Tuesday, January 19, 2010

new phase of life begin

life sekarang, memang sangat busy...
kadang rasa nak bernafas pun macam tak cukup udara, but thanks to the Almighty, the air tak pernah tak cukup, inhaled the oxygen, exhaled the carbon dioxide... central nervous system pun sekarang bekerja dengan baik, much better...
ape jenis intro ni? wahha ni la bile kena ngaja subjek sains, bila nak menulis pun dah keluar segala terms :p

kalau nak cerita pasal sekolah, memang agak serabut... penat dan segala macam perasaan..
lagi la bila kena deal dengan students yang malas nak belajar ni.. bukan nya tak reti, bila tanya boleh je jawab, even refer semula ke nota, tapi penyakit huruf M tu sangat la besarnya...

sekarang masuk minggu ketiga kat sekolah..
memang dah mula mengenal students, at least muka aku akan ingat, and kelas sendiri dah ingat most of the names... i'm trying to remember

dan minggu ketiga ni, aku dah mula kena ajar math untuk form 4 (kelas ni pun menguji tahap kesabaran juga)... sebelum ni sains, tapi dah di dropkan...
so sekarang, ada tiga subjek : fizik (2 kelas form4), sains (2 kelas form 3), and math (1 kelas form 4)... untuk fizik, insyaAllah takde masalah... yang paling masalah sekarang sains form 3 tu la, mungkin sebab subjek dan juga keadaan students nye...

jadi guru kelas pun buat aku pening kepala juga.. nanti dengan pertandingan kebersihan kelas la, itu la ini la... actually, last week kelas aku da kena sebab kitorang tak prepare ape2 untuk gotong-royong ari jumaat.. kalau ikutkan, memang dah pesan, tapi budak2 ni, semua nye la kena diingatkan selalu, sabarr la hati, huuu....
then hari sabtu, minta diorang datang sekolah, and kelas tu sekarang dah bertukar warna... rajin sangat diorang nak mengecat, hee.....
nanti la upload gambar diorang ni, semua nye dah jadi painter, interior designer, artist, event manager hari tu






No comments: