Showing posts with label sharing=caring. Show all posts
Showing posts with label sharing=caring. Show all posts

Monday, August 05, 2013

least that we can do #findaisyah

Bismillahirraahmanirrahim... 

ini hanya usaha kecil saya, please.. the missing little girl adalah one of my colleague's daughter.. 
wan aisyah, was reported missing at jusco rawang

please, if u care enough, doakan keselamatannya.. share dan look around u, mana lah tahu ternampak the suspect somewhere, anywhere.. 


dan perkara paling penting, tolong jangan mereka + menambah cerita.. 
kepada yang tertanya, maklumat suspek diketahui dari no.pendaftaran kereta nya



*** semoga doa dan usaha semua 
di penghujung ramadhan ini 
membawa berita gembira 
k.bakyah, terus kuat dan tabah 

Saturday, June 01, 2013

radiasi, mutasi, terbasi

hello june!
haish.. angin-angin kalut mula bertiup.. yup, aku dah mula dapat rasa kekalutan itu, tapi cuba sedaya upaya bertenang ni
rilex rilex.. cuti ada lagi seminggu ni, lepas ni akan bermulalah kehidupan huru-hara

lupakan sekejap..

ok, mahu cerita ni.. selama bekerja, saya selalu terlupa yang saya ini cikgu sains
sebab setiap hari pergi sekolah pakai tshirt, masuk lab sekali tak sekala, tak suka buat eksperimen, dan saya selalu keluar dari sekolah atas dasar sukan/bermain, heh
now tell me, how cant i forgot that imma science teacher :p

weeks before holiday tu lah yang membuat saya perasan yang saya ini ajar subjek sains, specifically physics :) dapat a letter untuk 'perkhemahan nuklear'
satu sekolah akan hantar 3 upper form students dan seorang guru sains, saya lah tu eceh :p

awal cuti tuari (26-28 mei), kami pun pergi, oh best!
kalau tahun sebelum ni, bila keluar bermalam mesti nak kena berlari-lari atau tengok orang berlari, then malam tidur ber'air-cond' dalam hotel
kali ni duduk dalam khemah berpanas, then bila pagi kesejukan :)

tapi part best bila jadi cikgu ni, kau tak perlulah nak sibuk-sibuk berkalut chase the time pun, rilex je observe the students
dan part yang agak best is i 'suspected' that imma the youngest teacher masa tu, so saya lah yang blur, saya lah yang clueless dan saya lah yang sering ditanya 'student ke cikgu?' heh

ok mari lah kita bergambar...

tempat camping was at hutan lipur, agensi nuklear malaysia, bangi (dekat je dengan rumah)
atas ni gambar blok 11 iaitu tempat pendaftaran, dan aktiviti-aktiviti yang melibatkan dewan dan diambil dari camp-site

ini camp-site kita, tapak khemah students adalah di atas hutan sana.. i'll say it's a good place for outdoor activities..


 aktiviti pertama petang itu ialah memasang khemah, the fasi tunjukkan demo on how to do it first
then students naik atas pasang khemah diorang, dan cikgu-cikgu pula pasang kat bawah

so, inilah tempat tidur saya, shared with akak from kuantan and terengganu. jiran sebelah pula dari kelantan and lagi sorang lupa pula saya.. so pantai timur lah i :p

 dan malamnya pula, adalah aktiviti di atas ini.. tapi sambung next entry lah.. sebab ak tunggu upload the gambars adalah sangat lama, i sudah mahu tidur lah, huu...

till then.. :)


Sunday, December 23, 2012

newton's theory

source : tumblr

just another random pitcha :)
can i say it's a 'pre-reading' before the school is open, hahha (oh well i'm going to teach physics again next year, insyaAllah)

Wednesday, December 12, 2012

:)


p/s : malam ini ada misi mustahil, cukup kuatkah saya mahu meneruskannya? we'll wait and see :)

Wednesday, December 14, 2011

DEBU - Nyawa dan Cinta


Nyawa dan cinta menjelma,
Yakni kedua-duanya,

Di zaman dulu bersama,

Diciptakan oleh Allah.

Dengan cara sangat khusus,
Roh dan cinta dicampurkan,
Dan cinta yang memang halus,
Menghilang dalam campuran.

Kekuatan campurannya,
Menyatukan roh dan cinta,
Entah cinta atau nyawa,
Jadi zat atau sifatnya.

Mungkin cinta jadi zatnya,
Iaitu zat campurannya,
Mungkin roh jadi sifatnya,
Atau mungkin sebaliknya.

Natijah campuran itu,
Cinta dan roh berbicara,
Dan saling dengar begitu,
Bersama dipelihara.

Asal cinta api tapi,
Angin itu asal nyawa,
Angin menyalakan api,
Maka membakar anginnya

Entah ini, entah itu,
Saya tidak tahu, kawan,
Memang tidak tahu jitu,
Adalah keajaiban.


Album : Nyawa dan Cinta
Munsyid : Debu
http://liriknasyid.com




* ada rahsia yang tidak mungkin 
dapat dirungkai dengan senang 
oleh pemikiran kita 

Monday, October 17, 2011

kem 1 murid 1 sukan

bismillahirrahmanirrahim.. (mari menaip secara panjang, dengan bantuan barisan gambar-gambar :))

kem 1 murid 1 sukan peringkat zon bangsar.. it was on 11-13th october 2011, at Permaisuri Hang Jebat Hotel, Melaka.. the students were having so much fun there, met new and old friends, also make new enemy, hahha (children were being children..) 

untuk program ni, sekolah menengah perlu bawa 8 orang pelajar (4 menengah atas, 4 menengah bawah) dan sekolah rendah bawa 4 orang.. sebagai guru sesi pagi, saya bawa pelajar menengah atas (2 lelaki, 2 perempuan). masa nak memilih pelajar ni, bukan perkara mudah sebab PK Ko-ku minta bawa pelajar kelas depan, saya tak kenal mereka (satu-satunya kelas tingkatan 4 yang saya ajar ialah kelas paling belakang).. tapi Tuhan permudahkan urusan saya bilamana suatu hari tu saya perlu relief kelas mereka.. terus saya buka offer tanya 'siapa nak ikut saya pergi kem? tapi ada banyak syarat'.. hee cheeky punya cikgu :P 
dan banyak la suara-suara yang bersorak nak ikut.. well siapa yang tak suka kalau dapat berjalan keluar dari sekolah 

at first, surat yang kami dapat venue nya di Klang, but then beberapa minggu lepas tu dapat notis tukar ke melaka.. ok,melaka again (dua minggu sebelumnya, saya sudah ke melaka untuk kursus induksi) 

ok,bermula dengan pagi selasa.. kami berkumpul di stesen lrt untuk ke stesen chan sow lin, dari sini ambil cab ke pusat sukan cochrane.. here goes, kami (sesi pagi) sampai agak awal, dan masa tu yang dah ada ramainya students sekolah rendah (yang comel-comel :D)

mengisi masa :) 
dah tengahari, baru la bas bertolak.. melaka, here we come.. being students yang sangat teruja berjalan-jalan, mereka bersembang sepanjang jalan.. 
saya pula busy dengan soalan trial (ok, jasad saya di situ tapi jiwa dan hati tertinggal di sekolah, bersama pelajar yang terpaksa saya tinggalkan)


hari first, takde aktiviti sangat pun.. ice-breaking, lebih kurang..


first or second day? suda lost track :P

second day, aktiviti beratur.. bermula dengan 'pengurusan kelab sukan' (oh please, siapa ada gambar time ni, beri kan saya)
lepak-lepak @ lobi hotel :P
tengahari tu, dengan 'penerangan asas permainan' mereka bermain dalam kumpulan kecil, mengikut tag yang diorang dapat.. kalau dapat tag badminton, pergi la ke stesen badminton


kemudian, masuk ke dewan. pelajar-pelajar tadi perlu terangkan kepada kawan-kawan satu kumpulan mengenai permainan yang mereka main..


petang pula, lepas lunch and rest sambung dengan 'asas pemakanan dan kecedaraan dalam sukan'
students saya yang jadi model 'kecederaan' :)
dan petang lagi, selepas asar.. acara yang ditunggu-tunggu.. they were given the opportunities to play all of the games (bola sepak, hoki, badminton, bola jaring, sepak takraw) time ni bateri kamera mula low, so tak dapat ambil banyak gambar..
hoki, tapi guna bola besar..
budak-budak comel :)
students naik lebih kurang 6.30 petang, then sampai la giliran cikgu-cikgu pula test power, heh ini memang best (tapi sayangnya, bateri kamera low, so takde gambar tengah kejar-kejar bola) 
kami bermula dengan bola jaring yang kena sentuh orang (i'm the last person to be touched,ok :D), sambung dengan hoki tangan and last terus jadi futsal (dah last-last, akhirnya dapat juga masuk gol)

malam pula, masuk slot 'permainan modifikasi' students kena modify any gamesand buat preparation untuk bentangkan hari esok.. 

pagi esoknya, dah dengar suara camp-comm menjerit kat bawah panggil budak-budak untuk jogging 
turun la, berjogging sama :)


then pembentangan kumpulan, kemas-kemas barang, majlis penutupan.. habis sudah.. jom balik KL 
sebelum balik, haruslah ambil gambar kelas dulu, hee
cikgu-cikgu dan pelajar-pelajar..
can u spot the differences? :)
the girls.. 
the girls, yang saya tidak tahu sekolah mana,
tapi gambar ada dalam kamera 
JU (official JU and JU secara lantikan dalaman :P)


saya sepertinya sudah terikat dengan modul 1M1S ini.. tengah tahun dulu pun, sudah pergi untuk pendedahan kepada guru-guru (we played 10 games that time) and IT IS FINE and FUN 
lepas ni, insyaAllah akan keluar lagi untuk ini.. mari-mari, keluar bermain, bersuka ria (ewah over kau :P)










*pagi tadi, lepas dapat surat kena keluar lagi, call mak
mak cakap 'kamu duduk sana je la terus, senang.. kalau orang panggil dah ada kat sana
hee.. sorry mak.. tau orang da agak-agak spoil  mood cuti-cuti 
tapi nak buat cemane .. 
** and petang pula, got a call.. maybe saya akan diserap untuk satu kumpulan menanda kertas PMR 
oh my .. kenapa lah saat-saat genting macam ni la, asyik nak kena keluar je, huu  

Monday, October 10, 2011

mencari senyum :)

assalamualaikum..
selamat hari isnin yang... (ok, bole tambah perkataan sendiri :))

mencari senyum itu bukanlah terlalu sukar.. ada yang akan tersenyum bila terkenang sesuatu, ada yang akan tersenyum apabila melihat si jejaka/gadis idaman berlalu di depan mata :)  
but, most of the time, simplest things will always make us smile :)

senyum saya malam ini.. status FB tuan bahruddin bekri

senyumlah.. dunia akan terseyum bersamamu.. 




**akan ke melaka (again)
 ini bukan lah sesuatu yang boleh digembirakan
(ini menghilangkan senyum saya) 
kerana saya tahu, saya akan terkenangkan students saya
yang sedang sibuk menyiapkan diri untuk SPM
dan saya tidak dapat banyak membantu.. 

***terima kasih kepada yang sudi membantu 
terima kasih juga kepada yang terpaksa membantu :) 

[p/s: saya hanya mahu senyum]
baik, mari bayangkan hari-hari indah di melaka :)
加油哦   

Wednesday, August 24, 2011

alhamdulillah..

percayalah : segala perkara baik, akan dipermudahkanNya, walau sekadar dimulai dengan niat :) 


last week, saya berkata 'minggu depan nak bayar loan ptptn la, rasa macam da lama je tak bayar' 
so petang tadi (mengingatkan gaji masuk hari ni) saya draw some money untuk bayar pinjaman tu, tanpa melihat baki duit yang masih ada, dan tak ambil resit pun.. pakai main ambil je duit 
dalam hati 'redha je la, kalau tak cukup duit, keluar je la duit tabung rm5 yang bersimpan tu' 
dan saya juga sudah berkira-kira tak mahu keluarkan duit untuk bagi duit raya untuk budak-budak.. 
bukan apa, kepala duk fikir, loan kereta nak kena bayar, hujung bulan ni roadtax mati, kena tambah dengan insurans lagi, mahu dekat 2 riban juga tu (anggaran kasar) 
juga memikirkan baju raya yang belum ada, kuih raya mak yang belum lagi meriah, mungkin juga nak topup duit minyak untuk balik kampung nanti (biasa abang support, hee..) 
dan.. err, koleksi komik dan novels yang perlu ditambah.. oh yang ini mesti selalu ada dalam list, hee...
tabung syiling (yang tinggi) dan tabung duit rm5 (yang rendah) ..  dua-dua pun tabung free, hee 

malam ni, tergerak hati nak tengok slip gaji bulan ni, biasanya saya check bila duit mula nak kering je, hee.. 
dan syukur alhamdulillah, segala kerisauan tadi boleh dibuang jauh-jauh :) 
gaji pokok sudah bertambah sedikit (means potongan KWSP juga akan bertambah, huu), juga ada sedikit tunggakan dari bulan-bulan sebelum, syukur.. 
bukanlah banyak sangat pun, tapi rezeki Allah tetaplah menggembirakan hati..




p/s: patutlah tadi sesenang rasa je mengorder kuih raya dari student 
niat asalnya nak tolong student-student yang meniaga untuk parent, memang dah fikir nak keluarkan duit helaian hijau dari tabung atas tu 
p/p/s: jangan pandang rendah pada keupayaan menabung, sebelum ni saya pernah tukar syiling dengan akak kedai buku, dan duit tu berjaya buat saya beli baju dan komik *senyum 
dan helaian-helaian hijau itu sudah pun mencecah angka 3++, itupun sebab saya sudah agak lama tak simpan, lepas ni mesti lah sambung semula aktiviti simpan kertass hijau :)


dan ini semua mengingatkan saya pada sepotong ayat : 
Fabiayyi aalaai rabbikumaa tukadzdzibaan ? 
”Maka ni`mat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?”
(QS Ar Rahman :13)




Sunday, December 05, 2010

MAHA International 2010

update di harii akhir MAHA '10 
sebenarnya acara berlaku pada hari selasa, 30 nov '10.. we were there :)

siapa yang rasa macam blur apa itu MAHA, bole klik perkataan yang atas sekali, ok..
sekarang kena guna approach gaya 'student-centered', teacher will play a role as facilitator
eh, sorry, sorry.. ni bukan sekolah.. selalu macam nak lupa :p

seperti biasa, untuk orang-orang yang kekurangan kata seperti saya, adalah lebih baik bercerita menggunakan gambar :D

kami sampai sana da tengahari pun.. so lunch di sana.. 
pusing-pusing tengok kambing, lembu, kambing lagi, lembu besar lagi.. 
sebabnya kami masuk ikut pintu 2, so pergilah kawasan ternakan tu, budak-budak kenit 2 orang tu seronok la
the auntie pula seronok ambik gambar :) 
tapi takyah la kot gambar2 binatang tu kan



random pieces..
kemudian, naik tram, singgah ke rumah-rumah negeri..
tapi sebelum tu lalu kawassan ikan-ikan di mana my nephew, niece, and the opah da jadi fisher-boy and fisher-ladies (gambar atas)

kami singgah rumah sabah, sarawak and perak only.. banyak sangat rumah pun..
naik tram lagi, ke dewan-dewan utama..
pusing-pusing and shopping.. bila da penat, ini la jadi nya.. 
aksi bebas.. gambar-gambar ni th-nephew yang ambil.. paklong with the phone, maklang with strawberry+choc (yang da tinggal lidi tu), opah with yam-icecream, and adik yang mula nak pejam mata :p


ok, ni tempat lepak best sikit compare dengan yang atas.. the-niece da lelap, tapi the-nephew masih aktif, langsung tak penat la dia ni, huu
'abang angkat arimau' eexcited :p ,adik pula umpama orang mengantuk diberi kerusi rotan, heee :p   

da gelap, malam da pun.. tapi still belum balik, tunggu mak beli buah-buah pula
sampai rumah, the-niece da jadi sexy-girl, hahha.. seluar perlu dibuang sebab da basah

sebahagian hasil tangkapan :p

ok itu saja cerita MAHA saya, hahha..
eh jap. nak promote, sila cari marshmallows itu.. ianya sedap, and yang paling penting halal
bole klik marshmallow asafa 


abang saya kata ianya manis, tapi saya kata best... :p the-nephew suka yang ice-cream tu, the-niece tak suka mana-mana, the auntie suke semua :D


** cerita berjalan secara r.a.n.d.o.m akan keluar lagi..
bila-bila saya rasa rajin nak menaip

Thursday, October 07, 2010

etika penjual insurans

lepas ni, tak payah guna bank lagi!
simpan je duit-duit yang ada dalam tin biskut
kalau agak2 takut hilang, dapat duit terus shopping sampai tinggal kosong sen..

ok, saya agak geram sebenarnya!
mungkin bukan 'agak', tapi sangat geram sebenar-benarnya..

ceritanya macam ni, saya dapat satu panggilan..
pengenalan macam biasa, then pergi pada agenda utama
nak kenalkan satu insurans ni (tak perlulah diberitahu)
dia pun cerita, cerita dan terus lah bercerita.. saya pula hanya mengiyakan je la..
sampai satu point, dia minta alamat, no ic etc..
saya pula 'eh bila masa pula aku kata nak?' dalam hati la

saya beritahu la dia, sebenarnya saya tak berapa nak percaya dengan call macam ni..
dia pun mula la kata pasal dia punya cara approach tu.
dan saya masih mempertahankan cara tradisi saya, tak percaya dengan cara itu
dia pula berkata 'sebagai cikgu, cik perlu tahu tentang cara ini' bla3
ewaah sesedap rasa mulut berkata.. seakan mengatakan cikgu takde pengetahuan am je..

oleh kerana saya masih berkeras, dia pun bagi kat encik-supervisor pula..
saya dah rasa mula rasa semacam, main pass2 pula.. tak boleh deal dengan customer ke?

encik-supervisor (SV) pun mula berkata-kata, saya pun bercerita la apa yang saya pendam
tiba-tiba encik-SV kata 'kenapa cik tinggikan suara dengan saya?'
eh? kau nak aku cakap lemah gemalai? dengan entah lelaki mana ni
kalau dengan perempuan, yes la kan.. sopan santun, gaya bercakap dengan bakal mak mertua :p
tapi encik-encik ini adalah lelaki!
pssst: saya kadang-kadang bercakap memang sound agak kuat, terbiasa cakap kuat dengan students agaknya, heee....

saya mula rasa cool down, bila menaip ini :)

tapi cerita belum habis..
encik-SV pula bercerita tentang insurans tadi
saya masih pertahankan cara saya..
akhirnya dia bertanya 'cik selalu kena tipu ke?'
saya kata lah, ni sebagai langkah berjaga-jaga.. ye la, kita tak pernah tahu pun, kan?
dan dia bole kata macam ni 'kalau kita selalu menipu, kita senang kena tipu' lebih kurang macam ni la..
ewaaah sedap betul mulut dia kan? seakan mengatakan saya ini penipu

macam tu rupanya etika penjual insurans, eisy2..

dan ayat akhirnya, 'kalau cik tak percayakan khidmat bank, jangan guna bank'
walaupun dituturkan dengan penuh kelembutan, namun ayatnya berbisa..
sebab tu saya katakan di awal entry, lepas ni kita simpan duit dalam tin biskut je la

saya bersabar je masa mereka-mereka ini menelefon, saya dengarkan saja..
padahal kepala rasa nak meletup, tapi saya cuba bertahan
saya nak tengok macam mana cara orang-orang ni deal dengan bakal client
tapi ceritanya berakhir dengan encik-SV terus meletakkan telefon dengan ayat akhir tadi

huu itu baru deal dengan orang yang banyak diam macam saya

kepada encik penjual insurans,
anda berhadapan dengan bakal-bakal dan client yang bermacam ragam
cara anda menangani mereka sangat mempengaruhi
dan encik2 penjual inisurans ini mengingatkan saya pada tugas seharian saya
berhadapan dan melayani client-client muda yang lebih banyak ragamnya, lebih banyak emosinya..
kalau tiada sabar, siapa pun tidak dapat bertahan.. selagi klien itu bernama manusia..



p/s: selepas panggilan itu, saya semak semula secara online apa yang diperkatakan
ya, memang ada.. tapi saya telah tawar hati, kerana cara mereka
p/p/s: sebenarnya saya dah ada insurans pun, dengan dua pihak lagi
dan dua-dua nya melayan klien dengan sangat bagus.. i can give them thumbs up :)
yang seorang tu, agak tidak banyak cakap, tapi kerja dia diperakui bagus
seorang lagi, setiap kali jumpa memang tak lupa menegur, mengusik.. ucapkan 'happy birthday' 'selamat hari raya' macam ini kan bagus...
oh saya mahu jadi penjual insurans yang bagus untuk klien-klien saya :)

cerita di sekolah akan menyusul kemudian, insyaAllah :D






**sedang menunggu satu panggilan
saya terlepas panggilan itu kerana menonton video addmath
saya rasa agak terkilan sebenarnya
dah lama tunggu, tapi jadi macam ni pula..
rasa macam nak turn back the time
tapi tak boleh, kan?
jadi saya berharap panggilan seterusnya akan segera tiba
please.... i'm waiting, right here...

Tuesday, June 15, 2010

puteri beradu :D

semalam, keluar merayau.. heh memang suka la, kan
mencari seluar (sebab seluar yang selalu pakai tu da ala2 lusuh, takkan nak tunggu koyak kot :p)
nak? cari kat sogo, ground level.. sangat2 murah, 70% off u :D

then from sogo ke LRT bandaraya, ada la couple of foreigners ni bertanya 'do u speak english?'
patut kah kalau saya jawab 'i don't speak english' [then what language did u used tu]
melihat wajah2 mereka yang seakan blur tengok board pasal train tu, saya pun tolong la dengan apa yang terdaya
with my 'so-so-fluent' english language
(hahha saya mana pandai nak bercakap bahasa selain loghat lidah sendiri)
saya pun menunjuk jalan kepada mereka, nasib baik la juga memang da biasa dengan public transport ni


tapi, bila fikir2 balik.. sebenarnya saya dah bagi jalan yang agak sukar
there's another simple way for them to go to the destination *sigh*

saya buat satu kesalahan kerana menyukarkan jalan mereka, dah la mereka foreigners
deep down inside, saya harap mereka bertemu jalan ke sana.. ameen...
________________________________________
________________________

ok seperti yang anda2 sedia maklum, sekarang adalah cuti sekolah
saya yang juga warga sekolah, juga bercuti denga
n riang ria nya, tanpa melakukan sebarang kerja2 berat, hahha
jadi puteri beradu, cuba mengjamak segala masa tidur yang terlepas (gaya ada je :p)

cerita pasal tidur ni, pagi tadi i've dreamt of something
taktau la sama ada nak suka atau risau, betul2 taktau
orang kata kalau mimpi 'yang-itu' boleh la senyum lebar2
tapi dalam mimpi tu, saya mengelak dari 'sesuatu-itu' dan terus terjaga dari lena
apa pun, saya masih berharap ianya petanda baik :D ame
en.....
_________________________________________________________________

sekarang cerita pasal buku2 pula..
bila dah kerja ni, memang agak banyak buku y
ang saya beli, mostly novels and comics, heee
(buat ubat penenang jiwa, sweet-distractions)

ini first adjustment, tapi the bear box tak dapat nak tampung 'keberatan' buku2 itu
[saya kesian sama itu bear :p]

dan oleh kerana buku2 itu sangat banyak, terpaksa la saya susun elok2
ni second time saya meng'adjust' kedudukan buku2 tu, nak bagi muat space, huu..
mak pun da kata bilik saya gaya stor, buku and baju sama je na
ik :p

found kotak besar ini kat jusco :D
actually nak beli rak je terus, tapi teringat mak kata tunggu pindah nanti

kalau tengok previous entry, ada cerita pasal saya yang sibuk 'stu
dy'
sibuk la sangat.. menstudy untuk masa depan.. saya taktau bila, t
api rasanya tak salah kalau nak tambah ilmu
ni antara rujukan saya.. ada lagi, tapi yang ni antara yang sudah khatam :D

untukmu wanita (zaharuddin abd rahman), kompas cita (a.ubaidillah alias),
mencari pasangan hidup (ustaz emran), pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul (fatimah syarha)

[yang bold boleh try click]

dari buku2 ni saya dapat point2 penting, antaranya:
Tiga perkara yang menjadi rahsia Illahi
1) rezeki
2) jodoh
3) ajal

Tiga perkara yang perlu disegerakan
1) solat apabila tiba waktunya
2) nikah apabila tiba jodohnya
3) pengebumian apabila tiba ajalnya


banyak lagi point2 penting yang saya kutip, tapi rasa nya nanti akan jadi terlalu panjang :)


dan last but never be least, ni buku yang sedang saya baca



sebenarnya ini bukan lah bacaan dewasa pun, tapi saya beli sebab ada sesuatu
jangan tanya kenapa, sebab the reason is too cheeky :p

Sunday, May 16, 2010

untuk semua.. anda-anda dan mereka-mereka


rasa nya tak perlu untuk saya menaip terlalu panjang..

masa dan waktu telah merubah keadaan..


gambar ini sudah ada entry nye di sini


sekarang gambar ini pula..

ya, saya bukan lagi pelajar sekolah.. beruniform putih, melangkah menimba segala ilmu
saya kini memikul beban yang lebih besar.. mencurah ilmu kepada mereka
memberi contoh kepada mereka..
membimbing dan menunjuk jalan kepada mereka..

pengajaran itu bukan sekadar di dalam kelas, bukan hanya menulis di helaian kertas
tapi lebih dari itu..
membetulkan perkara yang selama ini dianggap betul bagi mereka,
menerapkan nilai yang selama ini tidak mereka amalkan,
memberi mereka pemahaman.. bukanlah perkara-perkara yang mudah

namun, selagi Tuhan memberi oksigen untuk bernafas
selagi ada daya impuls yang menolak
akan dicuba, biarlah berlaku perlanggaran tidak kenyal
dan menghasilkan inersia yang lebih tinggi..
(azie, kenapa guna segala bahasa ini? :p)

Tuhan..
berikan saya kekuatan, ameen..
_______________________________________________________________

terima kasih juga diucapkan buat semua guru
yang pernah mengajar saya, secara formal juga tidak formal
(anda2 dan mereka2 adalah guru-guru saya)

T is for Thank you...
Thank you to the
Talented,
Thoughtful,
Tireless,
Totally Terrific Teachers
(oh.. how i wish to be in the list..)



p/s: macam da jadi panjang je entry ni, hee..



*** pagi ni breakfast with fettucine
(uh sungguh italian yarh :p)
and kejap lagi nak kelua, return book (confirm kena denda)
juga mahu cari kasut, hee

Friday, April 30, 2010

senyum lebar-lebar :D


minggu ni merupakan minggu yang sesak untuk aku
semuanya untuk persediaan hari jumaat, iaitu hari ini :)
memula dalam perancangan, pagi2 kena buat 'book review' tapi tak jadi

because it was 'Hari Usahawan Muda' untuk sekolah aku
kelab dan persatuan buka gerai hari ni, so P&P kami berupa P&P luar bilik darjah
aku persatuan sains mate, tapi tak dapat tolong banyak pun untuk yang ni
sebab ada lagi satu gerai
namanya 'gerai terkejut' hahha :p

bukan apa, tak rancang pun tapi sebab ada kosong, daftar la untuk budak2 kelas
dapat idea dari sorang budak ni yang kata 'cikgu, bukan buat apa pun nanti. taknak saya dengan persatuan tu'
then, fikir2.. daftarkan la untuk diorang, bagi peluang diorang belajar other things than all those science subjects

belajar berniaga, macam mana nak tarik pelanggan, nak kutip duit banyak2 (jadi mata duitan macam cikgu nye :p), komunikasi dengan pelanggan
kira2 macam berjaya la juga, daripada yang taktau pasal 'deposit', dah boleh terangkan sampai orang faham
even tak semua yang involve, tapi yang ada tu pun da buat aku senyum..
(masih dalam usaha nak suruh diorang bekerja secara bersama-sama)


so tadi kami buka gerai untuk tempahan t-shirt
t-shirt akan dilukis dan disiapkan oleh diorang dan pastinya aku juga, huu :p
(budak2 ni kalau takde arahan, takde nye nak gerak.. sabau je la)

malas nak taip panjang..
bawah ni gambar2 yang berkaitan.. (rasa macam da lama je page ni takde gamba, hee)



ni iklan kat FB, sekolah memang penuh iklan.. aku pun ape lagi, iklan juga secara online



our customers.. choose design, size, then make the order with the deposit
abaikan si kaca mata hitam, hahha


gaya kena serbu macam nak minta autograf je :p


adakah budak ini berangan nak guna dslr or teringat kamera lama, huu macam2 hal


senarai harga, nama kedai, yang paling penting lesen perniagaan, huu.. ini bukan black market maupun black mafia


mereka yang bertungkus-lumus, ada lagi yang takde ni


see.. mereka riang ria, tapi cikgu nye tidak berperasaan
sebab dalam kepala penuh dengan hal 'tutup register', 'tulis buku rekod', 'cari lappy' 'belajar bawa kereta' huu kepala sesak :p



so lepas ni, kami akan mulakan operasi conteng baju, hee hopefully semua nya akan ok
duit orang ni..





** tadi suka sangat,
ada budak form one yang cumeyl, yang macam minat dengan gerai kami
sooo cuumeyl la itu budak, geram je aku tengok :D

and gembira juga, sebab..
order kami melepasi sasaran aku
tak terbayang pun dapat banyak tu, aku budget dalam 15-20 je, tapi lebih
praise to God, the Almighty...alhamdulillah..