salam alaikum.. happy weekend, semoga sentiasa berada di dalam ceria dan bahagia hendaknya..
ini ucapan tahniah untuk mempelai yang telah pun selamat diijabkabulkan.. seronok sebenarnya bila tengok orang kahwin ni (rasa macam nak kahwin sama, hahha :P) cerita kalian akan bermula, dan cerita kita akan berakhir :)
jangan risau, saya masih tersenyum semasa menaip ini, dan jujurnya saya telah pun tersenyum semenjak mendapat tahu kamu akan melangkah ke alam perkahwinan
berdialog dengan student di malam hari |
cerita kita tidak pernah pun dimulakan secara rasmi, ia hanyalah rencana orang-orang tua.. tersenyum saya mengingatkan ini :)
masih terasa hangatnya peluk cium dari si ibu yang menyambut kedatangan kami..
namun saya selalu percaya, dan akan selalu meyakinkan diri bahawa
"Allah telah pun menulis yang tiada jalan untuk kita bersama", namun kita tetap akan menjadi saudara jauh yang tidak pernah bertegur sapa
semoga kamu akan sentiasa berbahagia..
tiada lagi jelingan yang akan diberi andai takdir menentukan kita akan bertemu lagi :)
tiada gambar di majlis kenduri si kecik yang sangat cumel, saya pun tak pasti apa kaitan kami, tapi hubungan yang jauh :) |
**Tuhan telah menulis
segala yang terbaik untuk hamba-hambaNya
ya Allah, berikan segala yang terbaik buat hambaMu ini, ameen..
:)
No comments:
Post a Comment