tersenyum bila tengok last update, come back la konon..
taip pun tak habis.. tetiba je dah bersambung..
truth is masa tu menaip sebeum masuk kelas, la ni pun duk tunggu loceng masuk kelas again..
that is the life of a teacher :)
GE baru habis, entah la.. takmau komen sebab kepala penuh sesak mendengar semua orang nak beri pendapat, semua orang nak kata itu betul ini salah.. sakit kepala! eh, dah terkomen pula, hee..
so message yang mahu disampaikan hari ini ialah..
bersyukur kerana kita masih diberikan peluang untuk menghirup udara di bumi Allah ini
atau kalau nak spesifik kan di bumi malaysia.. ya teruskanlah bersyukur
kerana kita masih boleh menikmati enaknya makanan yang tersedia di mana sahaja kaki melangkah (makan je kau tau, kan :p)
sambil meneruskan pembacaan (ya industiri pembukuan di bumi ini kelihatan semakin ligat, ini insyaAllah akan saya taipkan di lain entry :)
ini gambar last monday, pergi melepak at my all-time-fav-lepak-spot :)
konon nya baru nak buka buku, tapi hujan turun membasahi bumi, buka payung dan berlalu mencari perteduhan (ain't it sweet,hee)
ok sambungan entry semalam (tapi ceritera hari sabtu la)
lepas tukar uniform, masuk kereta then abang tanya, ke mana?
lihat gambar bawah, kami menuju ke kota kuala lumpur, cheit macam tak biasa pergi je kau :p
view from the building
kami ke Kenanga Wholesale Centre, KWC. ye la kot ni nama dia.. dah orang duk sebut kenanga je,
kalau nik tren, boleh turun kat stesen hang tuah, kalau tak silap dari situ ada route pejalan kaki, tapi jangan tanya saya tak pernah lalu situ lagi :)
sampai situ, cari parking kosong, (tempat parking yang berpusing-pusing, rasa mahu muntah je naik ke atas,huu)
then cari lif, kita menuju ke surau lah terlebih dahulu, surau di tingkat atas, 16 ke? eh lupa lah
dalam lif yang sungguh sesak
then sementara menunggu puan kakak siap (we take turns to look for the lil-baby), kita ambil la gambar dulu di hujung bangunan ini, siap bole nampak KLCC and KL Tower lagi kat belakang tu :)
ok, gelap :)
kemudian penjelajahan pun bermula :)
:)
bukan main lagi korang ye..
sudah nya jadi babysitter la saya :p
menunggu puan emak dan puan kakak
so, apa mahu komen?
- kalau nak gi KWC ni, elakkan weekend
- kedai-kedai adalah sangat banyak, jadi sila lah buat pilihan bijak
- sila datang dengan orang-orang yang tidak kisah berjalan dan memilih, elakkan bawa saya yang cerewet, kah3
ok, saya tak beli apa, sebab.. entah tak berminat kot
lagi pun people(s) tend to say that my fashion-sense adalah always tidak dapat dicerna akal fikiran,kah3
:)
lepas pening-pening di situ, still tak balik rumah lagi, pergi jusco pula, sebab puan kakak nak cari baju sekolah untuk anak-anaknya
saya memang suka, sebab kat situ ada popular. beli dua novel + a comic yang semuanya sudah pun habis dibaca saat ini :)
sementara menunggu mem-mem besar memilih, saya bawa si kenit melepak makan fro.yo and baby donuts (bawa dia je lah dulu, sebab dia tak beli baju sekolah)
then baru call adik, kalau dah siapbawa lah mereka ke situ :)
ok, ini sahaja kisah di hari sabtu,
hari ahad pula kami ke putrajaya, tapi tak perlu cerita kot, just datang makan-makan kat umah cousin je :)
cuti hari malaysia, and puan-emak was not at home
so chef A masuk dapur, preparing the dishes :
breakfast : roti canai (abang beli :P)
lunch : sambal udang, kobis goreng with carrots
tea-time : pavlova tak cukup bahan :p
dinner : lasagna, yang licin diserbu the-lil-cousins, suke :)
the lasagna was just out of the oven, kalutly took the picture sebab en.abang and en.adik sudah tunggu di luar, so the presentation was bad..
put the tray in a plastic then brought to putrajaya, to my cousin's, d anak-anak makan dengan sedapnya, dan saya pula rasa sangat seronok :)
hari ini. terlalu amat penat. waktu mengajar di jadual hanya dua waktu, di tambah dua waktu relief. masih boleh pergi, sudah biasa.
dan di waktu senggang, mengisi markah-markah di dalam borang headcount.
lalu dikejar pula untuk menbuat salinan headcount bagi tahun lepas, untuk dimasukkan ke dalam fail induk kata puan pengetua. berkejar di antara kerja fotostat dan masuk semula ke kelas tatkala loceng menyanyi-nyanyi. semak semula, hasil salinan itu ada yang tercicir-cicir, pedulik lah. harap-harap tidaklah mereka menyemak dengan terlalu detail, hee
ok, ini semua kerana jemaah nazir yang akan melawat sekolah. jadi cikgu-cikgu menjadi super-busy, dan saya buat-buat busy juga (eh?)
pagi-pagi sudah berpesan kepada pelajar, 'make sure kelas bersih, meja tersusun, kalau ada orang masuk kelas minta semua bangun'
hari ini, penat saya bukanlah physically. tetapi mentally mungkin. makan juga terlupakan.
sampai ada students yang menyuap roti, hee thanx darlims, sayang u all lebih-lebih, didoakan kejayaan anda dunia akhirat :)
dan sebelum pulang ke rumah, singgah jusco dengan adik.
tujuan asal ialah ke pejabat pos (walaupun dalam kepala memang dah set nak ice.cream sebenarnya)
sampai situ, terliur pula dengan frozen yoghurt ni, ambil la. then nak donut, tapi taknak yang besar
lalu kami makan berdua di dalam kereta, hee kelakar la juga kot
dah lama tak berjalan berdua dengan adik sendiri, masa dia kecil-kecil dulu ada la juga, bila dia naik remaja dia macam segan sikit sebab kakak nya kadang-kadang ada perangai mereng
ni je dulu, sebab saya tak tahu taipan saya ini sudah menghala ke arah mana, hee..
yup, saya kehilangan kata-kata.. penghujung tahun 2011 yang sedikit sibuk.. beberapa kali keluar dari sekolah, sehingga ada yang bertanya 'minggu ni u ada tak?' pelajar juga berbunyi 'cikgu kursus lagi ke?' 'jangan kata cikgu nak keluar lagi' 'cikgu kitorang sekarang ni busy' tapi apa pun, saya akan cuba yang terbaik yang mampu saya lakukan :)
alhamdulillah, rezeki hujung tahun.. tahun ni dilantik sebagai pemeriksa kertas peperiksaan, cuak juga lah bila memikirkan markah pelajar yang tidak dikenali berada di dalam tangan.. sebenarnya pada mula tak dapat pun, tapi disebabkan ada kekosongan dapatlah saya masuk :)
ini lah keadaan atas meja kecil.. harus ada laptop+earphone.. dan juga a bowl of fruits + sebekas penuh koko crunch :)
that bowl contained of kiwis + apples
takdelah susah sangat pun nak menanda, lagi-lagi kalau dapat skrip macam kat bawah ni
thanks for making my life easier :D
hee.. baiklah, mari kembali kepada tajuk.. sekarang ni tengah crave for kiwis (choc tu memang da biasa kot).. kiwi adalah sangat sedap :) ini bowl hari lain pula..
kiwi hijau + gold and chocs
pagi tadi pula, konon nya nak masak mac and cheese, tapi mak dah goreng mee.. tapi disebabkan nak bermain oven (bole pula, hee), jadi cari la idea lain, kita buat choc fudge (konon nya)
memula susun marshmallows sikit punya cantik, but then the chocolate sikit sangat, terpaksa tukar tray lain.. marshmallows tidak lagi tersusun indah (huu...), kemudian tabur saja chocolate chips atas dia
eat it with golden kiwis
easy chocolate fudge with marshmallows and choc chips (sekali sekala makan secara orang kaya, hahha) recipe? here: easy chocolate fudge vid? here: youtube tengok la and try, sangat senang dan juga cepat.. saya tadi tak sabar, choc belum keras lagi da sibuk nak rasa, hee..
update di harii akhir MAHA '10
sebenarnya acara berlaku pada hari selasa, 30 nov '10.. we were there :)
siapa yang rasa macam blur apa itu MAHA, bole klik perkataan yang atas sekali, ok..
sekarang kena guna approach gaya 'student-centered', teacher will play a role as facilitator
eh, sorry, sorry.. ni bukan sekolah.. selalu macam nak lupa :p
seperti biasa, untuk orang-orang yang kekurangan kata seperti saya, adalah lebih baik bercerita menggunakan gambar :D
kami sampai sana da tengahari pun.. so lunch di sana..
pusing-pusing tengok kambing, lembu, kambing lagi, lembu besar lagi..
sebabnya kami masuk ikut pintu 2, so pergilah kawasan ternakan tu, budak-budak kenit 2 orang tu seronok la
the auntie pula seronok ambik gambar :)
tapi takyah la kot gambar2 binatang tu kan
random pieces..
kemudian, naik tram, singgah ke rumah-rumah negeri..
tapi sebelum tu lalu kawassan ikan-ikan di mana my nephew, niece, and the opah da jadi fisher-boy and fisher-ladies (gambar atas)
kami singgah rumah sabah, sarawak and perak only.. banyak sangat rumah pun..
naik tram lagi, ke dewan-dewan utama..
pusing-pusing and shopping.. bila da penat, ini la jadi nya..
aksi bebas.. gambar-gambar ni th-nephew yang ambil.. paklong with the phone, maklang with strawberry+choc (yang da tinggal lidi tu), opah with yam-icecream, and adik yang mula nak pejam mata :p
ok, ni tempat lepak best sikit compare dengan yang atas.. the-niece da lelap, tapi the-nephew masih aktif, langsung tak penat la dia ni, huu
'abang angkat arimau' eexcited :p ,adik pula umpama orang mengantuk diberi kerusi rotan, heee :p
da gelap, malam da pun.. tapi still belum balik, tunggu mak beli buah-buah pula
sampai rumah, the-niece da jadi sexy-girl, hahha.. seluar perlu dibuang sebab da basah
sebahagian hasil tangkapan :p
ok itu saja cerita MAHA saya, hahha..
eh jap. nak promote, sila cari marshmallows itu.. ianya sedap, and yang paling penting halal
bole klik marshmallow asafa
abang saya kata ianya manis, tapi saya kata best... :p the-nephew suka yang ice-cream tu, the-niece tak suka mana-mana, the auntie suke semua :D
** cerita berjalan secara r.a.n.d.o.m akan keluar lagi..
actually tadi gi sekolah, ada 'hari anugerah dan mesyuarat PIBG' keje aku, cari jawapan paper sains, then baca novel (bohsan okey....) da ar tadi, konon amek gamba, tapi entah macam mana kamera macam buat hal memang rasa nak marah gak la, (yang tak bawa kamera sendiri tu kenapa la)
balik ke rumah tu la, aku rasa diri sendiri macam balik dari tuisyen felt like a student who'll facing the SPM :D entah.. perasan masih kanak-kanak kot, hahha
dresscode tadi macam biasa > baju kurung + backpack + silver shoes (yg skali tgok ada gaya kasut sekola je) sebelah tangan pegang plastik buku > koleksi soalan Fizik + mag fokus SPM + (buku ape ntah, lupe tajuk :p) tangan lagi satu pula bawa oreo mcflurry, heh...
time tu la tetibe kepala melayang2, cuba buat bayangan2 yang tak pernah jadi pun ye la, mana pernah aku pergi tuisyen selama ni, heh.. plus, dulu2 aku sekola kat kawasan kampung, takde nye nak keluar rayau macam tadi :p
semua orang wish 'happy new year' bagi saya, masa akan terus berlalu.... dan untuk saya, tahun ni merupakan tahun bekerja saya, tahun yang mana saya akan melalui satu fasa yang lebih mencabar dan menguji hati dan segala rasa, i'm quite certain bout that....
tak pe lah, malas nak bebel panjang2, hari ni pun ingat taknak cite pasal sekolah, nak letak entry yang saya suka, which is makan2... actually ni breakfast untuk hari ni, senang je nak buat :D check it out.......................................
bahan-bahan
1) pizza base -kalau rajin, buat la doh sendiri, saya 'kurang rajin'... base ni boleh cari kat supermarkate, kalau tak jumpa, guna roti pita pun boleh.. kalau takde juga, buat la doh sendiri :p 2 & 3) optional -tak kisah la nak letak apa pun, ikut citarasa masing2 :) 4) chesdale -kalau nak lagi senang, guna shredded cheese tapi mahal la sikit 5) sos tomato & sos cili
cara-cara
1) ratakan sos tomato atas base pizza 2) letakkan bahan-bahan optional tadi 3) lapiskan dengan chesdale di bahagian atas, kalau rasa nak banyak cheese, letak la banyak2 :D 4) masuk dalam oven, lebih kurang 180'C dalam 8-12 minit (anggaran je la ni) atau sampai cheese tu mencair
and last sekali ........ ready to eat, with the chili sauce...
senang, kan? this is the simplest pizza recipe :D
*** this is what i loved about KL u can find everything u want here it's just on u! what u're looking for and how u deal with it
tiba-tiba keluar resipi pula, hentam je la... btw ni antara kek yang senang nak buat (tapi kat tangan aku, jadi macam tak best gak, haha :p)
MOIST CHOCOLATE CAKE (kek coklat lembap)
bahan-bahan: - 4 biji telur - 100g serbuk koko
ayak bersama: - 150g tepung gandum - 1 sudu teh soda bikarbonat - i sudu teh serbuk penaik
bahan A: - 200ml minyak jagung - 150 ml susu pekat manis - 400 ml susu cair - 200g gula kastor
cara-cara: - masukkan bahan A dalam periuk - panaskan sehingga gula cair, dengan api yang perlahan. then biarkan sejuk - masukkan adunan telur ke dalam bahan A yang dah sejuk, kacau rata - masukkan bahan-bahan ayak dan serbuk koko (juga diayak bersama), kacau rata lagi - masuk dalam loyang, kukus dalm 45 minit / sampai masak :)
dah letak cooking choc and choc rice... kalau taknak takyah pun takpe...
selamat mencuba... kalau nak cuba la :P
and selamat menghadapi peperiksaan SPM untuk yang berkenaan... Good Luck !
Today was one of the day. I don't know where it came from, kept thinking of that something, huuu (ada ala-ala orang mengidam kot :p)
Then aku siap-siap lebih kurang, terus keluar, to the town as someone said 'where satay was born'. Hahah cantik 'perlambangan' itu (taktau la apa word yang sesuai, heee).
Cari barang sikit, to be specific makanan.. ya saya memang suka makan, so what :p
Then baru beli ini, yang diidamkan :D
KFC toasted twister (air da abis time aku tunggu bus, heh :p)
Sedap... Itu je aku bole describe, ehee..Try la kalau nak :D
** masih belum dapat menaip panjang i am running out of time (konon nya) maybe tomorrow.. maybe :D
ini adalah cerita semalam mungkin episod 'jalan2 rayau2' terakhir di sini dengan kawan aku itu (tapi taktau la lagi, kan :p)
dalam orang lain sibuk2 study, kami semp at lagi ronggeng2, ahaha okeyh, kami ke kawasan 'segi tiga' (sukati bagi nama :p) kami gi Times Square
at first macam taktau nak buat apa nak main kat cosmo's world, confirm kawan aku taknak (ouwh susah betul minah 'ayu' neh :p aku lain ar, sume aku bedal) pusing2.. last nye make decision untuk tuntun movie Talentime
mahesh itu cumeyl.. serius aku bagitau ni :D
menuntun la aku dengan penuh perasaan tapi agak menyampah coz orang2 belakang yang agak2 spoil sibuk ketawa itu ini, hilang feeling2 aku :p kawan aku sama gak, bagi ar chance aku nak feeling2, ahaha :D (macam aku tak nampak dia ... heh abaikan, tak macho mengata orang :p)
it's a nice story, worth your rm7 itu bole kata semua part aku suka tapi macam biasa la kan kalau filem Yasmin Ahmad she wanna make it natural, but some people can't stand with it itu adalah biasa, ye ar kita mana dapat puaskan hati semua orang kan?
and aku suka all the songs played in the movie especially 'just one boy' (aizat) and 'angel' (atilia) and kawan aku plak tak abeh dengan 'o re piya'(rahat fateh ali khan) best gak, but agak syahdu.. bole leleh babe 'just hold on' pun best, tapi tak dapat nak cari lagi [klik pada tajuk lagu, kalau nak dengar (aku malas nak letak sini, eheh :D)]
then, masuk LowYat Plaza.. mencari harga printer utuk skandal aku itu (sengal ko eh :p) eyp.. aku ada list harga, tapi aku gi satu kedai jek (kedai yang aku suke gi :D) and sorry to say, aku memang malas nak tanya2 kat orang situ (ko tau kan, aku memang tak suke nak tanya2 ni)
and macam biasa lah kalau aku keluar, mesti ambil.. (things that i can't resist) oh my... tolong aku.. mula2 tu macam taknak la kunun nye , tapi still pusing2 kat tempat sama bila dah dapat baru diam :D uwh really can't resist it (kawan aku kata nak recordkan muka aku bila jumpa benda2 ni.. jahat eh ko :p)
double-toblerone
and also a moist-chocolate-cake (share dengan kawan aku) coklat dia best, tapi bagi aku kek nye agak kureng sorry to cik pikok yang tak suka coklat itu, heh rugi beb :p
on the way back, dalam komuter.. got a call dari abang aku kakak and her family akan terbang hari sabtu ni, cepatnya... meaning, this weekend aku akan balik rumah saying goodbye to those two little angels (bole ke ni? ya Allah.. jangan aku syahdu2 sudah)
ini juga bermakna, aku takkan ke KLIBF this weekend maybe aku akan pergi on weekdays, or hari2 terakhir nanti so selamat mencari buku untuk atok, eazy izzudin, and en.naga (last year, aku gi sesorang, takde membe yang bole stand bila aku dah mula jumpa buku) biasa la aku kan ada kegilaan utama
cik ika, datang la KL.. cari2 buku on the same date (18 april-17 may), ada exhibition monster and dinasour kat mid valley cik ika kan suka monster :D bole check HERE cik milimilo, tompang cik ika eh.. eheh suka2 aku jek :D
p/s:semalam takde mood untuk ambil gambar, nape ntah.. walaupun kamera memang ada dalam beg so tiada gambar untuk semalam
*** am i strong enough to say goodbye? goodbye dear darlingS i'll miss all of you, mu'az the most (mood: bercampur baur.. sayu2 paling nyata)