Monday, November 02, 2009

through my windows



current mood : seram sejuk tak tentu hala :p
nak study, sudah taktau lagi apa yang nak di baca..
latest issues in education?
organisation?

apa lagi yang perlu diambil tahu eh?

untuk INSAK, boleh kot InsyaAllah... lepas tengok soalan2 yang ada kat website mana entah, and dah try sikit2.. jangan tersalah pilih je la, rasa nya
just pray for the best :)



bukan gambar baru :p

hari ni, abang aku tinggalkan laptop, so boleh la aku nak cari apa2 info yang aku rasa perlu tahu :) dan juga boleh la aku update sikit, heee....
actually, tadi adik aku nak guna, dia kata nak main, so kakak nya apa lagi kan? 'orang nak guna kang' sambil buat muka tak puas hati and malas layan... so dia pun blah la, tidur la tu kot...
kang aku bagi la, bukan nya tak bagi pun,huuu....


dalam entry sebelum ni, ada aku taip pasal masa dan keadaan yang akan berulang...
lepas aku baca, track back the history, aku ada rasa that sentence (dalam entry sebelum) ada relevan nya...
kalau baca paper sekarang ni ada cerita bout 'sekolah satu aliran', which is aku sokong, tapi ada la sedikit perkara yang perlu diambil perhatian..

kalau baca semula sejarah pendidikan negara, kita akan dapat tahu betapa pentingnya pendidikan dalam menyatupadukan kaum-kaum di Malaysia..
sebelum Tanah Melayu merdeka, sebenarnya dah ada cadangan untuk menyatukan sekolah-sekolah ni, dan mencadangkan supaya ditukarkan secara beransur-ansur (rujuk penyata Barnes)
tapi tak dilaksanakan kerana tidak mengambil perhatian tentang pandangan orang bukan Melayu

dari sini lah timbul pula laporan Fenn-Wu, untuk mengkaji pendidikan cina di Tanah Melayu dan mempertahankan kedudukan mereka... dan lepas tu bermacam-macam lagi penyata yang lain :)

dan harus diingat, itu kan zaman sebelum Malaysia merdeka lagi, pastinya mereka mempunyai kepentingan masing-masing...

untuk masa sekarang, aku rasa (pendapat aku la, tak perlu betul atau salah) dah tiba masanya kita buat satu perubahan, orang kata transformasi... kita dah lama hidup bersama dan tak salah rasanya bersatu, tanpa ada rasa prejudis antara satu sama lain. dan caranya yang mudah melalui sisitem pendidikan itu :)

dan aku setuju dengan satu pendapat (maaf dah lupa baca dari mana), kalau masih nak kekalkan dengan aliran mereka, biar di sekolah rendah sahaja.. sekolah rendah adalah asas pelajaran individu di Malaysia, jadi apa salahnya biar mereka mempunyai pegangan yang teguh pada bahasa dan budaya masing-masing (kelas peralihan biarlah tetap ada)... budak-budak kalau kita ajar dari usia muda, mereka susah nak lupa.. dalam masa yang sama tanamkan semangat 1Malaysia untuk semua

dan perkara lain yang perlu diambil perhatian ialah kesepakatan semua pihak, duduk bersama dan ambil keputusan bersama (jangan nanti laporan Barnes dan Fenn-Wu berulang lagi :))

ups, macam tak percaya aku yang taip ni, heee....
ok lah, kalau ada salah, betulkan la.. aku pun bukan nya selalu betul... i-am-imperfect

see ya....


oh sebelum tu nak kasi lagu ni....
yang dalam iklan TM, orang kertas yang sweet tuh, heee :p








*** test and iv di putrajaya ...
so esok aku akan ke sana, umah my cousin


pray for me, aku takut
bukan apa, aku ni dalam kategori orang cakap laju
bila nervous, boleh jadi lagi laju
bila dah laju, mula lah segala point yang nak dicakap hilang
hopefully, aku tak terlalu nervous
then aku tak la cakap laju sangat, heeee :P