Sunday, December 20, 2009

Segala yang terbaik

Alhamdulillah, sekarang aku tersenyum, senang.. segala yang terbaik berlaku dalam hidup aku

Yang buruk, masih ada, tapi tidaklah memendungkan hari yang aku lalui.. walaupun cuaca di luar suram, tapi hari aku tidak sesuram itu.. tidak memungkinkan banjir berlaku :p

Macam dah mengarut je, heee..


Ok lah, ni cerita yang taidak mengikut urutan waktu, pakai ikut redah je, who cares pun kan :D (mungkin ni boleh masuk dalam kategori himpunan cerita-cerita penglipurlara, hee…)

tapi point yang paling best buat masa sekarang ni, point paling last.... it felt like hopping, bungee-jumping, flying, all in the same time :D


Mula dengan satu mesej ni.. dari my cousin,

« TQ assignment yang azie wat dapat A »

For sure it makes me smile, sape yang tak seronok dapat compliment macam tu, ait? Aku tolong je, dapat apa, bukan aku yang tentukan…



Ni pula cerita masa tunggu bas nak balik ke rumah..

Time tu, aku baru je duduk, nak minum air.. datang la sorang makcik ni dengan sorang budak kecik..

Dia tanya aku nak ke mana, jawab2 rupanya kami duduk taman yang sama.. dia cite lagi, dia pernah kerja kat satu tempat kat sini, aku cakap la mak aku pun kerja kat situ..

Siapa tak kenal mak aku, heh :D

Ayat makcik tu ‘mak awak yang putih2 tu?’

Ayat macam tak berapa nak percaya je, ye la anak nya yang ni tak berapa nak putih, haha.. tapi kalau aku berdiri sebelah mak aku, orang boleh je nampak the resembelance

Cite nye makcik tu bawa cucu nya gi jalan2 kat KL, bawa jalan naik bas..

Bila bas sampai, tetiba cucu nya nak duduk sebelah aku, puas la tokmak nye panggil ke sebelah dia.. haha aku pun tak tau kenapa, bukan aku bercakap pun dengan budak kecik tu..

Honestly say, aku bukan seorang yang peramah, orang boleh kata berat mulut.. satu orang tanya, satu la aku jawab, heee

Cerita tak habis lagi, sampai kat bus-stop kat perumahan, makcik tu minta tunggu kejap..

Dia bagi buah-buah yang dia shopping.. mula-mula tolak la juga, tapi dia tahan.. kalau dah masuk dalam kategori rezeki untuk aku, tetap la jadi bahagian aku J

Sampai rumah, mak aku depan tv terus je ‘mak, kawan mak kirim salam, dia bagi ni’



Cerita pasal raya haji pula… biar la dah lama lepas pun, nak taip juga ;p

Raya haji ritu, kembali ke negeri 33, rumah mak sedara aku, my second family..

cousin aku la ajak, mak pula kata gi je la, kat sini pun bukan gi mana nanti.. yup, kat KL ni, nak gi mana je, bukan aku ada kawan kat sini, huuu…

Balik sana, yang best nya, dapat kumpul ramai2, tapi ritu tak gi raya beria-ia pun..

Lepas sembahyang raya, pergi hospital.. then menunggu budak-budak kat rumah, jadi la babysitter untuk tiga orang budak ni..

Ayah diorang kat hospital tu, and mak nye menunggu ayah nya.. aku ? berkejar dengan anak-anak nya..

Hahha jadi lah saya calon ibu mithali, perasan giler :p

Jiran sebelah rumah a.k.a kawan masa kecik dulu kata camni ‘balik sini jadi pengasuh la kamu’

Bila nampak aku kat depan, dia tegur ‘hai pengasuh, macam mana hari ni’

Hahha dah la masa dia tanya tu, sorang dah hilang… membe ni, muda setahun dari aku, dah kahwin and ada anak da pun



Ni lah kerja aku, sebelum raya tu pun, menunggu budak gak..

Anak mak sedara kat Damansara, mak sedara aku tu jaga exam SPM, and time tu suami dia ada kerja, so aku tunggu la budak tu.. bagi game, diam la dia, tapi nak suruh makan punya la susah..

Yang dia makan coklat

Pagi tu aku tanya ‘nak makan tak ?’

Jawapan dia ‘taknak, adam tak lapar’

Tengahari tanya lagi ‘nak nasi tak?’

Geleng kepala..

‘adam nak french fries

Sabau je la, huu…

Nanti la sambung cite pasal anak-anak ni…

Banyak benda nak taip, heee :D



Lepas seminggu kat negeri 33... balik KL. tu pun sebab nak hantar buku pinjam kat library, and mak minta bawa adik ke Seremban, dia nak gi ujian untuk MRSM..

ada cerita kat Seremban ni, cerita yang buat aku senyum, cerita yang buat aku perasan muda, hahha jeles la adik aku yang baru habis form 3 tu, sebab nya pakcik yang bawa teksi tu samakan kitorang... pakciok tu tanya, aku pun nak ambil test gak ke, huu but I take it as pakcik tu saje nak melawak

'oh pakcik teksi, saya nak mengajar kat sekolah, bukan nak pakai uniform putih tu semula, huuu'



then, jaga semula budak french-fries tu, funny la juga dengan budak kecik ni... rasa macam ada sorang adik kecik, yang sangat la banyak cakap

soalan dia mesti kenapa, bila main game/tengok movie pula mula la tanya translation 'good night tu apa' 'morgue tu apa' sweet tu apa' great tu apa' ...and so on and on


nanti2 la, kalau rajin boleh cerita pasal budak2 @ cerita anak-anak, haha...



sebab sekarang nak taip, point yang palin best untuk aku masa ni, so grateful to hear that...


masa tu still kat Damansara, got a call from my cousin...

'azie, ada surat kat umah makton' (aku guna alamat mak sedara aku kat negeri 33 tu)

'surat? surat apa' dalam hati memang dah dubdabdubdab la

and jadi makin dubdab bila dia kata camni 'entah,surat interview kot 28hb'

baiar betul, nak interview apa lagi, aku dah tak larat nak kena interrogate lagi, huuu

'call la sana, ada ancik.. kakwa tak dengar sangat tadi'

memang cuak gila, dah la baru2 tu ada membe bagitau ada yan dah dapat surat kalau tak lepas the last interview... then call la ke sana

mak sedara aku angkat 'cakap dengan ancik, makton tak nampak dia tulis apa' huuu

'cik, surat apa?'

budak tu pula, bole gelak2 dulu, taktau ke aku punya nervous tahap tak hengat dah, tangan dah naik sejuk2 time tu...

sambil gelak2 dia baca, yang aku dapat tangkap

-orientasi

-guru sandaran terlatih siswazah

and that time, yeah rasa nak jerit, actually sampai sekaran nak jerit lagi :p

it'll be on 28th december, the venue? somewhere in KL (tak ingat apa nama tempat tu)

bila tanya kawan2 terdekat, dioran tak dapat lagi... time tu, tak boleh la aku confirm kan isi surat tu lagi.. but last night, dah ada yan bunyi, dah dapat juga, tapi tempat lain la...

my old-time-friend said 'rezeki tahun baru...' yarh aku dapat tau on 17th,




*** minggu ni nanti nak balik kampung pula

kalau ke perak ni, confirm pakcik2 akan tanya pasal posting

at least, aku dah ada jawapan, tak la macam sebelum ni

alhamdulillah :D



3 comments:

Eazy Izzuddin said...

wah
semua nya terbaek..
=D

cikgu_math said...

selamat menjadi cikgu

mademoiselle azieshakespeare said...

Eazy Izzuddin
> alhamdulillah :)

cikgu_math
> thanx :)