ending yang agak seronok, kot.. ketawa je manjang
even pagi tu mula dengan sakit perut yang melampau
entah antara salah makan or PMS, not sure :p
ni cerita dengan form 3, kelas ke8..
dengan diorang masa dua waktu, then kena sambung satu waktu last sampai balik, meaning hari isnin 3 masa diorang dengan aku..
tadi cerita pasal 'prenatal care, sterility, birth control'
aku mula 'hari ni kita buat kelas ibu2 mengandung, bakal2 ayah sila ambil perhatian juga'
dengan kelas ni memang boleh je buat ayat2 gile :D
budak2 ni pula, apa lagi.. bersorak itu ini la
then masa nak habis dah tu, sorang girl panggil
'cikgu, nak tanya ni'
aku pun datang la, memang dia agak banyak tanya, tapi tadi muka nampak konfius je
'cikgu, macam mana kita nak hilangkan perasaan kita pada orang?'
'soalan ni kena tanya kaunselor..' aku jawab sambil sengih2
then, die pun cite la apa masalah nya semua
dan aku kata, 'saya pun pernah jadi macam tu dulu'
aku cite la sikit apa yang aku lalui dulu, that sweet time :)
ups sorry, ni cite girl yang admire pada someone..
cite2, then that girl tanya 'dia tau tak cikgu suka dia'
'haa kantoi.. suka sape, cikgu?' tetibe datang suara boy
cheit ada la ni yang nak kacau daun
aku pun apa lagi 'kan susah, dia dah tau'
'tau apa cikgu' boy tu tanya lagi..
aku pun apa lagi 'saya memang suka kat awak'
that boy da cover2, hahha kelakar betul tengok muka dia tadi
da la masa tu, satu kelas dengar suara aku, coz diorang tetibe diam :p
this boy.. aku boleh katakan ala2 mat romeo pun ada
kejap2 kang mengacau sorang girl tu (budak2 ni kate ex-nye, bukan main :p)
kejap2 nyanyi la, ada je lagu yang dia nyanyi, dengan gaya2 tangan lagi..
kadang nak marah pun, rasa tak boleh, nak gelak je..
and he's kind yang ada rupa
kalau tambah rajin sikit lagi, insyaAllah boleh pandai and pergi jauh
then seimbang la dengan rupa nye :)
belum habis cerita lagi, heh
waktu terakhir adalah waktu NILAM, tapi untuk form3 diorang bagi latihan
sebelum aku bagi kertas latihan tu, that boy dengan lagi dua geng 'bole la, bole la' duk bising pasal PMS
'cikgu, kesian nadia, dari tadi sedih je, die nangis cikgu'
'cikgu, die p.. pm.. p ape wey'
'PM.. R ke cikgu?'
'ke SPM cikgu?'
jawapan aku 'eisy korang ni, tengok balik nota saya bagi, tu la nota terabur'
'ha ni.. PMS la'
dua orang lagi jawab 'bole la.. bole la'
'cikgu, ape maksud PMS tu, pre..
'premenstrual..'
'bole la.. bole la'
's tu ape cikgu?'
'syndrome tu ape pula'
diorang ni, aku terang aritu, bising kat belakang
'down syndrome pernah dengar?'
'ape tu?'
'nama penyakit'
'oh syndrome tu penyakit la'
'bole la' aku jawab
'bole la.. bole la'
(baru perasan, rupa nya aku yang selalu guna those words , huu)
dan masa tu, penuh dengan suara budak tiga orang ni je, huu
macam2 hal
then, bagi kertas latihan untuk hari ni.. hari ni latihan untuk subjek KH
sorang tanya 'cikgu, dah siap boleh balik, kan'
'mana boleh, kena tunggu sampai 1.40, bunyi loceng nanti'
ada la yang buat sound-effect bunyi loceng, cheit je budak2 ni :p
tak lama pastu, ada yang nak kelua dari pintu belakang, aku ke belakang
then ada yang kelua dari pintu depan pula 'haa derhaka..'
ayat sampai situ je la, then diorang masuk
'tunggu la dulu, kalau tak saya bagi nama kat cikgu disiplin nanti'
(diorang bukan takut pun dengan aku, huu terpaksa guna nama orang lain)
that boy tadi jawab 'tah korang ni, tunggu la dulu.. kang cikgu nangis, sape yang susah? aku juga..'
the other two jawab 'boleh la.. boleh la'
kelakar je aku rasa, sebab dengan gaya geleng2 kepala lagi, hahha :D
that boy sambung lagi 'cikgu, jangan nangis cikgu'
macam mana aku nak nangis kalau da rase cam nak ketawa tuh, huu
time aku da ke depan, diorang pula duk kemas2 barang, that boy datang
'cikgu, petang ni kita dating eh?'
'okey set, dewan terbuka' hahha petang tadi memang kena stay kat sekolah pun, tengok budak2 perbarisan rumah sukan..
then, ade vibrate kat enset, tengok la jap, membe tanya bile book fair
dia apa lagi 'cikgu, curang dengan saya'
hahha dilayan menjadi-jadi budak2 ni :p
dan petang nye, masa nak tengok perbarisan, kat padang..
tetibe ade yang panggil, jerit dari satu penjuru padang 'cikgu.. cikgu'
tengok tepi2 memang takde cikgu lain da, yang ada dgn aku dua org fivers
aku tanya those fivers, 'sape tu' ...diorang jawab 'ala budak tu..' tak tau nak describe kot
lama aku pandang, sambil berjalan.. budak yang panggil tadi da lambai2
'ohh die' angkat tangan je la sikit
huu cikgu korang ni rabun, mana la nk nampak dari jauh :p
oh esok kena bagi more explanation untuk girl tadi
biar dia jelas dengan matlamat hidup..
not to be too shallow, there's so much thing to think
dan aku akan cuba dengan reverse-psychology, hopefully ada hasilnya :)
** mereka buat aku sentiasa mahu ke sana
mereka buat aku hilang segala rasa sakit
mereka buat aku tersenyum dan tawa
di saat aku tidak lagi tahu makna senyuman
dan harus aku katakan.. aku sayang mereka :)
mereka buat aku hilang segala rasa sakit
mereka buat aku tersenyum dan tawa
di saat aku tidak lagi tahu makna senyuman
dan harus aku katakan.. aku sayang mereka :)
*** hopefully mereka tidak jumpa catatan ini, hahha
No comments:
Post a Comment