Sunday, February 28, 2010

low-profile :D

cuti tiga hari, tapi separuh kerja aku belum siap lagi
(ups kang masuk pula isu kerja lebih masa macam dalam paper baru ni :p)
:vv35.gif:
actually, kerja2 tu memang kena bawa balik rumah pun
kalau nak juga siap kat sekolah, alamatnye tak balik rumah la aku, hahha
mana nak terkejar dengan kelas 5 periods a day, then kerja2 sampingan
lesson plan, tanda buku, preparation untuk kelas segala (nota + latihan diorang)
so sape kate jadi cikgu ni senang?

:vv30.gif:duduk dalam bilik guru, kadang2 ada je suara yang ala2 pesimis
tapi aku sedaya boleh, cuba untuk membuang segala rasa itu :D
saya perlu jadi optimis, yeah go azie!
(you kan kata nak rock-the-world, heh)

planlist aku sekarang dah mula bertambah lagi
macam2 benda aku nak buat, hopefully aku punya segala masa dan tenaga untuk semua tu
dream on.. keep it.. make it real, azie!
(kadang2 memang kena bagi kata2 semangat untuk diri sendiri)
cuma sekarang ada satu kekangan, financially.. takpe la, tunggu je dulu :) :vv51.gif:

so sekarang dah genap dua bulan jadi cikgu sekolah, macam tak percaya pun ada
banyak benda kena belajar, daripada taktau apa2, sekarang mula tau
daripada taknak ambil tau, sampai la perlu tahu :D
tugas2 sampingan pun dah mula bertambah, tapi takpe kutip je semua
jadi la aku guru kelas, guru SSDM, penyelaras fizik F4, guru penolong utk kelab sains math dan badminton, s/u panitia sains, pen s/u utk ldp (school-based), and kalau nak tambah lagi, aku terima je la
malas nak banyak soal sebenarnya :p

but.. even da dua bulan aku kat situ, masih ada suara2
'cikgu baru ke?' ni boleh terima lagi, ada tu siap cakap camni 'tak pernah nampak pun'
hahha low-profile nye saya, sampai orang tak perasan kewujudan :p
and students pun ada yang keluar soalan ni 'cikgu, cikgu ajar petang eh?'
geleng2, aku tanya dia form berapa, form five
padan la, aku memang tak naik level Fivers ni.. relief? memang jarang dapat, huu

dan lagi satu soalan membunuh 'cik ke puan?'
adoi la, masih dalam krisis identiti cik-puan ini, hahha :p :vv53.gif:selalu je ada krisis-identiti ni, hahha
satu ari, dalam kelas form 3 ni, entah kenapa sorang budak ni duk panggil aku 'ustazah'
nak kate aku pakai tudung besar, tak pula, just typical je la, belit tak belit la :p
akak kedai buku pula kate camni 'macam mana la students nak takut, cikgu nye pun muka tak garang'
huuu muka tak garang ke? tapi rasa nye kalau dengan budak2 ni, kalau muka garang pun bukan diorang nak takut.. buang karan je :p
:vv58.gif:
kalau dengan students fizik lagi syok
habis kelas je ada la suara 'cikgu, kita keluar ar'
sampai keluar statement tak bole blah pun ada, nasib la tak guling2 ketawa dalam lab tuh
and ada gak yang konon cabar aku (main roller coaster je pun), diorang tak tau cikgu diorang ni sebenarnya lagi ganas, tengah tunggu nak register untuk extreme games je ni :p

sekarang ni kadang2 memang rasa macam berjalan pakai topeng je
tak ramai yang tahu perangai sebenar aku
as one of my friend said 'sekali pandang memang macam alim mualimah la, tapi bila da kenal takde makna nye segala ayu, sopan, lembut semua tuh'
hahha thanx untuk ko sebab tolong describe kan aku ni :p
and aku pun rasa masih selesa untuk terus pakai topeng berkenaan, hahha :p
:vv11.gif:



** soalan fizik belum taip lagi
tapi math da siap
cop, sains.. aku juga ke kena buat?
haisy tak bole jadi ni :p
:vv18.gif:

2 comments:

AzuanBudakMemandai said...

pakai topeng ala ala kluang man ke huhuuu

aku lagi la..satu assignment x siap masa cuti nie huhuuu

mademoiselle azieshakespeare said...

lebih kurang la kot, hahha :p
keje.. ada je la bersambung nye