Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Thursday, April 16, 2009

tale N time (cerita dan waktu)

ini adalah cerita semalam
mungkin episod 'jalan2 rayau2' terakhir di sini dengan kawan aku itu
(tapi taktau la lagi, kan :p)

dalam orang lain sibuk2 study, kami semp at lagi ronggeng2, ahaha
okeyh, kami ke kawasan 'segi tiga' (sukati bagi nama :p)
kami gi Times Square

at first macam taktau nak buat apa
nak main kat cosmo's world, confirm kawan aku taknak
(ouwh susah betul minah 'ayu' neh :p aku lain ar, sume aku bedal)
pusing2.. last nye make decision untuk
tuntun movie Talentime

mahesh itu cumeyl.. serius aku bagitau ni :D

menuntun la aku dengan penuh perasaan
tapi agak menyampah coz orang2 belakang yang agak2 spoil
sibuk ketawa itu ini, hilang feeling2 aku :p
kawan aku sama gak, bagi ar chance aku nak feeling2, ahaha :D
(macam aku tak nampak dia ... heh abaikan, tak macho mengata orang :p)

it's a nice story, worth your rm7 itu
bole kata semua part aku suka
tapi macam biasa la kan kalau filem Yasmin Ahmad
she wanna make it natural, but some people can't stand with it
itu adalah biasa, ye ar kita mana dapat puaskan hati semua orang kan?

and aku suka all the songs played in the movie
especially 'just one boy' (aizat) and 'angel' (atilia)
and kawan aku plak tak abeh dengan 'o re piya' (rahat fateh ali khan)
best gak, but agak syahdu.. bole leleh babe
'just hold on' pun best, tapi tak dapat nak cari lagi
[klik pada tajuk lagu, kalau nak dengar (aku malas nak letak sini, eheh :D)]


then, masuk LowYat Plaza..
mencari harga printer utuk skandal aku itu (sengal ko eh :p)
eyp.. aku ada list harga, tapi aku gi satu kedai jek (kedai yang aku suke gi :D)
and sorry to say, aku memang malas nak tanya2 kat orang situ
(ko tau kan, aku memang tak suke nak tanya2 ni)


and macam biasa lah kalau aku keluar, mesti ambil.. (things that i can't resist)
oh my... tolong aku..
mula2 tu macam taknak la kunun nye , tapi still pusing2 kat tempat sama
bila dah dapat baru diam :D
uwh really can't resist it
(kawan aku kata nak recordkan muka aku bila jumpa benda2 ni.. jahat eh ko :p)


double-toblerone

and also a moist-chocolate-cake (share dengan kawan aku)
coklat dia best, tapi bagi aku kek nye agak kureng
sorry to cik pikok yang tak suka coklat itu, heh rugi beb :p


on the way back, dalam komuter.. got a call dari abang aku
kakak and her family akan terbang hari sabtu ni, cepatnya...
meaning, this weekend aku akan balik rumah
saying goodbye to those two little angels
(bole ke ni? ya Allah.. jangan aku syahdu2 sudah)


ini juga bermakna, aku takkan ke KLIBF this weekend
maybe aku akan pergi on weekdays, or hari2 terakhir nanti
so selamat mencari buku untuk atok, eazy izzudin, and en.naga
(last year, aku gi sesorang, takde membe yang bole stand bila aku dah mula jumpa buku)
biasa la aku kan ada kegilaan utama

cik ika, datang la KL.. cari2 buku
on the same date (18 april-17 may), ada exhibition monster and dinasour kat mid valley
cik ika kan suka monster :D bole check HERE
cik milimilo, tompang cik ika eh.. eheh suka2 aku jek :D


p/s: semalam takde mood untuk ambil gambar, nape ntah..
walaupun kamera memang ada dalam beg
so tiada gambar untuk semalam







*** am i strong enough to say goodbye?
goodbye dear darlingS
i'll miss all of you, mu'az the most
(mood: bercampur baur.. sayu2 paling nyata)


Tuesday, April 14, 2009

partition -a tragic love story

sebelum aku mula dengan cerita itu, mahu tampal ini2 dahulu :D

1st from cik najihah @ jiji najiy

thanx yarh.. kalau nak kasi tshirt btul2 pun bole gak, eheh :D

2nd from en. kimomoto kozaima

thanx jugak.. what a cute cat :D

so why am i single? (kena bagi 4 eh?)

1. "mak kata: belaja dulu sampai habis.... "
2. sebagai anak yang mendengar kata (blah ar :p), aku pun menurut perintah itu
3. aku kan masih belajar :p
4. belum habis belaja, haha

sungguh tiada sebab yang kritikal,
kemahiran KBKK untuk isu ini sedang tumpul, hahah :D

____________________________________________________

okey terima kasih kawan2 :D

sekarang nak buat review cerita yang aku tengok aritu
cerita bertajuk 'partition'
tajuk saja sudah menunjukkan 'pembahagian' which is merujuk negara India sana

cerita bermula dengan watak Gian Singh pergi perang dengan Andrew and Avtar di bawah British India Army
dia janji akan jaga Andrew (janji dengan Margaret, kakak Andrew)
but then janji tu tak dapat ditepati (nak tau kenapa, sila la tuntun :p)
then Gian balik ke India, taknak terlibat dengan perang2 lagi
tapi bagi Avtar, his friend.. still dengan 'jiwa pejuang' itu

then ada part kemasukan muslim (migrate) ke India
pembunuhan kejam beramai2 (call a massacre, right?)
ada satu family.. ayah, mak, dua anak laki and sorang anak perempuan
ayah nya terbunuh, anak perempuan tu plak lari untuk selamatkan diri

that girl named Naseem, was found by Gian
at first memang ramai yang tak suka that girl, memang kena sorok habis dalam rumah
cite cite cite :D diorang kawen, got a son called Vijay

tak lama lepas tu Margaret datang rumah diorang, kata dah jumpa keluarga Naseem kat Pakistan
(sebelum tu, Gian dah minta tolong.. tapi punya la lama pentadbiran diorang ni..
sampai orang dah ada anak baru jumpa :p)

kat sini la, things mula went wrong
konon nya, dalam masa sebulan, Naseem akan balik semula
tapi abang2 dia (Akbar and Zakir) kurung dia bila dapat tau dia dah kawin with a sikh

sebab dah lama sangat, Gian pun mula la jalan untuk cari Naseem
he disguised as a muslim (saya tak rasa dia masuk Islam cik milimilo)
[potong rambut and pakai kopiah, no more sikh turban]
untuk lepaskan diri kat sempadan itu
tapi tak lepas gak, sebab dokumen tak lengkap ape ntah
then curik2 masuk (macam PATI) dengan anak nya

kat sana, dia tinggalkan anaknya dengan Margaret, and cari Naseem
bila dah jumpa, still ada tentangan dari abang2 itu
Gian kena tangkap masuk jail, Naseem kena kurung lagi

then Gian buat keputusan nak ke kampung semula, for the sake of his son
in the same time, mak Naseem lepaskan Naseem.. for the love
then lari2 la mereka di stesen komuter :p, eh stesen keretapi itu
(aku bayangkan stesen komuter jek, haha)

kalau ini cite hindustan, mesti dah abis gitu
true love must live happily ever after
tapi ini bukan cite hindustan, walaupun berlatarkan India

kat stesen keretapi tu la, the tragic part happened
Akbar datang, cuba nak halang..
Gian terjatuh, and mati kena langgar keretapi

Naseem plak, dalam sedih2 tu.. kena lari dari abang dia lagi sorang, Zakir
so with Margaret's help, Naseem and Vijay (the son) naik keretapi
then the three of them lived in England



ini adalah print screen, babak2 last.. kristin kreuk sangat cun :D
(ala2 minah kisah kaisara tu pun ada)


bagi aku, cite ni takde la hebat sangat2.. a simple one (bagi aku)
a melodrama one, mahu masuk ala2 hindustan pun ada
ending dia plak, maybe ada orang tak suka.. ye la hero mati

tapi bagi aku (personal opinion), bagus gak ending macam ni
at least menunjukkan the real life
cinta itu bukan hanya bahagia semata-mata
cinta itu perlukan terlalu banyak pengorbanan, jiwa dan raga
okeyh2.. shut u 'pakar chenta tak bertauliah' :p haha

part agak syahdu bagi aku, bila melibatkan anak kecil tu
'babuji.. babuji..'
sangat syahdu, okey


kalau nak tengok the other side plak, mesti la ada part2 yang aku tak minat
contohnya macam nak menunjukkan Islam itu lemah (time massacre itu)
Islam itu penuh keganasan (time abang2 Naseem halang Gian)

but ada part lain jugak.. 'Islam tidak memaksa'
aku tidak rasa Gian peluk Islam (time die datang masjid and gunting rambut itu)
and pakcik itu juga tidak memaksa, tapi turut merasa apa yang Gian rasa..
and lain2 ialah penyatuan antara apa agama dan bangsa sekali pun
aku suka penerapan ini, not to be the secular
tapi Allah kan dah mencipta hamba2Nya dengan penuh kepelbagaian dan ketidaksamaan
dan dari itu lah kita belajar antara satu sama lain :D
(okey saya masih perlu banyak belajar)

______________

melihat India di dalam cerita ni, membuat aku ingin ke sana
(dream on... and do keep it and make it real..)
dalam cerita tu takde tunjuk Taj Mahal, tapi aku mahu ke sana
melihat satu seni bina yang diagungkan atas nama sebuah cinta


ambil di sini taj mahal

mahu tuntun movie itu?
klik bawah ni
moviesfoundonline: partition

p/s: aku bukan bagi review, tapi bagi jalan cerita.. haha :D
terlajak menaip panjang2 :p





*** making a list, of places to go..
a list yang akan jadi terlalu panjang
kerana mimpi aku juga terlalu banyak :D

Monday, April 13, 2009

tuntun muvie di pagi hari :p

it sounds crazy, i know :D
pagi-pagi suda tuntun movie..
nak wat cane, pagi2 la line wi-fi sangat clear.. no sangkut2
(what a best reason, right? haha lagi :p)

nak di jadikan cerita, semalam sangat la teringin nak dengar lagu ogy ahmad daud
lagu bertajuk 'kisah cinta'
(bukan sebab aku dah jatuh cinta or putus cinta.. just rindu mahu dengar saja :D)
so aku pun cari la kat youtube..
and ini yang aku dapat




dari situ la dapat movie yang di tuntun itu :D
partition (movie tahun 2007) tapi aku tak pernah tau pun, heh


ini movie orang putih, bukan bollywood

siapa berlakon?

mereka-mereka ini (pelakon utama je la eh :D)


jimi mistry and kristin kreuk

mereka2 jadi begini :D


a sikh and a pakistani girl.. that little boy was their son

best sangat ke?
mau baca review? nah amek ni
review from incik wikipedia
nak review dari aku? uwh nanti eh..
masih sedu sedan

haha tak kuasa nak sedu sedan :p..

aku nak dengar lagu itu lagi lar




~mengapa dunia kejam pada mereka yang bercinta
mengapa bercinta harus ada saja perpisahan
kisah cinta berakhir dengan penuh ratapan..
kisah cinta berakhir dengan penuh harapan..

kisah cinta..~

(gambar semua amek dari yahoo image.. no editing
so time kasih pacik yahoo :D)



**oit study la macik
sukati ko nak tengok2 movie eh
heheh :D
(study week sudah bermula)