Friday, May 08, 2009

secrets-revealed #3 (partie-trois)


Mengundur waktu lagi.. SMKSJ (1999-2003)




Proudly said that i was the 'Gen-8 Serians'.
Lima tahun belajar kat sekolah tu, with all the memories remained in my heart, mind and soul
(heh i am quiet good in making sweet words eh :D)


Time Form 1, memang agak sedikit sukar, sebab tu first time tak duduk rumah, stay kat asrama. Batch kami ramai, and that time buka dorm baru, which is the biggest dorm in aspuri (tahun sebelum, dorm itu ialah surau budak perempuan).
Sedih gak la, dengan tilam atas lantai, bersusun macam mangsa banjir je sebab katil tak sampai lagi. Then bila katil sampai, kerja memanjat la, katil double-decker, dapat plak belah atas, hee. Tapi akak-akak semua baik :D



kad matrik zaman kuno, kamu simpan lagi tak :D


Duduk asrama tak hard mana la; beratur time nak ambil makanan, pergi prep (untuk tidur :p), riadah (untuk makan keropok kat kantin), and hari ahad ada gotong-royong.
Bila makin senior, makin tidak skema even pegang jawatan kat asrama (haha takde la masuk kumpulan budak jahat pun). Kat dewan makan, siap ada port kami-kami (meja corner paling dekat dengan pintu belakang).

Denda paling teruk aku pernah kena (tak lupa sampai sekarang), kena tahan biasiswa sampai akhir tahun (masa tu baru tengah tahun, meaning enam bulan duit aku bersimpan) + tak boleh outing juga sampai akhir tahun. Nasib baik la boleh balik rumah, and aku ada transfer sikit duit biasiswa tu kat akaun lagi satu..
cheit betul, bukan kesalahan berat sangat sebenarnya, tapi PK HEM masa tu sangat poyo.
Kalau cerita pasal rotan, subuh-subuh time form 1 lagi aku dah pernah kena, haha normal la kalau kena rotan ni :p



PMR 2001.. kalau teror cari la mana aku, haha :D


Cerita kat sekolah.. Aku bukan seorang pelajar yang hebat. Tapi most of the teachers, bila tanya nama aku diorang boleh sambung dengan nama abah (maybe sebab kat buku-buku aku tulis nama bersambung tanpa perkataan binti itu kot).

Untuk lower form, kami ada 'kelas rancangan khas' which ada yang ambil Bahasa Arab Komunikasi untuk peringkat PMR (i was one of them :D).
'kaifa haluka?'
'ana bi khair, alhamdulillah'
So untuk PMR, ada yang ambil 8 dan 9 subjek. Yang ambil BA, nama kelas 3A1 dan 3A2, the others 3B1 and 3B2. Beza kat bahasa arab tu je, tapi budak kelas B memang selalu tak sekepala dengan kelas A, lagi-lagi budak perempuan. Tapi naik upper form, macam dah neutral :D

Gambar atas tu yang konon-konon nya cemerlang masa PMR (5A dan ke atas). Hari Rabu, so pakai la baju uniform unit masing-masing and aku hard-core PBSM (Persatuan Berehat Sepanjang Masa). PBSM time tu memang sangat la relax, seingat aku yang aku join wakil sekolah untuk perkhemahan peringkat daerah and wakil unit untuk perkhemahan peringkat sekolah kat atas bukit sebelah padang sekolah kami, lain-lain aku dah tak ingat, ke takde dah lain-lain?.

Cerita kat sekolah banyak masa upper-form la kot, dah agak kerek jadi senior. Kat asrama pun duduk blok yang baru siap, oh memang kerek menjadi senior, haha :p
Yang paling happening 'Karnival Pendidikan' time form 4. Memang tiap-tiap tahun ada karnival ni which organized by form 4 students untuk tahun itu. Kami kan ramai, dah la baju AJK cantik pula tu, memang nampak cantik sekolah time tu :D


aku agak suka gambar ni.. i was the one at the left :D (kat situ ada nama sekolah)


Masa ni join Kuiz Maal-Hijrah peringkat zon. Masuk sekolah orang dengan penuh bergaya, heheh :D Soalan-soalan boleh tahan, ok la.. And kami dapat nombor 1. Tak sia-sia membaca beria-ia and also berkat doa dari semua.

Tapi naik peringkat daerah, rasa nya takde nombor, haha sebab tak sempat nak study beria (in the same time kat sekolah nak dekat ada exam, trial ke apa aku tak ingat)

Ustaz Hairul Azam, guru kelas kami


Ini gambar kelas tahun 2003, 5 Sains Syariah (aku dah pernah tampal kat entry ini dengan gamba exco asrama puteri).
Kami ambil 10 subjek; Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab Tinggi, Matematik, Sejarah, Fizik, Kimia, Matematik Tambahan, Pendidikan Syariah Islamiah, satu lagi pilih antara [Pendidikan al-Quran dan Sunnah / Biologi / Lukisan Kejuruteraan].


Kelas ni adalah sangat best, sebab kami bebas nak buat apa pun, boys dua orang tu pun kadang-kadang bukan ada dalam kelas pun. And one of the boys, (and also Shina) masuk matrik yang sama dengan aku.


Ni je la kot cerita zaman sekolah menengah, gambar banyak tapi aku tak scan (mana ada scanner pun, yang ada ni pun entah zaman bila aku scan pun aku dah tak ingat). And for sure banyak lagi cerita kat sana, a moment yang takkan boleh dilupakan senang-senang.

Gen-8 Serians always rawked.







SMK Seri Jengka, Maran, Pahang Darul Makmur (1999-2003)





















***baju rasmi asrama, warna dark-purple, corak kat tangan and depan

(tapi sekarang dah banyak transformasi)
time ni sangat lah kanak-kanak ribena nya :D



*** kawan sekelas + satu dorm nak kawin
this weekend
waaaah cepat nye
(lupa sekarang bukan makin muda :p)

6 comments:

azuan said...

waktu sekolah masa form 4 dan form 5 yang paling best!!!

Framestone said...

peh bro berlajar kat sekolah menengah yg sama sampai 7tahun..tp xde pun gmbr bro cam nie... huhuh sedih je

mademoiselle azieshakespeare said...

azuan >
betul betul...
time tu jadi orang pentin gsekolah :D

Framestone >
banyak lagi gambar2 time sekolah
tapi dalam album la, heee :D

cik afeera said...

hahaha....n aku tersenyum sendiri bile ader ckgu y ckp "saye plg suke pelajar spm2003"

psssttt....aper maksud ckgu tu ek....msti sbb kite nakal sgt smpy x terkawal...tu y derang suke sgt kot~ hahaha....

errrr tanak cite ker kesah batch kite mase form 4 :D kesah sedeyh~ hukhuk

**sampai skrg aku kempius...nape dian pakai bj rasmi ek time amek gmbr tu :-? dier dh nk kluar ke time tu :D **

piNky LuCiA said...

kenangan sekolah menengah adalah kenangan yang telah separuh aku lupakan.. kenapa dan megapa.. aku pun tak tahu.. huhu

mademoiselle azieshakespeare said...

cik afeera >
kisah sedeh/ cite ape tu eh?
aku pun da tak ingat lor...
pe kate ko ingat kan aku, heheh :p


piNky LuCiA >
ada certain things memang akan lupa kot :)