Monday, April 20, 2009

ekspresi orang sepi... tak perlu pengertian


aku .. sangat penat dan penuh lelah ..
dunia tidak menyebelahi aku ..
suara tersekat di kerongkong ..
lalu jari jemari mula menyusun rentak di keyboard usang ini ..

tolong.. aku hanya perlu ruang
satu ruang untuk aku meraung
satu ruang untuk aku berekspresi apa saja
satu ruang yang hanya aku pengemudi

tapi tiada ruang itu ..
TIADA

pasrah..
lelah dan penat kembali ..





Satu masa dulu, aku pernah punya blog. Blog yang penuh dengan rasa hati yang tidak pernah tenteram. Blog itu tersorok, tiada insan dunia nyata yang mengetahui. Aku terus berekspresi di situ. Sampai satu masa aku berhenti. Bukan kerana penat, tapi aku tak punya masa untuk ruang tersebut.

Dan masa ini, aku cuba untuk menulis kembali. Menulis segala apa yang aku lalui, segala apa yang ingin aku kongsikan. Rasa hati aku, senyum ketawa juga tangisan. Apa sahaja yang aku fikirkan.
Aku akui semua orang tidak sama dalam berfikir. Tapi kadangkala aku perlu nyatakan bahawa aku sebenarnya benci apabila apa yang ditaip disalah erti kan. Tolong.. aku bukan mahu perhatian, jauh sekali penghargaan. Aku juga tidak mengharapkan pengertian, aku hanya mahukan satu ruang untuk berekspresi dengan apa adanya aku.



Aku benci untuk menulis
bila segala rasa adalah penuh rasa serba salah
Aku benci untuk menulis
bila kegembiraan aku kau anggap air mata
Aku benci untuk menulis
bila bisikan aku kau angap teriakan dan lolongan
Aku benci untuk menulis
bila apa yang kau baca adalah tidak senada dengan apa yang aku nadakan
Aku benci untuk menulis
bahawa aku terlalu ingin untuk terus menulis



Aku mula dengan pengenalan diri yang samar. Aku sorokkan segala, dari dunia asing ini, juga dunia nyata di luar. Aku masih mahu menyorok, seperti satu masa dahulu. Tapi nyatanya aku tidak bisa dan tidak mungkin untuk menjadi watak lain. Aku hanya boleh menjadi diri sendiri.

Dan keterbukaan itu kadangkala menyesakkan aku sendiri. Serba salah.
Aku perlu mengajar diri dan hati untuk terus menerima apa jua yang dicampakkan pada aku. Dunia nyata dengan orang-orang yang sukar menerima aku.

Okey.. sila salah sangka lagi dan lagi dengan aku.. Kerana aku sangat celopar. Bila aku menulis di sini, aku tak mahukan ada rasa 'sorry for making u felt like that and that' dari siapa pun. Aku tak mahu ada rasa 'oh is it how u look at me?' Aku hanya mahu berekspresi di ruang kecil ini.



The space i've own, for only me that was nowhere to see.
The space i need to remind me back to my past.
The space for my person-in-my-future, to know me better.
The space for them to reminisce moments i was going through



p/s: sorry.. mood swing.. sedikit terganggu.. kerana keceluparan jari-jari menaip dan hati yang tidak mahu menapis apa yang patut ditaipkan.. really swing and really sorry ...
I need to say sorry to someone who've misunderstood me, and I've too.. We're contrarily different, that makes no sense to me, which i mean those differences were nothing for me.I didn't count it, though it makes me miserable right now, I am full of self-hatred.Blame me all the ways because i am really not a kind of assertive. I am one with feelings that can't be expected. You can see me laughing outside but i am in deep tears inside.And i hate it (saya ini sangat sensitif kan kawan?)










*** i've deleted a space i've own for almost five years
with a simple click, i've deleted it
it should be no heart feelings,(but i'm regretting it)
because the world i've own was nothing
Nothing.. Nothing.. Nothing.. Nothing.. Nothing..