Friday, January 08, 2010
after a week...
seminggu yang punya pelbagai rasa...
nervous...
kalut...
takut...
seronok...
dan yang paling pasti... PENAT...
banyak benda nak belajar, bermula dari zero, and hopefully will become a hero (tinggi cita-cita, heee)...
paling penat, nak menguruskan kelas, student form 4, 4 sains 2..
dengan hal nak tukar kelas (suruh je diorang nii refer kaunselor :p), yang datang dari sekolah lain, buku teks, segala macam borang, and lepas ni nanti hal-hal yuran pula..
diorang ni pula, nama je dah form 4, tapi segala benda nak kena diingatkan, nak disuruh, sabar je la...
tu pun 'cikgu, suruh la diorang susun meja' 'cikgu tetapkan la jadual bertugas' ...alamak ai, kalau la kerja saya ni jaga kelas je, bole la saya buat semua tu...
dan dalam masa seminggu ni juga, cuba mengenal cikgu-cikgu dan kakitangan sekolah (tak habis kenal lagi)...
kira lepas ni, boleh la nak cari siapa yang boleh dengar kita bercakap, siapa yang tak kisah dengan aduan, siapa yang hanya mahu bercakap tanpa pandangan kita, siapa yang boleh kita minta tolong, siapa yang akan buat taktau je pada kita.. segala siapa-siapa ini...
tapi tak kisah la, it's called diversity :D
students pula, memang macam-macam gaya... setakat ni kena ajar 5 kelas (2 kelas form 3, 3 kelas form 4), berat la juga rasa nya, tapi cuba je la...
kelas form 3, dapat yang tak berapa nak depan, minat belajar kurang... tapi kesian dengan yang nak belajar..
satu lagi, kelas pertengahan... yang ni, kalau boleh control satu kelompok students ni, the rest akan jadi ok.. dalam kelas ni, ada 4 orang muka-muka wanted, duduk depan tapi sangat la bising.. kalau diam pun, tak sampai lima minit...
untuk form 4, dua kelas fizik, setakat ni ok la.. kelas pertama, kategori sangat ok, senang nak ajar.. tapi yang takut sikit, bila diorang tanya then aku tak pasti jawapan nya, tapi kena buat gaya profesional la juga, heee... kelas kedua adalah kelas sendiri, taktau la nak kata ok ke tak...
sorang tu selalu dengan ayat 'seni, cikgu' 'fizik ni ada seni tak cikgu'
then aku stare kat dia 'cikgu, kenapa pandang saya?'
kawan dia jawab 'cikgu pandang secara seni'
sambil angguk 'ya seni' hahha semua kamu nak seni eh? kang tanya apa makna seni tu, baru la tau seni ke tak, huuu...
satu lagi kelas form 4, kena ajar sains.. rasa bagi arahan dekat form 3 lagi senang.. minta sediakan buku log, tapi macam-macam jenis buku yang diorang tanya... last-last kelua ayat 'ikut you all la, asalkan buku tu panjang' ...entah la, first impression macam tak berapa best untk kelas ni... minta-minta lepas ni, takde la segala perasaan tak elok ni, nanti susah aku nak mengajar, kalau asyik sakit hati...
tak cukup dengan segala kelas, then dapat lagi kerja yang bakal buat aku naik gila ;p
'ujian intervensi kedua nanti under awak eh?'
actually tak berapa faham lagi apa benda ni, hahha :p
dan nanti yang pasti untuk fizik form 4 (kalau ada ujian), muka ni la yang kena buat soalan, waaa mahu aku tak pecah kepala, dengan JSU nya, harap-harap ada la cikgu dulu tinggalkan....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment