Wednesday, December 16, 2009

milik siapakah hati ini...



actually ini bukan entry yang aku nak publish sekarang..

ada entry lain yang dah siap bertaip, save dalam pendrive, and pendrive tu di rumah
hurm... nak buat macam mana, entah bila nak duduk rumah betul2 pun aku taktau ni...
abang sendiri pun rasa macam dah lama sangat aku tak jumpa, heee...
(jumpa kang, berebut tempat tidur, susah hati betul, haha ;p)




back to the title....


musim cuti sekolah yang juga boleh disamakan dengan musim orang buat kenduri...
macam2 kenduri, dari sekecil2 kenduri sampailah yang paling besar
dari sekecil2 insan yang dirai, sampailah pada setua2 (ups :p) manusia...
apa pun, setiap orang ada hak dan kemahuan masing2...




baru ni, ada lah cerita dari sedara aku
dia jadi orang tengah untuk satu pasangan yang nak bertunang..
balik tu, dengar la cerita nya... cerita yang buat aku berfikir (think about it)


ceritanya timbul masa ditanya bout harga hantaran lebih kurang camtu la
pihak perempuan kata, ikut la berapa lelaki nak bagi
(kira macam diorang tak discuss lagi la, dari apa yang aku faham)
then bila lelaki bagi satu jumlah ni, sedara2 pihak perempuan ni kata macam ni 'buat malu keluarga aku je'
menurut cite nye, sedara2 kira orang berduit la
huh? it makes me think, for sure....


sedara aku ni cite la, perempuan tu cikgu, kira ada kelulusan la
then harga yang dibagi macam tak setimpal... (tak perlu la bagi tau berapa eh)
cite si lelaki pula, macam nak ambil jalan senang je...
entah la.. aku ni dengar cerita je.. kira nak komen lebih2 pun tak berani juga...




kadang2 aku terfikir, bila perkara yang tak sepatutnya diberatkan jadi satu yang digeruni...
(think about the consequences)
kerja nikah kahwin memang bukan satu kerja yang mudah, tapi janganlah terlalu disukarkan...
biarlah buat atas kemampuan masing2,
memang la kahwin ni kita nak sekali je
and sekali tu la yang orang nak buat grand2
tapi kalau sehari yang grand tu belanja nya boleh pakai sepuluh dua puluh tahun duitnya, kan not worth it? sangat la tidak berbaloi...
think about yang terpaksa buat pinjaman sana sini,
memang la seronok dapat buat majlis paling gah
tapi habis majlis, kena fikir pula macam mana nak setel kan everything
perkara yang tak sepatutnya dilakukan kalau betul la ikut kemampuan...


kadang2 orang yang nak kahwin tu biasa2 je
tapi orang sekeliling yang selalu buat mereka tersepit
sama ada ikut kemampuan sendiri, atau ikut kemahuan orang lain
pening kan kalau macam ni?


bagi pihak aku pula... memang susah nak cakap,
kalau ikut aku, aku akan kata 'berapa yang ko ada, banyak tu la yang akan jadi'
tapi aku tau persekitaran aku juga mungkin akan buat aku tersepit
(kadang2 kena fikir juga benda2 ni, even takde sesape lagi, hahha :p)
kalau tengok mak abah aku, aku tak risau sangat... diorang jenis yang tidak membebankan anak2
tapi sedara mara? itu tiada jaminan, hurm...
jiran2, orang kampung.. lagi la bila orang kenal kita
orang selalu expect yang besar2, masuk rumah cari pelamin, komen itu ini...


'anak sedara kakton kawin, majlis dia biasa2 je....'
dan suara akan makin panjang cot cet cot cet nya
susah kan, bila duduk dalam others' expectations ni
aku ni, even kategori yang berat mulut, orang tetap kenal
orang kampung akan sebut 'anak sedara kak ton tu'
budak yang keluar belaja lama... habis sekolah, lima tahun kat luar..
kawan lain dah mengusung budak2, aku still mengusung buku, heee




eh macam dah mula nak lari dari tajuk je, heeee :p


another thing orang tengok kelulusan
kadang2 rasa macam tak relevan je, tapi tu la yg tetap mereka tengok...
remind me of kawan2 yang pernah kata macam ni 'azie ada degree, saya takde ape' (huu?)
and paling latest, ayat member sendiri 'ko ada deg, aku tak berani ar nak masuk minang'
hahha kelakar pun ada rasa nye...
kalau lepas ni aku nak sambung study lagi, kot semua orang tak berani nak dekat... huuu


and aku senang je...
'agak2 duit ko cukup, on je la...' kerja Tuhan, kita tak tahu..
kalau hati belum terbuka untuk seseorang tu, yakin lah pada Dia...
Dia yang tentukan semua nya...


teringat ayat yang aku baca ni, dari Rumi
pasangan yang bercinta, bukan bertemu pada akhirnya, tapi telah bertemu sejak dar awal
(lebih kurang macam ni la, kalau salah tak tau, heee.... ikut apa yang lekat kat kepala je :))




and with a song... from Sudirman Hj. Arshad...