Monday, April 23, 2012

suka la tu

bismillahirrahmanirrahim..

isnin. setiap isnin akan ada perhimpunan mingguan. dan akan ada pengumuman berkenaan kebersihan kelas.
dari awal tahun, kelas saya akan berada dalam senarai kelas terkotor, kalau bukan terakhir pun adalah dalam top 3 tercorot itu. bersaing pula dengan kelas sebelah, hahha..

minggu lepas, kelas kami berada di tangga kedua tercorot dan yang last ialah kelas sebelah. saya katakan kepada pelajar 'kelas kita dah up sikit dari sebelah, lepas ni cuba buat bagi nama tak naik dah'

dan pagi tadi, nama kelas kami langsung tidak disebut. ini bermakna kami telah up lagi (say alhamdulillah)
senyum penuh mekar. semasa perhimpunan, pelajar-pelajar itu memandang saya, tersenyum-senyum. hee suka la tu :) dan guru kelas kelas sebelah berkata 'tahniah' kahkahkah sebenarnya saya sendiri rasa macam cikgu yang membaca keputusan tu tersalah je

saya masuk ke kelas, tengahari. kerusi dan meja tersusun, ok boleh senyum.
tapi ada gumpalan-gumpalan kertas surat khabar bertaburan di sana sini. aduh sabar je la. panggil sorang 'bole tolong saya tak?'
'pergi mana cikgu?' hahha soalan dia
'ambil penyapu, tolong sapu kertas-kertas ni'
si macho itu pun menjalankan tugas. see mereka ini bukanlah teruk sangat pun. nakal sikit-sikit itu biasa, nama pun orang muda.

saya juga positif, merasakan bahawa kami boleh naik lagi :)

No comments: