Thursday, March 18, 2010

taip je la dulu..

memang banyak cite, actually..
tapi macam kurang best coz gambar2 belum transfer dari kamera, so tak bole la nak upload kat sini lagi..
tapi taip je la dulu, apa yang aku sibuk2kan lately ni..

rabu 10 mac adalah hari sukan sekolah
best la juga, tapi aku tak dapat nak tunggu sampai habis (ni yang tak best)
pagi2 tu setelkan utk budak2 perbarisan
diorang punye riben, kain, bendera, bunga manggar, and semua2 la
then utk acara padang, jadi peneman je utk cikgu yang jaga bendera
coz aku punya tugas dah lepas masa saringan dulu

dalam 12 lebih, terpaksa kelua dari stadium
nak kejar dengar taklimat kat JPWP, tak best la gak coz tak dapat nak join acara guru and also tak bole denga all the juara2 masa tu, huuu

so petang tu dengar la taklimat untuk satu soal selidik ni, named as SDiA
soal selidik untuk form 4, on algebra's topic.. entah bila aku nak mula kat sekolah tu, aku puun tak sure lagi, tengok la nanti..

then hari jumaat, cikgu pusat sumber cakap jumpa aku and cakap 'esok awak join camp, boleh?'
errr... aku yang memang tak berapa pandai nak kata 'tidak' ni pun setuju je la, hahha kesian dengan diri sendiri :p

so sabtu, ikut la mereka pergi kem.. 'kem kepimpinan pengawas pusat sumber'
memang rasa penat, tapi takde la regret pun.. coz i'm having positive mind kot kat sana
okey je, duduk dalam hutan, dengan tempat kem yang sedang in-progress
seronok kot tengok budak2 ni kena buli, hahha :p

yang paling tak bole blah, ayat2 dari fasi kat situ
first masa aku jalan dengan sorang cikgu ni, fasi tu tanya 'student ke?' err tak gaya cikgu ke aku
then masa night-walk, aku join gak dengan dua orang cikgu lain
masa aku sampai kat final point, fasi tu suh aku berkumpul dengan students
tapi aku buat bodo je pergi kat dia, hahha
terketawa bisik2 la kejap dalam gelap, dalam bisik2 tu dia kata 'sama saiz dengan student' hahha

ada cerita masa night-walk ni
memula, cadang2 nak naik sekali dengan cikgu la, tapi bebudak bising suruh naik sorang
cuak la gak sebenarnya, tapi takkan nak mengalah dengan student plak kan, tak macho ar :p
(aku memang tak pernah buat night-walk ni, dulu2 blind-walk pernah la, tapi lain situasinya)

masa turn aku, dalam cuak tu, aku jalan je laju2, sambil pegang tali yang ada
tetibe terlanggar sorang budak, taktau la sama ada budak tu lambat sangat or aku yang laju
terus je aku 'jalan terus, pegang tali, jangan lepas'
budak tu pun cuak gak kot, entah sape tetibe datang belakang dia kan, hee..
sampai satu point tu, dia gi lepas tali, nak ke satu arah
aku terus tarik tangan dia, 'jangan lepas tali'
memang rasa geram gak la dengan dia ni.. hilang nanti, saje je..
sebab dia ingat dah sampai kat last point, dah la masa tu dia macam nak berlari, selamba katak kau je ye

tu cite nye hari sabtu malam, habis dekat pukul 3 gak la.. malam tu entah pukul berapa aku tidur
coz ada sorang girl terseliuh, bengkak kakinya.. nak aku urut, memang tak reti, nasib baik la fasi situ tolong.. cikgu2 lain, semua dah lena time, tak nak la kacau..

hari ahad lagi best, teruk2 diorang kena buli, dari awal pagi lagi..
tengah aku duk lena tu, dengar suara diorang 'kiri, kanan, kiri...' huu tak bole tido da

tengok la apa diorang kena buat, memang best la.. best betul, rasa macam nak join je..
lepas habis semua pembulian tu, jalan la masuk hutan, ke tepi sungai
boleh la diorang berendam sakan, basuh segala tanah kat kepala, muka, badan, huuu...


ni pula dialog2 dengan students
masa camp tu, ade student form 3 tanya 'cikgu, cikgu petang ye?'
huu ramai je yang tek perasan aku, well i dun really mind pun :D
masa dalam hutan nak ke sungai, 'akak jalan dulu la' err taktahu student form berapa yang cakap ni
and sorang student form 1 ni tanya 'cikgu ke?'
angguk 'awak form berapa?'
'form 1'
'saya cikgu pagi'
'saya ingatkan anak cikgu ke'
err aku ni gaya anak cikgu ke? hahha krisis identiti lagi ;p



and aku.. err, cikgu pusat sumber tu cakap camni 'awak jadi cikgu pusat sumber ye'
diorang nak cari ala2 pelapis gitu la.. aku? tak bagi jawapan :p


2 comments:

Azuan said...

haha lawak le..camne leh jadi student nie haha

mademoiselle azieshakespeare said...

saiz lebih kurang diorang je, hee :D