Monday, December 10, 2012

shopping!

ok sambungan entry semalam (tapi ceritera hari sabtu la) 

lepas tukar uniform, masuk kereta then abang tanya, ke mana? 

lihat gambar bawah, kami menuju ke kota kuala lumpur, cheit macam tak biasa pergi je kau :p

view from the building 
 kami ke Kenanga Wholesale Centre, KWC. ye la kot ni nama dia.. dah orang duk sebut kenanga je,
kalau nik tren, boleh turun kat stesen hang tuah, kalau tak silap dari situ ada route pejalan kaki, tapi jangan tanya saya tak pernah lalu situ lagi :)

sampai situ, cari parking kosong, (tempat parking yang berpusing-pusing, rasa mahu muntah je naik ke atas,huu)
then cari lif, kita menuju ke surau lah terlebih dahulu, surau di tingkat atas, 16 ke? eh lupa lah

dalam lif yang sungguh sesak 
then sementara menunggu puan kakak siap (we take turns to look for the lil-baby), kita ambil la gambar dulu di hujung bangunan ini, siap bole nampak KLCC and KL Tower lagi kat belakang tu :) 

ok, gelap :) 
kemudian penjelajahan pun bermula :)
:) 
bukan main lagi korang ye..
sudah nya jadi babysitter la saya :p
menunggu puan emak dan puan kakak
so, apa mahu komen? 
- kalau nak gi KWC ni, elakkan weekend 
- kedai-kedai adalah sangat banyak, jadi sila lah buat pilihan bijak 
- sila datang dengan orang-orang yang tidak kisah berjalan dan memilih, elakkan bawa saya yang cerewet, kah3

ok, saya tak beli apa, sebab.. entah tak berminat kot
lagi pun people(s) tend to say that my fashion-sense adalah always tidak dapat dicerna akal fikiran,kah3

:) 

lepas pening-pening di situ, still tak balik rumah lagi, pergi jusco pula, sebab puan kakak nak cari baju sekolah untuk anak-anaknya
saya memang suka, sebab kat situ ada popular. beli dua novel + a comic yang semuanya sudah pun habis dibaca saat ini :)

sementara menunggu mem-mem besar memilih, saya bawa si kenit melepak makan fro.yo and baby donuts (bawa dia je lah dulu, sebab dia tak beli baju sekolah)
then baru call adik, kalau dah siapbawa lah mereka ke situ :)


ok, ini sahaja kisah di hari sabtu, 
hari ahad pula kami ke putrajaya, tapi tak perlu cerita kot, just datang makan-makan kat umah cousin je :) 

sekian, terima kasih :p

No comments: