bismillahirrahmanirrahim..
hari ini. terlalu amat penat. waktu mengajar di jadual hanya dua waktu, di tambah dua waktu relief. masih boleh pergi, sudah biasa.
dan di waktu senggang, mengisi markah-markah di dalam borang headcount.
lalu dikejar pula untuk menbuat salinan headcount bagi tahun lepas, untuk dimasukkan ke dalam fail induk kata puan pengetua. berkejar di antara kerja fotostat dan masuk semula ke kelas tatkala loceng menyanyi-nyanyi. semak semula, hasil salinan itu ada yang tercicir-cicir, pedulik lah. harap-harap tidaklah mereka menyemak dengan terlalu detail, hee
ok, ini semua kerana jemaah nazir yang akan melawat sekolah. jadi cikgu-cikgu menjadi super-busy, dan saya buat-buat busy juga (eh?)
pagi-pagi sudah berpesan kepada pelajar, 'make sure kelas bersih, meja tersusun, kalau ada orang masuk kelas minta semua bangun'
hari ini, penat saya bukanlah physically. tetapi mentally mungkin. makan juga terlupakan.
sampai ada students yang menyuap roti, hee thanx darlims, sayang u all lebih-lebih, didoakan kejayaan anda dunia akhirat :)
dan sebelum pulang ke rumah, singgah jusco dengan adik.
tujuan asal ialah ke pejabat pos (walaupun dalam kepala memang dah set nak ice.cream sebenarnya)
sampai situ, terliur pula dengan frozen yoghurt ni, ambil la. then nak donut, tapi taknak yang besar
lalu kami makan berdua di dalam kereta, hee kelakar la juga kot
dah lama tak berjalan berdua dengan adik sendiri, masa dia kecil-kecil dulu ada la juga, bila dia naik remaja dia macam segan sikit sebab kakak nya kadang-kadang ada perangai mereng
ni je dulu, sebab saya tak tahu taipan saya ini sudah menghala ke arah mana, hee..
till then, assalam 'alaikum :)
*** rajin la pula arini
sampai dua entry keluar
No comments:
Post a Comment