Saturday, May 11, 2013

big blackie + ketidakadilan

1. ini kisah hari jumaat lepas, di awal pagi, dalam perjalanan saya ke sekolah..
saya berjalan seperti biasa (laju sedikit berbanding biasa la kot sebab nak kejar masa untuk singgah kat masjid solat subuh). sampai depan satu kedai ni, ada la seekor anjing hitam yang agak besar, jarak saya dan anjing tu tak sampai 1 meter pun.

tiba-tiba the dog pandang saya dan menyalak (err kita guna this word ke untuk anjing?) dan ia pusing badan seakan bersedia nak kejar saya. saya yang terkejut sungguh-sungguh ni terus jerit dan lari (sungguh la tidak ayu berlari dengan baju kurung di awal pagi macam tu,hee) masa tu memang dah terbayang macam-macam, macam mana kalau the dog kejar saya? macam mana kalau ia tarik saya? sempat tak saya sampai sekolah pagi tu? dan adakah pagi itu pagi terakhir untuk saya?
serius, memang macam-macam yang terlintas..

tapi, syukur alhamdulillah.. beberapa saat lepas tu saya toleh belakang dan takde apa-apa, mungkin anjing tu pun terkejut nampak saya pagi tu, dah la pakai black that day, tiba-tiba lalu depan ia,kan.. bila dah rasa confirm selamat (dah lalu depan gerai dengan orang tengah makan) terus saya jalan dengan steady even though dalam hati punya dupdap sangat la kuat, dan a question masa tu err orang kat gerai tu dengar tak saya jerit? maluu~  



2. ini pula kisah di petang hari,hari yang sama
ada separuh akhir dan akhir untuk satu game ni yang melibatkan rumah sukan. as a leader yang berwibawa (konon nya), saya pun turun padang tengok students saya main..
game start lambat, sebab ada team yang tak cukup pemain. untuk boys ada team A, B, C dan D. saya team A, bakal lawan dengan team B.

dan sepatutnya team C mula dulu dengan team D petang tu, tapi team D tak cukup orang. team A taknak start dulu sebab kami yang last masa quarter round sebelum ni, try pujuk the captain, baik korang main dulu sebab kalau lepas ke final at least korang ada masa untuk rehat sebelum next round, cakap-cakap sikit, then ok lah kami mula dulu sementara team D kumpul pemain bagi cukup. dan alhamdulillah kami menang dan lawan dengan team C pula (lepas diorang kalahkan team D).

then untuk girls pula, ada tiga team E, F, G. saya team E yang asalnya memang tak cukup pemain pun. tapi worry not sebab petang tu memang kami dah selamat untuk masuk final, cuma nak dapatkan nombor antara 1 dan 2 je. so kitorang import students yang tengah berkelas tambahan (mesti la saya minta permission the teacher first)

team F lawan G. masa ni lah ketidakpuasan hati berlaku. team F tak cukup orang, dan saya tak tahu la mereka berusaha atau tidak untuk mencukupkan kuota itu. dan mereka tetap mahu lawan dengan G walaupun dah tahu tak cukup, kalau ikutkan disqualified je la. tapi pengelola kata boleh go on mungkin juga sebab keistimewaan mereka (saya taknak taip di sini), berghhhh sungguh la tidak patut.
ada ke patut team D tadi kena bagi betul-betul cukup sampai ada yang hampir nak bergaduh sebab bertekak segala, dan bila sampai turn team F boleh go..

then team F menang, diorang akan lawan dengan team saya. dan masa tu team F cuba nak rekrut students team G dalam team diorang and i said no!. petang tu,team E memang tak kuat mana pun dan saya dah redha untuk nombor 2 dari awal lagi.

truth is memang sangat tidak puas hati, since team F dari awal game (masa first round lagi) dah tak ikut peraturan.. nak buat bantahan? kau nak bayar? huh! semua atas dasar 'budi bicara'
sungguh lah ketidakadilan berlaku..

dan petang tu, pasukan saya dapat johan untuk boys dan naib johan untuk girls..
ok lepas ni kita tunggu satu lagi game, untuk game yang tu girl dah kalah, minta-minta boys lepas.. game yang ni lagi best sebab memang takde dasar budi bicara langsung, tapi dari awal lagi seakan ada konspirasi untuk jatuhkan rumah saya,berggghhhh (cikgu dia dah teremo ni,heh :p)



lesson(s) for the day : 
1. always be careful when u're walking alone, do look at your surrounding. Allah is there to help, but we still need to be very very careful

2. rules are not to be broken!
(oh, maybe sometimes it's a yes.. maaayyybeee)







* pelik pula rasanya bila menaip sebegini,hee..
well i just miss the moment when i type every single thing in here :")


Thursday, May 09, 2013

konon nye..

tersenyum bila tengok last update, come back la konon..
taip pun tak habis.. tetiba je dah bersambung..
truth is masa tu menaip sebeum masuk kelas, la ni pun duk tunggu loceng masuk kelas again..
that is the life of a teacher :)

GE baru habis, entah la.. takmau komen sebab kepala penuh sesak mendengar semua orang nak beri pendapat, semua orang nak kata itu betul ini salah.. sakit kepala! eh, dah terkomen pula, hee..

so message yang mahu disampaikan hari ini ialah..
bersyukur kerana kita masih diberikan peluang untuk menghirup udara di bumi Allah ini
atau kalau nak spesifik kan di bumi malaysia.. ya teruskanlah bersyukur
kerana kita masih boleh menikmati enaknya makanan yang tersedia di mana sahaja kaki melangkah (makan je kau tau, kan :p)
sambil meneruskan pembacaan (ya industiri pembukuan di bumi ini kelihatan semakin ligat, ini insyaAllah akan saya taipkan di lain entry :)

ini gambar last monday, pergi melepak at my all-time-fav-lepak-spot :)
konon nya baru nak buka buku, tapi hujan turun membasahi bumi, buka payung dan berlalu mencari perteduhan (ain't it sweet,hee)

so.. alhamdulillah... fi kulli haal :)


~till the fingers meet the keyboard again 

Tuesday, May 07, 2013

come back?

yup, saya terlalu rindu untuk kembali menaip di sini
few things happened.. kisah air mata kerana kehilangan buat selamanya, kisah hati yang dipenuhi taman bunga, juga harapan setinggi everest..

tapi tu lah..
tahun ni dipenuhi dengan kerja-kerja menimbun dan terus ditimbun
juga tanggungjawab yang berat untuk dipikul,


.. akan disambung, blergh