Sunday, September 02, 2012

heartthrob

bismillahirrahmanirrahim..

first, saya memang tidak lagi punya komitmen untuk menaip disini, seperti suatu masa dulu
i've no concrete reasons, cuma saya mahu mengurangkan kebergantungan kepada dunia maya (mungkin?)

suku akhir 2012 mula singgah, terlalu banyak perkara yang dirancang, namun masih lagi tidak tercapai..

ok, back to the title
(gi mana mau di explain? hee..)

dia lelaki yang berjaya membuat jantung saya berdebar
thinking about him will make me smile (like now :p)
bila dia tegur, saya akan buat-buat tak tahu, angguk ia tak ia saja
when he looked at me, i'll try to look at somewhere else
dan, saya akan sedaya upaya tidak mendekati mejanya bila melintas

dua perlawaannya telah saya tolak (kerana saya merasakan ia hanya berbahasa)
satu janji saya padanya, belum lagi ditunaikan

dan yang paling pasti, rasa ini hanya akan terus disimpan :)
tidak mungkin dia tahu, dia tidak perlu tahu
kerana adanya jurang yang teramat besar dan luas antara kita..
 

Wednesday, July 04, 2012

alhamdulillah..

bismillahirrahmanirrahim...

hari ini bermula dengan segala perkara yang serba tak kena, semua pun macam tak menjadi, ada je yang salah, serius rasa nak give up sungguh-sungguh dah tadi..
dengan students yang sangat banyak cerita, buat tak tahu saya yang berkobar-kobar mahu mengajar, dengan pencacai kelas lagi (dah ada kawan yang bersihkan, dia lagi mau kotorkan pula, damn!), dan lagi fikir nak kena hafal step senamrobik untuk next week, nak jumpa parents lagi esok, pening kepala dan serabut

dan hal-hal luar sekolah pun ada, yang paling mengganggu fikiran ialah bout my application for-the-future,
dokumen sokongan perlu submit sebelum 5th july, dan pengetua tiada di sekolah sampai tarikh tu, mana saya nak amek tandatangan untuk surat sokongan majikan?
memang dah rasa nak quit je, malas dah nak teruskan, rasa nak tunggu lain masa je, serius tak boleh senyum bila fikirkan. tapi dalam hati terus berdoa 'ya Allah, permudahkan segalanya..'

tapi entah macam mana malam ni, semangat tu datang semula, tapi memang dah fikir nak tengok page lain je..
tapi, takdirNya Allah bukakan hati untuk buka page tu juga, dan.. ya Allah ini sungguh-sungguh memberi senyuman kepada saya di tengah malam ini :)
tersenyum lebar baca kotak atas page itu 'tarikh tutup permohonan dilanjutkan sehingga 15 julai 2012'


Alhamdulillah.. apa lagi yang mampu saya katakan? senyum lebar itu sudah pastilah, kan :)

dan sekarang, akan teruskan berdoa supaya Allah memudahkan segala urusan, ameen..  


Monday, July 02, 2012

30th june 2012

bismillahirrahmanirrahim..

sabtu, 30 jun 2012 
seawal 6.30 pagi, sudah berkumpul 
untuk ke satu event tahunan sekolah, dan tahun ni buat jauh sikit dari sekolah. 

semalam, di sini 

kejohanan olahraga tahunan kali ke 22 / 2012
takde apa pun nak ditaipkan (kah3), dan masih menunggu gamba2 dari editorial board

oh ye, that day saya terpaksa-rela joined the aktiviti guru
tak tahu la siapa yang memberi nama, dan i was the only lady for red group, ouch..
be the first runner for the group, and we were the winner, oh yeah :)

dan selepas itu, i realized that 'saya masih boleh berlari, belum pancit lagi' sebab alhamdulillah saya tidak mengalami lenguh2 or sakit kaki pun
dan saya mula merasakan mahu berlari lebih jauh lagi, tapi ada ke larian kategori bawah 30, heee...
dan mula terasa rugi mengingatkan kembali saat saya menolak untuk berlari semasa di kampus dulu, hmm..


oh btw, hari ni cuti :)
dan esok (selasa) akan kembali ke sekolah dengan kerja2 menimbun
because rabu adalah hari bertemu waris (ambil report card) dan next week pula ada tetamu luar akan datang ke sekolah, juga ada senamrobik 1 malaysia..
juga bermulalah hari-hari untuk menyediakan pelajar-pelajar untuk ambil peperiksaan penting, SPM
(saya mula akan jadi super nervous semula seperti akan bersama ambil SPM, tapi tahun ni kurang sikit kot sebab takde kelas fizik, hee)