Friday, August 14, 2009

Syair Ogos...

Ogos selalu menjadi bulan dalam setahun yang aku tunggu-tunggu. Kerana di dalam nya terdapat peristiwa yang mewujudkan aku hari ini. Peristiwa besar yang melahirkan seorang insan kerdil, heee :p

[Lama tak menaip kat sini. Bukan taknak, hasutan hati adalah terlalu, tapi tu la 'tidak berkesempatan'. Ada sekali tu, memang ada masa sangat la, tapi entah macam mana aku boleh lupa password. Berkali-kali try, tapi taknak juga. Huu dah nasib la kan, aku tak boleh nak update time tu...]

Ogos selalu berlalu dengan keadaan cuaca yang panas, sehangat sambutan di penghujung bulan.
Siapa yang taktau sambutan apa, memang la nak kena sekeh :p



Untuk Ogos tahun ni, seorang aku bermula dengan keadaan diri yang agak pening-pening lalat, bahana dari perjalanan jauh yang memerlukan aku menaiki semua jenis penangkutan (udara, darat, air, rel bawah tanah, huu :p). [ada cerita di sini, tapi tak tau la bila boleh nak cerita, tak boleh janji]

Dan aku diuji dengan sakit-sakit yang bersambung-sambung. Bermula dengan sakit tekak, demam, selsema. Semua datang satu-satu, ok la juga tak datang serentak, kan? Boleh kategorikan ni sebagai demam yang teruk gak la, but yeah deserved me la coz aku tak suka makan ubat, hee (rugi la doktor2 klinik swasta tu :p)

Untuk Ogos tahun ni juga, ada peristiwa lain dalam hidup aku. Penghargaan untuk tempoh masa empat tahun yang telah aku lalui, tempoh masa yang banyak mengajar, belajar untuk mengajar...
Jubah oren, yang telah pun aku kenal sejak tahun pertama dulu. (Oren pun oren la, cantik gak :D)

sorry, tak ready untuk ambil gamba pun sebenanya :p
Kalau ikutkan, banyak yang aku rasa rugi. Tapi tu la, nak menyesal pun, dah tak ada guna kan?
Cara nak sedapkan hati just 'i've did it, even it's not the real subject i wanted, but yeah i've did it, no turning back, no regretting...'
Kalau ikutkan, course memang aku nak sangat, tapi the subject i dun really want. Tapi tu la, dah lepas pun, tanpa ada sebarang ulangan, just on time, even ada times yang memang mengalir air mata tak boleh nak terima semua, but yeah tiada titisan darah :) i've been through the labyrinth (macam melampau je punya word, heee) and 'hard times come easy' like Richie Sambora said.

Kalau ada rezeki nanti, with God's will, aku akan lakukan yang lebih baik. Not repeating the same mistake, but creating a new success, InsyaAllah.....



Ok, stop bout the coming convocation days.
Ada lagi satu nak di taip, a book!

Buku yang aku tunggu-tunggu, (siapa yang prihatin, tahu la kot, dah beberapa kali aku taip pasal buku ni). but yeah siapa yang nak prihatin dengan aku, kan? Bukannya aku ni insan terkenal yang setiap kata akan diambil perhatian oleh semua orang, kan? Perasan sendiri je la, huuuu :p



At last dapat juga, 'Maryamah Karpov' by Andrea Hirata.
Buku keempat dan terakhir dalam siri tetralogi Laskar Pelangi.
Sebelum ni, memang tak pernah jumpa, sampai la hari aku balik dari uni ambil jubah oren tu, singgah kat Popular Bookstore, and there i found it :D

Kalau dapat diandalkan, masa tu keadaan aku adalah seperti seorang yang terlalu merindui kekasih hati, dan kekasih hati muncul depan mata, tanpa janji untuk bertemu. Rasa nak menjerit, tapi yang mampu dibuat hanya senyum tak lepas dan perasaan yang tak mahu melepaskannya sama sekali. And 'I could not ask for more', Edwin McCain jadi lagu latar dalam kepala
(Tiba-tiba masuk lovey-dovey mood plak, hahaa tiada kaitan antara aku atau kamu :p)

It's the masterpiece!
Siapa yang rasa macam nak baca, try la cari. And better cari dari Laskar Pelangi.
Nak tulis sinopsis pun, macam taktau nak mula dari mana, heee



Dan syair Ogos aku masih belum berakhir... Ada lagi separuh bulan untuk menghabiskannya. Akan ada bermacam cerita yang bakal terjadi (kalau usia masih panjang dan diberi peluang dariNya).

Yang pasti, masa yang telah pun berlalu dah bagi berbagai warna dalam hidup aku.
Aku telah menulis puisi tentang hati yang tersiat, perasaan yang tak dapat diluahkan, jalanan yang terlalu asyik, pertentangan, penghormatan, kemanisan yang meyeksakan... Namun yang belum ditulis, tetaplah puisi untuk belahan jiwa, walau semakin banyak suara yang bersoal...

Dan jawapan masih sama 'kalau memilih hati sama seperti berada di kedai kain, mungkin aku telah temui kain yang terbaik' tapi tu la, nak memilih kain pun bukanlah sesuatu yang aku suka.

Adakah ini bermakna dah sampai masanya untuk aku fikirkan tentang perkara penting itu? mungkin... Bukan tak pernah fikir, tapi ia selalu tidak menjadi keutamaan untuk aku.
And sekarang, aku rasa dah sampai masanya untuk aku fikirkan tentang itu, be more serious on it?
Even how suck it looked in my eyes times ago.

Let it be... Because i know He knows best when I knew nothing....





*** lama tak menaip kat sini,
rasa macam lupa how i used to type here before
heee... sorry
last and never be least,
thanx pada yang sudi follow...
kalau agk2 aku tak follow back, just let me know :D
one more sorry to
sape2 yg aku tak sempat nak jenguk..
i'm running out of time, nak gi cari tudung kunun nye