mula dengan cerita kat sekolah sikit...
hari ni dah mula mengajar, ajar la sikit.. Physics for 4 science 1.. just nak bagi gambaran fizik tu macam mana.. actually satu cabaran la juga nak kena mengajar subjek ni sebab kat sekolah tu ada dua orang je guru fizik, saya (ting 4), dan lagi sorang cikgu untuk ting 5. actually cikgu ni kata takyah panggil akak, tapi rasa macam tak sedap pula, even beza setahun je :)
jadinya, pandai2 kami lah nak buat apa untuk subjek ni, hee...
untuk 4 sc 1 ni, tak susah la.. students baik, kita tak perlu pun nak jerit beria2, even diorang sangat ramai.. tadi pun ajar satu page je, nasib la juga ingat lagi, sebab memang takde masa pun nak study (alasan! update blog bole plak ;p)
4 sc 2 pula, taktau la lagi.. belum mengajar kelas ni, tapi setakat yang dah masuk untuk 2 hari ni (untuk pengurusan kelas), nampak macam ada groups.. ada yang nak belajar, ada yang separuh hati, macam tak pasti untuk berada di kelas sains, maybe..
tadi juga, masuk kelas form 3.. alamak ai, memang remind me of kelas form 2 masa practical dulu.. nasib la bila dapat kelas yang dah nak hujung2 ni, huu..
pengetua sekolah ni pula, sangat la rajinnya nak meronda, huu..
tadi da kantoi, heh.. masa kat kelas form 3, budak2 tu bising, tapi saya ada alasan di sini, pandai2 la nak hidup :D..
time kat 4 sc 1 tu la yang ok, siap mengajar lagi, macam tak percaya.. kalau ikutkan budak2, diorang ajak sembang2 je, tapi saya bagitau dulu 'kita belaja sikit la eh,kang pengetua round' hahha main aci tipu betul la cikgu ni :p ampun... jangan report eh
then on the way back, singgah ke POPULAR bookstore, cari buku rujukan...
nak ajar sains (form 3 & 4), mana la saya pandai.. lagi kalau tanya bab2 yang nak ke arah biologi tu, huuu lagi la tak berapa nak tau.. tapi apa pun, saya akan cuba :)
or sape nak diskaun ni, meh saya belikan.. saya tak dapat faedah apa pun, tapi kalau boleh tolong orang, apa salahnya...
masa dalam bookstore tu la, kena memupuk hati supaya bersabar...
bukan apa, bila tengok buku banyak2 ni, mula la rasa nak beli, tapi status kewangan tak berapa nak mengizinkan.. buat masa ni duit memang untuk tambang bas, makan kadang2, tu je la..
kalau ikutkan nak je ambil tadi, tapi tahankan juga, huu...
sebab terfikir satu agenda, yang buat saya tersenyum...
ini dia....
rasa macam can't wait anymore.. sebab masa ni la boleh cari buku sepuas hati, sesedap rasa..
time ni la kalau nak berjimat beli buku :D (hopefully masa ni dah ada duit la, hahha.. kalau tak kena buat loan dengan abang :p)
okeyh kena tanda tarikh ni, heee sabar azie..............
*** buku pinjam ritu tak habis baca lagi
due date minggu depan, huu..
kepala dah terbayang Kellerman's dari tadi
and nak try cari Grisham's too
due date minggu depan, huu..
kepala dah terbayang Kellerman's dari tadi
and nak try cari Grisham's too
No comments:
Post a Comment