Wednesday, April 29, 2009

time-warp

'kak, last paper bila'
'paper kaunseling nanti' ... 'bila habis?'
'7hb.. lepas tu terus nak pergi praktikum'
'sekolah mana?'
'sekolah teknik (area selangor)'
'okey la tu, rumah nya dapat dah?'
'duduk rumah warden'
'senang la, tak payah fikir pasal kenderaan dah, kan'
'hurm.. kak, banyak guna duit tak akak dulu'
'banyak gak la... alah nanti rasa la macam mana'

*dialog lebih kurang antara aku dengan junior third year blok aku*
kat blok aku ada dua orang third year sama fakulti dengan aku, sorang ni memang rajin menanya, sorang lagi jarang-jarang except bila nak pinjam buku :D

and the dialog remind me of last year, 2008
[ini entry separa sentimental]
Dengan oldies songs kat telinga, aku cuba kembali ke setahun yang lepas.. time-warp

_________________________________________________


Kami berpraktikal dalam semester tiga, tahun tiga. Habis praktikal, kami akan sambung study lagi setahun, untuk cukupkan empat tahun.

Last year was my time. Aku dapat sekolah sukan di negeri 33. Kami semua enam orang, ramai tak ramai la (3 pendidikan sains, 3 lagi pendidikan Islam dan al-Quran). Ramai gak yang jealous sebabnya yang budak sains bertiga ni memang dah kenal and agak rapat kat sini, heh (mana nak tau dapat sama, kitorang tak plan pun except aku ngan sorang membe tu je).


Sekolah ni tak semua student duduk asrama. Asrama dikhaskan untuk budak-budak sukan dan yang rumah agak jauh. Kami try minta rumah warden, tapi taktau la kenapa pengetua tu poyo sangat, susah nak bagi. So decide stay je la kat rumah sewa tu, agak jauh dari sekolah sebenarnya, and disebabkan tu tak banyak aktiviti yang boleh kami buat. Pagi-pagi pergi sekolah naik bas (kelakar pun ada rasanya, ye la zaman aku sekolah dulu mana pernah aku pergi sekolah naik bas.. haha :D)

Kat sekolah tu aku kena ajar subjek Matematik untuk form 2 and form 4. Aku tak dapat subjek Fizik, dah bagi kat member aku (kelas sains ada satu je), tak pe la.. Kelas-kelas yang aku dapat most of the students memang aktif dengan sukan: bola sepak, hoki, acara padang etc.



Mula dengan kelas form 2, kelas 2 Syukur. Kelas yang agak bermasalah untuk aku. Budak-budak ni memang majoriti macam tak berapa minat nak belajar, kesian dengan yang duduk depan and nak belajar. Ada sorang tak penah masuk kelas aku, sampai aku kena mengadu dengan guru pembimbing aku (actually taknak mengadu, tapi terpaksa).
Ada yang sedap tidur. And banyaknya badan dalam kelas, tapi fikiran dah melayang ke mana-mana.

Kelas ni agak ramai (which aku agak tidak berkenaan la). Girls ada satu baris, boys pula tiga baris. Kalau takde cikgu, memang kelas tu macam pasar, dah la duduk dekat hujung bangunan plak tu. Tapi bila aku masuk, suara aku boleh lawan semua, haha gila kuat tak kuat la.

Kelas ni kalau aku ajar dalam bahasa Inggeris, memang berabuk la aku cakap sorang-sorang. Penat pun ada, susah nak ajar. Last-last aku kurangkan sesi mengajar, bagi soalan kat diorang. Mula-mula explain, lepas tu bagi soalan aku guide. Tak semua juga yang ikut, tapi better la dari awal-awal tu.

Macam-macam cerita dalam kelas ni sebenarnya. Ada yang 'cikgu, kalau kami panggil cikgu kakak boleh tak?' aku buat taktau je. Ada sekali tu 'madam, soalan ni macam mana ye?' 'oi cikgu muda lagi la, ada plak madam' kawan sebelah tegur 'eh sorry-sorry, tadi kelas BI dengan madam' aku senyum je, macam-macam.

Girls diorang tak banyak masalah sangat, tapi agak manja (biasa la budak perempuan). 'cikgu, dia ambil pen saya', 'cikgu, tengok ni'. Sudah form 2 pun still nak mengadu :D


cikgu mereka sudah tenggelam.. time ni ada yang dah balik, aku lambat naik atas


Form 4 pula, kelas 4 Hidayah. Kelas yang panas, sebab kipas depan tak boleh berfungsi, dah la tu lampu kena pasang sampai tengahari, kelas ni gelap. Diorang tak ramai, so senang sikit bagi aku, lagipun diorang dah besar. Tapi besar-besar pun, tetap ada yang manja (nama pun bawah umur lagi :p).

Masa mula-mula masuk kelas ni, aku tersalah volume (terbawa volume kelas form 2), sampai dengar suara 'kuatnya suara cikgu ni'. Aku slow kan sikit, sikit je la pun :p.

Dengan diorang kena ada aktiviti berkumpulan, kalau ajar-ajar-ajar diorang melangut je. Seronok tengok diorang lumba-lumba nak siapkan soalan and tampal kat depan cepat-cepat. Time aku suruh explain, semua diam, cheit :p


ada membe kata, bila aku berdiri berdua dengan boys, dah gaya pakwe aku, haha :p


Minggu terakhir kat sana, agak sayu dan syahdu, but in the same time seronok juga, boleh lepas dari diorang, haha :p. Minggu terakhir tu juga aku jadi drama queen, aku buat kes, heh ingat students je bole buat kes? Okey tutup fail itu, hopefully takde yang gatal mulut mahu sebut, haha tapi best weyh :D

Minggu terakhir tu kami buat jamuan sikit kat rumah sewa. Ajak students semua, ramai la juga. Kami kan berenam, ada yang ajar form 1, 2 and 4. Tapi yang duduk asrama tak dapat nak join (sedih la juga sebab budak kelas aku ramai duduk asrama). Jiran sebelah pun kami ajak sama sebab banyak barang yang kami pinjam.
pssst nak tau, jiran sebelah tu ada anak muda, ensem :p dia bawa van hantar nurse-nurse pelatih ke hospital. Ouwh dekat situ ada hospital besar.

We were having so much fun that night. Seronok tengok budak-budak ni. Ada yang tegur aku 'banyak nya cikgu makan' saya memang kuat makan dan malam tu aku adalah super lapar (penat kot dengan kerja siang tuh). Ada gak yang cakap 'cikgu ni bising gak eh' itu la diorang tak kenal aku :D


gaya majlis tahlil pun ada :D



Then month after that (aku dah balik kampus), ada student bagitau diorang nak datang KL. Diorang ada match untuk hoki. Aku on je la, pergi sana.

Tapi aku terlambat sebab aku sesat, heh :p Diorang kata 'cikgu lambat, kalau tak mesti kami menang' Ye ye je la (diorang dapat hadiah, tapi aku lupa untuk apa)..

Aku tunggu sampai diorang balik, dapat la jumpa semula dengan cikgu-cikgu sekolah tu, sembang-sembang sikit.


ada budak suruh aku main sekali time tu :D


Tahun ni diorang dah naik form 3 and form 5. Hopefully they are doing well for the big exams. (sebaya dengan adik-adik aku)


Actually banyak lagi kenangan kat sana, banyak sangat-sangat. Paling cuak bila lecturer called nak datang, kena observed. Tapi Alhamdulillah, semuanya okey :D

Dah lepas pun..

ella (PI form 2, 4).. iema (fizik f4, sc f1).. kakzu (PI form 1, 2)..
jiela (kimia f4, sc f2).. dayah (PI form4).. azie (math form2,4)..

housemates yang best, diorang sangat la rajin (ouwh aku tumpang sama :p)







*** punya la banyak gambar kat sana
memang betul-betul berchenta dengan diorang
dream.. dream, dream, dream
(listen to everly brothers.. gila tak oldies :D)


11 comments:

Milimilo said...

negeri 33 tu ngeri ape??xtau..huhu :)
slmt berposting

Cik Bulat said...

ak punya soalan sama ngn mili..
negeri 33 tuu hapa??hehe
slmt menjadik cikgu..huhu

mademoiselle azieshakespeare said...

milimilo N piKOk >
thnax.....
untuk soalan, sorry

chekgu Bani Hassim said...

seronok jadi cikgu nih...
selamat mencikgukan diri...

atok said...

atok sgt suke cikgu praktikal yg mude2 neyh zman skola dlu.
rata2 sume ley wat cam membe sbaye.
haha

Shitsurei Shimashita said...

negeri 33 tu saya tahu..hehehehe..so gi ngajar ti drive ke riding ti? :)
hugilah, outstation kali nie gi pantai timur, kalo utara leh mtk cik azie belanja mamam..hehehe!!

mademoiselle azieshakespeare said...

Chekgu BaniHassim >
ada eh imbuhan camtu :D
btw thanx

atok >
sama-sama muda pun..

Shitsurei shimashita >
jalan kaki kot, haha mana la nak tau :p
saya pun tak penah sampai utara (serius ni)
takat perak ada la

cik afeera said...
This comment has been removed by a blog administrator.
mademoiselle azieshakespeare said...

cik afeera >
sorry terpkasa delete, sorry sangat2
aku tanak ada hint ape2 pun
hope ko paham eh.. sorry
(secret code aku bukan utk dirungkai)

rasa nye ada kes yg ko taktau, gile pny sampai kena ngadap pengetua, tapi aku buat bodo je, haha tak kuasa arh nak jumpe pengetua poyo tuh

cik afeera said...

mrajok arh :-<

mademoiselle azieshakespeare said...

cik afeera >
alolo
jangan ar gitu...
kang jenuh la aku :p