Friday, March 20, 2009

nak buat cane...


:small_boy_13.gif:aku tak kisah, kalau nak kena denda ke ape ke
(setakat ni takde lagi denda2 neh)
lagipun aku rasa event tu macam tak berapa nak ada kaitan dengan aku
memang ar bagus, tapi aku sangat pasti..
kalau aku datang pun, aku tutup mata.. takpun layan buku cite
:vv51.gif:
[ape mende aku taip neh? ow ho ini ialah rentetan entry semalam]


soalan2 yang tak larat nak dengar untuk pagi tadi
'ko pergi ke esok?'
dan dengan slumbe nya, aku jawab...
'tak kuasa.. aku nak balik'
ahaha aku memang suke bagi jawapan suka hati
aku tak daftar pun nak gi.. yang pandai2 masukkan nama orang buat ape?
(protes lagi.. eheh sowie :D)


aku call mak, kunun nak minta abah ambil kat komuter
(jangan tanya kenapa aku tak tanya terus kat abah ;p)
tapi adik yang jawab
diorang dua bising.. 'takyah balik, takyah balik..'
chet tak senunuh punye adik2, mentang2 ar tengah coti2
geram betul~
:vv27.gif:
then tak lama lepas tu, mak call
'kamu nak balik petang ni ke?'
:
:
:
'tak yah la'
hah? mak tak bagi balik? sampai ati....
:small_boy_18.gif:
'ada orang la..'

hurm.. aku da tau.. abang ipar aku la tu
dia balik dari labuan, mak kata ambil periksa.. taktau apa, malas nak tanya
(yang dulu gi minta tuka kat sana buat apa ntah.. tak puas hati, ahahah :p)

kalau abang ipar aku ada, susah la..
kena pakai tudung dalam rumah, malas arh
nak tidur golek2 depan tv pun tak boleh :p
(abang ipar itu bukan abang kamu eh, ada limit)

so keputusan nya...
maybe balik juga sekejap siang esok
[tengok la dulu]
malam ni boleh buat soalan tutor 'quantum mechanics' tu dulu
(must think positive :D ...segala peristiwa ada hikmahnya)



:vv16.gif:
***ini gambar time dinner aritu..
sebenarnya aku upload sekali dengan entry dinner tu
tapi aku delete, eheheh...
(tunggu dinner kolej plak eh)

**sila jangan percaya pada gambar
this is after make-over.. sampai aku tak kenal muka sendiri
(lepas ni bole la aku buka kedai andaman, ahahah)
or maybe grooming class :D
[pengsan perasan la ko!~]


Thursday, March 19, 2009

isi rumah seakan memanggil ku pulang

semalam dapat mesej dari abah.. actually dah agak lama abah tak bagi mesej..
nak tau apa abah aku bagi? ini dia.. (aku taip semula tanpa edit ape2)

"Hingga 11 mac sebanyak 8,206 saman dikeluarkan JPJ kerana penumpang kereta tak pakai tali keledar belakang-Kosmo"

ahah abah memang informer kami :D
then malam tu abang plak call, dia bagi salam then bagi kat budak kecik

'ello' suara itu budak :p
'ello.. sape ni?'
'sape ni'

'adik ke?'

'adik ke?'
'dah makan?'
'makan? haaa'
:vv1.gif:
cot cet cot cet..

aku konpius.. aku cakap ngan sape?

suara macam abang nye, tapi apesal lancar sangat?

biasa adik yang suka cakap kat tepon


tetibe dengar suara abang aku

'mu'az, dah... babai2'
hah? aku cakap ngan mu'a
z?
serius aku terkejut
sebab mu'az yang aku tinggalkan dulu cakap tak berbutir pun
tetiba semalam sangat lancar ikut ayat2 aku
dengar la suara dia
'babai'
aku jawab 'tanak tanak'

dia jawab 'tanak tanak'

aku ketawa
dia pun ketawa

ahah so sweet la u

rasa nye ending tu abang aku yang off kan the phone :p


itu cite budak2 kecik kat umah aku
anak2 kakak aku

the only cucu for mak and abah (buat masa ni :D)

the only anak2 sedara untuk abang, aku d
an adik2..
:vv8.gif:
macam budak2 nak gi kelas mengaji
(ini keje maklang dia, pakaikan tudung and kopiah.. eheh :D)

aku rasa nak balik rumah.. isi rumah seakan memanggil ku pulang
dah lama tak balik, sebulan dah kot.. weekend je mengadap assignment
nama je rumah dekat, tapi tak balik2.. uhuhu

aku nak balik, tapi....
tadi ada mamat satu course tahan membe aku (mean ada aku sekali ar)
dia cakap cam ni
'aku dah masukkan nama kita semua untuk program weekend ni'

oit aku taknak pergi, aku nak balik rumah
memandai je letak nama orang buat apa?
program macam ni prihatin sangat ar ko letak nama kami eh!
kami
'takde kenderaan' untuk pergi
(ini alasan yang mereka beri pada kami bcoz sebelum2 ni kami di anak tirikan)

okey stop the protest :p
actually aku dah tau pasal program tu, awal lagi
'Program Peningkatan Kebolehpasaran Pelajar 2009'
(ini part untuk final student yang paling tak seronok)
seminar itu, ceramah ini..
aku dah baca tentatif and ni poster nye (i got the email lar, tapi buat taktau je)


aku ada bulat2 kan kat gamba
warna merah >FPend bermakna Fakulti Pendidikan
warna kuning > Latihan Industri? kami mana ada LI lar, praktikal pun dah lepas

(LI kami ialah Latihan Ilmiah which is the time spent untuk tulis tesis.. juga sudah lepas)


serius semua gempak2.. tapi aku nak balik umah ar... waaaaa

putus fius aku....

aku sudah siapkan kerja2 tentang 'orang asli jakun' itu
rasa nak joget2 jek:small_boy_2.gif:(joget untuk sementara waktu sebab ini baru fasa kedua)
(fasa pertama time draft hari tu)


tapi hari ni sungguh2 mencabar tahap kesabaran aku, menunggu sepanjang hari..
pagi2 menunggu pendrive dari kawan2 TESL (diorang buat final editing)
sampai tengahari, aku dah siap lunch.. baru dapat pendrive tu

lepas tu pergi jumpa member lagi sorang..
nak kena tukar format 'words to PDF'... and susun semua gambar2 nak burn dalam CD
tapi gamba2 tu ada yang tak cukup..:small_boy_1.gif: so kena tunggu dari lagi sorang ahli kumpulan
(kawan pendidikan khas -dia yang save semua gamba2 dari muzium)
sebenarnya dah minta emailkan tengahari tu, tapi dia bantai nye tidur (uhuh sabar je la aku)

malam lepas maghrib baru dapat gambar2 tu, and nak kena hantar CD
CD kena hantar kat fakulti, macam aku selalu naik time weekend tu
tapi sebab malam, takde sape yang nak gi
so terpaksa la call 'en.biru' minta tolong ambil kat kolej
en.biru kata boleh, tapi lambat2 sikit la.. maybe after 10

dengan sabarnya, aku tunggu lagi
:small_boy_15.gif:jam dah lepas pukul 10, but still takde bunyi
aku dah agak2 cuak, dalam 10.50 aku call balik..
en.biru kata... 'okey jap lagi saya sampai kolej, tunggu kat bawah eh?'
lega sekejap...
:small_boy_4.gif:
:
:
:
eheh ini part untuk hari ni yang paling aku suka (ayat kenyataan yang sengal)
jumpa en.biru di bawah.. dan semestinya dia pakai baju biru, eheh :D

jangan tanya kenapa aku suka
it's just an attraction.. aku tak pasti apa... tapi rasa cam (undefined.. ahahah sowi)
:small_boy_14.gif:[hanya rasa mahu terbang]


kalau aku cite kat cik sahabat sorang tu, mesti dia dengki
nak tau dia akan cakap ape?
"best la ko, bole usha2 orang.. aku ni kena jaga hati cik abang tu"
ahahah itu adalah statement dengki yang di cover2.. takpe aku faham :p

aku ni pun, just tengok je..
sampai sudah pun, tengok je.. dari jauh..
dari satu sudut terpencil
:small_boy_6.gif:nak suruh aku make the confession?
aku sangat yakin dan pasti, aku tak mampu...


okey stop that jewa2.. cukup lah fius aku terputus tadi, hiks
then tengah malam sikit, semua sibuk tanya
'macam mana CD? ok ke? dah di amek ke?'
hey.. kamu boleh bergantung kepada aku, insyaAllah..
aku akan terus memberi kerjasama yang baik
walaupun aku bukan ketua, walaupun nama aku disenarai terbawah..
aku akan jalankan tugas aku sebaik mungkin, insyaAllah


lepas ni kena fikirkan untuk pameran pula
markah kami banyak depend kat sini nanti
tadi da ada yang minta aku book kan barang2 kat panggung seni, untuk pameran tu nanti
then lagi sorang kata maybe kena pakai baju etnik yang dikaji tu
baju tu dah ada, sewa nya rm20 sepasang.. tapi taktau lagi nak sewa berapa (kami berlima)
dan satu soalan diberi..
'azie boleh pakai?' hah? aku lagi? (sabau je lar...)
:small_boy_11.gif:tapi kan, aritu suruh aku jadi usher.. so boleh la skip ni, eheh
[sebenarnya aku tak dapat bayangkan baju etnik diorang ni macam mana]
kalau jadi usher, bole melaram sakan2 sket.. ehehe


p/s: cumeyl tak emoticons neh? eheh bantai jek masukkan yg boys :p
tapi.. cane nak masukkan kat tempat comments eh?
(adoit tak abeh blaja lagik)






**esok siang (khamis),
nak temankan cik sahabat kelua jap
kata nye nak cari tudung merah menyala
untuk dinner kolej ahad ni
aku nye 'persalinan' dah setel :D..
**and this weekend, maybe balik umah
sebab 'isi rumah seakan memanggil ku pulang'
esok aku cerita tentang ini eh