Saturday, March 07, 2009

orang muda, teruskan berfikir... masih tentang buku?


orang muda,
kamu aset penting...
kepada negara, masyarakat, keluarga juga diri kamu sendiri
orang muda,
kamu punya pilihan...
antara yang baik atau yang buruk, untuk kehidupan kamu
jangan mudah terpengaruh, wahai orang muda
orang muda,
darah kamu sentiasa mendidih...
tapi kamu harus tahu bagaimana perlu sentiasa berlapang dada

:
:
owh aku antara orang muda tersebut,
jadi nasihat itu (boleh ke sebut sebagai nasihat?)
dituju khas buat diri sendiri
dan kamu insan2 berjiwa muda yang membaca ini :D..
:
beberapa hari ni, banyak situasi (sambil nyanyi lagu bunkface) yang membuatkan aku kerap berfikir
dari isu yang besar hingga isu peribadi yang halus
semuanya membuat bahagian kiri dan kanan bertingkah rasa
membuat aku menjeruk rasa-rasa yang aneh
tapi sering nya, aku cuba untuk tidak mendedahkan rasa-rasa itu ;p
(taknak la obvious sangat, eheh)




sekarang sedang menyibuk dengan buku-buku,
cari isi untuk pameran bulan april nanti..
(kami buat pasal orang asli jakun, sangat kekurangan sumber)
terpaksa bermastautin di library (aku suka ini, tak ape ;D)
menelaah buku 'tamadun melayu' dan 'kajian budaya dan masyarakat melayu'
buku-buku ini membuat aku terus-terusan berfikir tentang isu yang besar
dalam masa yang sama, aku belek-belek buku bertajuk
'budaya kreativiti -pameran seratus tahun hadiah nobel'
sambil berfikir, boleh tak aku nak anugerah nobel tu, eheheh ;p


p/s: novel laskar pelangi tu sebenarnya one of the tetralogy (4 siri semuanya)
ada lagi dua, nanti aku ceritakan... bagus juga :)
yang keempat masih belum ada di sini, aku masih menunggu
dan tentang my chilhood memories, tengok la...
kalau rajin, nanti2 aku ceritakan :D




*** terdengar kata-kata Datuk Seri Dr. Rais Yatim
'kuasa itu seperti permata'
'kuasa itu boleh memabukkan'
'kuasa itu boleh melupakan 'aku' '

perkara 152 perlembagaan persekutuan
sila jangan malas untuk berfikir :p
(nasihat untuk diri sendiri)



3 comments:

Cikgu Ije said...

chaiyok2! ije pun nak rajin berfikir! =)

Anonymous said...

untuk orang muda remaja mcm pj ke ni?
hehe

mademoiselle azieshakespeare said...

ijechan > yarh mari kita mula berfikir :)

PJ selamba > kalau rasa muda,
ya silakan, eheheh ;p