Tuesday, March 09, 2010

curahkan kasih :p

actually, aku still taktau nak define perasaan aku sekarang ni..
first memang rasa agak kacau bilau la gak, rasa macam ketidakadilan berlaku, macam.. yarh asking myself 'kenapa aku pulak?'

ni la kot dilema orang baru, semua pun.. 'awak buat ye' 'awak pergi ye'
dan orang baru ni pula jenis yang tak tau how-to-say-no, tak-nak dan seangkatan..

agak bengan la juga sebenarnya, sebab rasa alasan yang diberi macam tak cukup kuat je
kenapa perlu orang baru disuruh, dan orang lama terus tidak mahu belajar perkara baru
alasan, huh!

azie, lepas ni kena belajar kata tidak
ye la takkan nak bagi alasan tak munasabah pula?
menipu? berdosa la..
so azie, belajar la untuk berkata tidak.. memang nak senangkan orang lain, tapi jangan terlalu bebankan diri sendiri
(hurm.. boleh ke aku ni? macam tak sampai hati je nak tolak permintaan orang, huu masalah aku ni)

____________________________________________________________________

arh lupakan sekejap, tunggu je nanti jadi nya macam mana
sekarang rasa lebih baik fikir untuk terus tersenyum :D

tadi tambah lagi skandal2 bawah umur, hahha bikin aku bunga2 je budak2 ni
as one of my friend said 'bahagia la ko skandal ramai' hahha funny
kalau aku tak bahagia, kemungkinan nanti akan demotivated
bila demotivated, boleh jadi taknak buat kerja, dan tak happy nak going through life
dah jadi consequences yang tak best, langsung tak best, ait?

actually tadi ada raptai kat sekolah, untuk kejohanan sukan
tapi aku nye P&P tetap jalan, coz yang tak terlibat duk dalam kelas
time physics for sc1, just buat latihan.. macam senang je la keje nye
aku senang, diorang pun senang hati, hahha cikgu ambil kesempatan :p

kelas ni habis sebelum rehat, so dari lab fizik tu diorang akan terus turun ke kantin
then 'cikgu, jom rehat..'
'saya tak rehat la'
'cikgu tak lapar ke?'
'saya kan manja, duk ngan mak, bawa bekal la' (hahha kadang2 je pun bawak bekal)
then macam2 la bunyi budak2 ni, kelakar je dengar nye :D

macam biasa, ada sorang girl tunggu
girl sc1 ni memang selalu tunggu untuk tanya soalan yang dia rasa konfius..
datang la pengganggu-alam kelas ni, 'ko selalu nak tunggu'
aku jawab 'okey la, dari korang, kerja pun tak buat'
'cikgu minta je, anytime siap' bila tengok buku nye, huu ampeh mana dia buat latihan tadi, sabau je la...

then sambil aku duk menerang kat girl tadi, ada tiga boys duk bising kat sebelah (tetibe dtg sorang budak akaun kat dlm lab tu)
'cikgu, cikgu takde pakwe ke?'
geleng, sambung bagi explanation..
'cikgu tunggu saya kan'
pandang sikit
dia tambah lagi 'kawan saya ni suka ustazah' refer pada budak akaun tadi
'ustazah tu da kawen la' aku jawab
'takpe cikgu, saya setia.. cikgu tak kawen lagi'
aku jawab 'macam mana ni eh? kena pilih antara dua la, form 3 pun ada'
'pilih saya cikgu'
the girl jawab 'cikgu ambil yang ok la'
'nak buat macam mana, dua2 pun tak berapa nak ok'
'saya ok apa cikgu'
'ok ke? kerja pun tak buat'
lab fizik jadi bising, seronok.. padahal lima orang je :D (ni pun banyak lagi dialog yang tak dikeluarkan)

tetibe akak lab datang (kacau daun je, huu)
dia suruh budak2 tu pergi dewan, coz da ada announcement, huu tak rehat diorang
tu la gedik lagi nak buat bising :p







** kadang2 memang fikir nak keluar dari situ
cari tempat lain
tapi diorang buat aku bertahan
at least for this time being ...

5 comments:

AzuanBudakMemandai said...

aku selalu je kata tidak haha

mademoiselle azieshakespeare said...

hahha senang la camtu.. dilema betul nk tolak p'mintaan org

atok said...

alolo baiknyee cik azie heh

laki cikgu kimia said...

banyak buat kerja lalu jadi pandai akhirnya..

mademoiselle azieshakespeare said...

atok
> er taktau la atok, hee :D

laki cikgu kimia
> yarh nak buat keje lagi
hahha gle nanti :p