saya in the mood of ranting, just wanna type, maybe anything..
cuti ini agak tidak seronok, kalau orang lain boleh kata cikgu dan budak-budak bercuti lama di hujung tahun, tapi tidak bagi saya. menjaga spm sudah ambil masa beberapa minggu (walaupun agak enjoy dapat jaga students yang baik, dapat makan pagi free, dapat view yang superb cantik subhanallah.. tapi sebagai manusia biasa saya tetap merasai kehilangan cuti berharga), kemudian mensettlekan buku teks di sekolah tempat mencari rezeki, dan pulang ke negeri kelahiran.. dan dan menanti masa kembali ke tanah mencari rezeki untuk menadah teling mendengar segala amanat dan tugas untuk tahun mendatang.
terlalu banyak perkara yang telah saya terpaksa lepaskan semasa cuti penuh berharga ini. entahlah, bila difikirkan mahu sahaja saya mengundurkan waktu dan melakukan segalanya. ada janji-janji yang dimungkiri, juga ada hati yang menanti.
tahun ini menyaksikan saya menjadi seorang manusia yang kurang terurus. mentally i mean. ada masa saya rasa tersangat down, mahu sahaja pergi, terbang jauh-jauh ke satu tempat yang tidak seorang pun yang tahu di mana saya (teringat masa study dulu, saya pernah pergi jauh dari semua orang. walaupun hanya sehari but it just gave me my-me-time. and now felt that i wanna do it again, tetapi lebih jauh lagi) tapi mungkin tidak mungkin akan menjadi kenyataan.
dua ribu sebelas ialah tahun kedua saya mencari rezeki, tahun yang mungkin boleh saya katakan terlalu penat. diberi segala tugas yang kadangkala tidak mampu saya uruskan, tetapi terpaksa juga melaksanakannya. saya cuba menarik diri, dengan cara positif juga cara negatif. tetapi segala usaha seperti tidak mendatangkan hasil. dan kala itu seperti terdengar suara 'sabarlah, Tuhan tahu kamu mampu melakukannya, jadi kamu dipilih di posisi itu' dan kadang saya mahu mengeluh, dan terus berbisik pada hati 'sabarlah azie'
tahun hadapan? apakah yang telah direncanakan untuk saya? bila difikirkan, mahu saja tidak melangkah ke hadapan, terus berada di sini tanpa sebarang gerakan, saya kepenatan saya kira.
dua ribu dua belas, walaupun saya belum tahu apa tugas yang bakal saya pegang, tetapi saya sudah merasakan sesuatu yang kurang enak.
satu ternampak nama saya berada di kabinet fail akademik pelajar yang kelasnya adalah di sebelah bilik disiplin, mungkinkah saya yang akan menjadi guru kelas mereka?
kedua guru partner untuk kelab badminton mengatakan tahun depan saya tidak lagi memegang kelab itu, mereka sudah letakkan nama saya untuk 1m1s. ok ini memang akan membuat saya penat. saya tahu dan saya pasti tentang ini, mengenangkan segala kenangan dua ribu sebelas bersama 1m1s.
ketiga jawatan pengutip duit masih lagi pada saya, saya sudah cuba meminta untuk menarik diri, saya telah cuba untuk tidak menjalankan tanggungjawab, tetapi masih saya juga yang perlu memegangnya kerana kontrak adalah dua tahun. baiklah, untuk itu saya akan cuba melakukan yang terbaik untuk tahun kedua sebagai pengutip duit. azie, berusaha!
dan cerita hati..
masih lagi terlalu rahsia, rahsia Tuhan yang tidak mungkin dapat digapai oleh pemikiran saya. ada kisah yang perlu dilupakan, ada kisah tergantung, ada kisah menanti jawapan, juga ada kisah sebuah pengharapan. harapan penuh andai dialah rahsia yang disimpan Tuhan, mohon dipermudahkan segala urusan, mohon diperkenankan segala doa-doa kami, walau hanya dari kata-kata yang terlalu ringkas
dua kosong satu dua, saya mengharapkan kamu menjadi teman terbaik bagi kehidupan saya
dua kosong satu dua, berikan segala yang terbaik kepada saya..
dua kosong satu dua, harapan saya terlalu tinggi, jangan jatuhkan ia lalu meremukkan perasaan saya yang super-halus, ameen..
titisan air menemani di luar jendela
membasahi bumi tercinta
-tanah kelahiran, tanah jatuh dan bangun