Sunday, March 01, 2009

mengenal erti pemikiran

sebelum ni ada aku sebut tentang pembahagian otak

so here's just an introduction, the rest nanti la.. aku malas nak edit, (ni pun aku copy paste jek) eheh ;p


tajuk:

HUBUNGAN ANTARA PEMIKIRAN KRITIKAL PELAJAR TINGKATAN EMPAT DENGAN ALIRAN (SAINS ATAU BUKAN SAINS) DAN BANGSA (MELAYU, CINA, INDIA DAN LAIN-LAIN)

Apabila kita berbicara tentang pemikiran, kita akan mengaitkannnya dengan otak. Dalam kata lain, otak adalah instrumen berfikir. Otak pula terbahagi kepada dua bahagian, iaitu otak kiri dan otak kanan. Otak kiri dominan kepada fungsi melihat perkara-perkara terperinci, fakta, perkataan, nombor-nombor dan mengikut urutan iaitu linear. Otak kanan pula menguasai fungsi melihat gambaran menyeluruh, serentak, melihat gambar, dan spontan (Maimunah 2004).

Pelajar-pelajar yang mengikuti aliran sains dikatakan cenderung menggunakan otak kiri, manakala pelajar aliran bukan sains pula cenderung menggunakan otak kanan. Ini membawa kepada kesimpulan bahawa pemikiran pelajar aliran sains adalah lebih kritikal daripada pelajar aliran bukan sains. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif telah diterapkan di dalam matapelajaran-matapelajaran di sekolah. Rosli (2001) menyatakan kemahiran berfikir sebagai asas untuk membangunkan minda pelajar dan perlu menjadi satu agenda yang serius supaya transformasi pendidikan dapat dilakukan.

Selain penerapan di dalam kelas, tahap pemikiran pelajar juga dipengaruhi oleh keadaan sekitarnya dan juga pengalaman seharian yang dilalui. Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang terdiri daripada pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain. Lingkungan di dalam proses pembesaran seseorang ini juga menjadi salah satu penyumbang kepada faktor berbezanya pemikiran kritikal mereka.



** oh ya... sila kreditkan kan siapa yang menulis

untuk mengelak aktiviti plagiat berleluasa

ini aku punya, so paham2 la kan ;)

(bajet ada orang nak rujuk kat dia, ahahah ;D)

tapi siyes aku penat buat benda ni...

No comments: