? mungkin... Bukan tak pernah fikir, tapi ia selalu tidak menjadi keutamaan untuk aku.
And sekarang, aku rasa dah sampai masanya untuk aku fikirkan tentang itu, be more serious on it?
Even how suck it looked in my eyes times ago.

Let it be... Because i know He knows best when I knew nothing....





*** lama tak menaip kat sini,
rasa macam lupa how i used to type here before
heee... sorry
last and never be least,
thanx pada yang sudi follow...
kalau agk2 aku tak follow back, just let me know :D
one more sorry to
sape2 yg aku tak sempat nak jenguk..
i'm running out of time, nak gi cari tudung kunun nye


Friday, May 08, 2009

secrets-revealed #3 (partie-trois)


Mengundur waktu lagi.. SMKSJ (1999-2003)




Proudly said that i was the 'Gen-8 Serians'.
Lima tahun belajar kat sekolah tu, with all the memories remained in my heart, mind and soul
(heh i am quiet good in making sweet words eh :D)


Time Form 1, memang agak sedikit sukar, sebab tu first time tak duduk rumah, stay kat asrama. Batch kami ramai, and that time buka dorm baru, which is the biggest dorm in aspuri (tahun sebelum, dorm itu ialah surau budak perempuan).
Sedih gak la, dengan tilam atas lantai, bersusun macam mangsa banjir je sebab katil tak sampai lagi. Then bila katil sampai, kerja memanjat la, katil double-decker, dapat plak belah atas, hee. Tapi akak-akak semua baik :D



kad matrik zaman kuno, kamu simpan lagi tak :D


Duduk asrama tak hard mana la; beratur time nak ambil makanan, pergi prep (untuk tidur :p), riadah (untuk makan keropok kat kantin), and hari ahad ada gotong-royong.
Bila makin senior, makin tidak skema even pegang jawatan kat asrama (haha takde la masuk kumpulan budak jahat pun). Kat dewan makan, siap ada port kami-kami (meja corner paling dekat dengan pintu belakang).

Denda paling teruk aku pernah kena (tak lupa sampai sekarang), kena tahan biasiswa sampai akhir tahun (masa tu baru tengah tahun, meaning enam bulan duit aku bersimpan) + tak boleh outing juga sampai akhir tahun. Nasib baik la boleh balik rumah, and aku ada transfer sikit duit biasiswa tu kat akaun lagi satu..
cheit betul, bukan kesalahan berat sangat sebenarnya, tapi PK HEM masa tu sangat poyo.
Kalau cerita pasal rotan, subuh-subuh time form 1 lagi aku dah pernah kena, haha normal la kalau kena rotan ni :p



PMR 2001.. kalau teror cari la mana aku, haha :D


Cerita kat sekolah.. Aku bukan seorang pelajar yang hebat. Tapi most of the teachers, bila tanya nama aku diorang boleh sambung dengan nama abah (maybe sebab kat buku-buku aku tulis nama bersambung tanpa perkataan binti itu kot).

Untuk lower form, kami ada 'kelas rancangan khas' which ada yang ambil Bahasa Arab Komunikasi untuk peringkat PMR (i was one of them :D).
'kaifa haluka?'
'ana bi khair, alhamdulillah'
So untuk PMR, ada yang ambil 8 dan 9 subjek. Yang ambil BA, nama kelas 3A1 dan 3A2, the others 3B1 and 3B2. Beza kat bahasa arab tu je, tapi budak kelas B memang selalu tak sekepala dengan kelas A, lagi-lagi budak perempuan. Tapi naik upper form, macam dah neutral :D

Gambar atas tu yang konon-konon nya cemerlang masa PMR (5A dan ke atas). Hari Rabu, so pakai la baju uniform unit masing-masing and aku hard-core PBSM (Persatuan Berehat Sepanjang Masa). PBSM time tu memang sangat la relax, seingat aku yang aku join wakil sekolah untuk perkhemahan peringkat daerah and wakil unit untuk perkhemahan peringkat sekolah kat atas bukit sebelah padang sekolah kami, lain-lain aku dah tak ingat, ke takde dah lain-lain?.

Cerita kat sekolah banyak masa upper-form la kot, dah agak kerek jadi senior. Kat asrama pun duduk blok yang baru siap, oh memang kerek menjadi senior, haha :p
Yang paling happening 'Karnival Pendidikan' time form 4. Memang tiap-tiap tahun ada karnival ni which organized by form 4 students untuk tahun itu. Kami kan ramai, dah la baju AJK cantik pula tu, memang nampak cantik sekolah time tu :D


aku agak suka gambar ni.. i was the one at the left :D (kat situ ada nama sekolah)


Masa ni join Kuiz Maal-Hijrah peringkat zon. Masuk sekolah orang dengan penuh bergaya, heheh :D Soalan-soalan boleh tahan, ok la.. And kami dapat nombor 1. Tak sia-sia membaca beria-ia and also berkat doa dari semua.

Tapi naik peringkat daerah, rasa nya takde nombor, haha sebab tak sempat nak study beria (in the same time kat sekolah nak dekat ada exam, trial ke apa aku tak ingat)

Ustaz Hairul Azam, guru kelas kami


Ini gambar kelas tahun 2003, 5 Sains Syariah (aku dah pernah tampal kat entry ini dengan gamba exco asrama puteri).
Kami ambil 10 subjek; Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab Tinggi, Matematik, Sejarah, Fizik, Kimia, Matematik Tambahan, Pendidikan Syariah Islamiah, satu lagi pilih antara [Pendidikan al-Quran dan Sunnah / Biologi / Lukisan Kejuruteraan].


Kelas ni adalah sangat best, sebab kami bebas nak buat apa pun, boys dua orang tu pun kadang-kadang bukan ada dalam kelas pun. And one of the boys, (and also Shina) masuk matrik yang sama dengan aku.


Ni je la kot cerita zaman sekolah menengah, gambar banyak tapi aku tak scan (mana ada scanner pun, yang ada ni pun entah zaman bila aku scan pun aku dah tak ingat). And for sure banyak lagi cerita kat sana, a moment yang takkan boleh dilupakan senang-senang.

Gen-8 Serians always rawked.







SMK Seri Jengka, Maran, Pahang Darul Makmur (1999-2003)





















***baju rasmi asrama, warna dark-purple, corak kat tangan and depan

(tapi sekarang dah banyak transformasi)
time ni sangat lah kanak-kanak ribena nya :D



*** kawan sekelas + satu dorm nak kawin
this weekend
waaaah cepat nye
(lupa sekarang bukan makin muda :p)

secrets-revealed #2 (partie-deux)


KMPk sesi 2004/2005.
(Ini cerita sebelum masuk UKM)




Membuat pilihan adalah sukar....

Lepas SPM, aku dapat tawaran dari UiTM Machang, Politeknik (area Kelantan seingat aku), Form Six, and entah kolej-kolej apa entah lagi.
Poli dengan UiTM aku tolak sebab course aku tak berapa minat, something related dengan business gitu la (lagi pun takde basic langsung-langsung), Form Six dapat sains punya tapi macam dah malas nak pakai baju sekolah (masa tu lar) and Form Six kan agak susah. Then kolej-kolej itu aku biarkan saja.
Abah pula time tu suruh try tunggu matrik dulu, hurmmm...


Dalam merenung nasib kat rumah (masa ni kawan-kawan ramai dah berterabur sambung study), got a call dari Along (kakak my dear friend itu).
Dia cakap aku dapat matrik, i was the second intake candidate (itu la zaman sekolah dulu main-main, dah result SPM tak bagus huuu...)


ambil masa diorang duk fogging nyamuk kat hostel.. masjid kami cantik, kan :D



So agak-agak kalut daftar ke sana (ada cerita di sini sebenarnya, cerita sedih, sayu, makan hati).
Aku dapat tahu malam Rabu, then Khamis surat baru sampai kat rumah mak sedara aku and last daftar hari Jumaat. Petang Khamis, naik bus ke KL, abang tunggu and terus ke Perak (so i have to say that aku sayang abang lebih :D).


Hari Jumaat daftar (pak sedara kat Perak yang hantar) and ada ka
wan-kawan dah tunggu. Kawan dari sekolah lama (Shina, Enon, Lily, El, Sal and Jimi), ada la tu yang bagi tau (mana la aku sempat nak bagitau diorang pun).

Menjadi second intake student adalah agak cuak sebab orang lain dah mula belajar. Tapi yang best nya, tak yah ada orientasi, haha :D (nak tau tempat-tempat semua aku tanya kawan-kawan yang dah ada kat situ).
Time
tu diorang pun tak la belajar banyak mana sangat pun,
still boleh la nak catch up. First class yang aku masuk tutorial math, bayangkan macam mana blur nye aku, tapi tanya-tanya orang, diorang kata tak buat ape pun lagi *lega sedikit*



ni masa ada program dengan student UiTM Shah Alam (aku lupa ar program ape tuh)



Jadi student matrik memang seronok, tapi kena rajin dan strive, lagi-lagi yang macam aku which is sangat la pemalas. Kat sana memang aku study sungguh-sungguh (kau nak tercicir, buat la main-main).

Room-mate aku tiga-tiga budak Bio, aku sorang je ambil Fizik (sorang malay budak Perak, dua lagi chinese dari Kelantan). Budak-budak cina ni ok la, time kita sembahyang, diorang diam tutup radio semua.
Tapi aku agak tak boleh tengok bila diorang study (lagi-lagi the one yang duduk sebelah meja study aku), nampak stress weyh. Alternatif nya, gi study dengan membe
r lama aku, Shina :D.


Kalau cerita pasal kelas pula, i was in TP9/LP2 (for both sem). Nombor tu stand for kumpulan lecture and tutorial, and masuk sem 2 diorang rombak, tapi aku tak bertukar pun.
Dalam kelas aku memang agak diam, tak campur dengan orang sangat (maybe orang tak perasan kewujudan aku, and i don't really care pun). Member aku LP1.



Antara yang tak boleh lupa kat sana:


1. Speaking test dengan Mr.Raja (time matrik kan kena ambil MUET itu).

Masa tu memang aku pakai cakap je ikut isu yang diberi (dalam kumpulan 4 orang),
and last tu Mr.Raja cakap 'you can speak well, but why you're so quiet in my class?' (lebih kurang macam ni) eheh aku sengih je la, nak cakap ape pun lagi, entah..
And he mentioned it in the next class
, tapi nasib la dia tak sebut nama, dia pandang je kat aku. Yang pastinya aku bantai je, bukan fluent pun, nampak yakin sudah.


2. Tutorial Math
Lecturer tu memang selalu suruh orang tulis kat depan.
Satu hari ni macam biasa aku kena satu soalan ni, aku tulis je la.
Then ada lagi satu, orang lain semua tak dapat. Kawan sebelah jeling kertas aku, aku dah dapat. So terpaksa la tulis lagi sekali.
Tiba-tiba lecturer tu kata 'boleh awak expl
ain?' Haha ganti tempat lecturer beb *bangga-bangang*
Actually
malam sebelum tu pulun suruh membe aku ajar, kelas diorang dah discuss.


3. Eksperimen Kimia

Balang ke bekas kaca apa entah duk pecah-pecah. Terlebih panas la, itu la.

Tapi kumpulan aku, maintain je.. sangat rilex takde apa-apa.
Last-last
bising 'wey nape tak jadi apa lagi ni?' Haha tiada hasil :p


4. Eksperimen Fizik

Masa dah nak habis. Semua orang nak balik. Kami penat duk ulang-ulang buat benda yang sama.
'Kita buat hasil sendiri la, tak dapat graf kita tukar nombor'.

'Okey, ko mulakan operasi, aku buat-buat teruskan eksperimen'

Berpecah. Ada yang buat kira-kira, ada yang terus konon-konon dengan eksperimen.

'Set dah siap, jom balik.'
'Kalau nombor tu susah nak kira, nanti kita discuss tukar nombor lain'
Haha hebat kan kami menjadi 'physicians' :p



gambar dari dalam album :D (rindu sama mereka)



Banyak lagi cerita kat sana ....

- Gopeng yang panas dan kering.
- Time assembly kami sengih-sengih taktau nyanyi lagu negeri, time Negaraku kuat la.
- Jakun nya melihat lembu-lembu warna putih, haha :p
- Tengok budak-budak SBP kat sebelah masuk our territory hari Jumaat untuk solat.
- Outing
semata-mata untuk makan KFC :D

- Tsunami akhir tahun 2004 itu, which aku tak dapat beza antara gegar atau orang berlari.
Serius aku konfius sampai sekarang.


Semua tu... susah nak lupa... terlalu banyak, dalam masa yang singkat..








Kolej Matrikulasi Perak, Gopeng, Perak Darul Ridzuan (sesi 2004/2005)




*** ada junior (ayuNani -3rd year fak aku)
kasi ini kerepek dengan coklat zip itu
sebab pinjam buku rekod mengajar (aku nye praktikum)
berguna eh buku tebal itu :D
and wish goodluck untuk mereka
heh rasa la jumpa 'budak-budak' zaman sekarang

Friday, April 24, 2009

might be hard days

It might be hard days for me, as I'm struggling for something which is important..
So i leave you these.. :D

jangan percaya.. aku bukan suka bunga pun :p (owh tidak clear.. salah size lor :D)



Found this words in my book dated '15 August 2006'


A mountain is always waiting for another man who dares to conquer it
and the highest of mountains cannot be higher than
a man who has topped it..

A goal is always waiting for another man to accomplish it
and the greatest of goals cannot be greater than
a man who has achieved it..

A goal can never be bigger than its achiever and
can never be too big for a man as not to be
able for him to attain it..

In truth whatever goal in life you want to achieve, or,
however big it may appear to you: it is never
bigger than life for you. so why fear to take it?

But if you have fear then achieve the courage and also conquer it...


Your life, you choose, your choice.. Make it blossom or dull.. It's yours.. To choose





***mak kata, opah nak datang rumah
lama rasa nya tak menyakat opah (cucu bertuah :p)
aku jawab, nak balik la kalau macam tu
tapi mak jawab, balik sekali je la nanti.. bila dah habis
aku jawab, boleh la.. orang periksa ahad, pastu khamis.. orang balik isnin eh
mak tanya, kelas takde ke.. balik sekali je la nanti
aku jawab, kelas dah habis, orang tengah periksa je
mak taktau dah nak jawab apa.. last2.. ikut kamu la, nak balik bagitau..
aku gelak2 kecil, okey... nanti nak suh nua tunggu. orang bukan ingat jalan lagi
plus nanti mak gi keje, opah duk umah sorang2.. sian la kat opah, huhu

** sudah besar baru dapat manja2 dengan mak.. so korang jangan jeles.. bluwek :p


Thursday, April 23, 2009

first paper :D


Exam
sudah mula. My first paper was 'Quantum Mechanics'. Or simply said 'Mekanik Kuantum' atau bahasa standard seorang kawan 'Mekanik Ku hentam' :p

Paper
tu ada lima soalan subjektif (ada la anak-anaknya) and kena jawab dalam masa tiga jam.



thanx : here

Subjek ni kami belajar dalam bahasa inggeris, and ada words dalam paper tu yang suka-suka hati aku translate kan:

'recursion formula'
Apakah itu recursion?
Adeyh mana nak cari kamus plak dalam exam hall ni?
Kita main taram dengan root word dia aci tak? curse..
heheh kau nak suruh aku sumpah apa? Mahu dikutukkan soalan ini?
owho mana aku tau nak kutuk-kutuk maki-maki neh (kunun :p)


'truncated power series'
Nampak perkataan truncated, terus terbayang terencat.
Ape kes plak tanya pasal penyakit terencat?
Ni kan paper fizik, bukan budak bio punya soalan :p

Berfikir selaku pelajar fizik, 'siri kuasa terencat'.. heh macam best plak bunyi nye


Inilah dia nya kalau tak prepare betul-betul. Lain ditanya, lain yang kau faham. Tapi tu just fahaman kepala biol aku untuk beberapa minit pertama. Bila baca semula, ia nak terbitkan formula dari yang dah sedia ada, lebih kurang macam tu la. Tapi ni kan 'Mekanik Ku hentam', ahaha :D


And lagi satu yang agak menyampah 'estimate uncertainty'. Bukan tak faham, tapi lupa.. Benda ni banyak kira masa eksperimen-eksperimen dulu (mana la aku ingat da, cheit :p)


p/s: kalau kamu nak tahu, cari sendiri eh :p
(student-centered punya approach, haha)






** cepat la habis..
aku da tak larat duduk sini

Sunday, April 19, 2009

berikan sedikit waktu :D


Lagu tepi aku telah ditukar kepada lagu ini, 'Membaca Gaya Wawasan'. Okeyh saja bagi feeling untuk terus membaca, tak kisah baca buku ke, baca surat khabar ke or even baca blog :D.
Ia juga salah satu cara untuk memotivasi diri sendiri. Satu yang penting membaca bukan hanya untuk menduduki peperiksaan semata-mata, ianya lebih daripada itu. It's a lifestyle of vision.


Lirik Membaca Gaya Wawasan

Gubahan: Kusham, Nada Studio
Lirik: SMDee, Canang Adcalls Sdn Bhd
Diterbitkan oleh: Canang Adcalls Sdn Bh

Awal suruhan ialah membaca
Menuntut ilmu disuruh budaya

Inilah teladan sepanjang masa
Gayakan hidup dengan membaca

Apalah nama andai tanpa ilmu
Apalah mahkota permatanya palsu

Tanpa membaca cacatlah minda
Tanpa ilmu ke manalah kita

Jika ilmu penuh di dada
Bila bergaya dengan membaca

Dunia sempit menjadi luas
Tempah kejayaan tiada terbatas

Negara yang kecil tinggi martabat
Kerana ilmu, negara berdaulat

Mari kawan kita membaca
Mari rakan, timba ilmu dengan membaca
Inilah perjuangan, sambutlah seruan
Jadikan Membaca Gaya Wawasan

Everybody!
Take a book and read
To gain knowledge, everyone has to read
Let's reach out, open up your mind
Let's make reading, a lifestyle of Wawasan

(lyric taken from: here)



i read all kind of books and i'm lovin' it :D

Peperiksaan akhir semakin hampir (the exams are just around the corner). Aku perlu semakin giat mambaca dan memahami. Yarh masih ada sudut-sudut yang masih kurang difahami. Ini adalah peperiksaan terakhir aku sebagai pelajar pra-siswazah, ada rasa tak sabar sebenarnya tapi gerun juga.

Sila jangan lupa tarikh-tarikh di bawah cik azie :D
22/04: Mekanik Kuantum 1
26/04: Medan Elektromagnet 1
30/04: Bahasa Arab Asas 1
06/05: Kemahiran Antaraperseorangan, Kaunseling dan Perundingan
Sains Kehidupan dalam Pendidikan (tiada peperiksaan akhir)

Hopefully, aku dapat lakukan yang terbaik. (Sangat risau untuk dua paper pertama itu).







** masih mengira waktu untuk ke PWTC
tak kira aku nak gak gi sana


pinjam dari sini

yarh aku akan ke sana
Yatta~
(pinjam perkataan Hiro Nakamura dalam series Heroes :D)



Friday, April 17, 2009

apa pandang2? ada hutang ke? :p


arh dolu2.. mamang selalu dengar ayat tuh
(aku pun selalu guna, ups :p)


that time mana ada fikir pun kalau orang tu datang serang and minta hutang tuh
main ikut suka mulut je nak cakap apa pun

(sila jangan ikut perangai ini.. think before u talk -tiba2 bagi nasihat :D)


okey lah.. tak mau panjang2 merepek

sebelum mahu tinggalkan perbukitan ilmu ini, lagi mahu semak segala apa yang patut dibuat

checlist... checklist... mana kamu nyuruk?

okeyh sudah jumpa :D


1. pastikan segala borang sudah diisi dan dihantar
(ada ala2 ayat di notice-board tak :p)
2. gambar untuk tujuan konvo sudah di email (kalau nak gamba sememeh time habis sekolah dolu, biarkan takyah send yang baru :p)
3. pulang kan buku2 library yang kau pandai pinjam, tapi tak mahu baca itu

4. bayar segala hutang yuran pengajian

5. lagi? ada lagi tak? _________ (sila isi kalau ada yang tertinggal)


nombor 1 dan 2 adalah sudah setel

tengok no. 3, ada buku library dalam bilik aku
(memang aku tak baca pun, haha :p)

no. 4? eh? ada lagi? berapa banyak kau nak amek duit aku ha?

cheit sungguh la...


yuran.. cerita sikit eh..

yuran akan dipotong secara automatik once duit pinjaman sudah dapat

so technically, kau tak payah la tunggu turn nak bayar kat kaunter

duit pinjaman akan masuk awal2 sem,
(masa kau belum habis daftar subjek2 yang nak kau belaja sem itu)

then bila minggu daftar kursus sudah habis, yuran pengajian di kira semula
so akan ada la lagi jumlah2 yang perlu dibayar


fine.. awal sem dulu aku sudah bayar nilai tersebut

1++ aku tak ingat nilai sebenar

pastinya turun ke 'bangunan canselori' sana, ambil nombor dan tunggu

aku bajet2 takkan ambil nombor giliran di sana lagi


but then, petang tadi turun lagi.. membawa sejumlah duit

untuk yuran penginapan (macam menginap kat hotel lima bintang je nak kena bayar mahal2)

okey2.. tak perlu merungut...

bilik aku adalah cantik, besar, luas.. sejumlah duit itu tidak dapat menandingi keselesaan bilik tersebut (muntah la sapa yang baca)

sila la orang2 jabatan bendahari, orang2 kolej naikkan lagi yuran berkenaan

(takpe.. naikkan la.. untuk junior2 lepas ni, ahahah :D)

okeyh yuran sudah setel
tapi masih ada hutang.. adoit la..

tengok ni




singgit nam posen.. sebab lambat hantar buku library
lambat dua hari untuk 4 buah buku (sebuah buku, 20sen sehari lewat)
:vv18.gif:
kenapa tak bayar tadi?
tadi, aku hantar buku2 tu kat kaunter layan diri (teknologi yang memudahkan)

sebab aku sangat malas mahu naik library
aku tau musim nak exam ni memang ramai orang secara tiba2 :p

bila sudah setel, keluar resit dengan tajuk2 buku yang telah dihantar
takde plak tulis jumlah denda

:vv30.gif:
naik bilik baru check semula (salah juga.. sepatutnya check sebelum turun)
bila sudah check, keluar la benda di atas itu

singgit nam posen eh.. tambah pat posen bole beli burger :p

:vv53.gif:okeyh la.. nanti aku bayar.. next week
(malas lagi mahu turun malam ni)
maybe aku akan suarakan pada akak librarian itu supaya key-in jumlah denda pada mesin automatik itu, kan lagi senang

supaya orang yang pinjam buku sedar dia telah hantar lambat :D


:vv6.gif:p/s: kalau aku ada hutang dengan kamu, sila beritahu
aku bukan seorang yang ingat segala macam benda

aku juga manusia biasa seperti kamu :D





*** hutang..
tak mau terbelenggu dengannya

Saturday, April 11, 2009

terakhir..


jumaat 10 april 2009
dengan ini saya ingin melaporkan bahawasanya tarikh itu adalah tarikh terakhir
(apa kes ayat ala skema plak neh :p)

yup.. terakhir..
aku hantar tutorial terakhir

tutorial 4: harmonic and hydrogen atom potentials

subjek 'mechanic quantums'

gegas2 hantar, then tunggu bas untuk ke kelas terakhir

kelas kaunseling

untuk lihat presentation terakhir


macam biasa aku masuk lambat lagi

tapi bukan yang terakhir :p

it's better late than never, rite?


kelas terakhir, macam biasa la ada amanat itu ini dari lecturer kami, en.yazid
amanat supaya jangan lupa datang exam
jangan datang lambat.. dush kena kat batang idung sendiri :p


bagi aku (personal opinion), en.yazid merupakan seorang pensyarah yang bagus
even mula2 dulu, nampak beliau agak nervous
(hey i always love to observe others, so beware!~ haha tak de la :p)

aku suka tengok orang, perhatikan orang lain

then yang baik kita ambil.. yang tak berapa nak baik, tapis2 la


okey sambung semula :D

apa yang buat aku rasa beliau itu bagus?
hurm.. ape eh?

the attitude? maybe ya, maybe nope

discipline? maybe ya..

haha aku just rasa beliau itu bagus..

no need so much reasons on certain thing(s), that's it :p


nak cite yang last week punya presentation sikit la

group aku (she, aly, ija and aku)

dengan tajuk 'peranan kaunseling dalam membantu pelajar kurang asertif'



ini powerpoint yang cumeyl, dicreate oleh orang yang cumeyl (yang pasti bukan aku buat :D)

okeyh, aku dapat powerpoint tu hari jumaat
(dapat pagi, petang tu nak kena present)
masa
first draft, tau la flow presentation tu macam mana..
tapi belum decide part masing2

then busy2 dengan
pameran plak
masa diorang finalize kan (malam khamis),

aku tak join coz ada
test bahasa arab malam tu

:vv18.gif:petang tu present dengan perasaan yang sangat cuak
sebab nya, kumpulan2 sebelum kami kena komen baek punye dari en.lecturer
(beliau compare powerpoint dengan report yang ditulis)
da la aku dapat part 'inventori', lagi2 la cuak

(kalau ditanya, memang... erk ape eh :p)

:vv5.gif:
so masa kumpulan lain kat depan, aku sibuk dengan kertas itu ini
taknak ada point yang tertinggal.. untuk mengelakkan orang tak faham

kalau tak faham, diorang mula la tanya.. and aku taknak jawab :p


:vv21.gif:and aku salute dengan mereka bertiga :D
diorang mula dengan drama (beza antara pasif, asertif, agresif)

then masukkan video dengan kaunselor kat sini

aku kan 'kurang asertif' haha


:small_boy_13.gif:ouwh ada satu lagi, which is the best
'latihan belon'
yang ni dapat dari modul time aku
gi sekolah awal2 dulu
(maybe juga mereka ada baca di mana2)
sangat fun tengok those guys (bakal2 guru itu)
dengan agresifnya cuba pecahkan belon orang lain


habis presentation tu, en.lecturer bangun

beliau takde komen, tapi bagi pujian

waaah fly.. fly..
:small_boy_14.gif:yang aku ingat beliau kata lebih kurang macam ni
'saya tertingal dengan kemahiran ni, tapi kumpulan ni dah ceritakan' *smile*

balik tu time tunggu bas nak balik kolej

junior third year cakap macam ni

'kak, best la.. saya rasa nak jadi sorang yang asertif'

*smile again* mesti la best kan bila kita dapat inspire someone

:vv53.gif:so aku nak say thanx kat cik afeera
(nak sangat aku mention nama dia kat sini, terajang kang.. haha keganasan :p)
thanx sebab bawak aku jumpa kauselor2 sekolah ko
cik manchelah and bakal paksedara aku itu
(ups jangan bising2 eh :p)

:vv16.gif:untuk menutup sesi laporan ini (tiba-tiba :p)..
ingin saya tegaskan bahawa, saya semakin menghampiri
garis penamat
my first degre will end soon, very very soon

tak terasa macam dah
empat tahun di sini
:vv49.gif:perasaan adalah bercampur baur.. syahdu.. seronok.. takut..
ada dunia yang lebih ganas yang harus ditempuh di luar sana

(kurang sebulan dari tarikh hari ini)


:vv60.gif:**aku tak suke presentation
premis 1: kalau diberi skrip, aku akan baca dengan laju
dan ini akan membuatkan aku hilang point
premis 2: kalau takde skrip, aku taktau nak cakap apa
kesimpulan: bagi aku point, supaya dapat di elaborate

***bila semua berakhir
pastinya ada exam, yang juga terakhir
exam? urghh lagi la tak seronok :p