Wednesday, April 29, 2009

time-warp

'kak, last paper bila'
'paper kaunseling nanti' ... 'bila habis?'
'7hb.. lepas tu terus nak pergi praktikum'
'sekolah mana?'
'sekolah teknik (area selangor)'
'okey la tu, rumah nya dapat dah?'
'duduk rumah warden'
'senang la, tak payah fikir pasal kenderaan dah, kan'
'hurm.. kak, banyak guna duit tak akak dulu'
'banyak gak la... alah nanti rasa la macam mana'

*dialog lebih kurang antara aku dengan junior third year blok aku*
kat blok aku ada dua orang third year sama fakulti dengan aku, sorang ni memang rajin menanya, sorang lagi jarang-jarang except bila nak pinjam buku :D

and the dialog remind me of last year, 2008
[ini entry separa sentimental]
Dengan oldies songs kat telinga, aku cuba kembali ke setahun yang lepas.. time-warp

_________________________________________________


Kami berpraktikal dalam semester tiga, tahun tiga. Habis praktikal, kami akan sambung study lagi setahun, untuk cukupkan empat tahun.

Last year was my time. Aku dapat sekolah sukan di negeri 33. Kami semua enam orang, ramai tak ramai la (3 pendidikan sains, 3 lagi pendidikan Islam dan al-Quran). Ramai gak yang jealous sebabnya yang budak sains bertiga ni memang dah kenal and agak rapat kat sini, heh (mana nak tau dapat sama, kitorang tak plan pun except aku ngan sorang membe tu je).


Sekolah ni tak semua student duduk asrama. Asrama dikhaskan untuk budak-budak sukan dan yang rumah agak jauh. Kami try minta rumah warden, tapi taktau la kenapa pengetua tu poyo sangat, susah nak bagi. So decide stay je la kat rumah sewa tu, agak jauh dari sekolah sebenarnya, and disebabkan tu tak banyak aktiviti yang boleh kami buat. Pagi-pagi pergi sekolah naik bas (kelakar pun ada rasanya, ye la zaman aku sekolah dulu mana pernah aku pergi sekolah naik bas.. haha :D)

Kat sekolah tu aku kena ajar subjek Matematik untuk form 2 and form 4. Aku tak dapat subjek Fizik, dah bagi kat member aku (kelas sains ada satu je), tak pe la.. Kelas-kelas yang aku dapat most of the students memang aktif dengan sukan: bola sepak, hoki, acara padang etc.



Mula dengan kelas form 2, kelas 2 Syukur. Kelas yang agak bermasalah untuk aku. Budak-budak ni memang majoriti macam tak berapa minat nak belajar, kesian dengan yang duduk depan and nak belajar. Ada sorang tak penah masuk kelas aku, sampai aku kena mengadu dengan guru pembimbing aku (actually taknak mengadu, tapi terpaksa).
Ada yang sedap tidur. And banyaknya badan dalam kelas, tapi fikiran dah melayang ke mana-mana.

Kelas ni agak ramai (which aku agak tidak berkenaan la). Girls ada satu baris, boys pula tiga baris. Kalau takde cikgu, memang kelas tu macam pasar, dah la duduk dekat hujung bangunan plak tu. Tapi bila aku masuk, suara aku boleh lawan semua, haha gila kuat tak kuat la.

Kelas ni kalau aku ajar dalam bahasa Inggeris, memang berabuk la aku cakap sorang-sorang. Penat pun ada, susah nak ajar. Last-last aku kurangkan sesi mengajar, bagi soalan kat diorang. Mula-mula explain, lepas tu bagi soalan aku guide. Tak semua juga yang ikut, tapi better la dari awal-awal tu.

Macam-macam cerita dalam kelas ni sebenarnya. Ada yang 'cikgu, kalau kami panggil cikgu kakak boleh tak?' aku buat taktau je. Ada sekali tu 'madam, soalan ni macam mana ye?' 'oi cikgu muda lagi la, ada plak madam' kawan sebelah tegur 'eh sorry-sorry, tadi kelas BI dengan madam' aku senyum je, macam-macam.

Girls diorang tak banyak masalah sangat, tapi agak manja (biasa la budak perempuan). 'cikgu, dia ambil pen saya', 'cikgu, tengok ni'. Sudah form 2 pun still nak mengadu :D


cikgu mereka sudah tenggelam.. time ni ada yang dah balik, aku lambat naik atas


Form 4 pula, kelas 4 Hidayah. Kelas yang panas, sebab kipas depan tak boleh berfungsi, dah la tu lampu kena pasang sampai tengahari, kelas ni gelap. Diorang tak ramai, so senang sikit bagi aku, lagipun diorang dah besar. Tapi besar-besar pun, tetap ada yang manja (nama pun bawah umur lagi :p).

Masa mula-mula masuk kelas ni, aku tersalah volume (terbawa volume kelas form 2), sampai dengar suara 'kuatnya suara cikgu ni'. Aku slow kan sikit, sikit je la pun :p.

Dengan diorang kena ada aktiviti berkumpulan, kalau ajar-ajar-ajar diorang melangut je. Seronok tengok diorang lumba-lumba nak siapkan soalan and tampal kat depan cepat-cepat. Time aku suruh explain, semua diam, cheit :p


ada membe kata, bila aku berdiri berdua dengan boys, dah gaya pakwe aku, haha :p


Minggu terakhir kat sana, agak sayu dan syahdu, but in the same time seronok juga, boleh lepas dari diorang, haha :p. Minggu terakhir tu juga aku jadi drama queen, aku buat kes, heh ingat students je bole buat kes? Okey tutup fail itu, hopefully takde yang gatal mulut mahu sebut, haha tapi best weyh :D

Minggu terakhir tu kami buat jamuan sikit kat rumah sewa. Ajak students semua, ramai la juga. Kami kan berenam, ada yang ajar form 1, 2 and 4. Tapi yang duduk asrama tak dapat nak join (sedih la juga sebab budak kelas aku ramai duduk asrama). Jiran sebelah pun kami ajak sama sebab banyak barang yang kami pinjam.
pssst nak tau, jiran sebelah tu ada anak muda, ensem :p dia bawa van hantar nurse-nurse pelatih ke hospital. Ouwh dekat situ ada hospital besar.

We were having so much fun that night. Seronok tengok budak-budak ni. Ada yang tegur aku 'banyak nya cikgu makan' saya memang kuat makan dan malam tu aku adalah super lapar (penat kot dengan kerja siang tuh). Ada gak yang cakap 'cikgu ni bising gak eh' itu la diorang tak kenal aku :D


gaya majlis tahlil pun ada :D



Then month after that (aku dah balik kampus), ada student bagitau diorang nak datang KL. Diorang ada match untuk hoki. Aku on je la, pergi sana.

Tapi aku terlambat sebab aku sesat, heh :p Diorang kata 'cikgu lambat, kalau tak mesti kami menang' Ye ye je la (diorang dapat hadiah, tapi aku lupa untuk apa)..

Aku tunggu sampai diorang balik, dapat la jumpa semula dengan cikgu-cikgu sekolah tu, sembang-sembang sikit.


ada budak suruh aku main sekali time tu :D


Tahun ni diorang dah naik form 3 and form 5. Hopefully they are doing well for the big exams. (sebaya dengan adik-adik aku)


Actually banyak lagi kenangan kat sana, banyak sangat-sangat. Paling cuak bila lecturer called nak datang, kena observed. Tapi Alhamdulillah, semuanya okey :D

Dah lepas pun..

ella (PI form 2, 4).. iema (fizik f4, sc f1).. kakzu (PI form 1, 2)..
jiela (kimia f4, sc f2).. dayah (PI form4).. azie (math form2,4)..

housemates yang best, diorang sangat la rajin (ouwh aku tumpang sama :p)







*** punya la banyak gambar kat sana
memang betul-betul berchenta dengan diorang
dream.. dream, dream, dream
(listen to everly brothers.. gila tak oldies :D)


Tuesday, April 28, 2009

antara orang seni


Aku buka dengan satu soalan 'antara orang seni layar kaca dan orang seni beralas kertas, mana kamu pilih?'
owh okey jawapan ditambah, 'orang seni berteman papan kekunci' juga :D

Mana pun pilihan jawapan, tidak aku kisahkan, saja je nak buka entry macam ni, ehehe

(you choose, your choice :D)


Hari Ahad (26 April 2009), pagi tu aku ambil paper 'Medan Elektromagnet' yang sedikit sebanyak buat aku cramp (ok tipu :p)
Habis paper tu memang cadang nak balik rumah je, tapi fikir-fikir balik kalau balik rumah at least kena bawa barang juga, tapi barang aku tak berkemas. So cancelled, balik kolej.


Eh mana kaitan pula dengan gambar
entry tu?

Owh okey, sambung cerita. Aku pergi sana lagi sekali (since tak jadi balik rumah) hari tu kan dah pergi? Yang ini hari terakhir. Having fun with books (gila aku weyh), pusing-pusing macam taknak balik :D
Gambar dengan A.Samad Said adalah di booth
ITNM (Institut Terjemahan Negara Malaysia).

kalau rasa tak kenal siapa mereka, sila search sendiri eh

Petang tu beliau lancarkan novel-novel Islami keluaran PTS Publications, contoh 'Salju Sakinah' tulisan Zaid Akhtar (aku tak pernah baca, tapi orang kata best.. nanti la kot.. zaman sekolah dulu pernah la baca 'Sesegar Nailofar'). Lepas pelancaran tu, ada deklamasi puisi (aku tak dengar pun, sambung pusing-pusing).

Then bila turun semula, dengar suara yang sangat lancar berbicara. Cowok dari Indonesia.
Aku terberhenti kat tepi stage, dengar beliau bertutur. Laju dan penuh yakin (memang laju bangat :D). Namanya Tere-Liye, penulis untuk novel-novel 'Hafalan Solat Delisa', 'Moga Bonda disayang Allah' dan 'Bidadari-bidadari Syurga'.
Ada sama Taufiqurrahman Al-Azizy (juga dari Indonesia).


Tere-Liye with the words 'semoga bermanfaat'

Aku ambil satu buku beliau. Nanti dah habis baca, aku reviewkan (sedang baca buku lain).



Yang kat bawah ni pula, ada lah sorang tu pesan. Okey I tak buka pun plastik tu.


love's expired date :D

Eyh you dah gaji, kan? So I up kan la harga novel ni eh, eheh. (Nanti aku jumpa ko, aku bagi ar.. tau ar cane :p)






*** I wish.. lepas-lepas ni
PTS Publications akan bawa Andrea Hirata
and Jemari Seni Publishing dengan Hlovate
Ameen Publishing lagi dengan Faisal Tehrani
(sekadar beberapa nama)
I wish..

warm-up and think

Lama tak melayan benda ni rasanya..
Aku adalah.. agak tidak suka untuk menjawab soalan :p
(sebab ada orang kata aku tak faham soalan, dan selalu tak menepati piawaian skema jawapan.. oh whatever, as long as ia bukan soalan peperiksaan, it's ok right? :D)


Yang ini dipertanggungjawabkan oleh cik adik manis
, najia



Soalan utk memanaskan badan dulu

1. Anda lebih suka karipap sardin atau karipap kentang?
Both.. er aku telan saja (mungkin taktau beza pun.. ok tipu :p)


2. Anda lebih suka air kelapa atau air tebu?
Both juga :p (tapi air kosong lagi senang nak cari)


3. Apakah pandangan anda mengenai isu jerawat tumbuh selepas makan kacang?
Kat buku tulis itu adalah mitos, haha entah.. (tak makan kacang pun ada gak.. it's something to do with the hormones..
kot)


4. Anda plg tertarik dgn lelaki/perempuan yg macamne?
Asalkan dia lelaki, haha :p (kutub berlainan pada magnet mestilah akan tertarik.. if not, check it)



5. Apakah perkara wajib yang anda buat sebelum tidur?
Fikir 'macam mana aku nak lelap cepat-cepat ni'



eisy mahu tulis ape ni? pinjam dari sini


Soalan yg memerlukan anda berfikir dgn mendalam


1.Andaikan ada org mghina keluarga anda.Apakah yg akan anda buat?
'Ya Allah ya Tuhanku..' pray to him.. fire shouldn't be paid by fire


2. Adakah anda akan tolong kwn anda yg dlm kesusahan walaupun dia pernah khianati anda?
'Let me think first.. again and again' (berfikir sampai tak sempat nak tolong.. uh gila lama kau nak fikir)


4. Adakah anda akan pilih org yg anda cintai atau org yg anda sayangi sbgai pasangan hidup anda?
Cinta dan sayang.. eh aku belum khatam bab ini, jadi belum boleh decide, heh :D


5. Apakah yg buat anda bersemangat utk hidup smpai skrg?
Mencari diri, so and so.. banyak la dalam list


6. Andaikan masa dapat diputar balik,apakah yg ingin anda betulkan?
My SPM results, maybe.. (but there's no turning back right? jadi bersyukur saja dengan kehidupan sekarang :D)


7. Adakah anda akan give up jika perkara yg anda lakukan asyik gagal?
Kau tahu pasal Alexander Graham Bell? so siapalah aku untuk dicomparekan dengan dia (sila paham-paham sendiri, ahaha)


8. Andaikan kawan anda menghidap penyakit berjangkit,adakah anda masih akan berkawan dgn dia?
Make sure aku takkan terjangkit (eh.. bole ke :p)


9. Sesetengah org mengatakan budak-budak amatlah menyusahkan.Apa pandangan anda?
Budak-budak adalah best.. uh i really admire them, because it is the time for them to know the world, explore it and learn



Okeyh ini saja.. Thanx untuk najia yang cumeyl.. And sorry kalau jawapan takde dalam skema, haha..
Takde suruh tag orang lain, so aku tak buat lar (menurut perintah, huhu)

p/s: pagi esok ada cerita (InsyaAllah..) berkaitan gambar entry sebelum ini :D






*** my campus life akan tamat
by next week

uwh sungguh tidak ku sangka
cepat sungguh masa berlalu
(terperasan masa sembang2 dengan mak)


Monday, April 27, 2009

pertapaan tamat


Tajuk adalah tipu. Sejak bila pula aku bertapa? Haha kunun la aku ni :p

Okey paper kedua sudah lepas. Boleh simpan kalkulator sekarang. Boleh lupakan kira-kira berkenaan buat masa ini. Boleh buat-buat lupa tentang kecapahan, keikalan, Laplacean, tenaga upaya, elektromagnet, eletrik, bil elektrik.
Eh aku masih belum ada kaitan dengan bil-bil, jadi buat taktau sudah :D

Paper kedua adalah s***.. what to do? Hopefully markah latihan and midsem-test itu hari boleh membantu. Lepas ni ada dua paper lagi, tapi tak risau sangat la.. paper bahasa arab and kaunseling. Then boleh hurey horeyh di rumah (oit gi cari keje la azie :D)


Untuk entry kali ni rasa macam malas mahu taip panjang-panjang (tapi rasa intro sudah agak sederhana panjang, uwh biarkan aku :p)
Aku nak buat entry ala-ala warming up je dulu...

Aku terjumpa (ter?) gambar dulu-dulu. Zaman kanak-kanak ribena :D Ouwh saya rindu zaman itu lor...
Then aku letak dengan gambar baru, sebelah-sebelah. Puas aku belek, mana yang beza? Pipi still bulat lagi, mata tak besar gak, hidung pun tak berubah saiz gak.. Mana yang beza eh, ada orang kata aku lain.. Eisy konfius lor

Kiri : masa form five, ambil gambar khas untuk majalah sekolah :p
Kanan : bulan lepas, ini pula khas untuk konvo nanti :p




Aku agak tidak suka untuk ambil gambar saiz pasport sebenarnya. Sebab setiap kali nak ambil gambar, mesti nya 'kepala ke kanan sikit'. Bila aku dah ke kanan 'kiri sikit'.. adoit tak center rupanya kepala aku ni. And bila jadi macam tu, geram je aku nak cakap 'sengetkan la kamera tuh' hahah :p

Tapi gamba kat atas tu, aku agak suka. Tak tau la budak kamera tu dah buat apa, jadi sangat licin, cerah macam iklan fair&lovely, haha :D
(Okey seperti biasa, jangan percaya pada gambar)


Sekarang boleh compare kan dengan yang kat bawah pula. Adakah ini sebelum memakai fair&lovely?


tudung hitam selalu buat aku rasa muka aku pelik..
Nanti aku ceritakan ini di mana. Sangat la baik keluar pakai baju kurung :p


Okey, ini dulu.. mata sudah rasa pejam celik..
p/s: kalau kamu nampak apa yang beza, let me know eh
p/p/s: takyah nak buat pelik tengok muka aku kat sini, sebelum ni pun ada banyak da :p






segala yang dihasrat
tapi tak dapat
adalah nikmat
yang paling padat
-a. samad said
(nikmat, 1973)

Friday, April 24, 2009

might be hard days

It might be hard days for me, as I'm struggling for something which is important..
So i leave you these.. :D

jangan percaya.. aku bukan suka bunga pun :p (owh tidak clear.. salah size lor :D)



Found this words in my book dated '15 August 2006'


A mountain is always waiting for another man who dares to conquer it
and the highest of mountains cannot be higher than
a man who has topped it..

A goal is always waiting for another man to accomplish it
and the greatest of goals cannot be greater than
a man who has achieved it..

A goal can never be bigger than its achiever and
can never be too big for a man as not to be
able for him to attain it..

In truth whatever goal in life you want to achieve, or,
however big it may appear to you: it is never
bigger than life for you. so why fear to take it?

But if you have fear then achieve the courage and also conquer it...


Your life, you choose, your choice.. Make it blossom or dull.. It's yours.. To choose





***mak kata, opah nak datang rumah
lama rasa nya tak menyakat opah (cucu bertuah :p)
aku jawab, nak balik la kalau macam tu
tapi mak jawab, balik sekali je la nanti.. bila dah habis
aku jawab, boleh la.. orang periksa ahad, pastu khamis.. orang balik isnin eh
mak tanya, kelas takde ke.. balik sekali je la nanti
aku jawab, kelas dah habis, orang tengah periksa je
mak taktau dah nak jawab apa.. last2.. ikut kamu la, nak balik bagitau..
aku gelak2 kecil, okey... nanti nak suh nua tunggu. orang bukan ingat jalan lagi
plus nanti mak gi keje, opah duk umah sorang2.. sian la kat opah, huhu

** sudah besar baru dapat manja2 dengan mak.. so korang jangan jeles.. bluwek :p


Thursday, April 23, 2009

first paper :D


Exam
sudah mula. My first paper was 'Quantum Mechanics'. Or simply said 'Mekanik Kuantum' atau bahasa standard seorang kawan 'Mekanik Ku hentam' :p

Paper
tu ada lima soalan subjektif (ada la anak-anaknya) and kena jawab dalam masa tiga jam.



thanx : here

Subjek ni kami belajar dalam bahasa inggeris, and ada words dalam paper tu yang suka-suka hati aku translate kan:

'recursion formula'
Apakah itu recursion?
Adeyh mana nak cari kamus plak dalam exam hall ni?
Kita main taram dengan root word dia aci tak? curse..
heheh kau nak suruh aku sumpah apa? Mahu dikutukkan soalan ini?
owho mana aku tau nak kutuk-kutuk maki-maki neh (kunun :p)


'truncated power series'
Nampak perkataan truncated, terus terbayang terencat.
Ape kes plak tanya pasal penyakit terencat?
Ni kan paper fizik, bukan budak bio punya soalan :p

Berfikir selaku pelajar fizik, 'siri kuasa terencat'.. heh macam best plak bunyi nye


Inilah dia nya kalau tak prepare betul-betul. Lain ditanya, lain yang kau faham. Tapi tu just fahaman kepala biol aku untuk beberapa minit pertama. Bila baca semula, ia nak terbitkan formula dari yang dah sedia ada, lebih kurang macam tu la. Tapi ni kan 'Mekanik Ku hentam', ahaha :D


And lagi satu yang agak menyampah 'estimate uncertainty'. Bukan tak faham, tapi lupa.. Benda ni banyak kira masa eksperimen-eksperimen dulu (mana la aku ingat da, cheit :p)


p/s: kalau kamu nak tahu, cari sendiri eh :p
(student-centered punya approach, haha)






** cepat la habis..
aku da tak larat duduk sini

Wednesday, April 22, 2009

ambil pensil.. ambil kertas..


First of all,
nak say thanx dulu untuk kamu-kamu semua. Kamu-kamu istimewa bagi aku (ini adalah rasa yang aku rasa).
Tanpa kamu, mungkin aku tidak akan mengetuk lagi di papan kekunci usang ini. Aku senang berbicara di sini, rant anything I want. Biarlah apa pun, aku senang di sini, walau kamu hanyalah orang asing bagi aku.


'there're times when strangers are like friends, and friends are like strangers'
(pinjam ayat ini dari Hlovate, tapi dia guna family bukan friends)


Dan aku telah tuliskan ini, mungkin untuk diri sendiri. Tapi aku mahu kongsikan dengan kamu :D



Kalau Kau Tak Mahu Caci Benci Dunia

I

Kalau kau tak mahu caci benci dunia...
Sorokkan wajahmu
Dari pandangan manusia

Kalau kau tak mahu caci benci dunia...
Larikan dirimu
Ke satu gua terdalam

Kalau kau tak mahu caci benci dunia...
Terbang tinggi
Jangan pernah pulang
Ke planet terjauh

Di mana kau takkan jumpa
makhluk bernama manusia...


II

Tapi..
Adakah mampu untuk kau menutup wajah?
Sedangkan itu yang dipandang dahulu
Walau hanya sepasang mata di sebalik niqab

Tapi..
Adakah makhluk gua tak akan mencacimu?
Mereka juga sama, walau dalam bahasa mereka
Kau tetap dipandang

Tapi..
Adakah kau pasti?
Manusia tidak akan mengejimu
Membawa diri ke planet terjauh
Bukanlah pilihan yang bijak


III

Kalau kau tak mahu caci benci dunia..
Teruslah tabah untuk merentas
Teruslah tegak untuk meredah
Teruslah mara menuju jalan depan

Kau takkan dapat lari
dari caci benci itu
Kerana dunia perlukan kau
Seperti mana kau perlukan caci benci
Untuk kau bergerak
Walau dengan sepasang kaki
Bersendiri....

(azieshakespeare.. 22 Apr '09.. 2.22 pm)



mulanya aku tulis 'caci maki dunia' tapi ada rasa tak sesuai


Aku tulis untaian kata ini (aku tidak rasa ini puisi) sebelum aku keluar dari bilik, untuk jawab my first exam paper. Ambil pensil, tarik buku kecil, terus laju menulis.. Just flow.. Tak rancang pun, tengok-tengok dah tiga muka aku tulis (wakil dengan nombor I, II dan III itu).

Kadang-kadang memang aku rasa aku salah bidang, entah kenapa aku minat benda-benda macam ni. Membina ayat-ayat yang kadang-kadang orang tak faham. Yang ini aku kira agak straight forward, agak mudah untuk difahami :D Walau mungkin akan ada bahagian yang mana interpretasi kamu berbeda dengan niat asal penulisan aku.


Nanti aku ceritakan tentang first paper itu pula. Sangat sangat la blur, eheh :p
Untuk cerita 'perasaan yang membungkam' itu, tengok la.. Kalau aku rasa nak cerita, aku cerita kan.. Kalau tak, biarlah ada di satu sudut lain :D


p/s: sorry... kesian kamu-kamu... kena baca cerita hati yang tak seronok
2 p/s: nanti aku singgah-singgah di blog kamu eh, mungkin pagi esok.. malam ni ada hal lain yang perlu ditumpukan.. sorry..






*** From a distance
You look like my friend

Even though we are at war

(from a distance - Bette Midler)



rasa.. (bukan tajuk majalah :p)


ini adalah tentang 'rasa' ... atau kamu kata sebagai 'it's all about feelings'



bukan rasa yang inilah :p


Aku tulis tentang segala rasa yang aku punya
Aku manusia biasa, tiada apa yang berbeza

Aku ada rasa gembira, aku ada rasa duka, aku juga ada rasa tidak puas


Namun rasa-rasa itu seakan membunuh aku di dalam senyap


Aku khabarkan pada seorang teman

Jawabnya 'it's ok, at least orang tahu apa yang ko rasa.. nak tunggu ko cakap, confirm ko takkan cakap kan?'

Jawapan teman itu memang benar

Aku bukan pelontar kata-kata yang baik
, bukan penutur bicara yang sempurna
Aku hanya mampu mengetuk papan kekunci sesuka hati

Tapi ketukan-ketukan itu membawa aku pada satu rasa yang lain

Rasa serba salah, rasa yang dibunuh dengan perasaan sendiri



Aku mati dengan rasa

Kuburkan...

Mudah jawapan nya, tak perlu terlalu memikir




Bila kita tulis tentang hati, ada orang kata kita patah hati
Bila kita tulis tentang sengsara, orang kata kita gila
Bila kita tulis tentang gembira, orang kata kita lupa dunia
Lalu apa yang perlu ditulis?
Ajarkan aku.. kerana aku tidak tahu apa yang patut ditulis
Ajarkan aku.. Ajarkan aku.. Ajarkan aku..







** aku juga punya 'state of denial' yang tinggi
jadi aku akan khabarkan bahawa aku seorang 'self-centered'
melihat segala nya hanya pada sudut pandangan seorang aku
arghh bunuh lah aku.. kuburkan aku seadanya
taburkan dengan bung-bunga mewangi..
kirimkan doa setulus hati.. ini sahaja yang aku harapkan

'What would u say to me if i sold my soul, to the devil.. would u knelt to me and deny, urself the effection...'

still 'STOLEN - Butterfingers'


Tuesday, April 21, 2009

lagu keras, buku dan siapa?


Semalam, dari aku balik langsung tak boleh nak online. Aku pun tatau pasai pa (pakai loghat utagha jap). Semua tak boleh masuk, except JARING Portal (apa yang boleh buat kat situ, cheit). Geram.. geram.. geram..

Then, kononnya study la, last2 aku ngadap novel (cheit untuk diri sendiri, haha :p).

Pagi tadi, sama gak. Tak boleh nak masuk lagi. Tak boleh jadi ni, dari semalam aku godek, apa masalah ni? (tak puas hati). Tanya member, dia kata okey je.. haisy lagi mau marah (aku ada benda penting nak cari arh). Godek godek lagi.. Tak bole gak.

Fed up.

Tiba-tiba dalam fed up tu, terasa nak dengar lagu keras. Ouwh lagu keras, di mana kamu? Di mana Metallica, Korn, Cromok.. Mana, mana?

Backstreetboys, Westlife, All for One. Hah? Apa ni? Lagu keras aku mana? Sapa buang? adoit lar.. Ke aku yang buang? Bila masa plak aku buang? adoit lar lagik.. Sudah tiada dalam folder. Bila aku buang? Fikir secara rawak, maybe masa tak nak kantoi dulu, urghh!

MCR ada lagi. Bole la ni, dari takde langsung, emo pun emo lar, haha 'The Ghost of You'. Butterfingers pun ada lagi, heheh 'The Chemistry', 'Ruin by Selling Out', Garden City of Light'.

Tiba-tiba masuk piano sounds 'i don't love you... sometimes i cry so hard for pleading, so sick and tired of all the needless beating...' Haisy bole aku ternyanyi, MCR tak nyanyi, aku yang nyanyi.

Masuk Nickelback plak. 'If everyone cared and nobody cried.. If everyone loved and nobody lied...' lalala ~ habis. 'This is how u remind me of what i really am, and this is how u remind me of what i really am.. It's not like u to say sorry, i wasn't waitin for a different story...' Layankan lagi.

'What would u say to me if i sold my soul, to the devil.. would u knelt to me and deny, urself the effection...' heheh this one i like 'STOLEN - Butterfingers'


Okey enough dengan lagu2 itu. Tangan aku tak lepas dari mouse, and keyboard still atas riba, masih godek-godek apa yang patut. Dalam 2.30 p.m baru dapat 'on the line'. Entah apa aku buat pun aku taktau, aku maen click jek. Click Mozilla gorilla tu semula, dah boleh online. Hah apesal la dari semalam ko tak okey, gorilla btul arh :p.

Terus cari ini dan INI. Klik-klik lagi sampai ke akar umbi. Semua-semua sampai hydrogen atom, schrodinger semua. Uuuh I love to have this wi-fi, can click even in my pyjama, haha :D.

Itu laporan hari ini. Macam ada je yang nak ambil tau, blah ar :p

___________________________________________

Ini laporan semalam pula. Macam ada orang nak ambil tahu lagi, blah blah :D


Semalam, membawa diri (ye la sangat :p). Mencari ubat pelali untuk mengawal perasaan berkecamuk.
Eh aku tak amek sedative, okey. Aku tak telan panadol sepapan dengan coke lima botol. Itu adalah gila, banyak lagi cara nak tenangkan hati.
Okeyh aku ambil antihistamine, percaya lah (kalau ye pun tak pernah belajar bio, jangan ar naif sangat, tu kan ubat alergi..)


Penyakit aku, ubat nya sangat special. Ubat yang takkan pernah expired, dengan syarat kau jaga elok2 je.. ni kat bawah ni.


4 buah buku: hadamkan secara betul, simpan di bawah suhu bersesuaian ;p


Yarh semalam aku sudah ke sana, berlenggang-lenggok persis ___ (isikan sendiri, taktau nak guna perkataan apa, haha :p), berjalan tanpa tujuan pasti, tanpa tahu apa yang mahu diambil. Last last aku ambil 4 buku di atas, kalau ikut kan nak ambil lagi dan lagi.
Dari kanan eh

1. At-Takwa: Kuasa Menjana Kecemerlangan (Adeysham Nor)
2. Rooftop Rant (Hlovate)
3. 5 Tahun 5 Bulan (Hlovate)
4. Terima Kasih, Tuhan: Kelok-kelok Jalan Guru Cemerlang

No. 1, harga pasaran rm2+, tapi untuk KLIBF, jual rm10 only. Isi dalam dia macam bagus, so aku ambil la. Kalau nak, cari booth 'Kampung Melayu Melaka' macam tu la.
No. 2 dan 3 adalah novel dari penulis yang sama, aku suka penulisan dia (lain kali aku cerita). No. 3 tu dah lama pun publish, tapi tak pernah baca. And for sure ada diskaun gak(20% and 30%). Actually dah agak lama tak beli novel melayu (ye ke aku ni? ntah :p)
No. 4 untuk persediaan kot, haha :D Ambil kat Utusan Publishing (bukan ambil free, bayar ar)

Beli banyak2, padahal 'An Atomic Romance' ngan 'Green River Daydreams' yang hari tu pun tak habis lagi, haha :D


And malam plak, sambil aku ngadap 'Rooftop Rant', dapat mesej
'how's today?'
And aku simply answered
'pwtc'
And the messages went on, something like.... (sudah ada tapis2 untuk tuntuntan umum, haha :p)

'ko beli buku ape?'
'penulis nama Hlovate, pnah dengar'
'aku mana baca buku omputeh'
'malaysian la, bahasa campur2, sangat sempoi'

'tadi aku nampak penulis yang aku ikut dari dulu'
'shakespeare?'
'gila ko, yang tu dah mati'
'mana tau kot ko nampak roh dia ke'
'haha.. yang ni aku ikut dari zaman sekolah, dari cerpen 'kerana manisnya epal', dalam majalah fokus (pinjam kat ila tu), then cerita sambung2 dalam utusan 'tunggu teduh dulu' ni sume time sek dulu, the rest panjang lagi'
'samad said ke?'
'yang tu aku tak ikut, tapi ambil tau je.. ko tak pasan kot'
'FT ke? kalau tulis dalam majalah antara dia and hm tuah la. yang aku pasan ko memang suka baca sastera'
'aku ni macam salah bidang kan, gi amek fizik, haha.. btul la tu, FT.. aku pandang dari jauh je'
'tu makna nya otak ko balance.. aku agak dah mesti FT, tapi konfius ngan samad said. hm tuah ko baca?'
'balance apa, aku da macam benci je kira2 tuh.. baca gak.. aku ada sebeban buku dia, tapi dah bawa balik rumah semua'
'buku dia motivasi kan'
'yup, motivasi bercerita gitu la.. 'membina imaginasi cemerlang' 'nak ke tak nak' etc tapi tak dapat pengaruhi aku pun, haha'

'i missed someone la'
'A?'
'not, dia dah takde.. siyes memang dah takde.. ko kot'
'ye la tuh, ke ko rindu kat beego'
'beego pun bukan, no no'
'dah tu sape?'
'fahri'
'ko jangan ar ingat kan aku kat 'ayat-ayat cinta' tu.. orang baru ke?'
'orang lama la, fahri... tanpa ayat-ayat berkenaan, haha'


okeyh potong-potong semua.. penat dah aku taip panjang-panjang. Tak larat baca, takyah baca :D ni untuk simpanan masa depan aku jek.. and actually ayat kaler hijau sebenarnya lebih banyak dan panjang dari ayat kaler merah, tapi suda potong2 :p

p/s: seronok dapat sembang2 bila kita dapat kaitkan dengan apa yang kita suka..Untuk kawan aku itu, sad to hear that ko demam, tapi dah okey kan (eh takkan rindu aku, sampai demam kot, haha :p)







*** jangan pelik aku dengar lagu keras
bukan aku togok minuman keras
p/s: bukan selalu pun aku dengar
tak sempat bernanah pun telinga comey aku :p


'for a pessimist, i'm pretty optimist' (paramore) in the 'faculty of mind' (butterfingers)

Monday, April 20, 2009

i just want to... smile

Woke up early in the morning
With the dizziness and pain
Hurting inside..with no tears, no blood

But instead of all
I just want to smile
As i want the world smile back at me
-azieshakespeare :D


take it here







** kadang2 kau rasa kau tak punya siapa2
tapi kau sentiasa silap
kerana kau sentiasa ada Dia
pengaduan abadi..

** terima kasih kawan
walaupun kau tak mampu tenteram kan aku
(kerana banyak soal hati yang membuat aku kasehan)

dan hari ini aku hanya mahu tersenyum
biar pun ia sumbang di pandangan kamu
okey aku sedang senyum sekarang :D sila senyum bersama, haaa ketawa pun takpe



ekspresi orang sepi... tak perlu pengertian


aku .. sangat penat dan penuh lelah ..
dunia tidak menyebelahi aku ..
suara tersekat di kerongkong ..
lalu jari jemari mula menyusun rentak di keyboard usang ini ..

tolong.. aku hanya perlu ruang
satu ruang untuk aku meraung
satu ruang untuk aku berekspresi apa saja
satu ruang yang hanya aku pengemudi

tapi tiada ruang itu ..
TIADA

pasrah..
lelah dan penat kembali ..





Satu masa dulu, aku pernah punya blog. Blog yang penuh dengan rasa hati yang tidak pernah tenteram. Blog itu tersorok, tiada insan dunia nyata yang mengetahui. Aku terus berekspresi di situ. Sampai satu masa aku berhenti. Bukan kerana penat, tapi aku tak punya masa untuk ruang tersebut.

Dan masa ini, aku cuba untuk menulis kembali. Menulis segala apa yang aku lalui, segala apa yang ingin aku kongsikan. Rasa hati aku, senyum ketawa juga tangisan. Apa sahaja yang aku fikirkan.
Aku akui semua orang tidak sama dalam berfikir. Tapi kadangkala aku perlu nyatakan bahawa aku sebenarnya benci apabila apa yang ditaip disalah erti kan. Tolong.. aku bukan mahu perhatian, jauh sekali penghargaan. Aku juga tidak mengharapkan pengertian, aku hanya mahukan satu ruang untuk berekspresi dengan apa adanya aku.



Aku benci untuk menulis
bila segala rasa adalah penuh rasa serba salah
Aku benci untuk menulis
bila kegembiraan aku kau anggap air mata
Aku benci untuk menulis
bila bisikan aku kau angap teriakan dan lolongan
Aku benci untuk menulis
bila apa yang kau baca adalah tidak senada dengan apa yang aku nadakan
Aku benci untuk menulis
bahawa aku terlalu ingin untuk terus menulis



Aku mula dengan pengenalan diri yang samar. Aku sorokkan segala, dari dunia asing ini, juga dunia nyata di luar. Aku masih mahu menyorok, seperti satu masa dahulu. Tapi nyatanya aku tidak bisa dan tidak mungkin untuk menjadi watak lain. Aku hanya boleh menjadi diri sendiri.

Dan keterbukaan itu kadangkala menyesakkan aku sendiri. Serba salah.
Aku perlu mengajar diri dan hati untuk terus menerima apa jua yang dicampakkan pada aku. Dunia nyata dengan orang-orang yang sukar menerima aku.

Okey.. sila salah sangka lagi dan lagi dengan aku.. Kerana aku sangat celopar. Bila aku menulis di sini, aku tak mahukan ada rasa 'sorry for making u felt like that and that' dari siapa pun. Aku tak mahu ada rasa 'oh is it how u look at me?' Aku hanya mahu berekspresi di ruang kecil ini.



The space i've own, for only me that was nowhere to see.
The space i need to remind me back to my past.
The space for my person-in-my-future, to know me better.
The space for them to reminisce moments i was going through



p/s: sorry.. mood swing.. sedikit terganggu.. kerana keceluparan jari-jari menaip dan hati yang tidak mahu menapis apa yang patut ditaipkan.. really swing and really sorry ...
I need to say sorry to someone who've misunderstood me, and I've too.. We're contrarily different, that makes no sense to me, which i mean those differences were nothing for me.I didn't count it, though it makes me miserable right now, I am full of self-hatred.Blame me all the ways because i am really not a kind of assertive. I am one with feelings that can't be expected. You can see me laughing outside but i am in deep tears inside.And i hate it (saya ini sangat sensitif kan kawan?)










*** i've deleted a space i've own for almost five years
with a simple click, i've deleted it
it should be no heart feelings,(but i'm regretting it)
because the world i've own was nothing
Nothing.. Nothing.. Nothing.. Nothing.. Nothing..


don't tell me u know me when u know nothing about me

Itu sahaja yang ingin aku taipkan. Tak perlu panjang-panjang. Tak perlu huraian. Itu sahaja...




***entry terpendek aku publish

Sunday, April 19, 2009

berikan sedikit waktu :D


Lagu tepi aku telah ditukar kepada lagu ini, 'Membaca Gaya Wawasan'. Okeyh saja bagi feeling untuk terus membaca, tak kisah baca buku ke, baca surat khabar ke or even baca blog :D.
Ia juga salah satu cara untuk memotivasi diri sendiri. Satu yang penting membaca bukan hanya untuk menduduki peperiksaan semata-mata, ianya lebih daripada itu. It's a lifestyle of vision.


Lirik Membaca Gaya Wawasan

Gubahan: Kusham, Nada Studio
Lirik: SMDee, Canang Adcalls Sdn Bhd
Diterbitkan oleh: Canang Adcalls Sdn Bh

Awal suruhan ialah membaca
Menuntut ilmu disuruh budaya

Inilah teladan sepanjang masa
Gayakan hidup dengan membaca

Apalah nama andai tanpa ilmu
Apalah mahkota permatanya palsu

Tanpa membaca cacatlah minda
Tanpa ilmu ke manalah kita

Jika ilmu penuh di dada
Bila bergaya dengan membaca

Dunia sempit menjadi luas
Tempah kejayaan tiada terbatas

Negara yang kecil tinggi martabat
Kerana ilmu, negara berdaulat

Mari kawan kita membaca
Mari rakan, timba ilmu dengan membaca
Inilah perjuangan, sambutlah seruan
Jadikan Membaca Gaya Wawasan

Everybody!
Take a book and read
To gain knowledge, everyone has to read
Let's reach out, open up your mind
Let's make reading, a lifestyle of Wawasan

(lyric taken from: here)



i read all kind of books and i'm lovin' it :D

Peperiksaan akhir semakin hampir (the exams are just around the corner). Aku perlu semakin giat mambaca dan memahami. Yarh masih ada sudut-sudut yang masih kurang difahami. Ini adalah peperiksaan terakhir aku sebagai pelajar pra-siswazah, ada rasa tak sabar sebenarnya tapi gerun juga.

Sila jangan lupa tarikh-tarikh di bawah cik azie :D
22/04: Mekanik Kuantum 1
26/04: Medan Elektromagnet 1
30/04: Bahasa Arab Asas 1
06/05: Kemahiran Antaraperseorangan, Kaunseling dan Perundingan
Sains Kehidupan dalam Pendidikan (tiada peperiksaan akhir)

Hopefully, aku dapat lakukan yang terbaik. (Sangat risau untuk dua paper pertama itu).







** masih mengira waktu untuk ke PWTC
tak kira aku nak gak gi sana


pinjam dari sini

yarh aku akan ke sana
Yatta~
(pinjam perkataan Hiro Nakamura dalam series Heroes :D)



Saturday, April 18, 2009

till we meet again :D

i went home, for a while..
saying goodbye to those little angels, and for sure my sis too :D

yarh mereka telah terbang ke negeri timur malaysia itu
(bukan negeri pantai timur semenanjung, okey :p)
on saturday evening.. about 6.30 p.m

honestly said memang ada rasa sayu2 gitu
what i can do.. doakan keselamatan dan kesejahteraan mereka :)


faces that i will always miss.. mu'az and afza' *suffuse*

di KLIA.. ada mak, abang, adik, acik (my uncle) and family,
dan sepupu2 dari PJ dan Putrajaya
(with the little angels too, anak2 la maksud aku :D)

then menunggu la sambil borak2, lari2 (ini aktiviti kanak2 :p)
klik2.. flash dari dua kamera.. aku nye kamera tertinggal dalam kereta, cheit

bila dah sampai masa, tears here and there.. aku? tahan sedaya upaya la :p
and yang paling syahdu, semestinya mak
ye la, budak2 tu pun sebelum ni memang dengan mak
dari diorang lahir, ada mak
lagi2 bila abang ipar tukar ke sana, kakak duduk rumah dengan mak
(time tu kakak belum dapat tukar lagi.. so dia pergi kerja berulang dari rumah, abang hantar and abah ambil)
budak2 tu dah pergi kedai dengan mak, bising2 time mak sidai kain kat luar
mengacau mak masak kat dapur

dengan aku? ada lah, bila aku balik rumah
cari aiskrim kat kedai dengan budak kecik tu
main kat taman, bawak dua2 sekali
menyibuk time aku baca buku
those memeories.. yang pasti nya akan jadi memori
sampai satu masa.. akan bertemu lagi :D


gambar tahun bila ntah.. adik pun tak berjalan lagi :D
kakak aku memang cumeyl :D ...dan sila abaikan muka monyok itu :p



then dari KLIA, abang hantar balik kampus
dalam kereta, macam2 suara abang and mak.. aku and adik kat belakang diam jek
mak kata, abang ipar aku tu maybe boleh tukar ke sini semula kalau dinaikkan pangkat
abang jawab 'tepon najib, minta naikkan pangkat dia'
haha suka hati abang aku tuh.. sebenarnya dia pun macam tak boleh lepas gak *suffuse again*

dan perjalanan ke kampus tadi rasa macam pelik
rasa kosong
sebab biasa nya ada budak kecik dalam kereta
tapi tadi takde...


okey.. aku rasa perlu stop sekarang.. tak bole taip lagi
before the suffusion become tears..







*** i have to say sorry to my dear friend
i knew that she is extremely happy right now
but i can't put the same feelings
aku tersangat mengahampiri 'full of tears right now
i am.. self-centered me.. i am sorry
i am happy to know that she is happy
but i do hope that she understood