Saturday, March 19, 2011

tahun kedua

Bismillahirrahmanirrahim.. 

hi readers! 
(eh, optimisnya kamu.. macam ada reader je lagi, huu) 
dua bulan lebih blog tak berupdate, jadi kali ni akan diusahakan supaya entry ni di-publish, bukan di-save menjadi himpunan drafts yang tiada sambungan :) 

kenapa tegar nak menaip? 
sebab ada yang sudah bertanya, di suatu petang (ke malam ye kamu? saya ada memory-problem sikit) 
'blog kamu tak update' lebih kurang macam ni la ayat nya.. 
dan saya, agak blushed.. dalam hati 'ko baca blog mengarut aku? kenapa????' eurghh over :p

ok la, ini untuk kamu, juga kamu-kamu yang lain.. ada masa saya akan menaip lagi.. insyaAllah..

i need the new eye, yg ini sudah agak blur..


tahun kedua..
tahun kedua bekerja (mungkin juga akan menjadi tahun kedua blog tidak produktif)

tahun yang lebih mencabar, segala rasa bercampur, namun masih belum lengkap
seperti makan ABC tanpa ais (metafora terlebih), means ramuan utama masih belum ada
masih banyak yang perlu dipelajari, dilalui, hadam dan telan semuanya..

tahun ni banyak tanggungjawab yang perlu digalas
susah hati sebenarnya, kerana perlu tanggung dan bila sampai masa perlu dijawab pula..
tahun ni juga banyak perancangan dibuat, untuk diri dan orang keliling (mereka mungkin tidak tahu, dan biarlah menjadi rahsia saya buat masa ini)

untuk entry ni, saya ceritakan 2 tanggungjawab saja, core-business tahun kedua :)

1. guru kelas
last year pun jadi guru kelas, tapi kelas depan
tahun ni, kelas tak berapa nak depan.. terima je la.. even mula-mula tu memang rasa agak down juga.. tapi day by days Tuhan mudahkan urusan, alhamdulillah..
kelas ni memang istimewa, salah sikit dia naik suara bukan satu oktaf, tapi beroktaf-oktaf..
bad words tu memang dah bahasa harian diorang, kadang memang kena pekakkan je telinga..
perlu bersabar, dan ajar mereka bersabar (every single days)
and the boys pula, ramai atlet (bukan acara padang, tapi acara lari keluar dari sekolah)
apa pun, saya perlu bersyukur kerana ketua dan penolong banyak membantu

2. tiga kelas SPM
tahun ni juga kena ajar 3 kelas tingkatan 5 (bukan 5 kelas tingkatan 3 ok) + 1 kelas matematik ting.4
kelas-kelas SPM ni, saya ajar fizik (2 kelas) dan matematik (kelas kesayangan di atas tadi :p)
nak kejar syllabus, nak prepare the exercises, past-year exam's questions, semua nak kena study lagi
then dah mula dengan extra class, every friday evening untuk physics' students
lepas cuti ni, maybe akan mula kelas math pula, atas permintaan students (agak malas sebenarnya di sini, tapi students dah asyik tanya, mula la rasa ala-ala tak best)

cabaran mengajar mereka ni
kelas-kelas fizik, nak bagi mereka faham the terms, what they need to master, in the same time nak juga buat aktiviti berkaitan (banyak ke masa untuk saya ni?)
kadang-kadang kena berkeras dengan mereka, dan kadang-kadang perlu menjawab soalan dari mereka
(selalu la bawa soalan dari tuisyen, dalam hati 'tanya la cikgu tuisyen tu' hahha :p)
kelas-kelas matematik pula, sebaliknya..
first test, takde yang lulus (rasa belum berjaya, tolong saya)
tapi saya dah nampak muka-muka yang boleh digilap, dan saya berharap saya punya masa yang cukup untuk menggilap mereka


sekian saja, cerita tahun kedua di bulan ketiga, hahha..
oh, cuti seminggu ni, cuba menyiapkan side project saya, but sad to say just finished 1/6, thought that i need 5 weeks more of holiday, heee.....

and sebelum habis (dah mula, susah pula nak stop)
saya nak kasi satu link video *bole klik*, ni kat FB, and worth a watch
dan juga, sudah baca supermoon? *juga sila klik* saya tidak rajin untuk menaip lagi :)
p/s: all prayers go for Japan, forget the past, just pray for the better tomorrow, for them and all of us







*** tahun kedua
adakah cerita hati akan mula berkembang?
saya tidak punya jawapan.. 
jadi kamu, jangan lah bertanya
kalau mahu, sila nyatakan sahaja
nanti kita deal borang-borang yanng perlu diisi 

*** okey azie, sila stop sekarang..  
:))

2 comments:

Mohd Nasri said...

bila kerja banyak..
mmg malas nk update blog..hehe

mademoiselle azieshakespeare said...

betul, betul..
berapa kali buka dashboard tu, tapi sampai situ je la.. tak bertaip entry, hee