Saturday, January 30, 2010

selepas sebulan...

macam tak percaya, ulang alik, dah sebulan aku gi sekolah
(ayat gaya budak baru sekolah je :p)

macam2 experience dapat, dan yang paling nyata pengalaman dunia kerja yang langsung berbeza dengan masa2 yang telah aku lalui... penat, tension, tangisan, senyuman, semuanya ada... bergabung menjadi satu....

setakat ni, memang banyak lagi benda yang perlu aku belajar, masih bertatih...

last week, jumpa dengan ketua bidang sains math, sebelum tu lagi dia pesan 'bila2 free nanti, jumpa saya' actually agak cuak la juga, tetibe panggil... dia tanya macam mana dengan sekolah, dia tanya segala macam masalah, kalau ada...
alhamdulillah, dapat ketua bidang yang prihatin...

minggu yang baru ni pula, GPK HEM cari kat bilik guru, dia bagi tugas baru...
mula2 dia tanya 'u ada lain2 tugas khas?'
geleng kepala, ye la tugas aku pun guru kelas and guru pembantu untuk kelab & permainan je
'u ajar subjek ape?'
'sains, fizik, math'
'u should know bout computer, right?' sambil senyum
'boleh la' heee takkan nak cakap, ye sangat tau ;p
'so saya assign u as guru SSDM la'
time tu actually aku tengah kemas2 buku nak masuk kelas
'or u nak guru SPBT, mungkin lagi senang'
jawapan aku 'mana2 pun boleh' hahha sangat malas nak fikir
'i'll let u know later'
then aku masuk kelas, tak lama lepas tu dia bagitau, i was assigned for SSDM (sistem salahlaku disiplin murid)

ok la kerja dengan GPK HEM, kalau bidang tugas under GPK yang lain, mau serabut gak aku, heee
















No comments: