Wednesday, April 22, 2009

ambil pensil.. ambil kertas..


First of all,
nak say thanx dulu untuk kamu-kamu semua. Kamu-kamu istimewa bagi aku (ini adalah rasa yang aku rasa).
Tanpa kamu, mungkin aku tidak akan mengetuk lagi di papan kekunci usang ini. Aku senang berbicara di sini, rant anything I want. Biarlah apa pun, aku senang di sini, walau kamu hanyalah orang asing bagi aku.


'there're times when strangers are like friends, and friends are like strangers'
(pinjam ayat ini dari Hlovate, tapi dia guna family bukan friends)


Dan aku telah tuliskan ini, mungkin untuk diri sendiri. Tapi aku mahu kongsikan dengan kamu :D



Kalau Kau Tak Mahu Caci Benci Dunia

I

Kalau kau tak mahu caci benci dunia...
Sorokkan wajahmu
Dari pandangan manusia

Kalau kau tak mahu caci benci dunia...
Larikan dirimu
Ke satu gua terdalam

Kalau kau tak mahu caci benci dunia...
Terbang tinggi
Jangan pernah pulang
Ke planet terjauh

Di mana kau takkan jumpa
makhluk bernama manusia...


II

Tapi..
Adakah mampu untuk kau menutup wajah?
Sedangkan itu yang dipandang dahulu
Walau hanya sepasang mata di sebalik niqab

Tapi..
Adakah makhluk gua tak akan mencacimu?
Mereka juga sama, walau dalam bahasa mereka
Kau tetap dipandang

Tapi..
Adakah kau pasti?
Manusia tidak akan mengejimu
Membawa diri ke planet terjauh
Bukanlah pilihan yang bijak


III

Kalau kau tak mahu caci benci dunia..
Teruslah tabah untuk merentas
Teruslah tegak untuk meredah
Teruslah mara menuju jalan depan

Kau takkan dapat lari
dari caci benci itu
Kerana dunia perlukan kau
Seperti mana kau perlukan caci benci
Untuk kau bergerak
Walau dengan sepasang kaki
Bersendiri....

(azieshakespeare.. 22 Apr '09.. 2.22 pm)



mulanya aku tulis 'caci maki dunia' tapi ada rasa tak sesuai


Aku tulis untaian kata ini (aku tidak rasa ini puisi) sebelum aku keluar dari bilik, untuk jawab my first exam paper. Ambil pensil, tarik buku kecil, terus laju menulis.. Just flow.. Tak rancang pun, tengok-tengok dah tiga muka aku tulis (wakil dengan nombor I, II dan III itu).

Kadang-kadang memang aku rasa aku salah bidang, entah kenapa aku minat benda-benda macam ni. Membina ayat-ayat yang kadang-kadang orang tak faham. Yang ini aku kira agak straight forward, agak mudah untuk difahami :D Walau mungkin akan ada bahagian yang mana interpretasi kamu berbeda dengan niat asal penulisan aku.


Nanti aku ceritakan tentang first paper itu pula. Sangat sangat la blur, eheh :p
Untuk cerita 'perasaan yang membungkam' itu, tengok la.. Kalau aku rasa nak cerita, aku cerita kan.. Kalau tak, biarlah ada di satu sudut lain :D


p/s: sorry... kesian kamu-kamu... kena baca cerita hati yang tak seronok
2 p/s: nanti aku singgah-singgah di blog kamu eh, mungkin pagi esok.. malam ni ada hal lain yang perlu ditumpukan.. sorry..






*** From a distance
You look like my friend

Even though we are at war

(from a distance - Bette Midler)



2 comments: