Sunday, April 12, 2009

sekeping kertas bernilai seringgit


if.. i have to teach in english, i'll say

'inertia is the tendency of an object to maintain its state of rest or uniform motion
in a straight line unless it is acted upon by an external force'


can u understand me? (i'll ask)

let say u are in a bus.. suddenly the bus stopped, u will jerked forward..

that is because the inertia that tries to maintain your position in motion


but then, if our
minister of education say
kita akan kembali kepada
perkara 152 itu, aku akan ajar begini..

inersia itu merupakan sifat semula jadi suatu objek yang cenderung untuk menentang
sebarang perubahan kepada keadaan atau bentuk asalnya ,
sama ada keadaannya dalam keadaan
pegun iaitu dalam keadaan statik ataupun dalam keadaan bergerak.

waah panjang betul definisi nya..

kamu faham?
kita tengok contoh eh.. (kan lebih santai gitu :p)

so apa kaitan inersia dengan tajuk ni?


actually teringat time naik bas hari jumaat lepas

aku hampir terjatuh masa pakcik drebar bas tiba2 brek

then pakcik tu mengusik, 'tak makan nasi lagi eh?'

heh senyum je la.. malas nak respon :D

takkan la nak kata kat pakcik tu 'inersia pakcik' [poyo la gitu]


aku keluar cari stok makanan
time study week biasanya aku akan jadi lapar ekstrem
(padahal memang kuat makan :p)


and macam biasa, naik bas rapidKL dengan tambang seringgit itu

tambang seringgit dan boleh guna sepanjang hari, untuk bas huruf T

(siapa guna public transport ni tau la :D)



ini tiket yang hari jumaat lepas, nak kena buang da

aku teringat ada satu tiket yang aku simpan sampai sekarang, bertarikh 13 julai 07

actually tu tarikh besday adik aku yang kecik sekali, time tu dia form 1

and tiket yang aku simpan tu, ada cerita di sebaliknya


13 julai 2007, hari jumaat..

aku balik ke rumah, macam biasa..
naik komuter
and tunggu bas rapidKL kat bandar tasik selatan
(sekarang bas no tu da takde, aku pun da tak ingat no berapa)

sebelum tu, adik aku pesan belikan coklat cadburry untuk dia


aku pun agak lapar, so masuklah kedai kat situ nak cari apa2 yang patut

time kat dalam kedai tu, nampak sorang budak tengok2 ke dalam

(budak laki ni kat luar kedai)

aku ambil air and apa2 la yang bole makan, juga coklat untuk adik aku tadi


keluar dari kedai, nampak budak tadi

dia tunggu bas, kat tangan dia ada satu plastik

aku datang dekat, budak tu pandang tak pandang

'tunggu bas ke?' (soalan agak bodoh :p)
dia angguk

'nak ke mana?'
'sekolah'
'nak?' sambil hulur plastik aku
dia pandang, macam tak sure

'dah makan?'

geleng kepala
'ambil la ni' hulur plastik tadi
'terima kasih'


then sembang2 sikit dengan budak tu

ceritanya, dia darjah enam
nak ke sekolah sebab ada latihan catur
cite2 bout parents dia, and budak ni anak sulung

plastik yang kat tangan dia tadi berisi tin2 kosong

aku tanya la gak pasal tin2 tu
(sangat menyibuk aku ni, kan :p)
dia cerita, tin2 tu dia kutip and jual

tapi hasilnya takla seberapa

and dia ada cite pernah kena kejar anjing masa nak jual tin2 tu


sembang, sembang, sembang..

dia tanya aku 'akak tunggu rapid ke?'

angguk and senyum

'akak ada tiket dah?'

geleng kepala, senyum lagi

'nah' sambil hulur satu kertas

'nanti awak?....'

'saya ada dua'

aku still tak ambil kertas tu

then dia tunjuk dia ada dua.. baru aku ambil

'terima kasih' :)



ini dia tiket itu.. dah agak kusam pun.. bertampal dalam buku kuning aku

and pastinya petang tu aku belajar tentang kehidupan

belajar dari seorang adik kecil

ujian untuk kita adalah berbeza

di sebalik kesenangan orang lain, ada sudut lain yang kurang bertuah

apabila kita memberi, ada balasan baik juga untuk kita

Allah itu kan maha dalam segalanya


and aku doakan adik tu (kalau kira sekarang dah form two)

berjaya dalam pelajaran dan hidup dia

dah belajar kat sekolah yang dia pernah cerita petang tu

(aku lupa nama sekolah tu sebab aku agak tak biasa dengan kawasan KL,
ceritanya dia ke sekolah tu masa main catur gak)

and aku agak otaknya cerdas

(bukan senang nak jadi wakil sekolah untuk main catur)

cuma mungkin nasib kurang menyebelahi

hopefully dia berjaya :)






** bersyukurlah dengan kehidupan kamu
(terima semua seadanya)
bersyukurlah kamu masih ada DIA

untuk kamu terus mengadu

walau pun ada waktu kamu lupa
tapi DIA tetap mendengar kamu

bersyukurlah ...


12 comments:

Mr. BLB said...

wou,pngalaman yg berharga. mmg patut pon tiket tu kmu simpan,abadikan ia sbgi satu pngajaran dlm hidup kite

jgn lpe framkan skali tiket tu ye,

hihi~

Cik Bulat said...

bgus tol cik azie niey..
tgn yg memberi itu lebih mulia daripada tgn yg menerima..
dan balasan baek itu sudah pasti..

mademoiselle azieshakespeare said...

Mr.shari >
frame? adeyh..
tgok la wording die pun da nak ilang
bia la dalam buku kunin tuh :D

piKOk >
mana bagus pun..
menyibuk je lebih, hahah

Ikaa said...

teharu denga citer ini
budak tu pemurah yer
smpai kuning tiket uh cik azie smpan
hee~
moge idup budak tu senang hendaknye
:)

mademoiselle azieshakespeare said...

Cookie Monster >
yup.. hopefully kan
:D

Milimilo said...

eheh..peramahnye kamu..n n bagosnye budak tu..
;)

mademoiselle azieshakespeare said...

milimilo >
peramah? penyibuk kot, haha
dengan budak2 bole lar :D

yup budak itu memang bagus

atok said...

waa.
aja fizik.
eheh

fithot said...

tacin cte nih. huhu
best ade pnglmn cmni..
bole jd iktibar (:

mademoiselle azieshakespeare said...

atok >
insyaAllah..
heh minta2 lar :D

fithot >
a meaningful one

cik afeera said...

inersia.....tingat zaman2 skolah dl~!!

errr part ni y aku agak kagum ngan ko.....ko mmg berhati mulia~!!huhuhu....dier da bangge da~

mademoiselle azieshakespeare said...

cik afeera >
aku kan agak tak bole tengok budak2 neh
(uwh ini bukan utk bangga2.. just nak share :D)