Wednesday, December 30, 2009

mari kumpul wang :p


nak cerita pasal sekolah lagi tak?

heh... kenapa perlu tanya pula, kan saya yang akan taip..
biarlah takde orang nak baca pun, tapi saya tetap nak taip, saya sedang syok sendiri ;p

untuk hari ni, ada pendaftaran masuk pelajar tingkatan satu
actually, saya tak perlu ada pun sebab saya bukan cikgu sesi petang, hee...
tapi dah sampai pagi tu, then meeting pun tak mula lagi, tolong la sikit (oh ye, sangat la sikit nye saya tolong, hee...)

hari ni ada meeting panitia pula
and dapat la lagi satu tugas, setiausaha untuk panitia sains
sabau je la, coz cikgu2 tu kate nak bagi pengalaman kat semua cikgu...
ya, pengalaman... rasa macam tak pernah je s/u, ke pernah? tak ingat la...
sebab biasa tugas saya naib pengerusi or ajk je..
so ini akan jadi pengalaman baru

cadang2 nye nak taip minit mesyuarat terus malam ni, tapi lupa pula nak minta senarai nama tadi, insyaAllah akan disiapkan dalam minggu ni juga, apa jadi pun
sebab nanti bila sekolah dah mula buka, lagi banyak kerja timbun2 nak kena buat..

masa nak balik tu, akak sorang (tua setahun je) ni tunjuk jalan kat mana nak tunggu bus dari sekolah, ye la sementara takde transport sendiri ni..
dia pun baru posting, tapi dapat masa sebelum cuti aritu..
masa tu la dia cite macam2, pasal SPP yang saya tak berapa paham sebelum ni, pasal sekolah sikit2 and macam2 gak la..
saya kan kategori yang agak berat mulut, tapi bila orang cite, saya ringan telinga (ey.. ada ke perkataan macam ni, hee habis la saya kena marah dengan ciikgu BM nanti)

sebelum balik rumah, ke jalan raja laut dulu, naik LRT, turun stesen Bandaraya
bukan pergi shopping kat sogo :p tapi gi setelkan pasal KWSP
sampai kat kaunter, akak tu (sebab dia panggil saya adik) kata saya dah daftar
pelik juga, tapi ambil je la penyata yang dia bagi tu
and kat situ juga, dah ada sejumlah wang, sikit je la

pelik la juga, bila masa saya daftar?
masa kat dalam surau, baru perasan alamat kat kertas tu, alamat Melaka
tengok no ic betul dah, tapi kenapa sampai ke melaka, tak pernah pun duduk sana, sedara mara pun takde kat sana...

then, masuk semula... soalan saya masa tu
'nak tanya, kenapa alamat ni pelik eh?'
adakah soalan saya ini pelik, sebab akak tu pun macam suke je, hee
then dia bagi satu form untuk tukar maklumat, nasib la...

kata nye tu alamat company
eisy pelik2 je rasanya, tapi saya ia kan je la..

dah siap tu, ambil nombor and kaunter dengan orang laki pula
masa ni lah baru boleh recall semula, macam mana saya dah didaftarkan
'cik pernah ke sebelum ni?'
'tak'
'macam mana boleh ada duit ni?'
shrugged, hee
bile dia klik2, dia tanya lagi
'ada kerja kat pasaraya sebelum2 ni?'
'aah, promoter...'
baru la ingat, kerja masa saya tahun tiga study dulu, padan la payment masa tu tak cukup macam yang dia janji
tapi masa tu, saya buat taktau sebab saya kerja sekejap sangat
(every weekend, and tak sampai sebulan pun...)
then macam2 la orang kaunter tu cerita pasal duit tu.. and tanya kerja apa, kat mana semua
alang2 dah jumpa orang yang rajin nak bercakap, saya tanya la apa yang saya rasa blur

point kat sini, saya suka dengan cara mereka :D








** malam ni kena setelkan semua borang
esok boleh submit
tadi pun dah fotostat segala macam yang sekolah nak

bukan apa, biar buat cepat2 semua
nanti tak la pening2 dah nak fikir...
cuti 3 hari nanti, fikir untuk lesson plan je la kot
minggu depan dah nak tengok, huuu awal nya...



3 comments:

Blog Eazy Izzuddin said...

menabung dr kecil
besa2 jd bukit...
=D
xD

happy new year

Azuan said...

kwsp pun aku takde haha..

mademoiselle azieshakespeare said...

Eazy Izzuddin
> dalam tabung, ada 1&5 sen je, agk2 bole ke jd sejuta, heee

AzuanBudakPandai
> tgu la keje nant, klu nak :)