hari ini bermula dengan segala perkara yang serba tak kena, semua pun macam tak menjadi, ada je yang salah, serius rasa nak give up sungguh-sungguh dah tadi..
dengan students yang sangat banyak cerita, buat tak tahu saya yang berkobar-kobar mahu mengajar, dengan pencacai kelas lagi (dah ada kawan yang bersihkan, dia lagi mau kotorkan pula,
dan hal-hal luar sekolah pun ada, yang paling mengganggu fikiran ialah bout my application for-the-future,
dokumen sokongan perlu submit sebelum 5th july, dan pengetua tiada di sekolah sampai tarikh tu, mana saya nak amek tandatangan untuk surat sokongan majikan?
memang dah rasa nak quit je, malas dah nak teruskan, rasa nak tunggu lain masa je, serius tak boleh senyum bila fikirkan. tapi dalam hati terus berdoa 'ya Allah, permudahkan segalanya..'
tapi entah macam mana malam ni, semangat tu datang semula, tapi memang dah fikir nak tengok page lain je..
tapi, takdirNya Allah bukakan hati untuk buka page tu juga, dan.. ya Allah ini sungguh-sungguh memberi senyuman kepada saya di tengah malam ini :)
tersenyum lebar baca kotak atas page itu 'tarikh tutup permohonan dilanjutkan sehingga 15 julai 2012'
Alhamdulillah.. apa lagi yang mampu saya katakan? senyum lebar itu sudah pastilah, kan :)
dan sekarang, akan teruskan berdoa supaya Allah memudahkan segala urusan, ameen..
No comments:
Post a Comment