Thursday, March 29, 2012

subjek sukar

bismillahirrahmanirrahim...

just a thought.. daripada apa yang saya lalui..


Subjek: menjaga hubungan
Duhai adik-adik kesayangan hamba, ini merupakan subjek yang sukar, kerana saya juga masih puas dan jenuh mempelajarinya,

Jika mahu berjaya di hari kemudian, jagalah hubunganmu:
  1. Hubungan dengan penciptamu, Allah
  1. Hubungan dengan orang tuamu,penjagamu
  1. Hubungan dengan para pendidikmu
  1. Hubungan dengan saudara-maramu
  1. Hubungan dengan rakan taulanmu
  1. Hubungan dengan alam sekitarmu

Subjek 'menjaga hubungan' ini tidak ada di dalam syllabus di sekolah, ianya subjek yang penuh kesukaran
Namun andai kamu peroleh A+ untuk subjek ini, insyaAllah kamu akan beroleh A(with millions, trillions +) in your life, here and hereafter
p/s: tiada guru yang akan mengajarmu subjek ini, kecuali jalan hidupmu lah yang akan menjadi guru terbaik jika kamu mahu berjaya.



ini yang tertaip di ruang oneNotes saya, mulanya nak post kat Fb tapi macam segan pula (kah3 macam tak pasal-pasal je nak segan :P) nantilah bila masanya sudah sesuai..





**ada project dalam kepala sekarang ni 
suda buat brainstorming on the paper
tapi masih belum nampak jalannya
ya Allah, saya mohon.. permudahkan

Wednesday, March 21, 2012

alhamdulillah.. SPM 2011

bismillahirrahmanirrahim..

hari ini hari paling tidak keruan buat saya, ya saya adalah super-nervous, mengalahkan pelajar..
mengajar pun banyak dengan 'sorry', sebab saya banyak tersalah kata, hee..
kemudian dengan sengajanya turun lewat ke dewan untuk jaga kaunter, hee cheeky me :p
masa kaunter saya kosong, pergilah ke kaunter kelas-kelas Fizik
berbisik "kak, Fizik ..... (nama pelajar) macam mana"
bisik semula "dia fail ...., ...... (nama subjek)"
"ya Allah.." senyum lebar sebab Fizik dia lulus, ya saya sangat risaukan pelajar yang sorang ini
"hey, Fizik awak 100% la"
ok, saya sebenarnya macam tak berapa nak percaya bila dengar nombor tu, tapi alhamdulillah (oh no, my eyes are tearing now :p azie, tak macho langsung, kahkahkah)

ye, saya sangat dan teramatlah risau ibarat makan tak kenyang, mandi tak basah
memikirkan mereka, membayangkan pelajar-pelajar istimewa saya itu, yang tidak pernah lulus subjek saya, yang kalaupun lulus hanya cukup-cukup markahnya.. teralu amat risaunya


alhamdulillah, syukur.. well, what more i can say
mereka batch pertama saya, batch yang sentiasa membuat saya tidak keruan
membuat saya kebimbangan hampir setiap masa, memikir hanya mengenai mereka

hari ini, segala doa berjawab, alhamdulillah..
segala penat dan lelah seakan dibayar olehNya pagi tadi
usaha mereka terbayar, dan doa-doa saya dijawab, thank you Allah, thank you soooo much


saya akan sentiasa berdoa supaya mereka akan memperoleh yang terbaik buat diri masing-masing, di dunia dan akhirat, ameeen..






*** biarlah mereka persoalkan kenapa dan mengapa saya melakukan ini dan itu
kerana manisnya sebuah kejayaan hanya dapat dirasai di penghujung sebuah perjuangan 
namun andai hujungnya tidak manis, kuatkan hati 
bangun dan terus berjuang untuk ke sekian kalinya :)

(mungkin akan ada update tentang ini, insyaAllah soon) 

Friday, March 16, 2012

senyum

Bismillahirrahmanirrahim..
*senyum, sambil memikirkan ayat paling sesuai untuk ditaip :) 

last night, i've browse through everything yang pernah saya taip di sini 
segala kenangan yang membuat saya tersenyum, betapa rajinnya saya menaip suatu waktu dulu, walau hanya pada perkara-perkara yang langsung tidak penting :) 

so, now i'm trying to get that momentum back 
saya tidak lah dapat menjanjikan yang saya akan selalu menaip lagi di sini, tapi cukuplah untuk mengingatkan saya jalinan huruf hari ini akan meninggalkan suatu cerita untuk saya kembali senyum suatu masa nanti *epik gila kot rasa taip ayat camni, kah3 
jadi marilah kita menaip segala yang terbaik, hee.. 


tiga tahun saya 'kembali-ke-sekolah', dan tiga tahun jugalah masih memegang title GURU KELAS, tetap dan masih belum dipencenkan :P

kalau mahu tahu kedudukan kelas mereka, tengok saja kuantiti pelajar perempuan
'semakin ramai pelajar perempuan, semakin depan kelas itu' ok pleaseeee no offense :P

ok itu saja untuk entry, kahkahkah apa ni?
azie, intro macam nak taip panjang je, (saya kehilangan kata-kata)


* berdebar menanti 21hb mac
(ini ukuran pertama saya, berjaya atau tidak)
hanya mampu mendoakan segala yang terbaik 
bagi semua pihak... 

kasar

kak X : lepas ni, abang lain la pula anta
saya : err.. (sengih)
kak Y : hah! dia ni ngorat kasar sangat
saya : kahkahkah (ok tidak sopan) 
persoalan jodoh, bukanlah di dalam aturan yang mampu saya tentukan, masih saya yakini adalah rahsia Allah yang disimpan di atas sana :)
bukanlah saya tidak berusaha, sudah. tapi bila masih tidak berhasil, biarlah saya berehat dahulu *senyum

Friday, March 09, 2012

mac 2012

bismillahirrahmanirrahim.
sedikit update :) 

bulan ketiga di tahun ketiga, alhamdulillah banyaknya urusan terasa mudah 
walau ada ketika terasa di atas dan juga di bawah. bekerja, beginilah :) 

cuti seminggu akan bermula esok. markah ujian 1 sudah di key-in *senyum lebar-lebar 

oh ye, tahun ni ajar satu saja kelas untuk subjek fizik (subjek major kesukaan hati), dan insyaAllah akan mula merancang dan membuat kerahan tenaga supaya kesalahan lalu tidak berulang lagi 
untuk subjek math, masih bersama 'kelas istimewa' dan ditambah dengan satu kelas 'adik-adik-cerdik pandai', which makes me nervous at first. ye lah sebelum ni kalau math mesti dengan kelas istimewa je, so bole la ajar secara skip-skip saja (maksud saya ajar point yang penting dan mereka boleh ikut). tapi untuk 'adik-adik-cerdik-pandai' haruslah saya terlebih dahulu bersedia. harapan saya mahu naikkan gred adik-adik ini, insyaAllah (math adalah all time punya favorite :) 
pjk? er, entah lah. kadang hentam saja, kadang tengok buku. tapi selalunya, hentam saja, hee ampun :P 

untuk tahun ketiga, saya tidak mahu melatakkan harapan yang terlalu tinggi, cuma berdoa supaya Allah memudahkan segala urusan saya di dunia dan urusan jalan saya menuju akhirat, ameen :)