Saturday, March 07, 2009

the magic of childhood memories


kamu pernah dengar lagu nidji bertajuk 'laskar pelangi'?
lagu itu diadaptasi dari novel ini yang juga telah difilemkan di sana
(filem kalau tak silap, aku kurang pasti)



this is the novel, written by andrea hirata..
it's a book by indonesian, but we can find here, translated in our language
by PTS Litera Utama..
aku beli on 10/1/09, and da baca beberapa kali
it's a nice story to read..

novel ni bercerita tentang sekumpulan anak kecil yang berusaha untuk menimba ilmu.. kepolosan jiwa mereka, kejujuran kata-kata dan segalanya tentang anak kecil..
bercerita tentang watak bernama 'ikal',
refleksi diri penulis itu sendiri dan teman-temannya yang lain

dimulai dengan bab 'sepuluh anak baru'
yang ini sangat mengaharukan aku.. berapa kali ulang baca pun, still nak bergenang kat mata
(hiks... sungguh menyentuh perasaan, mungkin kerana cara persembahannya)
bercerita tentang guru mereka, Ibu Muslimah Hafsari..
yang risau sekiranya sekolah kampung tersebut, sekolah Muhammadiyah terpaksa ditutup kerana perlu memenuhkan kuota sekurang-kurangnya 10 orang..
masa itu yang ada hanyalah sembilan orang..
mereka menunggu sampai kehabisan waktu yang ditetapkan, tibalah seorang anak yang terbelengu di dalam tubuh dewasa bernama harun..
harun merupakan pelajar berkeperluan khas, tetapi tidak dapat dihantar ke sekolah khas kerana jarak yang jauh dan kesempitan hidup mereka..

cerita diteruskan dengan watak-watak luar biasa seperti 'lintang' dan 'mahar'
lintang seorang pelajar yang rumahnya paling jauh dari sekolah berkenaan,
berbasikal berulang-alik sejauh 20 kilometer, yang kadang-kala hanya sempat untuk menyanyikan lagu negeri pada akhir waktu sekolah...
beliau cerdas otak kirinya, cepat menangkap ilmu2 berkaitan sains

mahar pula sebaliknya, lebih dominan kepada otak kanan
berikan sahaja kesenian dan ilmu berkaitan kepadanya.. itu kekuatannya
kekuatan dan bakat yang ditemukan dalam satu situasi nasib yang tidak diduga...

bagi aku, plot dan penceritaan novel ni agak kuat, dan boleh dibanggakan
watak yang aku kagumi tentu sekali guru-guru mereka
'Ibu Muslimah Hafsari' dan 'Bapak Harfan Effendy Noor'
mereka guru-guru berjiwa kental, lembut hatinya pada anak-anak



membaca novel ini mengingatkan aku pada zaman kanak-kanak yang telah jauh aku tinggalkan
ada kesusahan di situ, ada tangisan di situ, ada senyum tawa.. juga di situ..
i was raised up by my aunt (tak ramai kawan sek.men yang tau this fact)
mak sedara yang layan aku macam anak sendiri, aku bersyukur untuk ini..
i've gone through nights with million drops of tears because the feelings of missing
(can you imagine how a little girl miss her mom so much?)
those time.. which i just can hear her voice, but can't see her
semua ni menguatkan hati aku
*malas arh nak cite ;p*


eyp, nanti kamu baca la novel tu eh... best :D




5 comments:

Cikgu Ije said...

cambest lak novel ni. dah lama x baca novel. insyaAllah boleh try cari nt kat bookstore. ehe. thx!

jiji najiy said...

suda lama tidak membeli+baca novel..
las bli lasyer maybe.. damya hanna



p/s :
bout ur mom, sorry to hear that

mademoiselle azieshakespeare said...

ijechan > memang best, cari la... eheh ;D

jiji najiy > damya hanna? suda lame tak bc novel2 sebegitu, ehehe
p/s: no need to feel sorry, xde ape pown :)

cm said...

macam best je..kena pergi cari nih.
akak memang gila novel..ttpi skrg slow skit..masa terlalu cemburu...

mademoiselle azieshakespeare said...

cikgu_math > best kak, cari la...
saya da ulang baca :D