Wednesday, August 24, 2011

alhamdulillah..

percayalah : segala perkara baik, akan dipermudahkanNya, walau sekadar dimulai dengan niat :) 


last week, saya berkata 'minggu depan nak bayar loan ptptn la, rasa macam da lama je tak bayar' 
so petang tadi (mengingatkan gaji masuk hari ni) saya draw some money untuk bayar pinjaman tu, tanpa melihat baki duit yang masih ada, dan tak ambil resit pun.. pakai main ambil je duit 
dalam hati 'redha je la, kalau tak cukup duit, keluar je la duit tabung rm5 yang bersimpan tu' 
dan saya juga sudah berkira-kira tak mahu keluarkan duit untuk bagi duit raya untuk budak-budak.. 
bukan apa, kepala duk fikir, loan kereta nak kena bayar, hujung bulan ni roadtax mati, kena tambah dengan insurans lagi, mahu dekat 2 riban juga tu (anggaran kasar) 
juga memikirkan baju raya yang belum ada, kuih raya mak yang belum lagi meriah, mungkin juga nak topup duit minyak untuk balik kampung nanti (biasa abang support, hee..) 
dan.. err, koleksi komik dan novels yang perlu ditambah.. oh yang ini mesti selalu ada dalam list, hee...
tabung syiling (yang tinggi) dan tabung duit rm5 (yang rendah) ..  dua-dua pun tabung free, hee 

malam ni, tergerak hati nak tengok slip gaji bulan ni, biasanya saya check bila duit mula nak kering je, hee.. 
dan syukur alhamdulillah, segala kerisauan tadi boleh dibuang jauh-jauh :) 
gaji pokok sudah bertambah sedikit (means potongan KWSP juga akan bertambah, huu), juga ada sedikit tunggakan dari bulan-bulan sebelum, syukur.. 
bukanlah banyak sangat pun, tapi rezeki Allah tetaplah menggembirakan hati..




p/s: patutlah tadi sesenang rasa je mengorder kuih raya dari student 
niat asalnya nak tolong student-student yang meniaga untuk parent, memang dah fikir nak keluarkan duit helaian hijau dari tabung atas tu 
p/p/s: jangan pandang rendah pada keupayaan menabung, sebelum ni saya pernah tukar syiling dengan akak kedai buku, dan duit tu berjaya buat saya beli baju dan komik *senyum 
dan helaian-helaian hijau itu sudah pun mencecah angka 3++, itupun sebab saya sudah agak lama tak simpan, lepas ni mesti lah sambung semula aktiviti simpan kertass hijau :)


dan ini semua mengingatkan saya pada sepotong ayat : 
Fabiayyi aalaai rabbikumaa tukadzdzibaan ? 
”Maka ni`mat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?”
(QS Ar Rahman :13)




Wednesday, August 17, 2011

warm up :)

warm up dulu.. 
terlalu lama meninggalkan ruang ini, terlalu banyak kata yang sudah hampir tidak terluahkan..


berhenti dan lalu memerhati.. lama.. 
baiklah 'publish post' sahaja entry ini, tak perlu difikir lagi.. semoga ini benar-benar akan mengembalikan saya ke sini lagi, menaip seperti suatu waktu dahulu :)