Thursday, October 07, 2010

etika penjual insurans

lepas ni, tak payah guna bank lagi!
simpan je duit-duit yang ada dalam tin biskut
kalau agak2 takut hilang, dapat duit terus shopping sampai tinggal kosong sen..

ok, saya agak geram sebenarnya!
mungkin bukan 'agak', tapi sangat geram sebenar-benarnya..

ceritanya macam ni, saya dapat satu panggilan..
pengenalan macam biasa, then pergi pada agenda utama
nak kenalkan satu insurans ni (tak perlulah diberitahu)
dia pun cerita, cerita dan terus lah bercerita.. saya pula hanya mengiyakan je la..
sampai satu point, dia minta alamat, no ic etc..
saya pula 'eh bila masa pula aku kata nak?' dalam hati la

saya beritahu la dia, sebenarnya saya tak berapa nak percaya dengan call macam ni..
dia pun mula la kata pasal dia punya cara approach tu.
dan saya masih mempertahankan cara tradisi saya, tak percaya dengan cara itu
dia pula berkata 'sebagai cikgu, cik perlu tahu tentang cara ini' bla3
ewaah sesedap rasa mulut berkata.. seakan mengatakan cikgu takde pengetahuan am je..

oleh kerana saya masih berkeras, dia pun bagi kat encik-supervisor pula..
saya dah rasa mula rasa semacam, main pass2 pula.. tak boleh deal dengan customer ke?

encik-supervisor (SV) pun mula berkata-kata, saya pun bercerita la apa yang saya pendam
tiba-tiba encik-SV kata 'kenapa cik tinggikan suara dengan saya?'
eh? kau nak aku cakap lemah gemalai? dengan entah lelaki mana ni
kalau dengan perempuan, yes la kan.. sopan santun, gaya bercakap dengan bakal mak mertua :p
tapi encik-encik ini adalah lelaki!
pssst: saya kadang-kadang bercakap memang sound agak kuat, terbiasa cakap kuat dengan students agaknya, heee....

saya mula rasa cool down, bila menaip ini :)

tapi cerita belum habis..
encik-SV pula bercerita tentang insurans tadi
saya masih pertahankan cara saya..
akhirnya dia bertanya 'cik selalu kena tipu ke?'
saya kata lah, ni sebagai langkah berjaga-jaga.. ye la, kita tak pernah tahu pun, kan?
dan dia bole kata macam ni 'kalau kita selalu menipu, kita senang kena tipu' lebih kurang macam ni la..
ewaaah sedap betul mulut dia kan? seakan mengatakan saya ini penipu

macam tu rupanya etika penjual insurans, eisy2..

dan ayat akhirnya, 'kalau cik tak percayakan khidmat bank, jangan guna bank'
walaupun dituturkan dengan penuh kelembutan, namun ayatnya berbisa..
sebab tu saya katakan di awal entry, lepas ni kita simpan duit dalam tin biskut je la

saya bersabar je masa mereka-mereka ini menelefon, saya dengarkan saja..
padahal kepala rasa nak meletup, tapi saya cuba bertahan
saya nak tengok macam mana cara orang-orang ni deal dengan bakal client
tapi ceritanya berakhir dengan encik-SV terus meletakkan telefon dengan ayat akhir tadi

huu itu baru deal dengan orang yang banyak diam macam saya

kepada encik penjual insurans,
anda berhadapan dengan bakal-bakal dan client yang bermacam ragam
cara anda menangani mereka sangat mempengaruhi
dan encik2 penjual inisurans ini mengingatkan saya pada tugas seharian saya
berhadapan dan melayani client-client muda yang lebih banyak ragamnya, lebih banyak emosinya..
kalau tiada sabar, siapa pun tidak dapat bertahan.. selagi klien itu bernama manusia..



p/s: selepas panggilan itu, saya semak semula secara online apa yang diperkatakan
ya, memang ada.. tapi saya telah tawar hati, kerana cara mereka
p/p/s: sebenarnya saya dah ada insurans pun, dengan dua pihak lagi
dan dua-dua nya melayan klien dengan sangat bagus.. i can give them thumbs up :)
yang seorang tu, agak tidak banyak cakap, tapi kerja dia diperakui bagus
seorang lagi, setiap kali jumpa memang tak lupa menegur, mengusik.. ucapkan 'happy birthday' 'selamat hari raya' macam ini kan bagus...
oh saya mahu jadi penjual insurans yang bagus untuk klien-klien saya :)

cerita di sekolah akan menyusul kemudian, insyaAllah :D






**sedang menunggu satu panggilan
saya terlepas panggilan itu kerana menonton video addmath
saya rasa agak terkilan sebenarnya
dah lama tunggu, tapi jadi macam ni pula..
rasa macam nak turn back the time
tapi tak boleh, kan?
jadi saya berharap panggilan seterusnya akan segera tiba
please.... i'm waiting, right here...

4 comments:

Mohd Nasri Md. Nasir said...

kt buah hati xkn tggikn suare pny la..hehe

Eazy Izzuddin said...

hype..
d mana kamo menghilang

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
mademoiselle azieshakespeare said...

Mohd Nasri Md. Nasir
> eh.. siapa kah? hee

Eazy Izzuddin
> ada-ada, di sini :)